You are on page 1of 30

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmat Nya saya berjaya menyiapkan tugasan BMM 3104 yang telah diberikan. Berkat kesihatan yang diberikan saya dapat menyiapkan tugasan dengan lancar. Setinggi-tinggi

penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Kirar Sare yang telah banyak memberikan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan sekelas sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, nescaya amat sukar bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan lancar. Tidak lupa juga dengan Puan Tay Meng Guat yang turut membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Jasa kedua orang pensyarah ini amat saya hargai. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pihak Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang telah banyak membantu sepanjang mencari sumber bahan iaitu buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Mereka banyak membantu dalam proses peminjaman buku dari perpustakaan.

Memandangkan ada kumpulan lain yang turut melaksanakan tugasan sama seperti kelas kami, jadi masalah kekurangan bahan rujukan agak menjadi masalah buat saya dan rakan-rakan yang lain untuk mencari bahan yang sesuai. Bukan itu sahaja, sepanjang menyiapkan tugasan ini, rakan dari kelas lain yang pernah membuat tugasan ini juga banyak membantu dari segi sumber dan pendapat. Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang sangat baik hati dan tidak lokek dengan ilmu yang mereka ada. Akhir kata, saya sangat berterima kasih kepada semua insan atau pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala kebaikan insan-insan yang telah banyak menyumbang dalam menyiapkan tugasan ini.

1.0 PENGENALAN

Menurut Reed, C.A (1994) di dalam buku Literasi Bahasa Melayu, bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. Jadi di sini dapat disimpulkan bahawa bahasa ini terdiri daripada lambanglambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya.

Walaubagaimanapun, di dalam menguasai bahasa, kemahiran-kemahiran bahasa perlu dikuasai terlebih dahulu yang mana kemahiran bahasa ini ia terdiri daripada 3 komponen iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata pujangga. Sebagai seorang guru, perlulah kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran

berbahasa dengan baik. Pendekatan, kaedah dan teknik

yang betul perlu

didedahkan dengan baik dan teliti kepada murid-murid supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangat berkesan serta mencapai objektif. Bahan bantu mengajar yang menarik juga perlu dimanfaatkan dengan optimum supaya kemahiran bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan mudah dan minat murid-murid untuk meningkatkan kemahiran bahasa kian meningkat. Keupayaan seseorang murid untuk menguasai kemahiran berbahasa adalah sangat bergantung dengan kebijaksanaan guru dalam mengelola pengajaran dan pembelajaran tidak kira dari aspek penggunaan bahan bantu mengajar, kaedah mengajar, ilmu yang dimiliki, aktiviti yang dilaksanakan dan sebagainya. Justeru itu, sebagai seorang guru perlu peka dengan keupayaan murid-murid dalam menguasai kemahiran bahasa kerana setiap murid mempunyai tahap keupayaan penguasaan bahasa yang berbeza-beza.

2.0 KOMPONEN TUGASAN


Tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) terdiri daripada 3 komponen utama dan komponen tambahan iaitu refleksi. 3 komponen utama yang melibatkan 3 kemahiran berbahasa yang amat penting untuk dikuasai oleh muridmurid.

KOMPONEN TUGASAN

Kemahiran mendengar dan bertutur

Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Refleksi

Mencadangkan 4 aktiviti untuk Tahun 3

Menyatakan kelebihan dan kelemahan penggunaan kaedahkaedah : pandang sebut, abjad, binaan dan cerakinan

Menghurai langkahlangkah P&P dengan aplikasi kaedah proses serta sedia bahan bantu yang sesuai

Grafik 2.1 Komponen tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104)

3.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

3.1

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran mendengar dan bertutur adalah komponen yang terdapat di dalam

kemahiran lisan yang mana kemahiran lisan merupakan keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Jika diperhatikan, dalam konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar merupakan proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat sementara itu kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan maklumat. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987:38-39), sejumlah lima belas prinsip perlu dipatuhi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu di mana berdasarkan prinsip tersebut, penekanan terhadap pengajaran kemahiran lisan harus diberi keutamaan. Pengajaran lisan haruslah didahulukan, kemudian baharu diikuti dengan pengajaran bacaan dan tulisan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang sudah menguasai kemahiran lisan, maka seseorang itu akan boleh memindahkan kemahiran itu bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis. Justeru itu, ia bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik ialah seseorang yang berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan Pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur memerlukan perancangan yang teliti dan menyeluruh. Perkara ini amat perlu untuk memastikan agar murid dapat menguasai kefasihan dan kecekapan pertuturan. Pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam memastikan murid-murid menguasai kemahiran lisan ini supaya murid-murid dapat menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Walaubagaimanapun, dalam memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran berututur dan mendengar ini, seorang guru perlu menitiberat peringkat penguasaan yang mana peringkat penguasaan ini merupakan tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum boleh mengamalkannya.

3.2

4 JENIS AKTIVITI UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR MURID TAHUN 3

Aras 1 : I. II. Mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan Memaklumkan arahan serta pesanan yang diterima secara jelas, tepat dan tersusun Aktiviti A: Tajuk aktiviti: Saya yang peka Objektif aktiviti: 1. Murid-murid dapat membezakan ayat arahan dan ayat pesanan 2. Murid-murid dapat menyampaikan ayat arahan dan ayat pesanan dengan jelas Langkah pelaksanaan: 1. Guru menayangkan video animasi upin ipin secara ringkas kepada muridmurid. 2. Murid-murid akan mendengar secara teliti perbualan yang terdapat di dalam video tersebut yang mana di dalam video tersebut terdapat ayat arahan dan ayat pesanan. 3. Guru akan membimbing murid-murid untuk mengecam ayat arahan dan ayat pesanan di dalam video tersebut. 4. Guru akan membantu murid-murid untuk menyebut ayat arahan dan ayat pesanan tersebut. 5. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan ahli di dalam kumpulan akan ditentukan oleh guru supaya pembahagian kumpulan lebih adil dan pelbagai. 6. Setiap kumpulan akan dilabelkan dengan kumpulan A, kumpulan B, kumpulan C dan kumpulan D.

7. Guru akan menyusun meja mengikut susunan meja mesyuarat di mana setiap kumpulan akan duduk di setiap sisi susunan meja tersebut dan guru berada di tengah.
A

8. Guru akan memberikan arahan kepada murid di mana kumpulan A akan memulakan permainan dengan memberikan ayat arahan kepada manamana kumpulan yang dikehendaki. Manakala, kumpulan yang ditujukan akan menujukan ayat pesanan kepada mana-mana kumpulan yang dikehendaki. 9. Setiap kumpulan perlu peka dengan urutan yang telah ditetapkan oleh guru yang mana ayat arahan dan ayat pesanan akan disampaikan secara berselang seli 10. Setiap kumpulan juga perlu peka dengan nama kumpulan yang akan ditujukan oleh kumpulan yang lain. a. Contoh : Kumpulan A akan memulakan dengan arahan Tolong berdiri kumpulan C maka kumpulan C akan berdiri selaras dengan ayat arahan yang diberikan oleh kumpulan A. Manakala kumpulan C kemudian akan menyampaikan ayat pesanan Kumpulan B, sila sampaikan sejambak bunga ini kepada Cikgu Ros, maka kumpulan B perlu peka dengan pesanan tersebut. 11. Guru akan menjadi pemerhati dan membimbing murid-murid untuk menyampaikan arahan dan pesanan dengan jelas. 12. Guru juga akan memberikan markah kepada kumpulan yang dapat menyampaikan arahan dan pesanan dengan berkesan dan jelas serta mudah difahami.

Aktiviti B: Tajuk aktiviti: Dengar, tutur dan semakin dekat Objektif: 1. Murid-murid dapat mendengar dan fokus dengan ayat arahan dan ayat pesanan yang disampaikan oleh guru 2. Murid-murid dapat bekerjasama di dalam kumpulan untuk peka dengan apa yang dituturkan oleh rakan dalam kumpulan serta menyampaikan arahan serta pesanan dengan jelas. Langkah pelaksanaan: 1. Guru akan memperdengarkan contoh-contoh ayat arahan dan ayat pesanan kepada murid-murid. 2. Murid-murid akan diminta untuk mengecam contoh ayat arahan dan ayat pesanan yang disampaikan oleh guru. 3. Guru juga akan membimbing murid-murid untuk menyebut ayat arahan dan ayat pesanan dengan betul. 4. Guru akan membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan yang dilabel dengan kumpulan A dan kumpulan B. 5. Guru akan memberikan arahan kepada murid-murid dengan jelas. 6. Murid akan berbaris di dalam kumpulan masing-masing. Seorang wakil dari setiap kumpulan akan berada di bahagian hadapan yang mana berasingan dari ahli kumpulan yang lain. Jarak antara wakil ahli dengan ahli-ahli yang lain adalah 3 langkah. 7. Pesanan dan arahan akan dimulakan dari ahli kumpulan yang berada di barisan paling belakang. 8. Ahli kumpulan yang paling belakang akan menyampaikan pesanan atau arahan kepada ahli yang seterusnya dan akan berlangsung sehingga pesanan atau arahan diperolehi oleh wakil kumpulan yang berada di bahagian hadapan

9. Jika arahan dan pesanan berjaya diterima dengan jelas oleh wakil kumpulan yang berada di jarak 3 langkah tersebut, kumpulan tersebut akan beransur ke hadapan sebanyak 30cm. 10. Semakin hampir mereka dengan wakil kumpulan mereka, semakin mudah mereka menyampaikan pesanan dan arahan. 11. Setelah arahan dan pesanan sampai kepada wakil yang berada di bahagian hadapan, wakil tersebut harus bergegas untuk menyampaikan pesanan tersebut kepada guru yang berada di meja guru. 12. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 10 minit untuk

menyampaikan beberapa pesanan dan arahan sehingga sampai ke wakil kumpulan yang berada di bahagian hadapan yang terpisah dari barisan kumpulan. 13. Mana-mana kumpulan yang berjaya menyampaikan arahan dan pesanan dengan jelas yang paling banyak, kumpulan tersebut akan dikira sebagai pemenang. Aras 3: I. II. Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan betul Menjelaskan cara membuat sesuatu dengan betul mengikut arahan Aktiviti C: Tajuk aktiviti: Belalang dan belatuk Objektif : 1. Melatih murid untuk peka dalam menerima arahan dan memahami arahan dengan berkesan 2. Melatih murid melaksanakan arahan dengan cepat dan betul Langkah pelaksanaan: 1. Guru akan memberikan arahan aktiviti kepada murid-murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan belalang dan kumpulan belatuk. 8

3. Murid-murid akan berkumpul di dalam kumpulan masing-masing. 4. Guru akan berada di tengah-tengah di antara kedua-dua kumpulan untuk memberi arahan dan menjadi pengadil permainan. Kumpulan Belatuk Meja huruf

Kumpulan Belalang 5. Guru memegang boneka belalang dan boneka belatuk di tangannya. 6. Permainan bermula apabila guru mengangkat salah satu boneka, contohnya Boneka Belalang. Kumpulan Boneka Belalang perlu berlari mendapatkan salah satu huruf-huruf konsonan dan vokal yang berada di meja yang disediakan. 7. Setelah itu, kumpulan Boneka Belalang perlu memberikan arahan kepada kumpulan Belatuk untuk membentuk huruf yang telah dipilih oleh mereka dengan menyanyi seperti ini, Wahai sang belatuk, tolong bentuk huruf A. Wahai Sang Belatuk, cepatlah tunjukkan huruf A (perlu diulang 2 kali). 8. Apabila kumpulan Belatuk sudah faham dengan arahan, kumpulan Belatuk perlu bersatu tenaga untuk membentuk huruf yang diminta oleh kumpulan Belalang. Kumpulan Belatuk perlu membentuk huruf yang diminta sebelum kumpulan Belalang selesai menyanyikan lagu tersebut. 9. Guru akan menilai huruf yang dibentuk oleh murid. Sekiranya berjaya membentuk huruf dengan betul dalam masa yang telah ditetapkan, guru akan memberikan sepuluh markah. 10. Permainan akan diteruskan dengan mengulang tindakan tersebut. 11. Permainan ini bukan sahaja boleh dilaksanakan di dalam kelas malah di luar kelas.

Aktiviti D: Tajuk aktiviti: Mari terangkan apa kami lakukan. Objektif: 1. Murid-murid dapat dilatih untuk menjelaskan cara membuat sesuatu dengan betul dan mengikut arahan 2. Murid-murid peka kepada setiap perlakuan mengikut urutan dengan tepat. Langkah pelaksanaan: 1. Guru akan membahagikan murid kepada 3 kumpulan dan memberikan arahan permainan dengan jelas kepada semua murid-murid. 2. Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing akan membuat simulasi berdasarkan tajuk dan bahan yang telah disediakan oleh guru. 3. Murid akan berbincang di dalam kumpulan tentang tajuk yang telah diberikan oleh guru. Contohnya: Kumpulan 1 diberi tajuk cara-cara membuat topeng muka. Kumpulan 1 perlulah mempersembahkan simulasi membuat topeng muka tanpa bercakap sepatah perkataan, kemudian 2 kumpulan yang lain akan meneka langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh kumpulan 1 mengikut urutan yang betul yang mana setiap kumpulan perlu menerangkan cara membuat sesuatu mengikut urutan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan 1. 4. Guru akan menilai keterangan dari dua kumpulan yang meneka dengan betul dan tepat mengikut urutan yang telah dipersembahkan oleh kumpulan 1. 5. Setiap kumpulan akan berpeluang menjadi model simulasi dan berpeluang menjadi penerang kepada simulasi tersebut. 6. Sebanyak 10 markah akan diberikan kepada kumpulan yang dapat meneka langkah-langkah membuat sesuatu yang ditunjukkan mengikut urutan.

10

4.0 KEMAHIRAN MEMBACA

4.1 KONSEP MEMBACA Membaca merupakan komponen penting dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, kemahiran membaca perlu dipelajari seawal yang boleh. Dari segi ilmiah, berbagai-bagai takrif dikemukakan oleh pengkaji bahasa. Masing-masing memberikan definisi membaca berdasarkan pendapat mereka. Jika dihitung, kita akan mendapat ratusan definisi atau takrif membaca, tetapi jika dibuat perbandingan antara satu sama lain, didapati maksud dan tujuan pengertiannya sama sahaja. Bagi Zulkifley Hamid (1994: 57), kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh seseorang pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses: mengenali dan membezakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan simbol-simbol fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf untuk diterjemahkan (kepada bunyi-bunyi bahasa yang diwakili oleh simbol-simbol fonem) dan difahami apa yang dibaca.1 Jadi, di sini bolehlah disimpulkan bahawa seseorang yang boleh membaca tetapi tidak memahami isi bacaan serta tidak mampu

menterjemahkannya secara tepat dan betul sama ada secara lisan mahupun bertulis bolehlah dikategorikan sebagai tidak pandai membaca. Di samping itu, seseorang murid-murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walaubagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid-murid itu tidaklah boleh dianggap sebagai pandai membaca.

4.2 KAEDAH MEMBACA YANG DIKETENGAHKAN 4.2.1 Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan muridmurid menyebut perkataan yang disebut guru terlebih dahulu setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut. Kaedah ini juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Murid-murid menyebut perkataan pada kad imbasan yang ditunjukkan
1

Husin Fateh et. al. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia

11

oleh guru, kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks, murid mengecam gambar dan menyebut perkataan, murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut dan terakhir sekali murid menyebut berulang kali perkataan tersebut. Walaubagaimanapun, kaedah membaca menggunakan kaedah pandang sebut ini mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya ialah : KELEBIHAN Menjimatkan masa Murid-murid tidak perlu belajar KELEMAHAN Bacaan-bacaan murid terhad kepada perkataan-perkataan

mengeja perkataan terlebih dahulu Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya Murid dipaparkan yang dengan kad

atau ayat-ayat yang dipelajari sahaja. Murid-murid didedahkan dengan hanya 2-5

imbasan mempunyai dengan

kadangkalanya beserta yang

perkataan dan ayat dalam satu masa sahaja yang mana terhad dengan bahan bantu mengajar atau kad imbasan yang disediakan oleh guru sahaja. Tidak membolehkan murid

gambar perkataan

menyatakan gambar tersebut, jadi mudah murid memahami apa yang dimaksudkan dengan perkataan

apabila disertakan dengan gambar. Merupakan kaedah terpantasa untuk mempelajari kemahiran membaca Murid yang kurang pandai, akan mudah belajar membaca dengan menggunakan manakala belajar yang kaedah pandai, dalam ini, akan kadar

mengenal huruf-huruf Murid-murid dibimbing untuk membaca terpapar huruf-huruf di kad yang

imbasan

bukan untuk mengenal hurufhuruf yang dipapar yang

membaca

mana ia akan menyebabkan murid tidak pandai mengeja. Murid-murid tidak mempunyai asas yang membolehkan

yang cepat. Bahan yang disampaikan menarik minat murid-murid Bahan-bahan yang mempunyai

mereka menulis dan membaca dengan sendiri

makna bagi murid seperti bahan

12

yang

mempunyai

warna

yang

Apabila

murid-murid

tidak

menarik akan menarik minat dan murid seronok untuk belajar

didedahkan mengenal huruf, adalah sukar untuk muridmurid untuk membaca tanpa guru dan menulis dengan

membaca dengan kaedah ini. Ia sesuai dengan resmi kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu Murid-murid daripada belajar keseluruhan sesuatu kepada

sendirinya kerana kaedah ini menekankan teknik hafalan. Murid-murid menyebut tidak dapat baharu

bahagian-bahagiannya yang mana daripada umum kepada khusus. Dari awal lagi mementingkan makna Murid-murid mendapat dari latihan mula lagi

perkataan

kerana tiada pendedahan Memandangkan pendedahan perkataan terhadap murid-

memahami

murid terhad, jadi amat sukar untuk murid-murid menyebut perkataan baharu yang

perkataan yang dibacanya yang mana guru menekankan kepada makna perkataan dan ia

ditemui walaupu ada gambar yang mana mereka hanya tahu menyebut perkataan

memudahkan murid faham apa yang disampaikan oleh guru. Dapat membaca melatih dengan murid-murid sebutan dan

dengan mendengar dari orang sekeliling. menyebabkan perbendaharaan kata murid terbatas. Kaedah ini hanya sesuai untuk murid yang pandai Murid-murid yang pandai Hal ini

rentak irama Guru dapat membimbing muridmurid membaca dengan alunan suara yang betul dari peringkat permulaan membaca lagi

akan belajar dengan cepat apabila menggunakan kaedah ini berbanding murid yang kurang pandai. Hal ini

menyebabkan yang kurang

murid-murid pandai akan

ketinggalan.

13

4.2.2

Kaedah Abjad Kaedah ini merupakan kaedah tertua sejak Kerajaan Greek dan Rom yang digunakan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja. Menurut kaedah ini, kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu iaitu mengenal, menyebut dan menghafal huruf a hingga z mengikut susunannya. Kemudian diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan yang mana ia merupakan gabungan huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid akan mengenal rangkaikata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Menurut Zulkifley Hamid, kaedah abjad berpegang pada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.2 Sepertimana kaedah pandang sebut, kaedah ini juga mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri iaitu seperti jadual di bawah. KELEBIHAN KELEMAHAN Murid dapat membaca dengan lancar mengikut cara tradisional sesuatu perkataan tetapi tidak

Sesuai dengan Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata dan rangkai kata yang hampir tetap bunyinya. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baharu walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan

memahaminya. Murid membaca secara kerana sambil

merangkak-rangkak terbawa-bawa mengeja. Terdapat kemungkinan membaca

membunyikan vokal dengan konsonan dengan baik. Kaedah ini membawa asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Tercapai kemahiran dan kecekapan membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

bahawa

murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali dalam bilik darjah Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.

Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011)

14

4.3

PENDEKATAN YANG DIKETENGAHKAN 4.3.1 Pendekatan binaan Pendekatan ini merupakan pendekatan yang dikenali sebagai pendekatan sintesis yang mana pendekatan ini dimulakan dengan pengajaran memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu dan ia akan diikuti dengan unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil itu yang akan membentuk unsur-unsur yang lebih besar. Contohnya, dalam pengajaran kemahiran membaca, murid

diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu dan huruf-huruf itu akan digabungkan menjadi suku kata. Daripada suku kata itu ia akan digabungkan menjadi perkataan dan seterusnya membentuk ayat. Pendekatan ini yang menghasilkan kaedah abjad. KELEBIHAN Murid dapat belajar secara KELEMAHAN Memakan masa yang agak lama Murid yang cepat belajar akan belajar lebih daripada mudah merasa bosan dengan sesi pembelajaran menggunakan pendekatan ini. apa Guru memerlukan bahan yang banyak untuk mengajar menggunakan pendekatan ini. boleh Guru perlu memperuntukkan banyak masa untuk murid-murid yang lemah supaya mereka dapat memahami dengan mudah.

beransur-ansur Murid dapat

peringkat

yang

kepada kompleks Murid yang mudah telah memahami dipelajari

secara

berstruktur dan menyeluruh Murid diajar sehingga

mencapai kaedah penulisan yang baik Kemahiran otot halus murid dilatih terlebih dahulu sebelum

mempelajari abjad Guru membimbing sehingga membaca murid faham atau satu dan

persatu dapat

menulis

sesuatu abjad Kesediaan murid untuk belajar diambil kira. 15

4.3.2

Pendekatan cerakinan Pendekatan ini merupakan pendekatan yang dikenali juga sebagai pendekatan analisis yang mana ia mendahulukan unsur-unsur yang besarm kemudian unsur-unsur dicerakinkan kepada unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Langkah pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Ayat yang ada akan dipecahkan atau dicerakinkan kepada perkataan dan seterusnya ia akan dicerakinkan kepada suku kata. Akhir sekali ia dicerakinkan kepada huruf. Dengan adanya pendekatan ini, murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita atau ayat yang bermakna. Justeru itu, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik. KELEBIHAN KELEMAHAN menghasilkan Murid akan mengalami kekeliruan dalam mencerakinkan perkataan dan kata, yang agak sukar (contohnya: mulai, arah dan sebagainya) Mengambil masa yang agak lama untuk mencerakinkan setiap perkataan Murid akan cepat bosan kerana ia satu hanya sesuai untuk murid yang lemah dalam kemahiran membaca

Pendekatan

ini

kaedah pandang dan sebut Murid dapat mengeja suku

membaca

huruf,

perkataan dan ayat dengan baik Murid mudah untuk membaca

cerita atau ayat lengkap yang diberikan Guru memperkenalkan

persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata Dapat mempermudahkan guru

untuk mengajar kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul Guru dapat membimbing murid membaca ayat dengan sempurna

16

5.0 KEMAHIRAN MENULIS

5.1

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatism tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,cantik dan kemas. Jika dilihat pada konsep menulis itu sendiri ia melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan,

pemerengganan dan menulis kesimpulan. Menulis juga boleh ditakrifkan sebagai kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataanperkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Menurut Jago Tarigan (1995:117) menulis adalah mengekspresikan secara tertulis gagasan, idea, pendapat atau fikiran dan perasaan. Sarana yang diperlukan bagi mewujudkan hal itu ialah bahasa. Jadi, di sini dapat diringkaskan bahawa menulis ini merupakan komunikasi tidak langsung yang berupa pemindahan fikiran atau perasaan dengan memanfaatkan struktur bahasa, kosa kata serta menggunakan simbol-simbol sehingga dapat dibaca seperti yang diwakili oleh simbol tersebut. Mengarang merupakan salah satu kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran menulis yang mana ia merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih serta dikuasai oleh setiap murid. Sebahagian besar dalam pendidikan formal memerlukan aktiviti menulis dan mengarang sebagai tujuan menyampaikan idea atau pendapat. Menurut Ishak Harun, (1979), menulis karangan sangat penting dalam pembelajaran formal kerana ia amat diperlukan semasa peperiksaan yang mana semasa peperiksaan kebanyakkannya memerlukan pelahiran idea, pendapat dan fakta yang disampaikan melalui kemahiran ini.

17

5.2

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGAJARAN MENGARANG DENGAN APLIKASI KAEDAH PROSES. Di dalam proses mengarang, kaedah proses sering digunakan dan diberi

penekanan jika dibandingkan dengan hasil penulisan tersebut. Kaedah proses ini merangkumi proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. Bagi langkah pengajaran mengarang ini, ia akan diaplikasikan dengan murid Tahun 4 iaitu tentang keluarga murid-murid.

1. Menulis draf

2. Menyemak

3. Membincangkannya

Grafik 5.2 Langkah-langkah pengajaran mengarang menggunakan kaedah proses

MENULIS DRAF Berdasarkan kepada grafik di atas, langkah-langkah mengarang menggunakan kaedah proses terdiri daripada tiga langkah mudah iaitu dimulakan dengan menulis draf di mana menulis draf ini ialah membimbing murid-murid langkah demi langkah dalam membina rangka karangan. Dalam membina draf ini beberapa perkara penting 18

perlu diberi perhatian oleh guru yang mana kemahiran menghasilkan pengenalan yang menarik serta penutup yang amat memberangsangkan, kemahiran mencari isi, bahan-bahan rangsangan. Antara langkah-langkah pengajaran yang boleh guru laksanakan semasa pengajaran mengarang menggunakan kaedah proses dalam sesi menulis draf ialah seperti berikut: 1. Guru merangsang minda dan pemikiran murid-murid dengan bahan maujud seperti diorama keluarga saya supaya murid-murid dapat memikirkan apa sahaja idea tentang tajuk yang ingin dijadikan tajuk karangan.

2. Guru tidak perlu menyatakan tajuk karangan terlebih dahulu, tetapi biarkan murid-murid dirangsang oleh bahan diorama yang telah ditunjukkan di hadapan kelas. 3. Dalam memastikan minda murid terangsang dengan bahan diorama yang disediakan, guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid tentang fikiran mereka tentang bahan diorama tersebut. 4. Setelah guru mendapat jawapan-jawapan dari sesi soal jawab ringkas tersebut, barulah guru menulis tajuk karangan di papan tulis.

Keluarga Saya

19

5. Setelah itu, guru membimbing murid-murid membaca tajuk karangan tersebut dan kemudian memahami kehendak tajuk sebelum memikirkan tiga perkara penting seperti pengenalan, isi dan penutup. 6. Apabila guru sudah mendapat maklum balas dari murid-murid tentang kehendak tajuk. Guru bolehlah beralih kepada langkah seterusnya. 7. Guru haruslah memberitahu murid format karangan yang perlu dikarang oleh murid iaitu cerita tentang tajuk yang disediakan. 8. Bagi pengenalan karangan, guru boleh mencadangkan beberapa contoh pengenalan yang sesuai untuk tajuk Keluarga Saya. Di samping itu, guru juga boleh meminta pendapat dari murid tentang pengenalan yang menarik bagi memulakan karangan. Antara pengenalan yang boleh digunakan oleh guru ialah:

Contoh pengenalan 1: Semua orang di dunia ini mempunyai sebuah keluarga termasuk diri saya. Saya juga mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu, nenek, datuk, abang, adik dan kakak. Saya sangat menyayangi keluarga saya. Contoh pengenalan 2: Keluarga merupakan aset paling berharga di dalam hidup saya. Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Walaubagaimanapun, saya sangat bahagia berada di sisi keluarga saya yang terdiri daripada ibu, ayah, datuk, nenek, abang, kakak dan adik. Mereka semua merupakan buah hati saya. 9. Setelah menghasilkan draf pengenalan di papan tulis bersama-sama dengan murid-murid. Guru terus pergi kepada isi karangan. 10. Sebelum guru membuat ayat ringkas untuk isi-isi karangan. Guru boleh berbincang dengan murid-murid tentang isi-isi penting yang ingin diceritakan di dalam karangan. 11. Isi-isi penting boleh dirangka dengan menggunakan peta minda. Guru boleh membimbing murid-murid membuat peta minda di papan tulis dengan menyenaraikan isi-isi penting yang bermakna dan relevan. 20

Ayah

berumur 44 tahun dan bekerja sebagai Polis sangat ramah, penyayang, baik hati (sertakan dengan contoh) berumur 35 tahun dan sebagai suri rumah tangga rajin, penyayang, sangat cantik (berikan contoh)

Ibu

Datuk

berumur 74 tahun sangat mementingkan agama

12. Guru juga boleh membimbing mencari isi-isi penting melalui kaedah perbincangan di dalam kumpulan atau secara berpasangan, sumbang saran atau rujukan buku. 13. Setelah isi-isi penting disenaraikan, guru membimbing murid-murid untuk menyusun isi mana yang perlu didahulukan dan isi mana yang

dikemudiankan. 14. Guru membimbing murid-murid untuk memberikan contoh-contoh yang sesuai dengan isi yang disenaraikan dan membimbing mereka menyusun isi supaya jelas, kemas dan menepati tajuk karangan. 15. Berdasarkan bahan rangsangan diorama yang digunakan untuk merangsang minda murid, murid akan dapat menjana isi-isi yang mereka akan masukkan dalam karangan mereka. 16. Apabila pengenalan dapat mempengaruhi pembaca untuk mengikuti karangan ditulis, maka penutup juga harus bersifat demikian di mana guru perlu membimbing murid-murid untuk menghasilkan penutup yang ringkas, padat dan menarik. Contoh penutup: Kesimpulannya, kita perlu mengasihi dan menyayangi ahli keluarga kita. Kita harus menghormati ibu, ayah, datuk, nenek, kakak dan abang kerana mereka lebih tua daripada kita. Jadi, sewajarnya kita bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia . 21

MENYEMAK Dalam proses menyemak karangan, guru perlu menganalisis struktur karangan yang dihasilkan oleh murid-murid yang mana ia merangkumi beberapa komponen penting iaitu seperti berikut: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. Isi Kaitan isi dengan tajuk Kohesi Koheren Pemerengganan Kosa kata Gaya persembahan Pengembangan idea

Komponen-komponen tersebut perlu diambil kira dalam memastikan karangan muridmurid berada dalam tahap yang sangat baik dan murid berkebolehan mengarang sebuah karangan yang menepati ciri-ciri karangan yang menarik. Berdasarkan contoh karangan murid Tahun 4 di bawah, antara langkah yang dapat guru gunakan untuk menyemak ialah seperti berikut: Keluarga Saya Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya seorang yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke empat. Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga. 22

Saya

juga

mempunyai

seorang

adik

lelaki

dan

dua

orang

adik

perempuan.Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola pemain bola sepak dunia suatu hari nanti. Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6 tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 dan bercita-cita menjadi

tahun.Manakala nama nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun. Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun. Saya sangat sayang kepada seluruh ahli keluarga saya dan saya bersyukur kerana saya masih mempunyai ibu, ayah, nenek, datuk, abang dan kakak. Saya berdoa agar kami sentiasa bahagia dan sejahtera.

1. Guru melihat keseluruhan isi yang ada di dalam karangan yang mana berdasarkan karangan di atas, keseluruhan isi sememangnya mengikut kehendak tajuk Keluarga Saya dan ia tidak terpesong atau terkeluar daripada tajuk yang telah disediakan. 2. Guru perlu memastikan bahawa isi yang dimuatkan di dalam karangan muridmurid sememangnya asli dan bukan ditiru bulat-bulat dari buku karangan atau hasil kerja orang lain. 3. Setelah melihat keseluruhan isi, guru mula membaca keseluruhan karangan bermula dari pengenalan, isi sehingga penutup.

23

4. Berdasarkan pembacaan keseluruhan, guru boleh menilai kaitan isi dengan tajuk yang diberikan. Di samping itu, guru juga akan dapat melihat rentetan karangan murid tersebut, tautan isi dengan isi-isi yang lain, pengembangan idea dan gaya persembahan yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan karangan yang menarik. 5. Apabila mendapati, karangan tersebut memenuhi komponen yang ingin dianalisis, guru bolehlah melihat kepada struktur pemerengganan yang digunakan oleh murid. Guru perlu memerhati kepada setiap perenggan yang mana isi dengan isi yang lain berkesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. 6. Seterusnya, guru juga perlu melihat kepada penggunaan kosa kata oleh murid. Karangan yang baik adalah karangan yang dapat menggunakan kosa kata yang sangat luas dan tidak hanya mengulang kosa kata yang sama. 7. Kesalahan ejaan dan penggunaan tatabahasa juga perlu dilteliti dengan rapi bermula dari perenggan pengenalan sehingga perenggan penutup dan guru perlu membetulkan kesalahan tersebut. 8. Akhir sekali, guru perlu memberi komen yang membina dan memberi markah sesuai dengan tahap karangan murid-murid tersebut supaya murid-murid tahu tahap kemahiran menulis mereka.

MEMBINCANGKANNYA Guru perlu mengadakan sesi perbincangan dengan murid setelah menyemak karangan murid supaya murid tahu kelemahan dan kelebihan mereka. Proses membimbing murid untuk menguasai kemahiran mengarang tidak hanya terhenti setelah guru selesai menyemak tetapi, guru perlu membincangkannya kepada muridmurid sama ada secara individu atau secara berkumpulan.

24

6.0 REFLEKSI
Tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM3104) merupakan subjek yang mendedahkan saya tentang kemahiran untuk menghuraikan kemahiran bahasa, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Di samping itu tugasa ini juga mendedahkan saya tentang merancang aktiviti yang bersesuaian dengan aras serta penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar kemahiran mengarang. Menerusi tugasan ini banyak ilmu baharu yang diperolehi di mana ia telah mendedahkan saya dengan lebih lanjut lagi tentang makna bahasa yang selama ini hanya dipandang enteng, memberikan saya ilmu tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran membaca, memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang kaedah proses untuk mengajar kemahiran mengarang, mempelajari cara merancang aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dan memantapkan lagi pengetahuan saya tentang pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Pertama sekali, ilmu yang paling berharga yang saya perolehi daripada penghasilan tugasan ini ialah ia telah mendedahkan saya dengan lebih lanjut tentang makna bahasa. Selama ini, saya merasakan makna bahasa itu hanyalah sekadar bahasa untuk pertuturan seharian dan hanya untuk berinteraksi. Bahasa ini jika kita mendalami maksudnya ia merupakan satu struktur yang unik. Menurut Simanjuntak (1978), bahasa ini merupakan bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrari) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. Di sini dapat saya nyatakan bahawa bahasa pertuturan sama sekali tiada hubungannya dengan makna atau pengertian tulisan sesuatu kata. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan bahasa pertuturan. Jadi, sebagai seorang guru kelak, saya perlu menanamkan sikap cintakan bahasa dalam diri murid-murid di sekolah supaya mereka menghargai nilai bahasa itu sendiri serta tidak memandang enteng dengan sesebuah bahasa kebangsaan. Makna bahasa itu juga perlu disusuli dengan kemahiran-kemahiran bahasa. Kedua, mendedahkan saya tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran membaca. Sebagai seorang guru, saya perlu menguasai kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengajar kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Walaupun terdapat pelbagai 25

kaedah yang diketengahkan oleh pakar-pakar bahasa untuk mengajar kemahiran bahasa, seharusnya seorang guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dan mudah untuk dilaksanakan. Wajarlah saya sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah kelak membekalkan diri saya dengan pengetahuan sebegini supaya ia memudahkan saya mengajar kemahiran bahasa kepada murid-murid kelak. Kaedah pandang sebut dan kaedah abjad merupakan dua kaedah yang berbeza untuk mengajar kemahiran bahasa, jadi saya perlu tahu tentang kelebihan serta kelemahan kedua-dua kaedah ini supaya saya dapat memilih kaedah yang terbaik dalam memastikan murid-murid saya kelak mampu menguasai kemahiran bahasa dengan berkesan. Sememangnya, kini saya masih belum dapat melihat kepentingan mempelajari kaedah-kaedah ini, namun semasa di sekolah kelak atau semasa praktikum kelak, masalah memilih kaedah yang sesuai akan saya hadapi. Justeru itu, adalah amat penting saya mula menguasai kaedah dan pendekatan yang sesuai supaya kelak saya tidak membuang masa untuk membuat kajian lanjutan sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Ketiga, memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang kaedah proses untuk menguasai kemahiran mengarang. Jika sebelum ini, saya masih samar tentang kaedah proses kerana kaedah LEA kerap disebut di dalam kelas berbanding kaedah proses. Namun, setelah menghasilkan tugasan ini, dengan pengaplikasian kaedah ini dalam mengajar kemahiran mengarang, saya mula memahami proses sebenar kaedah proses. Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai sesuatu jika ada latihan. Hal sebegini yang berlaku dengan diri saya apabila saya mempelajari sesuatu melalui membuat latihan menerusi menghasilkan tugasan ini. Jelas di sini bahawa hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Apabila saya sendiri yang mengaplikasi kaedah ini dalam kemahiran mengarang, saya dapat membezakan kaedah proses dengan kaedah LEA. Keempat, melatih saya untuk merancang aktiviti bagi sesuatu aras. Saya sudah terbiasa dengan merancang aktiviti bagi subjek major saya dan merancang aktiviti bagi subjek Bahasa Melayu ini merupakan pengetahuan baharu bagi saya yang mana ia perlu dirancang berdasarkan aras yang telah ditetapkan. Merancang aktiviti berdasarkan aras memerlukan kreativiti di mana aktiviti yang dirancang 26

perlulah menarik dan berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran lisan tersebut. Sebagai seorang guru kelak, saya perlu kreatif dalam merancang aktiviti kemahiran bahasa supaya murid-murid seronok semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Di samping itu, aktiviti yang menarik juga akan memberikan impak keberkesanan pengajaran. Hal ini kerana, murid-murid sememangnya gemar belajar sambil bermain yang mana mereka mempelajari sesuatu yang baharu semasa bermain. Aktiviti sebegini yang akan meninggalkan kesan terhadap muridmurid sekiranya kedua-dua pihak guru dan murid bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini. Merancang aktiviti dengan sebaik mungkin, dapat membantu kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu mempraktikkan apa yang saya perolehi dalam pengajaran kemahiran bahasa ini sebaik mungkin supaya saya dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran bahasa dengan berkesan. Kelima, memantapkan lagi pengetahuan saya tentang kemahiran bahasa. Pembelajaran dan pengajaran hanya berpandukan teori adalah agak sukar untuk seseorang memahaminya berbanding aplikasi yang mana aplikasi melalui

penghasilan tugasan yang berkaitan dengan komponen kemahiran bahasa dapat memantapkan lagi teori yang dilaksanakan. Ilmu baharu yang saya perolehi dari pengajaran kemahiran bahasa ini semakin kukuh apabila saya sendiri melibatkan diri dalam merancang aktiviti kemahiran lisan, membanding bezakan kaedah dari aspek kelemahan dan kebaikan sesuatu kaedah untuk mengajar kemahiran bahasa, dan mengaplikasi kaedah proses dalam pengajaran kemahiran mengarang. Izharnya, tugasan ini banyak memberikan manfaat dan membekalkan ilmu baharu kepada diri saya tentang pengajaran kemahiran bahasa. Sememangnya pengetahuan ini akan bermanfaat kepada diri saya semasa praktikum malah di sekolah kelak. Jadi, haruslah saya menguasai sebarang pengetahuan tentang pengajaran dengan sebaik yang mungkin supaya saya lebih bersedia kelak.

27

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan satu pendedahan yang bermakna kepada guru-guru pelatih yang mana komponen yang terdapat di dalam tugasan menyentuh tentang setiap aspek kemahiran bahasa tidak kira kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebagai seorang guru, perlu bijak dalam membekalkan diri dengan kemahiran-kemahiran bahasa supaya dapat membimbing murid-murid menguasai kemahiran bahasa dengan berkesan di sekolah. Bukan sahaja kemahiran bahasa itu sendiri perlu dikuasai, tetapi aspekaspek kecil yang ada di dalam komponen kemahiran bahasa perlu dikuasai juga supaya kita dapat menjadi seorang guru yang berjaya melahirkan murid-murid yang mampu menguasai kemahiran bahasa atau daripada seorang yang tidak tahu kepada yang tahu, daripada seorang yang tidak mahir kepada seorang yang mahir. Semua ini terletak di bahu seorang guru, semakin bijak guru mengurus proses pembelajaran dan pengajaran, semakin mudah murid-murid menguasai kemahiran bahasa yang ingin diketengahkan oleh guru.

28

RUJUKAN Mohamed Naim Daipi (2008, Januari 28). Mengarang Dengan Menggunakan Pengalaman Pancaindera. Diakses pada Ogos 1, 2012,dari Laman Web Pancaindera: Pncaindera_pdf Mohamed Naim Daipi (2004, Mac). Pendekatan Penulisan. Diakses pada Ogos 1, 2012, dari Laman Web Saujana Pendekatan Penulisan:

http://www.saujana.sg Marohai I Yusoff ,Zulklfli A. MANAF (1997). Kemahiran Mengarang. Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu , 67-68. Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir (2011). Kemahiran Menulis, Kemahiran Mengarang. In F. N. Tuan Jah Tuan Yusof, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (pp. 156-174). Selangor: Penerbitan Multimedia. Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2000). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Diakses pada Ogos 1, 2012, dari mujahid.tripod.com: http://mujahid.tripod.com Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Nasar Bin Sukor (2006). Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Zaini Binti Mohd Amin (2006). Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awang Sariyan (2005). Isu utama dalam pendidikan Bahasa Melayu dlm. Pelita Bahasa, Jld 17 (1). ms 12-17. Barry, T. (2002). Creativity in the classroom: A nurturing approach. Tanjung Malim: Penerbit UPSI

29

Campbell, L., Campbell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through multiple intellingences. Massachusetts: Allyn & Bacon Yahya Othman (2003). Kemahiran Membaca Sekolah Rendah. Jurnal Bahasa. Jld 3 Bil 1 ms 136-159

30

You might also like