You are on page 1of 11

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PIPK) KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

PCK 2

: Tujahan, Apungan dan Tenggelam.

Objektif : Untuk menyiasat keadaan yang sesuai bagi tujahan, apungan dan tenggelam.

Pengenalan

Sebuah badan yang terendam di air ditindak oleh beberapa daya. Pertama ialah berat atau jisim badan itu sendiri yang dianggap bertindak kea rah bawah pada gravity dan kedua ialah ( daya tujah yang bertindak ke atas) daya-daya hidrostatik yang dianggap bertindak pada pusat ketimbulan B.
Daya tujah yang bertindak ke atas

Daya hasil daripada berat objek

Daya tujah adalah satu daya yang menghasilkan tolakan ke atas terhadap suatu objek yang berada dalam air. Tidak mengira sama ada objek tersebut berada didalam permukaan air atau tenggelam ke dalam permukaan air. Objek yang mempunyai ketumpatan kurang daripada ketumpatan cecair yang mengapunginya, daya tujah ke atas akan menyebabkan objek tersebut terapung di atas permukaan cecair. Walaubagaimanapun, jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair yang mengapunginya, daya tujah ke atas tetap wujud tetapi objek tersebut tidak akan timbul sebaliknya akan tenggelam ke bawah kerana magnitud daya tujah yang bertindak ke atas tidak cukup untuk mengatasidaya yang dihasilkan oleh berat objek.

Prinsip Archimedes Prinsip Archimedes telah digunakan oleh manusia sejak hamper 3000 tahun yang lalu di mana Archimedes

(212287 B.C.) telah memperkenalkan prinsip keapungan (bouyancy) yang telah digunapakai hingga ke hari ini. Leonardo da Vinci (1452-1519) telah merekabentuk dan membina kunci terusan berkebuk (chambered canal lock) yang pertama di Milan. Selepas era da Vinci, pengetahuan hidraul berkembang dengan pesat melalui Galileo, Torricelli, Pascal, Newton, Pitot, Bernoulli dan Euler.Walaupun teori yang diutarakan oleh saintis-saintis yang disebutkan di atas disahkan melalui ujikaji-ujikaji atau eksperimen, tetapi masih wujudpertikaian di antara aspek teori dan praktikal. DAlembert (1744)menyatakan, ....... teori bendalir mestilah didasarkan dari eksperimen.Isipadu suatu pepejal tak sebentuk boleh didapati dengan menentukan kehilangan berat ketara apabila jasad tersebut direndam atauditenggelamkan sepenuhnya di dalam cecair yang diketahui ketumpatanbandingannya. Ketumpatan bandingan sesuatu cecair boleh ditentukan dengan cara melihat jarak dalam keapungan hydrometer. Kegunaan prinsipini selanjutnya termasuklah mengenai masalah umum keapungan dan rekabentuk senibina kapal. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa sesuatu jasad yang tenggelam secara penuh atau sebahagian sahaja di dalam suatu cecair,ianya akan mengalami daya tujah (upthrust) yang bertindak ke atas. Nilai tujahan ini adalah sama nilainya dengan berat isipadu bahagian cecair atau bendalir yang teranjak.

F=ma F= Daya (sama ada ke atas atau ke bawah) m= Jisim cecair yang disesarkan. a= Isi padu kuboid. Ringkasnya prinsip archimedes adalah daya tujah ke atas sama dengan berat yang hilang atau berat cecair yang disesarkan. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi daya tujah. Pertama, isipadu jasad yang lebih besarkan menghasilkan daya tujah yang lebih besar. Kedua ialah kekuatan medan graviti. Medan graviti yang kuat akan menghasilkan daya tujahyang lebih besar. Ketiga ialah, ketumpatan cecair. Cecair yang lebih tumpat akan menghasilkan daya tujah yang lebih besar.

Hukum Keapungan : 1. Suatu jasad yang terendam di dalam suatu bendalir akan menimbulkan daya yang sama besar dengan berat bendalir yang disesarkan/ dianjakkan. 2. Suatu jasad yang terapung akan menyesarkan sejumlah bendalir seberat jasad itu sendiri. 3. Daya keapungan( upthrust) selalu bertindak kearah memugak, bertindak melalui pusat tekanan(hp) bendalir yang disesarkan. Bahan bahan : 2 silinder penyukat, larutan garam, 2 biji telur, air paip, 2 besen dan 5 biji bola plastisin ( 50 g setiap satu)

Aktiviti : Menyiasat Kenapa Jasad Terapung atau Tenggelam Di Dalam Cecair

Prosedur

1. Dua silinder penyukat diisi, di mana satu silinder mengandungi larutan garam manakala satu silinder lagi mengandungi air paip. Telur diletakkan ke dalam kedua-dua bekas dan pemerhatian dibuat. 2. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu seberat 50 g. Dua bola plastisin dibentuk menjadi bentuk perahu. Satu perahu dibuat dengan sisi rendah manakala satu lagi dibuat dengan sisi tinggi. 3. Kedua-dua perahu dan bola plastisin diletakkan ke dalam besen air yang mempunyai air. Pemerhatian direkodkan.

4. Dua bola plastisin diambil dan diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam keduadua perahu tadi setiap satu. Pemerhatian direkodkan. 5. Inferen dinyatakan untuk setiap pemerhatian. 6. Laporan aktiviti ditulis dengan menggunakan format berikut: Menggenal pasti masalah, membuat hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisis data dan kesimpulan

AKTIVITI 1

Pernyataan Masalah : Adakah cecair yang berlainan jenis dan ketumpatan akan menghasilkan kesan keapungan yang berlainan?

Hipotesis : Ketumpatan cecair mempengaruhi keapungan objek.

Pembolehubah Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan : Ketumpatan cecair : Keapungan bola plastisin : Jisim bola plastisin

Keputusan PEMERHATIAN Air pili + telur Telur tenggelam ke dasar air pili. Larutan saline + telur Telur hanya tenggelam di permukaan air.

Air pili + telur

Larutan saline + telur

Inferen Telur lebih tumpat dari air pili tetapi air pili kurang tumpat berbanding dengan larutan garam.

Perbincangan

1. Ketumpatan ialah jisim suatu bahan bagi satu unit isi padu bahan itu. 2. Setiap bahan mempunyai nilai ketumpatan tertentu contohnya ketumpatan air ialah 1000 kg/m3. 3. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketumpatan iaitu suhu, bendasing dan tekanan. 4. Tetapi dalam PIPK ini faktor yang pempengaruhi ialah bendasing kerana garam telah dimasukkan ke dalam air paip. 5. Bendasing terlarut boleh menambah kepada jisim cecair itu bertambah. Jadi ketumpatan larutan garam meningkat kerana jisim berkadar terus dengan ketumpatan apabila isipadu tetap. 6. Telur tenggelam sepenuhnya di dalam air paip kerana telur lebih tumpat daripada air paip. 7. Namun, telur berada pada pemukaan larutan garam adalah disebabkan oleh ketumpatan larutan atau cecair yang mempengaruhi daya keapungan telur. 8. Semakin tumpat sesuatu cecair atau larutan, maka ketumpatan cecair tersebut akan menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat dan dapat mengatasi berat sesuatu objek. 9. Larutan garam menunjukkan bahawa ia mempunyai daya tujah yang tinggi hingga telur tersebut tidak tenggelam sepenuhnya. 10. Manakala air paip yang mempunyai ketumpatan yang kurang menyebabkan daya tujah air paip tidak mampu untuk mengatasi berat objek, seterusnya menyebabkan objek tenggelam sepenuhnya.

Kesimpulan

Ketumpatan cecair mempengaruhi daya keapungan telur. Hipotesis diterima.

AKTIVITI 2 Pernyataan masalah :

Adakah bentuk dan ketinggian sisi perahu mempengaruhi keapungan perahu tersebut?

Hipotesis : Semakin tinggi sisi perahu semakin tinggi daya keapungan perahu.

Pembolehubah Dimanipulasikan : Bentuk dan ketinggian sisi Bergerak balas Dimalarkan : Keapungan bola plastisin : Jisim bola plastisin

Keputusan: PEMERHATIAN INFERENS Oleh kerana perahu sisi rendah, maka Perahu terapung tetapi apabila 50 g Perahu sisi rendah bola platisin diletakkan di dalam perahu, perahu tenggelam sepenuhnya ke dalam dasar bikar kerana tebing perahu di masuki air. apabila terdapat muatan yang berat, sisi perahu tidak dapat menampung atau menghalang air masuk menyebabkan perahu karam. Sisi perahu yang rendah menyebabkan perahu karam walaupun pada awlanya perahu terapung di atas air. Perahu terapung dalam bikar. Apabila bola plastisin 50 g Perahu sisi tinggi diletakkan, sisi perahu tenggelam sedikit tetapi perahu masih berada dalam keadaan terapung. Tidak terdapat kemasukan air ke dalam perahu. Bola plastisin Bebola plastisin tenggelam sebaik sahaja diletakkan di atas Disebabkan sisi perahu yang tinggi, walaupun terdapat muatan yang dimasukkan, perahu masih mampu untuk menampung berat bebola 50 g. sisi yang tinggi menyebabkan perahu tidak karam seperti perahu sisi rendah. Memandangkan bentuk bebola plastisin yang bulat dan tidak mempunyai tapak

50 g

permukaan air.

yang luas untuk menghasilkan daya tujah yang tinggi maka bebola plastisin tenggelam.

Perahu sisi tinggi (terapung) Bola plastisin (tenggelam)

Perahu sisi rendah (terapung)

Perahu sisi tinggi (terapung)

Bola plastisin (tenggelam)

Perahu sisi rendah (tenggelam)

Inferen Keseluruhan: Bentuk amat mempengaruhi keapungan sesuatu objek kerana berat yang sama tetapi berlainan bentuk menyebabkan terdapat tiga keadaan yang berbeza berlaku.

Perbincangan: 1. Dengan menggunakan jisim plastisin yang sama iaitu plastisin 50g, tiga objek dibentuk iaitu bebola sfera, perahu bersisi rendah dan perahu bersisi tinggi. 2. Bebola plastisin yang berbentuk sfera terus tenggelam kedalam air, manakala perahu masih terapung. 3. Apabila perahu di tambah dengan jisim yang sama iaitu 50 g lagi, perahu bersisi rendah telah tenggelam manakala perahu bersisi tinggi masih lagi terapung di permukaan air. 4. Bentuk amat mempengaruhi keapungan sesuatu objek walaupun berat yang sama tetapi bentuk yang berlainan menyebabkan terdapat tiga keadaan yang berbeza berlaku.

Kesimpulan : Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Hipotesis diterima.

SOALAN

1. Mengapakah objek boleh terapung atau tenggelam di dalam cecair? Setiap objek mempunyai ketumpatannya masing-masing. Jika cecair lebih tumpat daripada objek, maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan yang bertindak daripada cecair. Sebaliknya, jika objek lebih tumpat daripada cecair maka objek tersebut akan tengelam kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek.

2. Bolehkah objek yang lebih tumpat daripada air terapung? Jelaskan. Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek tetapi terdapat juga faktor lain yang membolehkan objek itu terapung. Contohnya ialah bentuk objek. Ini dapat dilihat melalui aktiviti 2 dimana apabila kedua-dua perahu yang berbeza tetapi mempunyai ketumpatan sama dan ketinggian sisinya yang berbeza dimasukkan bola plastisin, perahu bersisi rendah akan tenggelam namun perahu bersisi tinggi masih lagi terapung. Jadi, objek yang lebih tumpat boleh terapung jika bentuknya diubah suai.

3. Nyatakan faktor yang mempengaruhi keapungan objek. Bentuk, jika bentuk objek terdapat rongga ruang udara atau berbentuk perahu yang mempunyai sisi maka objek tersebut mampu untuk terapung tetapi jika bentuknya bulat dan padat maka objek itu akan tenggelam. Berat juga mempengaruhi keapungan objek. Jika objek tersebut semakin berat maka semakin mudah untuk ia tenggelam. Ketumpatan juga mempengaruhi daya keapungan objek di mana jika cecair lebih tumpat dari objek maka objek akan timbul tetapi jika cecair kurang tumpat dari objek maka objek akan tenggelam.

SOALAN MASTERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

1. Di akhir aktiviti ini jawab soalan berikut.

a. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini? Pengetahuan saya tentang topik ini, iaitu daya tujah, keapungan dan tenggelam menjadi lebih mendalam. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keapungan di dalam aktiviti ini iaitu ketumpatan cecair dimana cecair yang lebih tumpat akan menyebabkan objek timbul manakala jika ketumpatan cecair kurang daripada objek maka objek akan tengelam. Bentuk, saiz dan berat juga mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Objek yang sama berat dan ketumpatan tetapi saiz yang berlainan akan menghasilkan daya keapungan yang berbeza.

b. Bahagian manakah dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah diajar topik ini? Tahun 1- Tema mengenai Mempelajari Benda Hidup (Learning about Living Thing) Mengenai mengenal pasti objek yang timbul dan tengelam.

c. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam pembelajaran dan pengajaran? Saya akan meminta murid untuk mengumpul objek yang berbeza terdapat di kawasan sekeliling seperti pembaris, pensel, pemadam, guli, batu, dan sebagainnya. Murid dikehendaki untuk meramal objek manakah yang akan tenggelam dan timbul. Selepas membuat ramalan, murid-murid diberi peluang untuk

menjalankan aktiviti bagi menguji ramalan yang dibuat dengan meletakkan objek-objek tersebut ke dalam besen yang mengandungi air.

Kemudian, saya menjelaskan kepada murid-murid di akhir sesi pembelajaran bojek manakah akan tenggelam dan timbul supaya murid lebih faham.

d. Apakah peranan guru dalam hal aktiviti ini? Guru sebagai pembimbing di dalam aktiviti ini, guru harus membimbing murid-murid untuk menjalankan aktiviti ini dengan cara yang betul. Guru juga sebagai rujukan kepada murid-murid, sekirannya murid-murid terdapat pertanyaan, guru harus menjelaskan kepada mereka. Rujukan:

1. http://apl.aip.org/resource/1/applab/v92/i23/p231105_s1?isAuthorized=no 2. http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_meaning_of_density

You might also like