You are on page 1of 19

SME 3023 :TRENDS AND ISSUE IN EDUCATION OF MATHEMATICAL SCIENCE

TUGASAN KUMPULAN (2b) : TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)

PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA
NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN NUR FARHANA BINTI ABDULLAH ZAWAWI ERDA SAZWANI NADIA BINTI SUHAMI WAN ROHANA BINTI TON MANAN NUR ADILAH BINTI YAHAYA D20081032212 D20081032220 D20081032236 D20081032216 D20081032234

TARIKH HANTAR : 6 OKTOBER 2011 NAMA PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH

Pengenalan Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti mempertingkatkan standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara-negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya saing negara dan membina 1 Malaysia. Sebagai contoh, bagi menyumbang ke arah gagasan 1 Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya akan memastikan sasaran yang dirancang tercapai, dan saya menyeru pada ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup bekerja bersama saya dalam menjadikan impian ini satu kenyataan. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah menunjukkan pencapaian kemajuan yang memberangsangkan dalam sistem pendidikan semenjak 50 tahun lepas. Pada hari ini, kadar literasi golongan dewasa di Malaysia melebihi 92%. Kita juga telah berjaya mencapai kadar pernyataan peringkat rendah yang universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Walaubagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini, malah kita masih perlu berusaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan Negara. Hal ini membuktikan dengan pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS yang menunjukkan penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama kerana kualiti pendidikan tinggi berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Sekiranya tiada usaha dijalanan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.

1.0

Peranan Kerajaan Istilah kerajaan atau pemerintahan merujuk kepada para penggubal undang-undang

pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara. Pendidikan di Malaysia di uruskan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab menguruskan di peringkat pra-sekolah,sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah pendidikan lepasan menengah. Manakala Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab dalam menguruskan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 1.1 Memastikan setiap kanak-kanak berjaya Menurut Froebel, masa kanak-kanak merupakan peringkat yang terpenting dalam perkembangan manusia dan kemanusiaan. Froebel juga menyatakan bahawa peringkat umur ini paling penting dalam pendidikan kerana permulaanlah yang menentukan corak kemajuan dan penamatnya. Jadi, untuk mendapatkan sistem pendidikan yang berjaya adalah dengan memastikan setiap kanak-kanak berjaya. Pelaksanaannya adalah dengan menetapkan matlamat yang tinggi bagi semua pelajar, tanpa mengambil kira latar belakang, dan mengenal pasti pelajar. Contohnya pelajar berlatar belakangkan sosioekonomi rendah, yang memerlukan bantuan yang lebih untuk mencapai penanda aras yang disasarkan.

Selaras dengan kehendak kerajaan bagi merapatkan jurang pendidikan negara agar pelajar berdaya saing diperingkat global termaktub di dalam Program Transformasi Kerajaan yang dibentangan oleh Dato Seri Najib b. Razak di dalam Rancangan Malaysia ke -10. Di dalam National Keys Result Areas (NKRA) Pendidikan, terdapat dua perkara yang di rancangkan berkaitan dengan kanak-kanak iaitu Prasekolah dan Literasi dan Numerasi (LINUS). Perkara pertama iaitu Prasekolah menekankan kanak-kanak sudah mula hadir ke prasekolah seawal umur 4-5 tahun . Sementara LINUS pula menekankan setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi menjelang darjah 3. Dua perkara ini merupakan peranan kerajaan yang sedia ada bagimenjadikan sistem pendidikan negara adalah yang terbaik lantas menyediakan pelajar berdaya saing di peringat antarabangsa.

1.2

Menetapkan akauntabiliti untuk pencapaian pelajar pada sekolah

Penetapan matlamat sebagai garis panduan sebelum sebarang langkah dibuat adalah penting bagi menangani masalah. Dengan menetapkan matlamat yang tinggi oleh kerajaan dalam pembelajaran di sekolah menjadi faktor penyumbang pada pencapaian pelajar itu sendiri. Lantas, sekiranya matlamat tidak tercapai, penambahbaikan yang bersesuaian adalah harus.

Sebagai contoh, salah satu matlamat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik (2003) adalah untuk menghasilkan individu yang yang mampu berfikir secara Matematik dan dapat mengaplikasikan ilmu Matematik itu di dalam kehidupan seharian. Jadi matlamat yang

digariskan oleh kerajaan dan pelaksanaan di sekolah haruslah selari dengan kehendak TIMSS agar prestasi negara di dalam TIMSS dapat di perbaiki.

Uses curriculum as the major organization concept in considering how educational opportunities are provided to students and the factor that influences how students use this opportunity. Model TIMSS

Acquire mathematical knowledge and develop skills effectively and use them responsibly Objectives in Curriculum Specification.

Sistem pendidikan terbaik merupakan sistem yang menetapkan matlamat yang tinggi kepada setiap sekolah dari segi perubahan pencapaian pelajar, memantau pencapaian matlamat yang ditetapkan dan memberikan bantuan bersesuaian sekiranya matlamat itu tidak dicapai.

1.2.1

Membuat pelaburan ke atas pemimpin terbaik di setiap sekolah

Guru besar dan pengetua juga memastikan memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan diluar bilik darjah. Sistem terbaik memastikan pengetua sebagai pemacu perubahan kepada pendidikan melalui pemilihan dan proses latihan yang rapi serta memberi fokus kepada kepimpinan instruksional.

Membuat pelaburan ke atas peimpin terbaik di setiap sekolah termaktub di dalam NKRA. Guru besar dan pengetua (PGB) di beri ganjaran yang sewajarnya apabila GBP cemerlang, membantu PBG dari sekolah biasa untuk melepasi sasaran dengan membantu PGB lemah. PGB yang melepasi sasaran pula akan mendapat ganjaran di dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan seperti program sandaran dengan institusi terkemuka tempatan, laluan kenaikan pangkat yang lebih pantas ataupun sijil penghargaan.

Membuat pelaburan yang besar ke atas pemimpin sekolah yang berperanan sebagai pemacu perubahan dengan kriteria pemilihan, latihan yang mantap dan pengurusan prestasi berdasarkan pencapaian pelajar. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif dan signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.2.2

Menarik dan melahirkan guru terbaik

Sistem pendidikan cemerlang mampu menarik serta memilih calon terbaik untuk memasuki profesion keguruan, serta secara berterusan dapat meningkatkan pembangunan guru berasaskan persekitaran sekolah serta mewujudkan budaya kecemerlangan berasaskan pencapaian. Antara contoh termasuk berupaya menarik dan memilih hanya calon yang terbaik.

Dalam sistem pendidikan terbaik seperti di Hong Kong dan Singapura, hanya satu pertiga calon teratas daripada setiap kohort diterima sebagai calon bagi profesion keguruan. Membangunkan guru dalam persekitaran sekolah pula menyebabkan Jepun menggalakkan program latihan intensif kepada guru permulaan, bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih pula akan bekerja sepenuh masa di sekolah pada tahun pertama dan selama dua hari dalam seminggu mereka akan dibimbing dan dilatih secara perseorangan oleh guru berpengalaman. Kesimpulanya, guru cemerlang, pelajar terbilang, sekolah gemilang.

3.0 Peranan Guru Selain itu, guru juga turut memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya, ini akan melahirkan pelajar yang cemerlang lantas dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS. Antara peranan-peranan guru ialah memupuk kreativiti pelajar, memahami gaya pembelajaran pelajar dan meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. 3.1 Memupuk kreativiti pelajar Menurut Sternberg ( 2004 ), minda manusia terbahagi kepada tiga iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ini menunjukkan kreativiti juga termasuk dalam minda manusia, justeru itu, kreativiti ni haruslah dipupuk dengan sebaik-baiknya. Tambahan lagi, menurut (Storm & Storm 2002), kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri telah mengubah dan akan terus mengubah taraf dan corak kehidupan masyarakat keseluruhannya. Selain itu, menurut ( Lee 2002 ), untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, salah satu aspek untuk guru agar dapat memupuk kreativiti pelajar ialah dengan menggunakan gaya pengajaran berpusatkan pelajar. Guru perlulah mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dengan memperbanyakkan teknik penyoalan. Dengan ini, pelajar

akan sentiasa mengasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif disamping memberikan maklum balas. Seterusnya, guru juga perlu bijak menghubungkait pengajaran dengan persekitaran. Contohnya, dalam tajuk matrik dalam subjek Matematik dapat diaplikasikan untuk membuat kod komputer. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran terutamanya Matematik dan Sains perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya

mementingkan supaya pelajar menerima sahaja apa yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden pada masa kini. 3.1.1 Halangan-halangan memupuk kreativiti pelajar Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai halangan yang dihadapi dalam usaha guru untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah. Antaranya ialah sistem pendidikan secara umumnya berorientasikan peperiksaan dan guru lebih cenderung melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Menurut Yong ( 1989 ), walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih cenderung meghasilkan pelajar berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan

bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.

Selain dari itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan

mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan. Kesannya, para pelajar akan menjadi kurang inovatif dan kreatif di dalam kelas. Perkara ini berlaku kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang sehala dan dikawal oleh guru ini menjadikan para pelajar pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan oleh guru. Di samping itu, kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para guru cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan dengan kreativiti. Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri personaliti individu kreatif termasuklah berazam, bebas, suka mengambil risiko, impulsif dan individualistik. Oleh itu, guru kebiasaannya tidak menyukai bilik darjah yang pelajarnya terdiri daripada individu yang kreatif. Ini adalah kerana guru berpendapat bilik darjah tersebut sukar dikawal dan diurus. Perkara ini sekaligus boleh melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek personaliti merupakan salah satu aspek kreativiti yang penting. Oleh hal yang demikian, halangan-halangan ini perlulah diatasi agar guru dapat memupuk kreativiti pelajar.

3.2

Kualiti pengajaran di dalam kelas

Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa prestasi pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah guru. Kajian menunjukkan semakin banyak latihan yang diberikan kepada pelajar tidak menjamin peningkatan dalam pencapaian akademik. Kualiti pengajaran di dalam kelas adalah kunci untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput dengan apa yang dipelajari, gaya pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa

mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru. Sebagai contoh, guru perlu menghubungkait antara Matematik dan kehidupan. Menghubungkait Matematik dan kehidupan adalah cara untuk mengurangkan kerisauan terhadap subjek Matematik. Oleh itu, apabila kerisauan menurun, pelajar akan menjadi semakin berjaya di dalam Matematik dan di dunia yang

penuh dengan teknologi yang memerlukan pengetahuan Matematik dan Sains secara meluas. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.

3.3

Memahami gaya pembelajaran pelajar

Tambahan lagi, guru juga perlu memahami gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Menurut Raiff ( 1992 ), memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaan dan kekecewaan pelajar. Gaya penbelajaran setiap pelajar adalah berbeza, terdapat pelajar yang cepat menerima pengajaran yang diajar, namun guru harus ingat terdapat juga pelajar yang lemah untuk memahami pengajaran secara cepat. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said dalam Berita Harian 3hb September 1998, menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu, memahami dan menyelami kehendak pelajar juga termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, guru perlu menganggap perbezaan yang ada pada pelajar merupakan satu keistimewaan. Guru tidak boleh memperlekehkan pelajar yang lemah dan memuji pelajar yang cemerlang. Guru seharusnya tidak berat sebelah dalam sesi pengajaran dengan memberi perhatian kepada semua pelajar tidak kira lemah atau cemerlang. Dengan ini, setiap pelajar akan berasa diri mereka dihargai oleh guru. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran. Kesannya,

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam akademik.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa guru amat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekaligus dapat membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS.

4.0

Peranan ibu bapa Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkkanya. Di sinilah

terletaknya tanggungjawab ibu bapa yang diibaratkan sebagai pena yang akan membentuk diri anak-anak (Atan Long, 1978). Pasti ramai di kalangan kita masih lagi ingat kanak -kanak istimewa Adi Putra. Seorang pelajar sekolah rendah yang memaparkan kebolehan luar biasa apabila menyelesaikan masalah matematik peringkat universiti dengan mudah. Malah beliau turut mampu mengajar subjek yang dianggap susah oleh kebanyakan pelajar peringkat menengah kepada rakan rakannya yang jauh lebih tua daripadanya. Sudah pastinya setiap ibu bapa menginginkan seorang anak luar biasa seperti Adi. Namun kenyataannya adik Adi merupakan pelajar yang sangat bertuah kerana dikurniakan dengan kebolehan luar biasa yang jarang dimiliki orang lain. Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah. Menurut Yahya (2005) menyatakan pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaun keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka. 4.1 Kemampuan dan kesanggupan ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak Peranan ibu bapa dan pendidik dalam mewujudkan persekitaran positif dan kondusif tidak boleh dipandang remeh. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dan harus berterusan menjadi sumber dorongan dan sokongan kepada anak-anak. Manakala guru merupakan sumber utama ilmu dan wajar dihormati. Kini, penggunaan internet telah banyak digunakan dalam urusan pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya melalui gagasan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia akan lebih memudahkan anak-anak menimba ilmu secara tidak formal. Ia bagaikan penyebaran ilmu dan maklumat melalui teknologi ini dijadikan dunia sebagai global village manakala pelajar sebagai unive rsal learner. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa digalakkan menyediakan komputer untuk kemudahan anak mereka untuk mendapatkan informasi terkini melaui internet kerana melalui media elektronik dan komunikasi ini mereka boleh mendapat berbagai-bagai pengetahuan, menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan mendapatkan sesuatu ilmu yang pada ketika ini hanya dapat menerusi internet dengan mudah dan pantas.

Sebagai contoh, negeri Terengganu telah menyediakan setiap orang pelajar darjah 5 mendapat satu notebook. Notebook ini digantikan sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Buku teks telah digantikan dengan notebook ini. pelajar-pelajar tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah hanya dengan membawa notebook sahaja. Terdapat juga sesetengah pelajar menyalahgunakan alat bantu mengajar yang diberi dengan terlibat dengan gejala yang tidak sihat yang terdapat melalui internet. Sebagai ibu bapa, pemerhatian yang sewajarnya perlu dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan gejala ini terjadi. Tidak ketinggalan juga dengan penglibatan ibu bapa terhadap teknologi. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan dan sambil itu mempelajari ilmu teknologi supaya dapat membimbing dan mengawasi anak mereka daripada gejala tidak sihat dan negatif di internet. Pengawasan yang dilakukan seperti memantau , menepati masa dan memerhati ketika anak menggunakan internet. Ibu bapa digalakkan menggunakan kemudahan internet dalam social network seperti twitter, facebook bagi pertukaran idea dan mendapat maklumat sesama komuniti. Bagi menyediakan anak-anak bersaing secara global, ia memerlukan pemerhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa. Ibu bapa mencari alternatif selain daripada sumber sekolah bagi membantu keperluan pendidikan anak-anak mereka. Antara contoh alternatif yang lain adalah seperti tusyen. Tidak hairanlah pusat tuisyen sekarang tumbuh seperti cendawan bagi memenuhi keperluan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka digalakkan menghantar anakanak ke pusat tusyen bagi memantapkan ilmu yang anak-anak mereka ada. Tidak hanya di sekolah, pusat tusyen juga menyediakan kemudahan yang sama taraf dengan sekolah. Terdapat banyak pusat tusyen yang tumbuh di luar sana. Ibu bapa hanya perlu memilih sahaja bagi tujuan meningkatkan prestasi anak-anak mereka. 4.2 Kesanggupan dan kemampuan ibu bapa memberi contoh teladan kepada anakanak ( sebagai role model ) Sikap dan tabiat akan mempengaruhi prestasi pencapaian anak-anak. Justeru, hal ini akan mengakibatkan penurunan dalam prestasi Malaysia dalam TIMSS. Sikap negatif jika tidak dikawal menjadi tabiat yang sukar dibaiki. Sikap negatif terbentuk secara perlahan-lahan dan

perlu diawasi. Sifat seperti malu bertanya dan merasa rendah diri perlu dihindari. Ibu bapa berperanan menjadi role model kepada pelajar. Pembelajaran berlaku seawalnya adalah di rumah. Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak daripada kecil lagi. Jangan sesekali menunjukkan sikap negatif terhadap anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak akan mudah terikut dengan perangai bu bapa. Kita perlu mengajar mereka dengan cara berhemah. Jika mereka membuat suatu kesilapan kita jangan terus-terusan memarahi mereka dengan menggunakan katakata yang kesat. Kita perlu memberi hukuman yang sepatutnya supaya mereka tidak akan membuat kesalahan itu lagi. . Ibu bapa berperanan menjadi role model kepada anak -anak. Sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan pelajar daripada peringkat kecil lagi. Didikan awal daripada ibu bapa akan menjamin prestasi yang tinggi daripada pelajar. Ibu bapa bertanggungjawab meluntur anak-anak mereka sejak mereka masih rebung supaya senang dibentuk sesuai dengan kecemerlangan yang diidam-idamkan. Kalau kita gagal meluntur buluh dari rebungnya, maka kita akan berhadapan dengan risiko yang semakin rumit untuk melenturnya. Dalam hal ini Pepatah Melayu ada mengingatkan kita "melentur buluh biar dari rebungnya" maknanya, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih, maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakwarnakannya mengikut kemahuan mereka. Ibu bapa adalah kaunselor dan mentor kepada anak-anak. Inilah yang diimpikan oleh setiap anak-anak. Sering kali mereka mempunyai masalah yang di bawa dari sekolah, maka ibu bapalah sewajarnya menjadi tempat mengadu. Ada masalah tekanan dengan bebanan akademik, maka ibu bapalah selaku meringankannya. Jika mereka mempunyai masalah perasaan, pengurusan hidup dan sebagainya, maka ibu bapa adalah orang pertama yang akan didampinginya. Oleh itu, ibu bapa merupakan pendengar yang setia dan seorang yang prihatin terhadap permasalahan anak-anak. Bukannya menjadi penghukum dan terburu-buru di dalam sesuatu tindakan. 4.3 Peranan ibu bapa dalam PIBG Pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dalam PIBG adalah penting iaitu dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar.

Munurut Wentzel (1998), institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh diwujudkan secara bersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan akademik kerana tanpa kerjasama sebegini boleh menjejaskan kejayaan dan perkembangan individu anak. A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole in it Jackson, J (1997). Dalam pernyataan yang dinyatakan oleh beliau dengan adanya penubuhan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) adalah merupakan satu langkah yang bijak kerana persatuan ini dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi masalah-masalah yang dilakukan oleh pelajar dan dapat membentuk pelajar kepada modal insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Mohd. Ali Hassan (1999) mentakrifkan PIBG dapat membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan pelajar-pelajar, tempat ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan sebagainya. Isu -isu yang akan dibincangkan antaranya seperti masalah disiplin, pencapaian akademik dan sebagainya. Sebagai contoh isu kerja rumah yang dihadapi oleh pelajar dalam perjumpaan PIBG, guru akan menyatakan masalah tersebut kepada ibu bapa. Dengan adanya PIBG, ibu bapa tahu permasalahan utama terhadap anak mereka. Dengan penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah ini, ia dapat meningkatkan peningkatan pencapaian akademik anak-anak mereka. Justeru itu, dapat meningkatkan prestasi dalam TIMSS. Selain itu, peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Hal ini kerana kerjasama ibu bapa dengan guru telah membawa banyak faedah kepada kedua-dua belah pihak. Ibu bapa dapat membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Justeru itu, peranan ibu bapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu demokratik yang dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas (Lawrence, 1970). Dekati guru dan bertanyalah jika menemui kebuntuan kerana setiap guru yang berpengalaman tahu punca kesukaran anda. Biasakan bertemu guru dan jalin pertalian mesra dengannya. Jika guru sudah tidak dapat membantu maka carilah sumber lain.

5.0.

Peranan Pelajar Dalam menghasilkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, selain

kerajaan, sekolah, guru dan ibu bapa, pelajar itu sendiri bertanggungjawab dalam menyediakan dirinya secara global. Persiapan pelajar ini bagi memudahkan peranan-peranan dari pihak sebelum ini dilaksanakan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, pelajar boleh didefinisikan sebagai individu yang menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di manamana institusi pengajian. Namun, pada masa kini, pelajar tidak terhad kepada sekolah mahupun institusi pengajian sahaja, pelajar kini boleh mendapatkan ilmu dari mana-mana sahaja. Saya akan membincangkan peranan yang boleh diambil oleh pelajar itu sendiri sebagai persiapan untuk berdaya saing diperingkat antarabangsa. 5.1 : Kenapa pelajar Malaysia kurang berdaya saing dalam TIMMS?

5.1.1: Pelajar kurang komited terhadap Matematik dan Sains Pelajar pada masa kini adalah berpengetahuan luas dalam bidang teknologi dan lebih terdedah dengan banyak perkara menyebabkan mereka kurang komited dalm pelajaran. Menurut kajian yang dijalankan ,(Azizi, Jamaluddin, Boon, 2010) sikap komitmen pelajar terhadap matapelajaran Matematik mempunyai hubungkait dengan pencapaian Matematik mereka. Hasil tinjauan dari kajian tersebut mendapatikomitmen dan wawasan yang tinggi member ransangan dalam pencapaian akademik yang baik., walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga pelajar yang memperoleh skor Matematik yang rendah. 5.1.2 Sikap negatif pelajar terhadap Matematik dan Sains Menurut Katz (1966), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak manakala ( Robbins, 2003) menyatakan bahawa sikap terbentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena. Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dizahirkan secara terang dalam realiti kehidupan. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar. Antara faktor yang mempengaruhi sikap pelajar adalah suasana pembelajaran yang dilalui oleh pelajar itu sendiri. Jika suasana pembelajaran itu seronok dan menarik minat mereka, maka pelajar akan membentuk sikap yang positif terhadap matematik. Tetapi sebaliknya, sekiranya suasana pembelajaran adalah membosankan dan tidak menarik minat pelajar, maka sikap negatif secaa tidak langsung akan terbentuk dalam diri mereka. Faktor yang lain termasuklah rasa kebimbangan yang tinggi terhadap Matematik. Pelajar sudah terlebih dahulu menerapkan bahawa Matematik adalah subjek yang sukar kerana bimbang tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik. Rasa kebombangan inilah yang akan mempengaruhi sikap pelajar terhadap Matematik. 5.1.3 Kekangan Bahasa Pada 1 September 2001 seorang pembentang kertas kerja telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris dari peringkat sekolah rendah dan perkara ini telah diketengahkan dalam Kongres Pendidikan Melayu. Kerajaan telah menyokong dasar ini dan mengarahkan sekolah-sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan dikenali dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Walaubagaimanapun Kongres Pendidikan Melayu Kedua telah meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran itu. Ini berikutan kajian akademik yang mendapati 80 peratus atau setengah juta pelajar Melayu akan keciciran dalam kedua-dua pelajaran amnya dan Matematik khususnya. Pengerusi Jawatankusa Kongres Pendidikan Melayu Kedua ini, Tengku Razaleigh juga mengatakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran Matematik dan Sains telah menimbulkan banyak masalah kepada guru dan pelajar sejak ia dilaksanakan.

5.2

Peranan Pelajar dalam Meningkatkan Pencapaian dalam Pelajaran Khususnya Matematik

5.2.1

Kekalkan Imej Kejayaan Seperti yang kita tahu, minda hanya dapat menumpukan fokus terhadap satu perkara

sahaja pada satu masa. Jadi kita hendaklah mengekalkan imej kejayaan dalam minda kita agar kita dapat memotivasikan diri untuk mencapai kejayaan. Imej kejayaan disini bermaksud membayangkan kejayaan yang bakal dikecapi sekiranya kita berusaha bersungguh. Sebagai contoh, bayangkan imej kejayaan ketika sudah memasuki alam pekerjaan. 5.2.2 Dekati Sahabat Berfikiran Positif Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan adalah sesuatu yang sukar kerana terlalu banyak perkara negatif di sekeliling pelajar yang akan mempengaruhi fikiran pelajar. Secara umumnya, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur-unsur negatif Ini kerana, pelajar perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur positif dalam minda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh. Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik. 5.2.3 Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. Menjauhkan diri disini tidak bermaksud memutuskan persahabatan dengan sahabatsahabat ini. Ia bermaksud pelajar perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah. Kawan -kawan yang berfikiran negatif juga selalunya mudah

berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, ....dan janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. 5.2.4 Mulakan Dengan Api Yang Kecil Pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa adalah pelajar yang bersemangat dalam pelajaran secara konsisten. Mulakan dengan api yang kecil ini bermaksud memahami sebahagian kecil dari sesuatu subtopik secara mendalam sebelum memahami suatu topik ya ng lebih besar. Sekiranya pelajar dapat memahami sesuatu topik dengan mendalam, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Ini seterusnya akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains yang akan menaikkan lagi kedudukan Malaysia pada TIMMS. 5.2.5 Kurangkan Tekanan Perasaan Russel dan Hattie (1991) juga mendapati dalam kajian mereka bahawa tekanan rakan sebaya, tekanan ibu bapa , kepentingan sekolah dan ketakutan pada kegagalan merupakan empat faktor yang signifikan untuk menyumbang kepada tekanan akademik. . Di samping itu pelajar juga menghadapi tekanan terhadap gred akademik, masa yang tidak mencukupi untuk menyempurnakan keperluan kendiri , dan kebimbangan berkaitan dengan kehidupan masa hadapan (Glenn & Roltman ,1988). Tekanan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan ketika belajar. Walaubagaimanapun pelajar seharusnya bijak mengawal tekanan agar mereka dapat berdiri setanding dengan pelajar-pelajar dari negara-negara lain. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak bertanggungjawab dalam menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab di atas satu pihak sahaja bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya semua pihak berganding bahu, pencapaian Malaysia dalam TIMSS akan meningkat sekaligus meletakkan negara kita setanding dengan negara -negara maju yang lain seperti Singapura,Hong Kong, Jepun dan Korea.

RUJUKAN

Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi. Penerbit UKM. Azizi ,Jamaluddin ,Boon (2010). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan?. Universiti Teknologi Malaysia. Bab 8: Mempertingkatkan pencapaian pelajar . Diperoleh daripada www.slideshare.net/.../contoh-jurnalp... - United States Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada Glen, G. & L. Roltma. (1988). Perceptions Of Stress In Undergraduate College Students . Journal of College and University Student Housing 18(2): 14-20. Golby.M, Greenwald.J, and West.R. (2009). Curriculum Design . London. Croom Helm. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 4 .(2003) Didapati pada 22 September 2011 dari http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsm/CS%20Maths%20F4.pdf di laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru. jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP.pdf Katz, R. (1960) The Functional Approach to the study of Attitude . Pub. Op. Qart. klnportal.kln.gov.my//Pelan%20Hala%20Tuju%.pdf Matematik dalam Kajian TIMMS - kaitannya dengan My Rummy (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada www.my-rummy.com/Matematik%20dan%20Kaji Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada klnportal.kln.gov.my/.../Pelan%20Hala%20Tuju% Menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran . Diperoleh daripada www.mohe.gov.my/transformasi/image/Bab4.pdf Menggapai CINTA ALLAH: Kepentingan Budaya Ilmu dalam ... (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada drmindailmu.blogspot.com/.../kepentingan-budaya Mohamad Mohsin Mohamad Said ( 1989 ). Halangan-halangan kepada usaha memupuk kreativiti. Diperoleh daripada eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdf

Mohamad Mohsin Mohamad Said ( 1989 ). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Diperoleh daripada journalarticle.ukm.my/1197/1/1.pdf Musa Bin Daia. (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran : Education Study and teaching . Kuala Lumpur. Badan Bookstore Sdn. Bhd. Norliza Zakaria. (2006). Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Kelemahan Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Menengah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Osman Affan (2007). 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan . Diperoleh daripada http://www.osmanaffan.com/motivasidiri.htm pada 26 September 2011. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. (2009). Bab 8 : Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar. Diperoleh daripada http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/Pelan%20Hala %20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf pada 25 September 2011. Pembangunan modal insan penjana wawasan 2020 . Diperoleh daripada Jpmportal.prison.gov.my//.htm Program Transformasi Kerajaan (2011). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada Robbins, P. Stephen (2003). Organization Behaviour : Concept, Controversies, Aplications. Seventh Edition. Prentice Hall Inc. Russel, J. & J. Hatne. (1991). Academic Stress Amongst Adolescents : An Examination By Ethnicity, Grade And Sex. Ditenma. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). (2010). Bidang Keberhasihan Utama Negara (NKRA) Pendidikan . Didapati pada 20 September 2011, dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkrapendidikan/8692-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-pendidikan.html di laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru.

You might also like