You are on page 1of 5

Home / Sekolah / Senarai Sekolah Amanah 2011 Written on 16 DECEMBER 2010 by AZHAD NILAM Senarai Sekolah Amanah 2011

Filed under SEKOLAH8 Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran. Berikut adalah senarai 10 Sekolah Amanah yang menyertai projek perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak:

Sekolah di Johor

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 2. SK Kampung Layau 3. Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Kangkar, Pulai 4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu 5. SMK Gelang Patah

Sekolah di Sarawak

1. Sekolah Menengah Sains Kuching 2. SMK Bandar Kuching 2 3. SK Tabuan 4. SK Empila, Samarahan 5. SK Combine Sektor swasta yang terlibat buat masa ini adalah Khazanah Nasional Berhadyang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah. Ini selaras dengan komitmen Khazanah Nasional menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. Dilaporkan terdapat beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program Yayasan Amanah ini.

Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana Sekolah Amanah menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta. Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah. Sumber http://eputra.com/senarai-sekolah-amanah-2011/ Pena Bonda Minda harus terbuka. Minda seperti payung terjun. Ia berfungsi dengan baik apabila ia terbuka.

Friday, December 10, 2010 PERINTIS SEKOLAH AMANAH Hari ini, 10 Disember 2010, lahirlah satu jenis sekolah lagi di Malaysia iaitu Sekolah Amanah AMIR. Setakat yang Bonda tahu, sekolah di Malaysia ni dikelompok dan dinamakan dengan pelbagai nama, contohnya, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Wawasan, Sekolah Model Khas, Sekolah Bestari dan pelbagai nama lagi. Bila nak bercerita kat orang luar negara tentang sistem pendidikan di Malaysia, sendiri pun naik pening. Tak payahlah nak cerita kat orang luar, cerita kat orang biasa-biasa (orang awam), pun sukar bagi Bonda. Sebabnya Bonda sendiri pun tak berapa jelas kriteria dan objektif penubuhan setiap kelompok sekolah. Lagi parah bila ada yang bertindan, maksud Bonda, contohnya Sekolah Berasrama Penuh ada juga yang dikelompokkan sebagai Sekolah Kluster.

Berbalik kepada cerita Sekolah Amanah AMIR. Terdapat 10 buah sekolah yang dikategorikan sebagai Rangkaian Sekolah Amanah AMIR, iaitu enam (6) buah sekolah rendah dan empat (4) buah sekolah menengah. Hal ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekolah yang dipilih itu mewakili dua (2) negeri iaitu Johor dan Sarawak. Di Johor, sekolah yang dipilih adalah: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda (2), Johor Bahru Sekolah Kebangsaan Kampung Layan, Kota Tinggi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar, Pulai

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Semenchu, Kota Tinggi Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor Bahru Di Sarawak, sekolah yang dipilih adalah: Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, Samarahan Sekolah Kebangsaan Combine Sekolah Kebangsaan Tabuan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching (2) Sekolah Menengah Sains Kuching Bagi memahamkan diri Bonda dengan Sekolah Amanah, beberapa persoalan dilontarkan. Sendiri tanya, sendiri cari jawapannya. Oleh itu, ada yang ada jawapannya, ada yang tertinggal jawapannya diawangan.

Apa itu Sekolah Amanah? Ia adalah sekolah awam yang diurus secara bersama dengan pihak swasta. Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih lagi mengawal selia sekolah tersebut. Dalam kes Rangkaian Sekolah Amanah AMIR, pihak swasta yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad di mana Yayasan AMIR akan menguruskannya.

Bila timbul nama Sekolah Amanah ni? Istilah Sekolah Amanah timbul semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Razak. Istilah Sekolah Amanah ni dalam bahasa Inggeris adalah Trust School. Manalah tau nak bercerita kat orang luar negara, istilah yang digunakan mestilah boleh difahami mereka.

Kenapa nak diwujudkan Sekolah Amanah? Objektifnya adalah untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa sekolah berkenaan. Apa maksud prestasi sekolah dalam konteks ini? Jika ia diukur berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan, Bonda agak, pemikiran kita masih berada di takuk lama. Sampai bila kita nak capai status

negara maju? Bonda berharap benar agar dapat dijelaskan definisi prestasi sekolah dengan terperinci dan lengkap. Cadangan Bonda, pelan strategik setiap sekolah terlibat diteliti dengan terperinci. Pengetahuan dan kemahiran membina pelan strategik mesti diberi dan disemai kepada warga sekolah. Bonda pasti pihak swasta mempunyai ilmu dan kemahiran dalam menyediakan dan review pelan strategik. Pelan strategik sangat penting bagi sesebuah organisasi dan ianya perlu mengikut kehendak dan keperluan sekolah berkenaan. Pengetahuan dan pengalaman mengurus dan mengendalikan sesebuah organisasi mengikut pelan strategik amat berharga buat guru. Guru juga dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di sekolah.

Apa bagusnya Sekolah Amanah ni? Sekolah Amanah ini mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia. Autonomi yang dimaksudkan di sini adalah diberi kebebasan memilih kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru. Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak Bonda berhubung tiga (3) perkara ini. Bonda cari juga maklumat lanjut tapi gagal. Apa maksud kebebasan memilih kurikulum jika pelajar masih lagi terikat dengan peperiksaan awam? Selain pengagihan peruntukan mengikut keperluan, elok juga sekiranya pihak swasta berkongsi pengalaman dalam pemantauan perbelanjaan supaya perbelanjaan berhemah dapat diserap dan diamalkan. Apakah bentuk atau kaedah dalam menilai prestasi semua staf? Apakah langkah-langkah bagi mengelakkan bias dalam menentukan prestasi staf? Apakah kriteria dalam pemilihan guru dan kakitangan bukan guru yang akan berkhidmat di Sekolah Amanah?

Apa yang sekolah dapat (sekolah terlibat)? Cuma dikatakan pelajar akan memperoleh pendidikan berkualiti. Bagi Bonda, selain daripada pelajar, guru juga patut diberitahu apa yang mereka akan dapat sekiranya mereka berkhidmat di Sekolah Amanah. Ganjaran dalam bentuk peningkatan tahap profesionalisme keguruan lebih bermakna dan berfaedah bagi guru. Bagi memastikan pendidikan berkualiti wujud di Sekolah Amanah, guru perlu didedahkan

kepada kursus atau latihan yang dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian guru. Masalah pelajar juga berpunca daripada penyampaian guru yang kurang berkesan dan menarik.

Apa faedahnya kepada pihak swasta yang terbabit? Pihak swasta dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya. Guru juga perlu belajar dan didedahkan dengan pengurusan organisasi korporat. Bagi Bonda, inilah sumbangan terbesar pihak swasta dalam membangunkan modal insan negara.

Bonda begitu optimis bahawa usaha ini (Sekolah Amanah) akan berjaya dengan syarat perancangan yang terperinci, pemantauan yang teliti dan penambahbaikan yang berterusan diamalkan oleh semua pihak terlibat iaitu sekolah, pihak swasta dan KPM. Pihak Khazanah Nasional Berhad memperuntukkan RM100 juta bagi tempoh lima (5) tahun pelaksanaan projek in

You might also like