You are on page 1of 6

b) Bincangkan faktor-faktor yang menentukan kandungan, matlamat, dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta sumbangan Falsafah Islam,

Barat, dan Timur dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor-faktor: Falsafah Pendidikan Kebangsaan ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ketiga-tiga dasar yang telah digubal ini mempunyai tujuan utama yang sama iaitu merapatkan jurang antara kaum selain menguatkan dan mempertingkatkan perpaduan setiap masyarakat negara ini. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Menurut Mok Soon Sang:2000:89 antara faktorfaktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor agama, social, politik, ekonomi, individu dan kesajagatan. Faktor yang pertama ialah faktor agama. Islam merupakan agama rasmi dalam Malaysia dan agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu serta yang lain bebas diamalkan dan ini telah jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara. Agama-agama yang telah disebutkan ini terutamanya Islam merupakan faktor asas yang penting dalam penggubalan FPK. Faktor agama ini jelas terdapat dalam elemen FPK yang menyebutkan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Faktor yang kedua ialah faktor social. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum yang mengamalkan budaya yang berlainan. Keharmonian dan keamanan negara bergantung kepada sikap individu untuk mengamalkan sikap toleransi, kerjasama dan saling hormat-menghormati sesama kaum. Sikap positif seperti ini merupakan faktor yang terpenting bagi

mencapai persefahaman antara kaum dan seterusnya mengekalkan keamanan dalam negara. Oleh itu, matlamat untuk mencapai persefahaman antara kaum telah menjadi salah satu objektif FPK seperti yang terdapat dalam elemennya iaitu Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, beerketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara, masyarakat dan Negara. Faktor yang ketiga ialah faktor politik. Seperti yang diketahui umum, FPK digubal berdasarkan Laporan Kabinet, Rancangan Malaysia serta Rukun Negara. Oleh itu, objektif untuk mencapai persefahaman kaum merupakan asas penggubalan FPK. Ia merupakan faktor yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan faktor sosial. Tuntasnya, matlamat pencapaian perpaduan kaum yang merupakan matlamat utama setiap dasar-dasar ini menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor seterusnya ialah faktor ekonomi. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapatnya matlamat untuk melahirkan individu yang dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara mengembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Jelas membuktikan bahawa dengan faktor ekonomi iaitu dengan cita-cita bagi menjadikanekonomi negara kita berkembang pesat setaraf dengan negaranegara luar menjadi salah satu faktor utama pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor individu juga merupakan salah satu faktor yang menentukan kandungan, matlamat, dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Potensi dalam diri individu mampu dihasilkan dan dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu yang dimaksudkan ini adalah potensi yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi serta jasmani. Perkembangan menyeluruh individu

dengan meliputi aspek-aspek tersebut mampu menghasilkan individu yang seimbang dan harmoni. Matlamat untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmoni ini merupakan salah satu aspirasi FPK. Faktor yang terakhir ialah faktor kesejagatan. Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Ini adalah kerana kita tidak mahu ketinggalan dan masih di tertakluk dengan sistem pendidikan yang sama sepanjang zaman. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang membawa persefahaman antarabangsa. Selain itu, sistem pendidikan juga dapat mengadaptasi mana-mana perkembangan pendidikan semasa di samping dapat membaikpulih sistem pendidikan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.

REFLEKSI Hew Jing Ting, Michelle 920229-08-6060 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah memberi saya bimbingan dan sokongan sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kumpulan saya yang telah memberi kerjasama dan sanggup berkongsi ilmu pengetahuan dengan saya. Hasil daripada bantuan mereka, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tika menggalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan dalam profesionalisme keguruan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Implikasi Tehadap Kurikulum, Implikasi Terhadap Pendidik, Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Pertama sekali ialah Implikasi Terhadap Kurikulum. Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras bagi mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati dalam kalangan pelajar Ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah. Berlainan pada zaman dahulu, hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan. Bahagian yang kedua ialah Implikasi Terhadap Pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab dalam membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Akhir sekali ialah Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap

perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

You might also like