You are on page 1of 3

REFLEKSI Pada semester ini, pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106), Dr.

Ting Len Siong telah memberikan kerja kursus pendek (KKP). Tugasan ini perlu disediakan secara individu oleh semua guru pelatih. Dalam tugasan ini, perkara yang perlu dibuat ialah membuat penulisan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamarataan peluang pendidikan antara pelajar di sekolah luar bandar dengan pelajar sekolah bandar, menyenaraikan kesan-kesan ketaksamarataan dan menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi ketaksamarataan peluang pendidikan di Malaysia. Dr. Ting Len Siong telah memberikan taklimat tentang kerja kursus ini di kelas dan menerangkan satu persatu soalan supaya kami betul-betul memahami kehendak soalan dan dapat menjawab dengan tepat dan selaras dengan silibus kami semester ini. Saya juga telah bertanyakan beberapa soalan yang saya tidak fahami dan beliau telah menjawab setiap pertanyaan saya dengan perkongsian ilmu yang cemerlang.. Pada mulanya saya agak keliru dengan soalan-soalan dan kriteria yang diperlukan untuk membuat penulisan tersebut dan cara-cara membuat rujukan tetapi setelah beliau menerangkan kepada saya dengan jelas dan terperinci, saya telah dapat memahaminya dengan baik. Pada permulaan dalam pencarian maklumat dan data, saya telah mencari maklumat tentang faktor dan kesan ketaksamarataan peluang pendidikan pelajar sekolah luar bandar dengan pelajar sekolah di bandar melalui rangkain internet, bukubuku, surat khabar dan majalah. Selain faktor dan kesan, saya juga telah mencari maklumat tentang langkah untuk mengatasi ketaksamarataan jurang pendidikan melalui rangkaian tersebut. Saya telah mengumpul dan menyimpan fakta-fakta, artikel-artikel dan nota-nota yang diperolehi untuk dianalisis. Nota bagi tajuk ini agak mudah diperolehi kerana ia adalah perkara yang umum dan ramai pendidik telah dan masih mengkaji mengenainya. Maka, banyak buku-buku artikel-artikel tentang tajuk ini telah dikeluarkan dan sedia ada di pasaran.

Nota dan maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk membuat penulisan esei bagi soalan satu dan tiga. Dengan maklumat tersebut ia memudahkan saya untuk menghuraikan secara lebih mendalam dan lebih terperinci. Namun. Sebelum membuat penulisan esei, saya telah berbincang dengan beberapa rakan sekelas dan rakan daripada kelas yang lain untuk mendapatkan pendapat mereka tentang soalan tugasan yang telah ditetapkan. Kami saling berkongsi pendapat dan membetulkan kesilapan masing-masinh sekiranya ada. Kesukaran yang saya alami dalam menyiapkan tugasan ini adalah

ketidaktentuan masalah rangkain internet dalam mencari maklumat. Ia menyebabkan pencarian terbantut, namun, ia tidak melemahkan semangat saya dalam mencari maklumat. Selain Itu, saya mengalami kekeliruan tentang cara-cara menulis rujukan bagi artikel-artikel yang diperoleh dari internet yang tidak mempunyai nama penulis. Saya juga agak keliru dengan cara menganalisis penulisan rujukan dengan bagaimana memasukkan nama serta tahun penulis tersebut. Namun, saya dapat menyelesaikan masalah saya dengan bertanyakan bertanyakan pada pensyarah subjek Dr Ting Len Siong dan rakan-rakan sekelas. Semasa membuat tugasan ini, saya telah dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang tajuk tersebut. Saya telah dapat mengenalpasti tentang faktor penyebab berlakunya ketaksamarataan peluang pendidikan di Malaysia serta kesan kepada ketaksamarataan tersebut. Saya juga telah mendalami tentang langkahlangkah yang perlu di ambil oleh pihak kerajaan mahupun pihak yang terbabit dalam memastikan tiada jurang peluang pendidikan di negara kita. Dengan ini saya merasakan fungsi guru adalah amat penting dalam mendidik pelajar-pelajar luar bandar untuk memastikan mereka mengecapi kejayaan dan tidak berada di takuk yang lama. Guru sebenarnya agen perubahan masa depan setiap pelajar. Oleh yang demikian, setelah secara mendalam saya membuat pencarian dan penulisan ini, saya merasakan bahawa saya mesti menjadi guru yang lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa bagi memastikan masa depan negara terus maju ke hadapan. Hal ini kerana, pelajar adalah pelapis kepada pemimpin-pemimpin negara.

Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106), Dr. Ting Len Siong dan rakan-rakan yang telah memberi tunjuk ajar dan bantuan semasa menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap kerja kursus seperti ini akan diteruskan untuk guru pelatih yang bakal memasuki semester 5 pada masa yang akan datang kerana input-input yang diperoleh sangat berguna dan memberi kesan yang mendalam kepada kami yang bakal menjadi guru pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Yang benar,

. (NIK MOHD ASRI BIN ZAHARI)

You might also like