You are on page 1of 7

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN WAKAF MEMPELAM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI

AKTIVITI SUKARIA
Oleh : Nur Hakimah binti Ahmad Bakri271& Mangaleswaran Annamalai28 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Murid-murid Pemulihan Khas adalah diantara kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran. Sesetengah daripada mereka gagal memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid lebih suka bermain daripada belajar. Oleh disebabkan bermain adalah sebahagian dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya pendidikan yang diberi berasaskan aktiviti-aktiviti bermain yang sesuai. Komitmen dan fokus kanak-kanak terhadap aktiviti yang menggembirakan mereka seperti bermain sangat tinggi dan secara tidak langsung dapat meransang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Kajian bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti sukaria. Responden yang terpilih terdiri daripada dua orang murid Pemulihan Khas yang sering hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual separuh berstruktur dan penganalisian dokumen untuk melihat keberkesanannya. Hasil daripada penganalisian data, didapati bahawa kaedah sukaria yang dijalankan dalam kajian ini berjaya mengubah tingkah laku murid-murid kearah yang lebih positif dengan peningkatan skor pemerhatian sebanyak 46.67%. Kata kunci: Penglibatan, Perhatin, Bermain, Aktiviti Sukaria, Pemulihan Khas PENGENALAN Sekolah merupakan salah sebuah institusi pengajian yang terawal yang memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pendidikan. Pelbagai program dijalankan untuk membantu proses pendidikan berjalan dengan lancar, antaranya ialah Program Pendidikan Pemulihan yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah untuk mengatasi masalah pembelajaran yang melibatkan murid-murid lemah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang dilantik untuk membantu menyelesaikan masalah yang melibatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984) telah mendefinisikan pemulihan sebagai langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapai masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Murid-murid akan dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Bahagian Sekolah-sekolah KPM (1986) turut menjelaskan bahawa program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
27 28

Pelajar PISMP Pemulihan Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas

masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas di dalam bidang ini. Murid Pemulihan adalah golongan murid yang memerlukan pemerhatian dan bantuan yang sangat teliti oleh guru-guru terutamanya guru Pemulihan Khas. Fitrah kanak-kanak sangat suka bermain dan hal ini berkaitan dengan murid-murid Pemulihan di sekolah yang masih terdiri dalam kategori kanak-kanak. Menurut Nur Anisah binti Mohd Zin (2011), penerapan kemahiran bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dipandang serius oleh guru kerana kebanyakan guru hanya mementingkan reputasi dan peningkatan akademik kanak-kanak tanpa menghiraukan keseronokan belajar kanakkanak. Aspek bermain boleh dijadikan sebagai ransangan untuk murid-murid belajar kerana secara tidak langsung ransangan melalui bermain ini juga dapat meningkatkan perkembangan keseluruhan mereka. Hal ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Pada sesi praktikum ketiga iaitu praktikum yang sedang dijalani oleh pengkaji pada kali ini, pengkaji telah diberi tanggungjawab untuk mengajar murid-murid Pemulihan LINUS Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam. Murid-murid yang terlibat adalah seramai 2 orang sahaja. Mereka tercalon untuk dibantu khusus melalui program Pemulihan LINUS selepas ujian dibuat oleh guru Pemulihan Khas LINUS di sekolah tersebut. Pengkaji mendapati bahawa minat murid untuk belajar sangat kurang dan fokus mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mudah teralih apabila menerima gangguangangguan luar seperti gangguan daripada rakan-rakan kelas yang lain. Sepanjang pemerhatian yang dibuat, murid-murid tersebut juga turut menonjolkan karakter yang berbeza. Pada tanggapan pengkaji, faktor fokus dan minat murid ini merupakan faktor terbesar yang melambatkan penguasaan kemahiran-kemahiran.Murid-murid tersebut mempunyai respons yang berbeza sekiranya guru mengalih perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Perbandingan dapat dibuat berdasarkan perubahan tingkah laku mereka selepas perhatian pengkaji teralih. Selain itu, murid-murid tersebut juga cepat berasa bosan apabila diajar secara berterusan tanpa diselitkan dengan aktiviti-aktiviti menarik. Mereka pernah bersuara bahawa mereka malas, penat dan sebagainya. Kepelbagaian bahan Alat Bantu Mengajar (ABM) digunakan untuk memberi kelainan dan keseronokan kepada muridmurid. Pengkaji mendapati murid lebih suka bermain daripada belajar. Oleh yang demikian, idea timbul untuk melaksanakan aktiviti sukaria dalam pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan ini dibincang bersama guru pembimbing dan pengkaji menyuarakan pendapat untuk menyelesaikan masalah fokus murid ini secara berterusan sepanjang pengkaji berada di sekolah tersebut. Tambahan pula, pengkaji cuba untuk mengaplikasikan aktiviti sukaria yang telah dijalankan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dengan hasrat perubahan tingkah laku murid dan fokus mereka sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.

Fokus Kajian Kajian ini berfokuskan kepada minat dan tingkah laku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ianya menjurus kepada cara yang digunakan oleh pengkaji untuk memastikan responden dapat mengawal tingkah laku dan seterusnya meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Meningkatkan minat murid dan mengawal tingkah laku murid ke arah tingkah laku yang positif sangat penting supaya kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dan seterusnya dapat memudahkan proses mengajar sesuatu kemahiran. METODOLOGI Kajian ini dijalankan hanya di Sekolah Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Responden yang terlibat hanya seramai dua orang sahaja dimana responden tersebut adalah lelaki dan terdiri daripada murid-murid Pemulihan Linus. Kajian dibuat adalah untuk mengubah kebiasaan murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengubah tingkah laku tanpa melibatkan kemahiran tertentu. Dalam kajian ini, pengkaji memungut data menggunakan beberapa instrumen seperti temubual, pemerhatian dan analisis dokumen iaitu analisis foto. Bagi kajian ini juga, pengkaji menggunakan model kajian yang telah disarankan oleh Kemmis dan McTaggart (1983). Terdapat empat proses yang terlibat berdasarkan model ini iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

1. Merefleks

4. Memerhati

2. Merancang

3.Bertindak

Rajah 1 : Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988) Untuk menjawab soalan kajian (i), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan menggunakan borang catatan pemerhatian bagi melihat perbezaan tingkah laku sebelum dan selepas Aktiviti Sukaria dijalankan. Berdasarkan borang pemerhatian tersebut, perbezaan sebelum dan selepas yang berlaku dianalisis juga ke dalam bentuk graf. i. Adakah pengaplikasian aktiviti sukaria dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung?

Jadual 1 : Skala Pemarkahan Untuk Borang Pemerhatian SKALA PEMARKAHAN Nombor Skala Skala 1 Skala 2 Skala 3 Kategori Skala Kurang baik Baik Sangat baik

Jadual 1 merupakan skala pemarkahan yang digunakan untuk diisi ke dalam borang pemerhatian. Skala tersebut diperincikan dengan kategori-kategori yang dinyatakan di dalam jadual tersebut.Satu borang pemerhatian telah dibuat untuk memerhatikan tingkah laku responden dan skala diberikan selepas pemerhatian dijalankan sebelum dan selepas mengadakan rawatan.

Jadual 2 : Pemerhatian Berskala Sebelum Rawatan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Item Kurang berinteraksi Membuat aktiviti lain semasa P&P Menganggu kawan ketika belajar Kurang bekerjasama Tidak memberi tumpuan R1 2 3 3 3 2 R2 3 3 1 3 3

Berdasarkan jadual 2, skala diletakkan mengikut kategori yang sesuai berdasarkan pemerhatian yang dibuat sebelum rawatan yang mengaplikasikan aktiviti sukaria dijalankan. Jadual 3 : Pemerhatian Berskala Selepas Rawatan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Item Kurang berinteraksi Membuat aktiviti lain semasa P&P Menganggu kawan ketika belajar Kurang bekerjasama Tidak memberi tumpuan R1 1 1 1 2 1 R2 1 1 1 2 1

Berdasarkan jadual 3, skala turut diletakkan berdasarkan pemerhatian selepas aktiviti sukaria dijalankan. Pemerhatian sebelum dan selepas untuk kedua-dua diterjemahkan dengan lebih terperinci ke dalam bentuk graf dimana perbezaan sebelum dan selepas aktiviti sukaria dijalankan dapat diperhatikan dengan lebih jelas.

4 3 2 1 0 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Sebelum Selepas

Rajah 1 : Graf Perubahan Responden A


4 3 2 1 0 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Sebelum Selepas

Rajah 2 : Graf Perubahan Responden B Graf menunjukkan perubahan sebelum dan selepas bagi responden A dan responden. Kedua-dua responden tersebut mengalami perubahan yang semakin positif selepas aktiviti sukaria dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Item-item adalah mewakili tingkah laku berdasarkan item tingkah laku yang dinyatakan di dalam borang pemerhatian. Bagi menjawab persoalan (ii), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan menggunakan kaedah temubual dan menganalisis foto. ii. Temubual Berikut adalah hasil temu bual bersama guru Pemulihan dan respondenyang menunjukkan perubahan tingkah laku responden selepas aktiviti sukaria dijalankan. Guru Pemulihan Pengkaji Cikgu Pemulihan : Apakah pendapat cikgu berkenaan aktiviti sukaria ini? :Pendekatan sangat baik kerana budak memang suka bermain, apabila kita beri dia bermain sambil belajar dia akan lebih minat untuk memberi tumpuan. : Adakah kesannya murid tersebut akan datang ke kelas untuk bermain sahaja? : Walaupun dia kelihatan bermain, sebenarnya dia juga belajar. : Adakah pendekatan ini berjaya? : Pendekatan ini sangat berjaya menimbulkan minat mereka. Adakah perkelakuan aktif murid semasa pengaplikasian aktiviti sukaria masih dalam keadaan terkawal ke arah proses pengajaran dan pembelajaran?

Pengkaji Cikgu Pemulihan Pengkaji Cikgu Pemulihan

Guru tersebut memberi pandangan bahawa pendekatan sukaria yang dijalankan adalah berjaya menarik minat responden-responden yang terlibat. Responden A Pengkaji Responden A Pengkaji Responden A :Adakah kamu suka permainan-permainan cikgu berikan? : Suka sangat cikgu. Best main daripada belajar dalam kelas dengan kawan-kawan. : Kenapa kamu suka datang awal ke kelas cikgu sekarang? : Rasa rajin sikit. Hehe.. Tak rasa macam belajar pun datang sini cikgu. Seronok.

Temubual ini menunjukkan tingkah laku murid telah berubah menjadi lebih rajin dan lebih suka belajar di dalam kelas. Responden B Pengkaji : Adakah kamu suka permainan-permainan cikgu berikan? Responden B: Saya suka. Pengkaji : Kenapa kamu suka datang awal ke kelas cikgu sekarang? Responden B : Sebab boleh bermain. Nak belajar sini lama-lama pun tak apa cikgu. Kawan-kawan nak ikut saya belajar sini, saya kata tak boleh. Temubual ini menunjukkan bahawa minat murid untuk berada di dalam kelas Pemulihan meningkat dan tingkah laku responden menjadi lebih terkawal. Analisis dokumen (foto) Beberapa foto sebelum dan selepas rawatan telah diambil untuk dianalisis bagi melihat perlakuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati berlaku perubahan dari segi tingkah laku responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung dan ianya jelas dapat dilihat menerusi foto yang diambil. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Kajian ini berjaya membuktikan bahawa objektif tercapai melalui pengaplikasian aktiviti sukaria. Aktiviti sukaria ini terbukti dapat meransang murid untuk belajar. Menurut Nur Anisah binti Mohd Zin (2011), permainan memberikan ciri-ciri positif seperti permainan secara semulajadi meransang dan memberikan peneguhan terhadap pembelajaran. Permainan yang digunakan adalah sebagai kaedah pengajaran yang membantu pengkaji menyampaikan ilmu dan kemahiran dengan lebih mudah. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, tingkah laku responden dapat dikawal oleh guru dengan mudah dan responden akan sentiasa terlibat di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengkaji telah menilai bahawa kaedah yang digunakan ini boleh memberi hasil yang lebih baik sekiranya jangka masa yang diberikan untuk membuat kajian adalah lebih panjang. Seterusnya, kajian ini hanya dilaksanakan kepada dua responden daripada kelas Pemulihan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam. Kajian ini boleh dibuat dengan lebih meluas dimana aktiviti sukaria turut boleh dijalankan di dalam kelas arus perdana oleh guru-guru aliran arus perdana untuk menarik perhatian murid. Pengkaji juga boleh menambahkan kepelbagaian permainan dan menjadikan ianya fleksibel dengan pelbagai fungsi. Akhir sekali, pengkaji seterusnya juga boleh cuba untuk menetapkan jenis aktiviti sukaria yang disediakan mengikut hari belajar. Hal ini juga dapat mendisiplinkan murid dan seterusnya mereka akan tahu bagaimana corak aktiviti yang bakal mereka lalui semasa belajar di dalam kelas Pemulihan mengikut hari-hari tertentu.

SENARAI RUJUKAN Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Gordon, I.J. Guinegh, B. Dan jester, R.E. (1972). Child Learning Through Child Play. New York : St. Matin Press. Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kantha Kumar Ramasamy. (1993). Kaedah Permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Jurnal IPDA Jilid 1 Institut Perguruan Darul Aman. Linah bintii Summase. (2009). Belajar Sambil Bermain: Satu Kajian Kes. Kuching. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang. Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd Nasir Markom dan Othman A. Kassim. (2006). Permainan Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mohammad Iqram Akeef Bin Mohd Amin (2011). Pengurusan Program Pendidikan Pemulihan Khas. Diperoleh pada 14 Februari 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/52993283/15/PENGURUSAN-PROGRAMPENDIDIKAN-PEMULIHAN-KHAS Nadzeri Haji Isa (1997). Bahan Pengajaran Bahasa: Persoalan Tentang Kesesuaian, Ketepatan, dan Keberkesanannya Sebagai Fokus Utama dalam Pengajaran, Jurnal Dewan Bahasa. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2001). Murid dan Alam Belajar : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nur Anisah binti Mohd Zin (2011) Meningkatkan Kemahiran Mengenal Huruf Kecil Bagi Murid-murid Prasekolah Nurul Iman Sekolah Kebangsaan Losong Menggunakan Kaedah Bermain. Tesis Penyelidikan, Institut Pendidikan guru Kampus Dato Razali Ismail. Nurul Ain bt. Hamzah. (1992). Faktor-faktor Terpilih Yang Mempengaruhi Ibu Bapa Memilih Alat Permainan Untuk Peringkat Pra Sekolah : Satu Kajian Kes. Serdang. UPM Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Rosini Abu, Ramlah Hamzah. (1998). Pedagogi 1. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas : Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahaa dan Pustaka.

You might also like