You are on page 1of 44

Bab 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari bagaimana pihak

k komunis cuba menggulingkan sistem pemerintahan di tanah melayu dan digantikan dengan Republik Komunis. Karl Marx merupakan pengasas kepada fahaman komunisme. Beliau juga menentang golongan feudal dan imperialis untuk menggantikan pemerintahan berasaskan komunisme. Komunis menyusup masuk di Tanah Melayu melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang. Ejen komunis ialah orang cina dan disebarkan melalui kesatuan sekerja, persatuanpersatuan, kelas malam dan penerbitan.

Di kalangan orang melayu, fahaman komunis disebarkan Parti

Komunis Indonesia (PKI). Namun orang melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang melayu. PKM ditubuhkan untuk menubuhkanRepublik Komunis Malaya. PKM telah melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja. PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu. Mogok yang paling hebat berlaku di lombong Arang Batu di Batu Arang, Selangor. Pemimpin yang terlibat dengan mogok dihantar pulang ke China. Pemimpin PKM ditahan.

Semasa PKM membantu British menyerang Jepun di Tanah Melayu,


pihak british membekalkan senjata. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM tidak menyerahkan semua senjata, sebaliknya menyembunyikan sebahagian senjata itu. Bagi anggota MPAJA yang mengembalikan senjata akan dibayar sebanyak $350.00 serta mendapat beg beras daripada kerajaan British. Keganasan komunis amat ketara pada tahun 1948. Pemuda Komunis Asia telah mengadakan persidangan. Persidangan tersebut menggalakkan parti-parti komunis uantuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka. PKM melakukan keganasan dengan menyerang ladang dan lombong, serang Balai Polis, bakar kilang, bakar bas, merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British.

Sebagai penduduk Tanah Melayu yang

belum mempunyai pemerintahan tersendiri, apakah tindakan anda untuk membebaskan diri daripada pengganas komunis?

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT


. LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS DAN RANCANGAN BRIGGS . TUGASAN

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS KOMUNIS

1. PENGISYTIHARAN DARURAT

2. Mengharamkan PKM dan Parti Berhaluan Kiri

3. MEMPERBESARKAN PASUKAN KESELAMATAN

4. Perang Saraf

5. RANCANGAN BRIGGS

6. Pengampunan Beramai-ramai

7. Pertemuan Baling

1) PENGISYTIHARAN DARURAT
Sebab-sebab pengisytiharan :Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. - Undang-undang Darurat dikenakan :i) Membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyakki terlibat dalam kegiatan komunis ii) Membenarkan tentera menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan yang disyakki penduduknya membantu komunis

2. Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri


British mengharamkan parti-parti politik
berfahaman kiri seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin.

3. Membesarkan Pasukan Keselamatan


Menyusun semula pasukan polis Keanggotaan ditambah sehingga 70 000 orang. Membawa masuk askar dari Australia, New Zealand,

Afrika Timur dan Fiji. Menubuhkan pasukan Home Guard diperingkat kampung. Wanita juga sanggup menyertai Home Guard untuk membantu kaum lelaki memerangi pengganas komunis. Seramai 24 000 orang Mata-mata Khas atau Special Constables dilatih dan dihantar untuk mengawal ladang dan kawasan lombong. Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke kewasan yang menjadi sarang

RANCANGAN BRIGGS

Pengarah Operasinya ialah Sir Harold Rowdon Briggs

TUJUAN TUJUAN

KAMPUNG BARU

GERAKAN KELAPARAN

1. SEKATAN JALANRAYA 2. SISTEM PENDAFTARAN

TUGASAN

4. Tujuan Rancangan Briggs : Menghapuskan MIN YUEN


- MIN YUEN ialah satu pergerakan yang berperanan sebagai pembekal makanan, ubat-ubatan dan maklumat kepada pengganas komunis. -Terdiri daripada petani dan pelombong dan mereka yang tinggal di kawasan kampung serta lombong.

PENUBUHAN KAMPUNG BARU

Penduduk setinggan ditempatkan dikampung-kampung

baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Kawasan dikawal 24 jam oleh SC dan dipagari dengan kawat berduri Setiap ketua keluarga diberikan kad catuan makanan Tujuannya ialah untuk menghalang sebarang perhubungan antara MinYuen dengan komunis. Bermakna komunis akan terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan dan memaksa mereka keluar dari hutan

SEKATAN JALANRAYA

PASUKAN HOME GUARD DAN SPECIAL CONSTABLES

Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di

Rancangan Briggs

Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Tujuan rancangan ini adalah untuk mengumpulkan setinggan yang berselerak di kawasan pinggir hutan dan memindahkan mereka di kawasan penempatan baru yang dipanggil Kampung Baru.

Melalui rancangan Briggs, 400 000 orang


cina telah dipindahkan ke 400 kawasan kampung Baru di seluruh Tanah Melayu. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula ataupun di Kampung Baru supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubatubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Kampung Baru terletak jauh dari pinggir hutan, dipagar dengan kawat berduri dan

Setiap keluarga di Kampung Baru diberi kad


catuan makan dan periuk nasi bernombor bagi memastikan tiada makanan yang lebih dibekalkan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip. Rancangan Briggs bukan sahaja dapat menjamin keselamatan penduduk setinggan di pinggir hutan, tetapi dapat memutuskan hubungan mereka dengan pengganas komunis.

Di bawah rancangan Briggs, Gerakan Kelaparan

dijalankan untuk memastikan bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan tidak jatuh ke tangan Komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatansekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen. Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya.

Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan


kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Dengan itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.

MCA dengan aktifnya membantu setinggan

Cina menjalani kehidupan di kampung baru. Ekoran daripada gerakan kelaparan, maka pengganas komunis sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatubatan. Hal ini menyebabkan PKM terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk mendapatkan bekalan makanan. PKM marah dengan gerakan kelaparan ini, maka PKM ingin mengganas kepada orang tertentu sahaja.

Tahun 1951, PKM meluluskan dasar baru


yang mengurangkan kekejaman terhadap orang awam dan hanya memilih kumpulan atau individu tertentu untuk diserang. Mangsa pertama ialah Sir Hendry Gurney, yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu. Beliau dibunuh ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Walaupun Sir Henry Gurney telah dibunuh,

namun Rancangan Briggs tetap diteruskan. Rancangan Briggs berjaya menyedarkan penduduk kampung baru tentang pentingnya kesepakatan dalam menghadapi ancaman pengganas komunis.

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs.

Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan

PKM. Sokongan terhadap PKM semakin merosot. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman terhadap orang awam. PKM berundur ke Selatan Thailand.

Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah

5. Perang Saraf

dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney. Perang Saraf merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen memenangi hati & fikiran rakyat. Sir Gerald Templer menyedari bahawa penggunaan kekerasan & senjata sematamata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

Langkah2 British menjayakan Perang Saraf

1) Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu


menentang Komunis. Berjaya dilaksanakan. Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar patung2 komunis. Risalah menentang komunis diedarkan di pelusuk Tanah Melayu. Perang Saraf menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis.

Penduduk rela hati menawarkan diri

menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air. 2) Konsep Kawasan Hitam & Kawasan Putih. Kawasan Hitam kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif. Kawasan Putih Kawasan yang bebas daripada ancaman pengganas komunis. Untuk kawasan yang penduduknya membantu komunis, kerajaan telah memotong catuan makanan dan melaksanakan perintah berkurung.

Perintah berkurung merupakan larangan

kepada setiap individu daripada keluar rumah. Pada 30 Mei 1954, Templer mengisytiharkan Melaka, Terangganu, Kedah, Perlis dan N.9 sebagai kawasan putih. British juga melonggarkan syarat kerakyatan kepada org cina. Tujuan untuk menarik sokongan orang cina terhadap usaha perang saraf. Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM

Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu

terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat. 3) British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis. Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis. Contoh: Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000 Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000

4) Peranan Sultan & Menteri Besar Sultan & menteri besar setiap negeri mengingatkan rakyat tentang langkah2 menentang komunis. Contoh: Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara Menteri Besar Pahang mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga Dato Onn Jaafar menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas.

5) Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan


Makanan.

Pengganas komunis yang terdesak terpaksa


bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan. Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut. Usaha bersama kerajaan dengan rakyat berjaya merosotkan pengaruh komunis. Pengganas komunis juga hidup menderita kerana diburu oleh pasukan keselamatan.

Tujuan menggalakkan pengganas komunis


6. Pengampunan Beramai-ramai
menyerah diri Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu & Tamil. setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu Poster ditampal di serata tempat Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan

7. Pertemuan Baling

tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis. Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan. Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling.

Rundingan ini diwakili oleh;


a) Wakil kerajaan PTM Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock b) Wakil PKM Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata & menyerah diri Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.

Hasilnya pertemuan tersebut gagal kerana


Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng Alasan Tunku Abdul Rahman; Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di TM Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila2 masa jika PKM berubah fikiran. TM mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi Apabila TM merdeka pengaruh komunis semakin merosot Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat.

Kesan Darurat
Dari segi Politik. i. Undang2 Darurat 1948 Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis Tujuan membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen. ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952 Tujuan menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis.

iii. British Menyegerakan Pemberian

Kemerdekaan Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan Tujuan British supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka. iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan Kesan;

Orang Cina mula memberi kerjasama &

membantu kerajaan membanteras komunis Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

Dari segi Ekonomi i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian. ii. Kemusnahan Kemudahan Asas Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam. iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja.

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat Kerajaan membelanjakan sebanyak $250

000 hingga $300 000 sehari semasa darurat Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan; Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat.

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai Kerajaan lebih menumpukan perhatian

kepada usaha membanteras komunis & darurat Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru Kesan pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian.

Dari segi sosial i. Kecederaan & Kematian Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah; Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban.

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita Peperangan menentang komunis berlangsung

selama 12 tahun Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk TM Antaranya; Penduduk sukar bergerak Sukar mendapat bekalan makanan Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung

Terpaksa bergantung kepada makanan

seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun. iii. Masalah Hubungan Kaum Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Tujuan mengeratkan kerjasama antara kaum di TM

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran TM sendiri Tujuan memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum.

You might also like