You are on page 1of 11

KELEBIHAN PENGGUNAAN BUKU TEKS..

PERTAMA : Adalah sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam pnp.. KEDUA : Bahan @ sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan. KETIGA : Sumber maklumat yang seragam.Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama. KEEMPAT : Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid. KELIMA : Mempunyai bahan-bahan pengajaran seperti latihan dan soalan yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan pnp. KEENAM : Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulangkaji semua isi pelajaran dalam buku teks. KETUJUH : Dibuat berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah. KELAPAN : Tidak membebankan ibubapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat SUMBER A. Sumber berasaskan manusia B. Sumber bercetak KELEBIHAN - fleksibel - interaktif - secara lansung - mudah akses - murah - kekal - senang dirujuk - mudah alih - mudah akses - murah KELEMAHAN - tidak terjamin kualiti - sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan. - tebal - berat - tidak boleh disunting - tidak terkini - tidak tahan lasak

C. Sumber pandang

dengar (audiovisual)

D. Sumber berkomputer

- menarik - pelbagai pancaindera - mudah akses - boleh berulang tayangan/siaran - boleh digunakan di manamana dan pada bila-bila masa - amat fleksibel - mudah dimaskinikan - multi-media - jaringan tidak terhad - canggih - user friendly

- susah menyunting - tidak terkini

- mahal - menimbulkan tekanan - perisian terhad, - bergantung kepada bekalan eletrik - perlu mahir mengoperasikan kompute

Bahan Bercetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau perekapereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

PENGENALANSuasanafizikaldansuasanapsikologikalyangkondusifdidalambilikdarjahb erupayamembantumuridmuriduntukdapatmeneruskanaktivitipembelajaranmereka.Bagitujuantersebutgurubi asanyaakanmelakukanpelbagaicaratermasukmemikirdanmenggunakanbahanpengaj arandanpembelajaranyangrelevandenganmatapelajarandantopikyangdiajar.Bahanbahanpengajarandanpembelajarandigunakansebagaimediumuntukmenyampaikanp engetahuan,kemahiransertanilaiyangtedapatdalamtopikyangdipelajari.Penggunaan bahanbahanpembelajaranyangsesuaidapatmencetuskansuasanatersebutkeranavariasiyan

gterdapatdalamaktivitiyangmelibatkanpelbagaibahanpembelajarandapatmengelakk anmerekadaripadaberasacepatjemuataubosan.Keadaaninijugaakanmenjadikanpros espengajarandanpembelajaranlebihmenarikdanberkesan.Bahanpengajarandanpem belajaranpentingkeranabahantersebutdapatmenggerakkanprosespengajarandanpe mbelajaran.Tanpamediumtersebut,penyampaiandalamprosespengajarandanpembel ajaranmenjadikuranglancarsertakurangmemberikesanyangdiharapkan.Sebelumguru dapatmemikirkanapakahbahanpengajarandanpembelajaranyangsesuaiuntukdiguna pakai,terlebihdahulugurumerujukkepadasukatanpelajaran(SP)danhuraiansukatanpel ajaran(HSP);atauuntukKSSRgurumerujukkepadadokumenstandardkandungan(DSK)d andokumenstandardpembelajaran(DSP).DalamKBSRSPdanHSPsebagaisumberyangb olehdirujukberkaitandengantopikatausubtopikisipelajaranbagisesuatumatapelajaran .DidalamHSPdihuraikansecaraterperinciberkaitandengantopikatausubtopikisipelajar an;dankadangkaladicadangkanjugaaktivitiyangbolehdilaksanakan.DidalamKSSRDSK danDSPdigunapakaisebagaisumberyangbolehdirujuk

BahanbercetakBahanpengajarandanpembelajarandalambentukbercetakcontohnyaia lahmodul;bukuteks;bukulatihandanaktiviti;danbukusumber.Lainlainbahanbercetakialahsepertisuratkhabar,majalah,makalah,cartadangraf,peta,ensik lopedia,kamus,atlas,bukupanduan,sertabahanterbitanberkala.Bahanbercetakadalah bahanpembelajaranyangmudahdanbanyakdidapatidalampelbagaibentuk.Bahanberc etakjugamudahdisediakan.ModulDalamKSSRmoduldigunakandalampengajarandanp embelajaran.PembelajaransecarabermodularmenggantikanpembelajaranKBSRyang banyakbergantungkepadabukutekssertabukulatihandanaktiviti.Contohnyadalammat apelajaranBahasaMalaysiaTahun2terdapatlimamodulyangdigunapakaiolehmuridmuridiaituModulMendengardanBertutur,ModulMembaca,ModulMenulis,ModulSeniBa hasadanModulTatabahasa.BagimatapelajaranBahasaInggerispulamodulyangdigunak andiTahap1ialahModulMendengardanBertutur,ModulMembaca,ModulMenulisdanMod ulSeniBahasa;manakaladiTahap2ialahModulMendengardanBertutur,ModulMembaca, ModulMenulis,ModulSeniBahasadanModulTatabahasa.ModulmodultersebiutdibinaberasaskanDSKdanDSPbagimatapelajaranmasingmasing.BagimatapelajaranBahasaInggerispulaterdapatlimamoduldigunakanuntukpe ngajarandanpembelajaranmuridiaituListeningandSpeakingModule,ReadingModule,W ritingModule,LanguageModuledanGrammarModule.Rajah9.1menunjukkanmatrikpen ggunaanmodulmodulbagimatapelajaranBahasaInggerismengikuttahundantahappersekolahan.Kem ahirankemahiranlisteningandspeaking,reading,writing,danlanguageadalahkemahirankemahiranyangdiajardariTahun1

BukuteksBukuteksialahbahanbercetakyangbiasadigunakandisekolahsekolahdalamprosespengajarandanpembelajaran.PekelilingIkhtisasBil.12/1999,KPM, memberigarispanduanyangkhusustentangpenggunaanbukutekssertabukulatihandan aktiviti.HanyabukuteksyangdiperakuiolehKementerianPelajaranMalaysiaadalahwajib digunakandisemuasekolahkerajaan.DibawahSkimPinjamanBukuTeks(SPBT),majoriti muridmemperolehpinjamanbukuteksuntukpembelajaranmereka

Pengenalan. Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi kecerdasan daripada ibu bapanya. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguh pun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. Oleh yang demikian peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman pelajar. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Pembelajaran dan pengajaran seseorang guru memerlukan banyak kaedah dan strategi yang sesuai bagi membolehkan pelajar dapat memperolehi input dan memahami pelajaran dengan lebih berkesan. Pembelajaran berasaskan sumber pembelajaran dapat membantu seseorang guru itu untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. 1.1 Konsep pembelajaran Pembelajaran pada umumnya merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Menurut Robert M. Gagne ( 1970 ) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan tidak

termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Wool folk (1980) dalam Educational Psychology for Teachar, pembelajaran dapat dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindakbalas yang baru. Selain itu pembelajaran juga dapat didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses yang berteruskan dan dapat dibahagikan kepada pembelajaran secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal lebih kepada pembelajaran yang berlaku di sekolah. Pembelajaran tidak formal pula merupakan pembelajaran yang melibatkan orang luar sekolah iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan juga persekitaran. Proses pembelajaran akan berubah sejajar dengan peralihan pengajian, misalnya dari peringkat sekolah rendah kepada sekolah menengah. Dalam konteks ini bukan sahaja bahan pembelajaran menjadi semakin sukar kerana perlu disesuaikan mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar, malah mereka juga dipertanggungjawabkan untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih tinggi. 1.2 Konsep sumber pembelajaran Sumber pembelajaran pula bermaksud alat bantu mengajar yang digunakan atau apa-apa alatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pembelajaran seseorang akan melakukan beberapa pendekatan bagi membolehkan objektif pembelajaraan sesuatu subjek itu dapat dicapai. Ini termasuklah penggunaan sumber-sumber pembelajaran atau bahan-bahan pengajaran. Sumber-sumber pembelajaran ini tidak terhad kepada buku teks, papan hitam, kapur, dan gambar-gambar , tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan penggunaan pancaindera melihat, mendengar, rasa hidu dan sebagainya serta merangkumi apa yang dilihat dan dialami oleh seseorang pelajar. 2.0 Latar belakang penggunaan sumber pembelajaran Sejak zaman dulu lagi penggunaan sumber pembelajaran menjadi salah satu cara yang digunakan oleh guru mengajar pelajar. Penggunaan sumber ini termasuklah penggunaan sumber seperti buku teks dan bahan lain seperti akhbar dan majalah. Sehingga hari ini, sekolah-sekolah, masih lagi menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru terdahulu, seperti daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-guru ialah bahan-bahan daripada buku-buku teks. Penggunaan buku teks ini telah menjadi tradisi dan amalan biasa sesetengah guru. Perkembangan yang terjadi dalam bidang pendidikan telah menyebabkan penggunaan sumber pembelajaran pada masa kini semakin canggih. Semenjak zaman pra dan pos merdeka 19491971 telah memperlihatkan perkembagan dalam bahan visual dan alat pandang dengar. Pengaruh

teknologi pendidikan ini bermula apabila penggunaan bahan visual seperti gambar, carta dinding, peta, dan sebagainya digunakan. Perkembagan teknologi yang terus berlaku juga menyebabkan pada tahun 1966 siaran radio ke sekolah telah dilancarkan di bawah kelolahan Kementerian Penerangan dan Penyiaran dengan kerjasama Kementerian Pendidikan . Zaman 1980-an memperlihatkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber atau media pengajaran dan diikuti dengan perkembangan komputer dalam pendidikan. Pengajaran berasaskan sumber ini telah mengurangkan peranan guru sebagai penyampai utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan Kurikulam Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1987) mengutamakan penggunaan pelbagai sumber dan kaedah pengajaran. Guru dikehendaki mengintegrasikan pelbagai sumber dalam kurikulum dan pengajaran. 3.0 Jenis Sumber pembelajaran Daripada dapatan psikologi kognitif seseorang pelajar, seseorang pelajar akan dapat meningat 10 % daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti itu, penggunaan sumber pembelajaran sangat berguna. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan penting. Guru dan murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran ia lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pengajaran untuk mencapai obejktif dan membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap subjek yang diajar. Ia juga bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplex kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Penggunaan sumber-sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga seseorang guru itu perlu menguasai kemahiran berhubung dengan penggunaan dan pemilihan bahan pengajaran yang sesuai. Ini kerana melalui penggunaan bahan ini dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih jelas dan bermakna. Ia juga dapat membantu seorang guru mempertingkatkan pencapaian pelajar dan seterusnya membolehkan mereka bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam zaman teknologi masa kini. Penggunaan sumber-sumber atau alat pengajaran ini juga melibatkan segala usaha yang digunakan sama ada yang dapat dilihat, didengar dipegang, dibaca, dirasai dihidu, dikisahkan dan juga digunakan. Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sumber-sumber pembelajaran atau alat pengajaran ini termasuklah sumber berasaskan manusia iaitu melibatkan guru, rakan sebaya, pakar bidang, dan juga pegawai sumber. Selain itu, sumber pembelajaran ini juga termasuklah bahan-bahan bercetak, seperti buku, majalah jurnal, buku teks, kamus, surat khabar ,rencana atau artikel dan sebagainya. Bagi bahan tidak bercetak pula termasuklah, penggunaan bahan 2 dimensi dan 3 dimensi. Bahan 2 dimensi adalah seperti papan putih dan 3 dimensi seperti specimen, replika, glob, radas, model, boneka dan sebagainya yang biasanya dilakukan dalam makmal. Selain itu, jenis sumber ini juga termasuklah sumber audio seperti radio, kaset, mikrofon dan sebagainya. Bagi sumber daripada visual termasuklah rakaman, projektor, serta filem slide. Penggunaan audio-visual atau bahan pandang dan dengar juga sering digunakan termasuklah televisyen, video dan komputer. Antara lain sumber bahan pembelajaran yang digunakan adalah sumber yang berasaskan computer atau perisian. Antara contohnya adalah penggunaan Microsoft Power point untuk slide, disket, CD-ROM, cakera padat, cakera laser, disket video serta internet. Kesemua bahan dan sumber pembelajarn ini dapat membantu guru untuk memilih teknik dan strategi yang sesuai dalam proses pembelajaran. Selain daripada penggunaan bahan bercetak dan bahan tidak bercetak dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran lain seperti pengalaman juga penting untuk memudahkan kefahaman kepada pelajar khususnya. Pengalaman ini dapat dilakukan dengan membawa pelajar melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan subjek, mengadakan lakonan,

pameran dan juga projek. Selain itu, seseorang guru juga boleh mendedahkan pelajar kepada penemuan dan penciptaan baru. Sebagai contoh, seseorang guru boleh membawa pelajarnya melawat tempat-tempat yang bersejarah yang mempunyai perkaitan dengan subjek seperti Sejarah. Keadaan ini dapat membantu murid bukan sahaja memahami dengan lebih lanjut malahan dapat mengalami dan melihat sendiri benda yang dipelajari. 4.0 Kriteria pemilihan sumber pembelajaran. Dalam pemilihan sesuatu sumber atau bahan pembelajaran seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan tentang sumber tersebut. Sumber pembelajaran yang digunakan mestilah dapat menarik minat pelajar agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan suasana yang baik. Dengan adanya sumber dan bahan yang menarik dapat membantu pelajar untuk memberi tumpuan yang lebih dan juga membolehkan mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar biasanya mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Dengan adanya sumber yang menarik minatnya membolehkan seseornag pelajar itu dapat melihat dan mengalami sendiri berdasarkan sumber yang digunakan. Sesuatu bahan yang digunakan itu bukan sahaja mesti menarik tetapi juga mestilah mempunyai kaitan dengan mata pelajaran yang diajar pada masa tersebut. Perkaitan antara sumber yang digunakan dengan mata pelajaran yang diajar dapat membantu meningkatkan pemahaman para pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Dalam psikologi kognitif pelajar akan dapat memahami dengan lebih mendalam apabila sumber yang digunakan seperti surat khabar, buku teks, rakaman dan sebagainya dikaitkan dengan subjek yang diajar. Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah melibatkan pelbagai deria dalam kalangan pelajar. Keadaan ini dapat memberikan tarikan dan ransangan kepada pelajar untuk lebih berminat dalam pembelajaran. Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera pelajar. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat-alat teknologi canggih akan mengoptimumkan proses pembelajaran. Misalnya , guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian, multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan pelajar dengan maklumat terkini. Pada akhir pembelajaran murid akan digalakan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui kumpulan dan disebarkan kepada rakan sekelas. Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengan, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3 % daripada deria bau. Berdasarkan kajian ini, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Bagi murid dalam lingkungan umur 6- 12 tahun , mereka masih banyak bergantung kepada pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria pandang dan dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu. Oleh yang demikian, sumber pembelajaran khasnya alat pandang dengar, memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, bagi membolehkan pelajar mendapat input yang tinggi daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan seseorang guru perlulah kreatif dalam menggunakan sumbersumber pembelajaran ini supaya ia tidak membosankan pelajar. Kemahiran seseorang guru dalam menggunakan sumber-sumber pembelajaran dapat membantu mengurangkan peranan sebagai penyampai utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, seseorang guru mestilah pandai dan mahir untuk mencantumkan pelbagai sumber pembelajaran yang ada seperti mencantumkan bahan audio dengan kaset, pita video dan perisian multimedia untuk menghasilkan yang amat menarik dan berkesan. Selain daripada mencantumkan pelbagai bahan pembelajaran seseorang guru itu juga seharusnya pandai untuk menggunakan sumber-sumber yang ada secara serentak. Ini kerana penggunaan pelbagai sumber pembelajaran dalam masa yang serentak akan memberi kesan kepada penggunaan pancaindera pelajar. Daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan guru menjadi perhatian terutamanya dalam peggunaan sumber pembelajaran ini. Ia merupakan salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik. Kreativiti yang tinggi ini termasuklah dalam seni lukis, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya Dalam memilih sesuatu sumber juga seseorang guru itu haruslah menyesuaikan sumber atau bahan yang digunakan dengan tahap pelajar yang terlibat. Penggunaan sumber pembelajaran yang tidak bersesuaian dengan tahap pelajar akan menyebabkan usaha pembelajaran itu hanya sia-sia. Pemilihan sumber pembelajaran adalah bergantung kepada situasi pelajar sama ada pelajar tersebut di tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah. Keadaan ini membolehkan mereka mempelbagaikan pengalaman dari mudah kepada sukar mengikut peringkat kebolehan seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalaman rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem dan sebagainya. Selain itu, sumber pembelajaran yang dipilih juga mestilah menepati objektif sesuatu pembelajaran yang dikehendaki. Sumber pembelajaran yang dipilih itu mestilah sesuatu yang boleh membantu guru tersebut untuk mencapai objektif pembelajaran. Faktor kesesuaian dengan objektif ini penting bagi membolehkan objektif yang dikehendaki tercapai, kerana penggunaan media atau sumber pembelajaran ini adalah cara yang terbaik untuk menjelaskan sesuatu konsep khususnya. Penggunaan media yang sesuai membolehkan sesuatu konsep dapat difahami dan dijelaskan dengan mudah dan seterusnya dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki. Dari aspek teknikal, pemilihan penggunaan sumber pembelajaran yang sesuai amat penting agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, sumber seperti audio mestilah mempunyai bunyi yang jelas dan tidak kabur. Sesuatu visual itu juga haruslah membawa satu konsep sahaja dan tidak bercampur aduk. Selain itu, dari segi saiz penglihatan ke

atas sesuatu visual hendaklah mengikut formula jarak dan saiz visual. Pembinaan dan pemilihan perlulah mengikut lunas-lunas tertentu seperti jelas ( bunyi) dan mempunyai keharmonian warna seperti gambar, dan sebagainya. Bukan sahaja dari aspek teknikal, malahan dari seri fizikal sumber itu sendiri sangat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya penggunaan peralatan yang menggunakan kuasa elektrik. Ia bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi apabila digunakan. Selain itu, peralatan juga perlulah diperbuat daripada bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara peruma seperti sumber yang diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat membeli belah, pihak swasta dan sebagainya. Sulaiman Daud dalam Buku Cenderamata Konvensyen Teknologi Pendidikan (1991) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa melibatkan teknologi pendidikan sebagai media dan sumber pembelajaran . Justeru itu, diharap klassifikasi dan kriteria pemilihan sumber akan membantu seseorang guru dalam mengaplikasikan sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi dan seterusnya mengembangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. 5.0 Penutup. Aplikasi sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan kerana penggunaannya secara sempurna dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar-pelajar terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengalaman langsung yang tidak dapat diadakan di dalam bilik darjah boleh dimiliki oleh para pelajar melalui aplikasi sumber ini. Jadi untuk menjamin tahap penguasaan terhadap sesuatu kemahiran, aplikasi bahan dan sumber pembelajaran diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan am aplikasi sumber adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Dengan adanya sumber-sumber ini, para pelajar dapat membina konsep-konsep dengan tepat. Para pelajar dapat mengaitkan konsep baru dengan pengalaman yang lalu dan masa kini untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih jelas. Rashidi dan Razak (1996) menyatakan fungsi utama bahan bantu mengajar adalah untuk memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Jadi media yang berkesan haruslah membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang cemerlang sentiasa memilih media dan cara pengajaran yang terbaik agar pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Walaupun pada masa tertentu pelajar memahami pengajaran, namun keperluan kepada bahan dan sumber adalah penting tanpa mengambil kira jenis media yang digunakan. Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah sejauh manakah media dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan sesuatu media bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik aplikasinya dalam bilik darjah. Sehubungan itu, diharap para guru-guru sentiasa memilih sumber pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Dengan cara ini, ia dapat membantu pelajar mendapat

pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Bibliografi Jamaludin Badusah, Abd. Rashid Johar dan Muhammad Hussin (20). Inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Batu Caves : AJM Publishing Enterprise. Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib (1996), Pengajaran dalam bilik darjah: kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Suppiah Nachiappian, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustafa dan Hazalizah Hamzah (2009), Pembelajaran dan Perkembangan pelajar, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Diperolehi pada 16 Februari 2010 daripada http://www.pdfqueen.com/pdf/ko/konseppembelajaran-berasaskan-sumbeR. Diperolehi pada 28 Februari 2010 daripada http://mahirkb.tripod.com/optimum.htm

You might also like