You are on page 1of 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

NAMA NOMBOR KAD PENGENALAN PROGRAM & KUMPULAN MATA PELAJARAN KOD MATAPELAJARAN NAMA PENSYARAH

: UMADEVI A/P SANMUGAM : 860329-23-5412 : 2PPISMP(PT/PJ/PI) : PENDIDIKAN JASMANI : PJ2311 : ENCIK OTHMAN BIN CHE MAN

LONTAR PELURU

PENGENALAN
SEJARAH DAN ASAL USUL ACARA LONTAR PELURU Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

FIZIKAL PELURU

Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin.Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan.Berat peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg.Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka.Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka.

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.

KAWASAN LONTARAN

Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

GELANGGANG LONTAR PELURU

PRINSIP UMUM LONTAR PELURU

Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :

1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.

2)Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.

3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar peluru supaya penglibatannya memberikan keberkesanan.

PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.

ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan.Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU

Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada :

a) Pegangan peluru b) Lakuan sedia c) Lungsuran d) Kilasan badan e) Lontaran f) Pulihan

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: Gaya berdiri dan melontar(tanpa lungsuran) Gaya melungsur selangkah Gaya Parry O Brien

Gaya Berdiri dan Melontar(tanpa lungsuran)

-Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kearah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai(lebih kurang dibawah telinga),peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

-Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.

-Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang(kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.

-Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

b) Gaya Melungsur Selangkah

-Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan

selesa(bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

-Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

-Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan(yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

-Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai(badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur(kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan(belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Gaya Parry O Brien

Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O Brien huga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

TEKNIK LONTAR PELURU

KESIMPULAN

Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini.Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah.Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah.Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Wafi(1996). Olahraga Padang. Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise.

Helen Ten(1996)Manual olahraga. Selangor : Penerbit Junjuara Publications.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar peluru diperolehi pada 6 Ogos 09

Sidang Pengarang(1987). Olahraga Acara-Acara Padang. Kuala Lumpur : Penerbit

Teng Boon Tong(2001). Panduan Pengajaran Olahraga Kursus Diploma PerguruanMalaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc/18870986/assigment-lontar-peluru.

You might also like