You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS RAJANG (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) 96509 BINTANGOR SARAWAK

Telefon : 084 - 691910 / 691514 084 - 691751(Pengarah) Faks : 084 - 691913 email : mapera@tm.net.my

______________________________________________________________________________________________________
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami :

Tarikh

17 Februari 2013

KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS RAJANG, 96509 BINTANGOR, SARAWAK.

Tuan,

Memohon Sumbangan Hamper Bagi Sambutan Pesta Angpau daripada Pihak HEP.

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Cina IPG Kampus

Rajang akan

mengadakan Pesta Angpau 2013 pada hari Jumaat 01 Mac 2013 yang bertempat di Dewan Sri Rajang. Majlis tersebut akan diadakan pada pukul 10.00 pagi. Tujuan sambutan Pesta Angpau ini diadakan adalah untuk menyempurnakan sambutan Tahun Baru Cina di IPG Kampus Rajang. Sambutan Pesta Angpau ini melibatkan semua jabatan yang bernaung di bawah IPG Kampus Rajang.

3.

Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang majlis

tersebut. Sambutan sebegini juga akan menonjolkan lagi pelbagai kebolehan guru pelatih dimana para guru pelatih berfikir secara kreatif dan inovatif untuk upacara perasmian dan persembahan yang akan ditunjukkan. Selain itu, pihak kami juga telah meletakkan jadual

program secara ringkas sebagai rujukan bagi pihak tuan mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Hari/ Masa (01 Mac 2013) 9:30 pagi-10:00 pagi 10:15 pagi-10:30 pagi

Aktiviti Berkumpul di dewan

Ucapan pengerusi bagi Pesta Angpao 2013

10:30 pagi-11:00 pagi 11:00 pagi-11:10 pagi 11:10 pagi 11:15 pagi-11:30 pagi

Ucapan pengarah Perasmian bagi Pesta Angpao Cabutan Bertuah-1 Slot tanyangan video bagi Pesta Angpao 2013.

11:30 pagi-11:45 pagi

Nyanyian gabungan PISMP Bahasa Cina, PISMP Bahasa Melayu dan PISMP

Pendidikan Jasmani. 11:45 pagi-12 tengahari Nyanyian Koir kumpulan PPISMP Bahasa Iban 2012 12 tengahari 12:05 pagi-12:20 pagi Cabutan Bertuah-2 Persembahan sokongan. 12:20 pagi 12:25 tengahari-12:45 tengahari 12:45 tengahari 12:50 tengahari Cabutan Bertuah-3 Persembahan tarian Perpaduan Majlis Bersurai Santapan instumen kakitangan

4.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pihak tuan untuk menjadi

penyumbang hamper kepada sambutan ini. Sumbangan daripada pihak tuan akan menjadi hadiah kepada pemenang cabutan bertuah yang akan dilaksanakan ketika sambutan Pesta

Angpau dijalankan. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan sumbangan bagi memeriahkan lagi pesta ini.

5.

Semoga keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan dalam

memeriahkan lagi

sambutan Pesta Angpau ini. Sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(ELAINE CHIN LIAN FAH) Setiausaha, Sambutan Pesta Angpau 2013, IPG Kampus Rajang, Bintangor.

You might also like