You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-10 2011 KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13 BERHAD Tarikh Masa

Tempat Kehadiran : 28 Julai 2011 : 12.30 tengahari : Aula Wawasan Ilmu : Seramai 195 orang hadir. (Turut hadir En. Erwin pegawai dari Suruhanjaya Koperasi

Malaysia Wilayah Petaling)

AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pn. Hajah Noorlida Bt. Maarof 1.1 Pn. Hajah Noorlida mengalu-alukan kehadiran para ahli koperasi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada En. Erwin kerana walaupun dalam kesibukan masa beliau masih sanggup meluangkan masa untuk memberikan suntikan semangat kepada ahli-ahli koperasi. Beliau menyampaikan salam pengetua yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat. 1.2 Pn. Hajah Noorlida juga mengucapkan tahniah kepada pengawas koperasi yang menjalankan tugas dengan semangat keusahawanan, amanah dan jujur. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli koperasi kerana memberikan sokongan kepada koperasi sekolah. 1.3 Pn. Hajah Noorlida menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru kerana

memberikan khidmat bakti, membimbing dan menyedarkan murid-murid akan kepentingan urusniaga keusahawanan 1.4 Pn. Hajah Noorlida juga berharap agar ahli koperasi dapat mendengar penerangan yang

diberikan oleh En. Erwin dengan teliti dan penuh perhatian

2.0 Ucapan Dari En. Erwin

2.1 En. Erwin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, Pn. Hajah Noorlida, anggota koperasi dan guru-guru. 2.2 En. Erwin menerangkan bahawa stok koperasi menurun sebanyak 16%. Namun ia bukanlah petanda yang buruk kerana dari aspek kebaikan ia menunjukkan bahawa ia digunakan sebagai stok awal tahun dan mengurangkan implikasi buruk kerana stok yang disimpan ada implikasi contohnya jika ia dicuri atau berlakunya bencana alam seperti banjir maka akan mendatangkan kerugian. 2.2 Selain itu beliau mendapati wang koperasi meningkat sebanyak 27% yang menunjukkan bahawa kecairan yang bagus iaitu baik untuk tunai yang cepat. 2.3 Syer koperasi juga telah meningkat sebanyak 53% dan ini adalah baik kerana dana untuk aktivitiaktiviti juga bertambah. 2.4 En. Erwin juga mendapati bahawa untung bersih koperasi juga meningkat tiga kali ganda. Namun pendapatan koperasi berkurang sebanyak 3%. Keadaan ini telah mengurangkan sumbangan gerakan koperasi kepada negara. 2.5 En. Erwin juga menerangkan tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi. Antaranya adalah kemudahan untuk menambah baik prasarana koperasi sebanyak RM 30 000.00. Suruhanjaya Koperasi juga menyediakan kemudahan pinjaman sehingga RM 50 000.00 jika ada koperasi berminat untuk mendapatkan kemudahan pinjaman tunai.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3,1 Saudara Rayhan Tee (5 Bakti) mencadangkan agar minit mesyuarat agung kali kesembilan disahkan, manakala saudari Tan Ger Ean (5 Dinamik) menyokong cadangan tersebut. 3.2 Minit mesyuarat agung kali kesembilan telah diluluskan tanpa sebarang pindaan.

4.0 Membentang dan Menerima Laporan Lembaga Bagi Tahun 2010/2011 4.1 Setiausaha membentangkan aktiviti-aktiviti ahli lembaga koperasi dari Februari 2010 sehingga

Februari 2011. (Sila rujuk Laporan Tahunan Ahli Lembaga).

5.0 Membentang dan Meluluskan Akaun Beraudit Bagi Tahun Berakhir 28 Februari 2011 5.1 Bendahari koperasi membuat pembentangan penyata kewangan beraudit. 5.2 Saudari Lian Tian Al (3 Efisien) mencadangkan agar akaun beraudit ini diluluskan, manakala saudari Syamizah Bt. Ahmad Kaber (4 Cekal) menyokong cadangan tersebut, 5.3 Mesyuarat telah bersetuju supaya akaun beraudit ini diluluskan.

6.0 Meluluskan Cadangan Pembayaran Dividen 6.1 Saudari Ong Yee Ching (3 Dinamik) mencadangkan supaya pembayaran dividen sebanyak 20% diluluskan, manakala saudari Nehimiah (1 Amanah) menyokong cadangan tersebut. 6.2 Mesyuarat telah bersetuju untuk memberi dividen sebanyak 20% kepada ahli.

7.0 Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2011/2012 7.1 Saudari Sara Adrianna (3 Amanah) mencadangkan agar anggaran belanjawan ini diluluskan, manakala saudara Afifah Enara (4 Efisien) menyokong cadangan tersebut. 7.2 Mesyuarat telah bersetuju supaya anggaran belanjawan ini diluluskan.

8.0 Meluluskan Cadangan Pembayaran Honorarium 8.1 Saudari Dena Haizar (3 Efisien) mencadangkan supaya pembayaran honorarium sebanyak RM 1000 diluluskan, manakala saudara Nur Zahirah (4 Efisien) menyokong cadangan tersebut. 8.2 Mesyuarat telah bersetuju secara sebulat suara supaya pembayaran honorarium sebanyak RM

1000 dibuat.

9.0 Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2011/2012 9.1 Berikut ialah senarai ahli Lembaga Koperasi bagi tahun 2011/2012:

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari Pengurus

: Pn. Hjh Siti Salmiah Bt. Yaakob : Pn. Norhiya Suriya Bt Kassim : Pn. Nor Adzlinda Bt. Othman : Pn. Nor Salamiah Bt. Mohd Shazilli : Pn. Ananthi A/P Ponnalagu : Pn. Norul Huda Bt. Ibrahim : Pn. Ng Siew Chin

9.2 Senarai AJK Pelajar bagi tahun 2011/2012: Ketua Lembaga Koperasi : Cheah Zi Fang (4 Amanah) (4 Bakti) (3 Topaz) (3 Dinamik) (3 Dinamik) (4 Efisien) (3 Dinamik)

Pen. Ketua Lembaga Koperasi : Ng Xin Ee Setiausaha Bendahari Ketua Sumber Manusia Ketua Stok Ketua Kecerian : Ili Mariah Bt. Mohd Sharif : Foo Chuan Fong : Ong Yee Ching : Leong Mei Yee : Wong Zi En

Ketua Kebersihan

: Jeremiah Joel Cheah

(4 Cekal)

9.3 Saudara Tan Ger Ean (5 Dinamik) mencadangkan agar senarai anggota lembaga koperasi bagi tahun 2011/2012 disahkan, manakala saudari Rayhan Tee (5 Bakti) menyokong cadangan tersebut

10.0 Hal-hal Lain 10.1 Saudari Dena Haizar (3 Efisien) mencadangkan agar kedai koperasi memperbanyakkan minuman bersusu. Pn. Ng akan cuba bertanya pembekal terlebih dahulu. 10.2 Saudari Nur Zahirah (4 Efisien) menyatakan bahawa leher baju sukan adalah menggelebeh dan meminta agar pihak koperasi menukar kualiti kain. Pn. Ng akan membawa perkara ini kepada mesyuarat Lembaga Koperasi yang akan datang. 10.3 Saudari Nehimiah (1 Amanah) memohon agar kedai koperasi dapat menjual pakaian seragam unit beruniform. Pn. Ng menjelaskan bahawa kedai koperasi kekurangan pengawas koperasi untuk melayan murid. Selain itu kedai tidak mempunyai bilik untuk mencuba pakaian dan tiada perkhidmatan alteration pakaian. Lagipun masa rehat yang pendek tidak mencukupi untuk murid mencuba pakaian terlebih dahulu. 10.4 Saudari Emily Chan (2 Dinamik) mencadangkan agar pihak koperasi memberikan diskaun untuk pembelian kali keenam di kedai koperasi. Pn. Ng menjelaskan bahawa untuk melaksanakannya setiap pembelian perlu dicatatkan sedangkan kedai koperasi sendiri mengalami kekurangan pengawas koperasi. Selain itu, koperasi juga perlu mengenalpasti samada pembeli adalah ahli koperasi atau tidak. Oleh itu ia tidak dapat dilaksanakan tambahan pula harga barangan di koperasi memang lebih murah dan ahli koperasi mendapat dividen yang tinggi setiap tahun. 10.5 Saudara Fabian (2 Bakti) mencadangkan agar material track-bottom ditukar. Pn. Ng menjelaskan bahawa koperasi sedang dalam proses menukar material track-bottom. 10.6 Saudari Sara Adrianna (3 Amanah) mencadangkan agar koperasi dihias supaya lebih menarik. Pn. Ng memaklumkan bahawa langsir baru sahaja ditukar dan akan dihias secara beransur-ansur

agar lebih ceria

11.0 Penutup 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang dengan ucapan penghargaan kepada ahli-ahli yang hadir.

Disediakan oleh,

. (PN. NOR ADZLINDA BT. OTHMAN) Setiausaha Lembaga Koperasi Sesi 2011/2012

You might also like