You are on page 1of 3

REFLEKSI Oleh:

Munirah binti Mustafa Siti Nadjwa binti Mohamad

Melalui

latihan

kemahiran

pengajaran

dan

pembelajaran

iaitu

pengukuhan/peneguhan yang telah dijalankan oleh kami tempoh hari,terdapat banyak yang telah kami perolehi. Kekuatan yang telah kami kenalpasti setelah menjalankan kemahiran ini adalah dapat memperoleh keyakinan untuk mengajar di hadapan muridmurid kelak. Selain itu, kami juga dapat mengaplikasikan serta mengetahui cara untuk menguruskan p&p melalui kemahiran yang telah lakukan. Kami juga mengetahui aspekaspek yang penting dalam kemahiran peneguhan ini yang perlu diambilkira ketika mengajar. Walaubagaimanapun, setelah kami melakukan latihan pengajaran mikro ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami kenalpasti. Antaranya ialah kami agak sukar untuk mendapatkan intonasi yang sesuai untuk meningkatkan respon dalam kalangan murid. Tambahan pula,kami melakukan pengajaran mikro ini di hadapan rakan-rakan dan menyebabkan kami tidak serius dalam melaksanakan sesi p&p ini. Selain dari itu, apa yang kami lakukan dalam pengajaran tersebut tidak seperti yang telah kami rancangkan sebelum itu kerana ini merupakan pengalaman pertama kami mengajar. Jadi, penambahbaikan yang boleh kami lakukan adalah melakukan latihan vokal untuk mendapatkan intonasi yang betul dan sesuai untuk memberikan galakan kepada murid. Kami juga perlu membiasakan diri untuk menganggap rakan-rakan sekelas sebagai murid-murid supaya dapat membuat persediaan untuk situasi sebenar dalam bilik darjah. Kami juga perlu merancang aktiviti kemahiran ini lebih awal supaya dapat mengajar dengan lebih sistematik dan teratur.

Akhirnya, latihan kemahiran mikro ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk kami lebih bersedia untuk menjadi seorang pendidk yang berdedikasi dan menyampaikan sesuatu pengetahuan dengan lebih berkesan.

BORANG PENILAIAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)

Komponen

kemahiran Ada (sesuai)

Ada (tidak sesuai)

Tiada

pengukuhan (peneguhan)

1. Lisan- positif 2. Gerak isyarat positif 3. Dampingan 4. Sentuhan 5. Lisan-negatif 6. Gerak isyarat negatif 7.tanda () dalam ruang yang berkenaan

You might also like