You are on page 1of 1

TEORI ETANOL Etanol ialah alkohol dengan formula molekul C2H5OH.

Etanol bukan hidrokarbon kerana molekulnya mengandungi oksigen, hidrogen dan karbon. Etanol ialah cecair tanpa warna yang boleh larut di dalam air dalam kuantiti yang berbeza. Etanol mempunyai takat didih sebanyak 351 K. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan etanol. Salah satu daripadanya ialah melalui proses fermentasi atau penapaian kanji yang dicampurkan dengan yis. Kanji tergolong dalam kumpulan karbohidrat yang digunakan untuk menghasilkan etanol dalam industri. Sebagai contoh, kentang, barli, jagung, nasi dan sebagainya. Yis merupakan mikroorganisma yang mengandungi enzim zimase. Enzim zimase ini akan mempercepatkan proses penukaran karbohidrat kepada molekul terkecil iaitu glukosa. Seterusnya, glukosa akan bertukar kepada karbon dioksida dan etanol. Suhu yang terbaik untuk proses fermentasi ini ialah 37oC. Persamaan bagi fermentasi adalah seperti berikut : Glucose + yis karbon dioksida + etanol atau C6H12O6 (aq) 2C2H5OH(aq) + 2CO2(g) Dalam satu larutan yang mengandungi glukosa dan yis, gas karbon dioksida akan dibebaskan ke udara bagi meninggalkan campuran etanol dan air. Etanol boleh diasingkan daripada campuran melalui proses penyulingan berperingkat. Fermentasi atau penapaian mesti dijalankan dalam ketidakhadiran udara untuk menghasilkan alkohol. Jika udara hadir, asid etanoik dihasilkan sebagai ganti kepada alkohol.

You might also like