You are on page 1of 1

Penubuhan Unit-unit Gerak Kerja Kokurikulum

Pengenalan Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan atau kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan. Prosedur Penubuhan Unit-unit Yang Mempunyai Badan Induk Pengetua atau guru berkenaan perlu mengadakan perbincangan dengan badan induk yang berkaitan. Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan beberapa maklumat lain yang diperlukan mengikut peraturan badan induk berkenaan. Maklumat lain ialah seperti permohonan tauliah pemimpin. Menghantar borang berkenaan kepada Setiausaha atau Pesuruhanjaya atau pegawai penjaga di daerah atau negeri badan induk berkenaan untuk diproses. Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli pertubuhan berkenaan sementara mendapat kelulusan daripada ibu pejabat badan induk Mendapat kelulusan atau sijil pendaftaran daripada badan induk dan mendaftar ahli secara rasmi

Prosedur Penubuhan Unit-unit Yang Tidak Mempunyai Badan Induk Perundingan antara pengetua/GB dengan guru yang terlibat Memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (jika perlu) Menyediakan perlembagaan dan undang-undang Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli

You might also like