You are on page 1of 7

Saoalan 5.

Konsep Satu Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak setelah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

Slogan Satu Malaysia tidak asing lagi bagi setiap rakyat Malaysia. Malah apa sahaja slogan sekarang mesti mempunyai perkataan satu, seperti Satu Murid Satu Sukan dan Menunaikan Zakat Satu Kewajipan. Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak , kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Konsep Satu Malaysia juga adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar- dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Ia lebih kearah menyatukan seluruh rakyat Malaysia dengan satu semangat dan satu tekad. Dalam erti kata lain Satu Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia . Dari segi ekonomi pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Satu Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Satu Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep Satu Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Aspek yang pertama menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Aspek yang kedua ialah ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Aspek ketiga ialah rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. Aspek keempat ialah konsep penerimaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Aspek yang kelima ialah prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Aspek yang kelima ialah kesetiaan. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Aspek keenam pula ialah meritokrasi. meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baikatau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan tersebut. Meritokrasi

menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Prinsip meritokrasi juga dapat membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi mahupun liberalisasi. Aspek yang ke tujuh ialah pendidikan. Seperti yang telah kita sedia maklum pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Aspek yang terakhir dalam teras Satu Malaysia ialah integriti. Dalam aspek integriti ini bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan adalah perkara yang sangat penting. Menepati janji dan masa adalah sifat yang dituntut dalam agama Islam manakala memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna dan Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. Dari sudut sosial perpaduan yang digambarkan dalam gagasan Satu Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaumkaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya Satu Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran

dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan etnik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah dalam konteks patriotisme dikalangan golongan muda. Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati antara berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi bukan sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasai malah akan membantu mempertahankan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikamati sejak beberapa tahun yang lalu. Dari sudut ekonomi pelabagai langkah-langkah bijak diambil oleh kerajaan bermula dengan Rancangan Malaysia (RMK) kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan terbaru Model Ekonomi Baru (MEB). Perubahan demi perubahan dilaksanakan selaras dengan pencapaian dan pembangunan negara. Rancangan Malaysia atau RMK ditubuhkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dikalangan penduduk. RMK ini mula ditubuhkan setelah tertubuhnya Malaysia. Manakala Dasar Ekonomi Baru pula ditubuhkan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Model Ekonomi Baru atau MEB ini pula ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Didalam usaha untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus mencapai status negara maju, perubahan dari segi ekonomi merupakan satu anjakan paradikma yang paling utama untuk mencapai sasaran tersebut. Matlamat ini boleh dicapai dengan memberikan satu nafas baru kepada institusi ekonomi negara dengan mewujudkan model ekonomi yang baru ke arah perubahan yang lebih baik. Penubuhan Model Ekonomi Baru ini merupakan satu cadangan kerajaan bagi membentuk ekonomi yang komprehensif selaras dengan matlamat pencapaian Negara. Antara lain dasar ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara dari tahap yang sederhana kepada tahap yang lebih tinggi dan memuaskan. Ini dapat dijalankan melalui produktiviti yang bukan sahaja daripada penambahan waktu kerja tetapi juga peningkatan inovasi dan kreativiti pekerja. Ini kerana lonjakan produktiviti yang tinggi dapat dikesan melalui cara ini yang sememangnya telah diguna pakai oleh negara-negara maju bagi perkembangan negara. Perbincangan meja bulat oleh wakil-wakil negara luar telah diadakan bertujuan untuk menambah baikan cadangan model ekonomi baru ini.

Model Ekonomi Baru merupakan satu hasrat kerajaan didalam mewujudkan faedah kepada pekerja dan negara. Secara tidak lansung bakal mewujudkan daya saing yang tinggi dan mambawa kepada kemajuan yang lebih pesat. MEB ini juga bukan sahaja menggariskan model ekonomi yang komprihensif tetapi juga ekonomi asas yang membawa kepada hala tuju yang lebih cemerlang. Walaupun pelbagai gelaran diberikan kepada dasar-dasar ini, tetapi tujuan penubuhannya masih tetap sama iaitu meningkatkan dan memajukan institusi negara selaras dengan negara yang sedang membangun yang lain. Bagi menghadapi cabaran perubahan ini, pelbagai bentuk ekonomi perlu diwujudkan. Bukan sahaja tertumpu kepada pengeluaran kelapa sawit dan getah sebaliknya juga perlu dipelbagaikan kepada penggunaan domestic dan pengeksportan bagi memanfaatkan pertumbuhan China, India dan Asia Barat. Pembangunan model insane juga perlu dititik beratkan demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam pencapaian itu nanti. Inilah dasar yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia dalam mengubah cara hidup yang lebih harmoni selaras dengan usaha kerajaan membentuk 1Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan jurang antara kaum. Model Ekonomi Baru ini bakal dilancarkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Dari sudut politik pula, menurut Perdana Menteri, kerajaan percaya melalui gagasan tersebut ia dapat menarik sokongan semua rakyat negara ini untuk bersama-sama bergerak ke hadapan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, harmoni dan berjaya. Gagasan 1Malaysia bukan bertujuan politik tetapi semata-mata untuk pembangunan bangsa. Dengan kata lain gagasan 1Malaysia merupakan satu titik pertemuan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia untuk kita lebih bersatu padu di bawah satu visi dan satu misi. Kestabilan politik di Malaysia memberikan ruang yang lebih cerah dalam pentadbiran negara. Kesimpulannya konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Setiap rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, marilah kita tanpa mengira keturunan,etnik, agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan Satu Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.

Rujukan Modul kenegaraan PJJ UPSI 2011 www.kpkk.my www.moe.gov.my www.sabahkini.my www.1malaysia.com.my jerunggenius.blogspot.com Portal Rasmi SK Serkam Darat Merlimau Melaka

You might also like