You are on page 1of 108

Ayumi Syafiqah

Prolog
Kirana Putus Tunang? Baru-baru ini peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu pengakuan berani seorang gadis yang mengaku kekasih kepada tunang Illsya Kirana, Edryzal. Kata gadis yang hanya mahu dikenali sebagai H itu, kemunculan Kirana dalam hidup Edryzal telah mengalih kasih lelaki itu daripadanya. Atau dalam erti kata lainnya, Kirana merampas cinta Edryzal daripadanya. Namun sehingga saat ini, masih tiada sebarang komen yang diberikan oleh Kirana. Pengacara cantik itu mengambil langkah mendiamkan diri tanpa mahu memberi apaapa kenyataan. Caranya itu nyata merumitkan lagi keadaan, memandangkan semua peminat ternanti-nanti apa cerita sebenar di sebalik yang berlaku.

Status Hati: Dia Milikku

Sebelum ini, Kirana dikatakan pernah bergaduh besar dengan tunangnya di khalayak ramai di Pantai Teluk Cempedak. Tetapi, Kirana dengan keras menafikan kenyataan itu. Sebaliknya, dia menegaskan bahawa apa yang berlaku tidak seperti yang difikirkan. Memang benar terjadinya insiden tarik-menarik di pantai itu, tetapi mereka tidaklah bergaduh seperti yang disebarkan oleh sesetengah pihak. Dan Kirana juga menafikan gosip yang konon hubungannya dengan tunang sudah ibarat retak menanti belah. Kini, timbul pula cerita lain yang mengatakan Kirana sudah pun memutuskan pertunangannya dengan Edryzal, ekoran daripada gosip yang tersebar bahawa dirinya merupakan perampas kekasih orang. Walaupun kenyataan masih belum terbukti, namun sikap Kirana yang masih berdiam diri sehingga kini seolah-olah mengiakan segala tuduhan itu. Menurut satu sumber, Kirana sudah membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya yang hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi. Tetapi sehingga ke hari ini, pengesahan masih belum dibuat. Kirana seolah-olah sengaja mengambil langkah berdiam diri dan menutup mulut daripada berdepan dengan para wartawan. Kata sumber itu lagi, tunang Kirana itu tidak menyetujui keputusan Kirana dan berharap majlis

Ayumi Syafiqah

perkahwinan mereka masih dapat diteruskan. Sejauh manakah kebenaran cerita itu?

Status Hati: Dia Milikku

Bab 1
hari dan waktu Assalamualaikum. Cut! Kirana mengeluh. Penat senyum sepanjang menjalani penggambaran untuk episod rancangan Jejak Santai yang disiarkan di TV5 ini. Rahangnya terasa sengal kerana terlalu lama mengukir senyuman dan bercakap, sesuai dengan tugasnya sebagai seorang pengacara rancangan itu. Episod kali ini memerlukan dia untuk membuat liputan di kawasan hutan Belum Temenggor Rainforest, dan juga bermalam di Belum Rainforest Resort. Selesai semuanya, Kirana dan semua kru produksi yang lain bergerak balik ke resort. Walaupun diundang untuk turut serta menjamu selera di Restoran Hornbill, Kirana menolak dengan alasan terlalu penat dan mahu pulang segera ke biliknya.

S
yang

EKIAN sahaja daripada saya, Illsya Kirana Mustapa, semoga berjumpa lagi pada sama minggu hadapan.

Ayumi Syafiqah

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke lantai bilik, telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Kirana lantas, mengeluarkan telefon bimbitnya itu dari poket seluar. Membaca nama di skrin, panggilan itu segera dijawab. Assalamualaikum, mak ucapnya sambil memanjat naik ke atas katil. Selendang yang menutupi kepala ditanggalkan. Waalaikumussalam. Dah habis shooting? tanya Kamariah di hujung talian. Baru aje habis. Ni pun baru aje balik bilik. Tak sempat nak rehat pun lagi, adu Kirana. Enaknya dapat bermalas-malasan di atas katil. Esok, dia akan kembali ke Kuala Lumpur semula. Mak sebenarnya risau dengan kamu ni, Sya keluh Kamariah. Kenapa? Kirana mengerutkan muka. Rasa-rasanya, dia dapat menduga apa yang bakal dikatakan oleh emaknya sekejap lagi. Kamu tu kerja merata tempat. Pergi sana sini, buat liputan untuk program kamu tu. Sibuk memanjang. Sampai tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Kalau macam ni, bilalah mak nak dapat menantu, Sya? Kamariah mula berdepek panjang lebar. Kirana menggaru-garu kepalanya. Memang dia sudah agak topik itu pasti akan dibuka. Setiap kali menghubunginya, emak pasti tidak pernah lupa untuk bertanyakan soalan itu. Mak, Sya penatlah... baru aje habis kerja ni. Tadi dahlah kena masuk hutan. Mak bagi Sya rehat kejap boleh tak? pintanya dengan suara yang sengaja dilemahkan.

Status Hati: Dia Milikku

Hah! Tu la kamu, bila mak cakap sikit aje, mulalah nak bagi alasan macam-macam. Mak ni bukan apa, Sya kamu tu dah nak masuk dua puluh enam tahun. Dah layak pun kalau nak bersuami. Anak dara tak elok kahwin lambatlambat. Mak sedara kamu pun dah ramai tanya mak bila Sya nak kahwin. Sepupu kamu yang muda dua tahun daripada kamu pun dah beranak dah sekarang ni. Bla... bla bla Kirana menekup muka ke bantal. Bebelan emak membingitkan telinganya. Dia cukup tidak suka setiap kali emak mempersoalkan tentang kahwin. Bukan dia tidak mahu kahwin. Dia mahu, cuma calonnya yang belum ada. Mak, kan Sya dah cakap banyak kali. Sya belum jumpa lagi calon yang sesuai untuk dibuat suami, tekan Kirana entah untuk kali yang ke berapa. Macam mana nak jumpa calon kalau hari-hari kerja merata tempat? Tak sempat nak lekat, Sya dah pergi tempat lain pulak. Mak, ni bukan soal kerja. Sya cuma tak jumpa lagi calon yang sesuai untuk Sya. Mak kan tahu taste Sya macam mana? Kirana mendapat akal untuk mencelah kata-kata emak. Terasa perit telinganya mendengar bebelan yang hampir sama setiap kali emak menghubunginya. Taste yang macam mana yang kamu nak? Yang kacak? Yang kaya, ada banyak duit, kereta besar, rumah besar, yang tu ke yang Sya nak? Suara Kamariah meninggi. Kirana tersengih. Ha baguslah kalau mak tahu. Sya takkan kahwin selagi tak jumpa lelaki yang memenuhi cita rasa Sya, macam yang mak sebutkan tadi tu, ujarnya dengan suara ceria. Sekurang-kurangnya emak tahu bukan calangcalang lelaki yang boleh mencairkan hati anak perempuan

Ayumi Syafiqah

sulungnya ini. Semoga selepas ini tiada lagi paksaan atau bebelan sebegitu. Kamariah merengus mendengar kata-kata Kirana itu. Kalau macam tu la gayanya, sampai ke tua kamu tak kahwin tau? Dia menjegilkan mata seolah-olah Kirana ada di depannya ketika itu. Kirana terkebil-kebil di atas katil. Mak, kita cakap pasal hal ni lain kalilah ya? Sya penat ni, nak rehat, nak tidur. Esok nak kena balik KL pulak. Nanti Sya telefon mak balik ya? Bye, assalamualaikum. Good night. Kirana terus mematikan talian sebelum sempat emaknya menjawab. Seketika dia mengeluh. Emak aku ni tak habishabis cakap pasal kahwin. Mak ingat Sya ni tak laku sangat ke, mak? Sya laku cuma Sya belum jumpa lelaki idaman Sya. Nantilah ya mak bila Sya dah jumpa, Sya kahwin terus dengan dia. Bicara Kirana sendirian sambil tersenyum sendiri sebelum bangun menuju ke bilik mandi. Status hati: Kosong.

SEBAIK sahaja menjejakkan kaki di apartmen yang disewa, matanya tertancap pada keadaan di ruang tamu yang bagaikan tongkang pecah. Ya Allah apalah yang budak-budak ni buat? keluh Kirana. Beg yang agak besar di tangan diletakkan di sisi sofa. Bantal-bantal yang bertaburan di atas lantai dikutip satu per satu dan diletakkan di atas sofa.

Status Hati: Dia Milikku

Wani! Ja! Apa korang dah buat dengan rumah ni ha? Kirana menjerit memanggil kedua-dua rakan serumahnya itu. Plastik-plastik makanan yang bersepah di atas lantai direnung dengan kepala tergeleng-geleng. Wani! Ja! panggilnya lagi bila panggilan pertama tiada sahutan. Kira! Kau dah balik ke? Kejap, kejap... aku dalam bilik mandi ni! sahut Ja dari dalam bilik mandi. Suaranya kedengaran sayup-sayup. Kirana melangkah ke arah bilik Wani yang terkatup rapat. Pintu bilik itu diketuk bertalu-talu. Wani, aku dah balik ni! panggilnya. Suaranya dikuatkan sedikit kerana yakin Wani pasti masih tidur pada waktu-waktu begini. Entah pukul berapa Wani dan Ja tidur malam tadi, dia sendiri tidak tahu. Wani! Ya! Kejap lagi aku keluar, jawab Wani akhirnya. Mendengar nada suaranya, Kirana tahu rakannya itu masih dalam keadaan mamai. Dia kembali semula ke ruang tamu. Kebetulan, Ja baru sahaja keluar dari bilik mandi. Korang buat apa semalam sampai rumah jadi macam tongkang pecah ni? tanya Kirana sambil melabuhkan duduk di atas sofa. Ja yang masih berkemban dengan tuala mengambil tempat di sisi Kirana. Malam tadi aku dengan Wani lepak-lepak kat depan TV sampai pagi sambil makan-makan sikit. Alah macam tak biasa, kan? balas Ja. Memang setiap malam minggu, mereka bertiga akan menghabiskan masa bersembang di depan TV sambil makan

Ayumi Syafiqah

makanan ringan sampai ke pagi. Tetapi memandangkan Kirana terpaksa ke Perak untuk menjalani penggambaran, tinggal dia dan Wani saja. Eh, kau punya shooting macam mana? Okey? tanya Ja berminat ingin tahu. Kirana menyandar santai di sofa. Okey, macam biasa aje. Dia menjawab sambil memejam mata. Leganya apabila dapat berehat. Ja mengangguk-angguk. Hmmm malam tadi Abang Azri called, dia kirim salam kat kau, beritahu Ja sebaik sahaja wajah Azri, duda beranak satu yang juga merupakan seorang pemandu teksi yang amat meminati Kirana itu melintas di ruang fikirannya. Waalaikumussalam, jawab Kirana perlahan tanpa membuka matanya. Dia benar-benar penat. Kau tak nak tanya ke apa yang Abang Azri cakap lagi? Ja bersungguh-sungguh mahu menceritakan perihal Azri. Kirana berpaling ke arah Ja dengan mata membulat. Tak payahlah. Aku penat sangat ni. Kau pergilah masuk bilik. Pergi pakai baju. Tergugat aku tengok kau berkemban macam ni tau? gurau Kirana. Sengaja mengalih topik. Dia ketawa bila Ja mencebik sebelum bangun menuju ke bilik. Abang Azri? Perlahan nama itu meniti di bibir Kirana. Lelaki itu memang sudah lama meminatinya, tetapi dia tidak pernah memberi respons positif. Rimas sebenarnya bila asyik diganggu oleh lelaki itu. Malas memikirkannya lagi, Kirana merebahkan tubuh di atas sofa. Matanya dipejam semula. Baru sahaja

Status Hati: Dia Milikku

mahu lena, terasa sofa di sebelahnya dihempap sesuatu. Dia kembali membuka mata. Wani sedang duduk di sisinya sambil tersengih. Encik Syahril kirim salam kat kau. Semalam dia datang bawa bunga, tapi kau pulak tak ada. Giliran Wani pula membuka cerita tentang Syahril, majikannya yang sudah lama gila bayang dengan Kirana. Kirana mengeluh. Peninglah aku. Kejap Abang Azri, kejap Encik Syahril. Mujurlah dalam rumah ni cuma ada tiga orang. Kalau ada empat, yang sorang lagi bawa cerita pasal pak cik mana pulak, rungutnya. Memang dia popular dan ramai peminat, tetapi statusnya itu kadang-kadang menyusahkan dirinya sendiri. Wani tarik muka. Kau ni aku cuma sampaikan salam aje. Tak baik tau tak jawab? Yalah waalaikumussalam, jawab Kirana perlahan sebelum kembali memejam mata. Wani tersenyum tiba-tiba. Aku tak fahamlah kau, Kira. Kau cakap nak yang hensem, kaya, ada kerjaya, kereta besar, rumah besar, romantik. Aku rasa Encik Syahril tu dah cukup dah semua ciri-ciri yang kau nak tu. Tapi kenapa kau tak pandang jugak? tanya Wani dengan lagak benar-benar ingin tahu. Kirana buka mata. Memang tapi ada satu benda yang kau tertinggal. Kirana menegakkan tubuh merenung Wani. Apa? Wani mengerutkan dahi. Dia tu playboy! And you know what? I really really really hate that kind of guy! Faham? tegas Kirana. Dia bangun, mencapai beg dan melangkah ke arah bilik. Tidur dalam bilik lagi aman tanpa gangguan sesiapa.

10

Ayumi Syafiqah

Tapi, Kira aku rasa dia boleh berubah kalau kau bagi peluang kat dia. Dia tak adalah teruk macam yang kau bayangkan. Dia tu baik sebenarnya. Wani tetap mempertahankan bosnya itu. Langkah kaki Kirana diikut sampai ke bilik. Kirana meletakkan beg di tepi dinding bilik. Kemudian dia memusingkan tubuh menghadap Wani. Baik? Dia baik? Betul dia baik? Wani mengangguk-angguk laju. Kalau macam tu, apa kata kau aje yang couple dengan dia? Senang! Kirana menolak tubuh Wani supaya keluar dari biliknya. Errr tapi, Kira aku Pergi mandi. Bye! Kirana melambai dan terus menutup pintu bilik. Wani merengus. Ja yang baru keluar dari bilik merenung Wani dengan pandangan pelik. Kenapa ni? Wani berpaling. Kira nilah ada orang nak, jual mahal pulak! kutuknya. Sengaja menguatkan suaranya agar Kirana mendengar bebelannya. Aku tak jual diri aku! Jawab Kirana dari dalam bilik. Wani mengetap bibir mendengar jawapan Kirana. Ja pula sudah menekup mulut menahan tawa.

KIRANA bersetuju untuk menyertai Wani dan Ja keluar membeli-belah pada sebelah petang. Walaupun asalnya Wani

11

Status Hati: Dia Milikku

dan Ja yang membuat rancangan untuk keluar membelibelah, tetapi sudahnya, Kirana yang lebih banyak memborong berbanding mereka berdua. Barang yang wajib dibeli sudah tentulah kasut. Dia memang suka mengumpul kasut. Alasannya, setiap kasut yang dibeli sangat comel untuk dibuat koleksi. Setelah penat ke hulu ke hilir, Wani mengajak Kirana dan Ja untuk singgah di mana-mana restoran buat mengisi perut. Banyaknya kau borong, Kira! kata Wani dengan riak penuh kagum. Tergeleng kepalanya melihat beg-beg kertas yang bergantungan di tangan Kirana. Kirana tersengih. Siapa suruh ajak aku? Kan dah tak pasal-pasal aku borong banyak ni. Ni kalau mak aku tau, seguni dia membebel, balasnya lantas tergelak kecil. Teringat perbualan dengan emaknya malam tadi. Kalau macam nilah gayanya tak ada lelaki yang nak kat kau, celah Ja pula. Jus oren di dalam gelas disedut sedikit. Lega rasanya bila air sejuk itu mengalir di alur tekaknya yang kering sejak tadi. Ya ke? Habis yang kau duk bawak cerita pasal Abang Azri kau hari-hari tu apehal? Kirana menjegilkan matanya. Ja tersengih. Sedar yang dia sudah tersilap menyusun ayat. Hakikatnya, Kirana memang punya ramai peminat. Cuma gadis itu sahaja yang terlalu memilih. Kalau driver teksi macam Abang Azri tu mungkin tak mampu nak tanggung Si Kira ni. Tapi kalau Encik Syahril aku rasa dia mampu! Wani tersenyum lebar membayangkan Kirana dan Syahril bersanding di atas pelamin nan indah. Kecil anak mata Kirana merenung Wani.

12

Ayumi Syafiqah

Korang nikan tak habis-habis nak kenenkan aku dengan dua orang pak cik tu. Dah aku cakap tak nak, meaning tak nak. Tak faham? rengusnya. Nada suaranya cukup menggambarkan rasa hati yang sangat bosan dengan topik yang sering dihujah oleh Wani dan Ja itu. Kalau tak Encik Syahril, mesti Abang Azri. Urgh! Sabar ajelah.... Ja dan Wani mengangguk serentak. Faham. Cuma kita orang tak faham lelaki jenis apa lagi yang kau nak. Kau ni, dah boleh dikatakan popular tau? Rancangan Jejak Santai kau tu dah jadikan kau meletup-letup. Peminat pun ramai. Korang pun sekarang nak jadi macam mak aku jugak, kan? Tak habis-habis membebel pasal kahwin. Kan aku dah cakap, aku dah tegaskan berkali-kali, aku takkan kahwin selagi aku tak jumpa lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idaman aku, ujar Kirana tegas. Yalah, yalah aku tau kau nak yang hensem, kaya, romantik, bla bla bla Wani mencebik. Muak pula mendengar ayat yang sama diulang-ulang. Kirana tersenyum mengada. Tau tak apa! Korang cakap pasal aku ni, habis tu korang berdua dah ada calon ke? Umur kita sama aje tau? Kalau aku dah layak kahwin, korang pun sama. Dia mengalih arah bicara, memulangkan soalan pada Wani dan Ja. Wani dan Ja saling berpandangan. Aku belum Ja dah! Laju jawapan itu keluar daripada mulut Wani. Mata Ja terbuntang. Kirana tertawa. Dah tu kenapa kau belum? Mulutnya memuncung ke arah Wani. Aku lainlah, Kira. Aku ni memang nak sangat kahwin. Niat tu memang dah lama terpasang dalam hati ni. Tapi tak ada orang nak kat aku. Suara Wani berubah

13

Status Hati: Dia Milikku

rendah. Straw di dalam gelas dimain-mainkan dengan hujung jari. Ya ke? Entah-entah, kau tu yang memilih sangat. Cakap aku konon, perli Kirana selamba. Mana ada. Nafi Wani. Betullah tak ada orang nak kat aku. Sungguh-sungguh dia menegaskan. Tak kisahlah betul ke tak. Tapi yang penting, kalau ada orang tanya kenapa kau tak kahwin-kahwin lagi, kau jawab aje yang kau belum jumpa lelaki yang betul-betul sesuai dengan kau. Macam yang selalu aku buat tu. Kirana tersenyum memberi cadangan. Kononnya baguslah cadangannya itu. Yalah tu. Lepas tu nanti, tak pasal-pasal mak aku pun membebel seguni jugak. Wani mencebik. Tidak setuju dengan idea Kirana yang entah apa-apa itu. Kirana menarik muka sementara Ja sudah tergelakgelak.

KIRANA membawa mug yang berisi Nescafe panas ke ruang tamu. Gelas itu diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan duduk di atas sofa. Wani yang ketika itu sedang duduk di lantai sambil menghadap komputer riba yang diletakkan di atas meja, mencapai mug itu. Terima kasih, Kira! Kau ni tahu-tahu aje aku tengah haus, ujar Wani lalu meneguk air itu dengan selamba. Mata Kirana membulat. Amboi, amboi sedap aje minum air aku ya? Buat sendiri malas! jelingnya.

14

Ayumi Syafiqah

Wani tersengih. Mug itu diletakkan semula di atas meja dan kembali memandang skrin komputer. Siaran drama yang ditayangkan di televisyen tidak langsung menarik perhatiannya. Ja mana? Mata Kirana melilaukan ke sekeliling rumah. Bayang seorang lagi rakannya itu tidak kelihatan di mana-mana. Apatah lagi dengan pandangannya yang kabur semacam tanpa kaca mata. Bergayut dengan pakwelah tu dalam bilik, jawab Wani tanpa mengalihkan anak mata dari skrin komputernya. Kirana buat muka. Tiba-tiba saja dia teringatkan sesuatu. Lantas, dia turun dari sofa dan duduk di sisi Wani. Wani, tolong Google pasal Hotel Diamond EYE kejap boleh tak? pintanya sambil mencapai kaca mata miliknya di atas meja. Di rumah, dia memang lebih selesa mengenakan kaca mata, tetapi bila di luar, sebagai seorang pengacara yang dikenali ramai, dia lebih suka memakai kanta lekap sahaja. Hotel Diamond EYE? Apa tu? Wani berkerut. Hotellah. Takkanlah kuih pulak? Kirana membebel geram. Wani mencebik. Namun diturutkan juga permintaan Kirana itu. Sekejap saja, skrin komputernya sudah memaparkan maklumat tentang Hotel Diamond EYE, seperti yang disebutkan oleh Kirana tadi. Kenapa dengan hotel ni? Jangan cakap kau nak honeymoon kat sini sudah, gurau Wani. Spontan Kirana memukul bahu gadis itu. Untuk next episode, aku kena buat liputan kat hotel ni. Pasal tu aku suruh kau Google, terangnya.

15

Status Hati: Dia Milikku

Wani terangguk-angguk faham. Hotel Diamond EYE hotel yang ditubuhkan dengan nama Diamond EYE, yang juga mewakili nama anak-anak kepada pemilik hotel ini. Wani membaca perlahan maklumat yang tertera di depan mata. Kau agak, anak-anak dia ni lelaki ke perempuan? tanya dia tiba-tiba berminat ingin tahu. Hmmm.... Kirana seperti berfikir. Kalau lelaki, mesti kaya, kan? Ada canlah aku nak tackle! Dia tersengih nakal pula. Wani menjeling. Amboi Habis kalau tak hensem, nak jugak? duganya. Bukan dia tidak tahu bagaimana ciri-ciri lelaki idaman Kirana. Kalau tidak punya raut wajah yang tampan, jangan harap Kirana nak pandang. Kalau tak hensem mungkin dipertimbangkan lagi. Asalkan, poket penuh. mengerdipkan mata, penuh makna. boleh Kirana

Yalah tu! Bila kau nak pergi shooting kat sana? Lusa, jawab Kirana. Tidak sabar pula rasanya mahu membuat penggambaran di hotel itu. Sambil membuat penggambaran, dapat juga dia mengetahui lebih banyak maklumat tentang hotel itu. Bertambah bonusnya jika dapat berkenalan dengan anak pemilik hotel itu. Senyuman manis terukir di bibirnya. Beranganlah tu, sindir Wani. Faham sangat dengan perangai gatal rakannya itu. Suka bergaul dan berkawan dengan ramai lelaki, tetapi tiada satu pun yang melekat di hati. Kirana terus dengan senyuman manisnya. Namun senyuman itu hilang ketika terdengar bunyi dentuman pintu bilik yang kuat. Serentak dia dan Wani berpaling melihat Ja sedang melangkah ke ruang tamu dengan wajah monyok.

16

Ayumi Syafiqah

Apehal pulak ni? Gaduh lagi ke? tanya Wani. Ini lagi satu perangai rakannya yang dia cukup faham. Kalau Kirana susah nak lekat dengan mana-mana lelaki, Ja pula selalu bergaduh dengan kekasihnya. Gaduh, baik, gaduh, baik, gaduh, baik lagi, gaduh lagi, baik lagi, lepas tu gaduh, baik, then gaduh, baik lagi. Jangan nanti gaduh tak baik-baik sudahlah ya! tambah Kirana pula. Ja mendengus. Mana tak gaduh? Dia nikan suka sangat buat aku sakit hati. Ada ke patut tadi, dia boleh ajak secretary dia keluar makan? Berdua pulak tu! cerita Ja sungguh-sungguh. Alah kau tu yang cemburu buta sangat. Takkan nak keluar makan dengan secretary pun tak boleh? Entahentah dia orang baru balik dari jumpa klien ke, apa ke cubalah positif sikit. Nampak matang sekali Wani memberi nasihat. Sedangkan hakikatnya, dia sendiri tidak pernah ada pengalaman bercinta. Eh, tapi kan orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Entah-entah betul dia orang ada skandal, Ja. Kirana bertindak menyokong Ja. Makin cemberut wajah Ja mendengar kata-kata Kirana itu. Wani menyenggol lengan Kirana. Bulat matanya memberi isyarat pada Kirana agar jangan menambahkan sakit hati rakan mereka itu. Kirana yang baru tersedar terus tersengih kelat. Ja, janganlah fikir negatif sangat. Aku yakin dia orang tak ada apa-apa. Bukan ke Si Remy tu sayang gila kat kau? ujar Wani lagi. Dengan harapan kata-katanya itu dapat menyejukkan hati Ja yang pastinya sedang panas membara.

17

Status Hati: Dia Milikku

Ja menghela nafas panjang. Dia turun dari kerusi dan duduk di sisi Kirana. Dengan selamba mencapai mug milik rakannya itu dan menghirup air yang sudah pun hilang panasnya. Kirana terkebil-kebil memandang. Sementara Wani terkemut-kemut menahan tawa. Ja, marahnya sekejap cuma. Tengoklah esok jika Remy tidak henti-henti memujuk, cair juga hatinya nanti.

18

Ayumi Syafiqah

Bab 2
REMA tersenyum memerhatikan Kirana membuat penggambaran di hotel milik papanya ini. Baru semalam dia menyaksikan rancangan Jejak Santai yang ke udara di televisyen, dan hari ini mereka membuat penggambaran di hotel ini pula untuk episod seterusnya. Sudah tentulah dia berasa bangga dan gembira. Apatah lagi bila Illsya Kirana, gadis yang cantik itu menjadi pengacara untuk rancangan itu. Keasyikannya menonton penggambaran itu dari jauh terganggu dengan panggilan seseorang. Dia berpaling. Kak, tu ke kru produksi yang nak buat liputan pasal hotel kita ni? tanya Yusrizal sambil duduk di sisi kakaknya itu. Matanya terhala ke arah gadis yang sedang bercakap di depan kamera tidak jauh dari lobi hotel. Rasanya, dia pernah melihat gadis itu dalam satu rancangan TV, tapi dia sudah lupa bila dan di mana. Tetapi sekarang, gadis itu kelihatan jauh lebih cantik daripada apa yang disaksikan di skrin TV. Erema mengangguk. Dia orang dah temu bual

19

Status Hati: Dia Milikku

akak tadi, ceritanya sambil tersenyum. Pasti minggu depan, wajahnya akan tersiar di kaca TV seluruh Malaysia. Muka Yusrizal berkerut. Akak aje? Kenapa tak temu bual Yus jugak? Jelas nadanya tidak puas hati. Siapa suruh merayap? marah Erema. Ni dari mana ni? Mana ada merayap, kak. Yus pergi lunch aje tadi, jawab Yusrizal membela diri. Lunch apa sampai pukul tiga? Erema menjegilkan mata. Jam di pergelangan tangan ditayangkan di depan mata Yusrizal. Yusrizal tersengih. Tak sedar dah terbabas, jawabnya selamba diiringi gelak kecil. Erema menjeling lagi. Kalau dah kat sebelah tu ada awek aje memanjang, manalah tak terbabas. Sindirnya lagi. Dia memang sudah masak dengan perangai adiknya itu. Pantang ada masa, pasti dikelek teman wanita ke serata tempat. Teman wanitanya pula bukan seorang dua, tapi sudah keliling pinggang. Tinggal pilih yang mana satu mahu diangkut ke mana-mana. Cakap pasal awek nikan, kak akak tak rasa ke awek yang kat depan tu macam cun aje. Siapa nama dia ek? Kalau tak silap Yus Kirana, kan? Agak-agak kalau dengan Yus, sesuai tak? Lebar sengihan di bibir Yusrizal. Renungan pada wajah kakaknya penuh erti. Mata Erema mengecil merenung Yusrizal. Jangan nak memandai eh? Budak tu cantik, popular lagi. Jangan nak jadikan dia mangsa seterusnya pulak. Dia memberi amaran. Yusrizal terus tersenyum-senyum. Sebab dia

20

Ayumi Syafiqah

cantiklah, dia sesuai dengan Yus, kak. Untung-untung, Yus boleh tumpang popular sama, jawabnya. Ada saja modal untuk mematahkan kata-kata kakaknya. Erema mengetap bibir. Belum sempat dia menjawab, Yusrizal sudah berlalu sambil bersiul-siul kecil. Sempat pula mengenyit mata padanya sebelum terus menghilang.

SELESAI penggambaran, Kirana meminta diri untuk ke tandas seketika. Setelah menunaikan panggilan alam, dia membetulkan solekan yang nampak sedikit comot. Yakin dengan penampilannya, barulah dia keluar semula dari tandas. Namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba ada seorang lelaki yang menghalang. Hai Illsya Kirana, kan? tanya Yusrizal sambil tersenyum manis. Senyuman yang tentunya dapat mencairkan hati semua gadis yang memandang. Kirana membalas senyuman itu. Lelaki di depannya itu memang kacak. Tetapi dia tidak pasti siapakah dia dan apa yang dimahukan. Untuk tidak dikatakan seorang yang sombong, terpaksalah dia melayan juga. Yusrizal, anak pengarah hotel ni. Yusrizal memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan pada Kirana. Kening Kirana terjongket mendengar ayat itu. Namun salam Yusrizal tidak disambut. Nampaknya, lelaki yang merupakan anak pemilik hotel ini memang kacak orangnya. Satu pakej yang sangat menarik hati. Kirana, balasnya sepatah.

21

Status Hati: Dia Milikku

Daripada tadi I perhatikan you. You look nice, puji Yusrizal. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil menyandar di dinding. Matanya tidak lepaslepas merenung paras Kirana. Terima kasih, ucap Kirana sambil mengulum senyum. Pujian yang sudah biasa diterima daripada lelaki. Sekilas, dia membuat penilaian tentang Yusrizal dalam diam. Free tak sekarang? tanya Yusrizal. Tubuhnya sudah ditegakkan semula. Hmmm kenapa? Kirana membalas dengan soalan juga. Penampilan lelaki itu yang segak dan tampan memang menarik hatinya. Tetapi tidak semudah itu dia akan memberi respons yang positif. Kalau free, I ingat nak ajak you kata-kata Yusrizal terhenti di situ bila tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Pantas dia mengeluarkan telefon itu dari poket seluarnya. Melihat nama yang tertera di skrin, sebuah keluhan terlepas tanpa sempat ditahan. Kirana mengamati reaksi Yusrizal yang sedikit gelisah itu dengan ekor mata. Sekejap ya? Yusrizal meminta diri dan bergerak agak jauh. Panggilan itu dijawab. Helo, sayang.... Kirana memasang telinga. Walaupun suara Yusrizal perlahan dan kedengaran menjauh, itu tidak menghalangnya untuk mendengar butir kata lelaki itu. Yusrizal memandang jam tangannya. I busy sekarang ni. Apa kata kalau I jumpa you malam ni? Kirana tergeleng-geleng sendiri. Rasa kagumnya pada Yusrizal tadi terus merudum. Sifat kaki perempuan lelaki itu terserlah sudah. Tidak mahu terus menunggu di

22

Ayumi Syafiqah

situ dan menjadi mangsa pada Yusrizal, dia segera mengangkat kaki tanpa meninggalkan pesan pada lelaki itu. Okey. See you later. Bye, sayang. Ucap Yusrizal sebelum mematikan talian. Ketika berpaling ke belakang, Kirana sudah tiada di situ. Matanya melilau ke sekeliling. Ternyata, gadis itu sudah pergi. Dia mengeluh. Melepas!

KIRANA mencapai kaca mata yang diletakkan di atas meja solek. Rabun matanya semakin teruk akhir-akhir ini. Kerana itu dia memerlukan kaca mata itu. Mahu mengenakan kanta lekap sepanjang masa, takut nanti meninggalkan kesan tidak baik pada kedua-dua belah matanya. Setelah menyarungkan kaca mata itu, dia melangkah keluar dari bilik, menyertai Ja dan Wani yang sedang melepak di ruang tamu. Kira, macam mana kau punya shooting tadi? Ada jumpa anak-anak pemilik hotel tu tak? tanya Wani berminat ingin tahu. Kirana mencapai bantal kecil di atas sofa lalu dipeluknya erat. Ada. Aku ada temu bual Cik Erema tadi, lawa orangnya, jawabnya. Sorang aje? tanya Wani lagi. Hampa sedikit riak wajahnya. Ada dua. Sorang lagi lelaki, nama dia Yusrizal, tambah Kirana. Teringat pula gelagat lelaki itu yang cuba memikatnya. Mujurlah dia tidak sempat jatuh hati pada lelaki itu. Senyuman lucu terbit di bibirnya. Ha... tu yang senyum-senyum tu mesti ada apaapa. Hensem ke Yusrizal tu? sampuk Ja pula.

23

Status Hati: Dia Milikku

Kirana tersenyum. Hensem memang hensem, tapi Kau tak cuba tackle dia ke? Cepat saja Wani bersuara. Dia sudah pun bertenggek di tepi sofa tempat Kirana sedang berbaring. Dia yang cuba tackle aku, ujar Kirana selamba, membuatkan Wani dan Ja sama-sama terbeliak biji mata. Lepas tu apa jadi? Kau layan dia tak? Ja menggoyang-goyangkan bahu Kirana. Dia pula yang terlebih semangat. Siaran drama seram Waris yang ditayangkan di TV3 tidak lagi menarik minatnya. Mula-mula ingat nak layan jugak. Tapi tiba-tiba aje awek dia call. Tak jadilah. Kirana mencebik. La... dah ada awek ke? Wani buat muka tak puas hati. Dia turun semula dari sofa. Haah. Nampak gaya macam dah biasa dengan perempuan. Tak naklah aku. Orang macam tu susah nak setia. Out of my list! ujar Kirana tegas. Dia bangkit dari perbaringan dan menyandar santai di sofa. Drama lakonan Fizz Fairuz yang sedang disiarkan agak menarik perhatiannya. Playboylah ni eh? Ja menongkat dagu merenung Kirana. Matanya terkelip-kelip. Agaknyalah. Kirana mencemikkan muka. Tapi dia hensem. Kaya pulak kau tak rasa rugi ke kalau lepaskan dia? Wani bersuara semula. Bulat matanya merenung Kirana. Kirana menggeleng. Aku dah cakap banyak kali yang aku tak minat playboy, player, kasanova, buaya dan yang sama waktu dengannya!

24

Ayumi Syafiqah

Ja dan Wani saling berpandangan sebelum mereka sama-sama mengangkat tangan tanda mengalah. Fine! kata kedua-duanya serentak. Eh, kejap bukan ke nama hotel tu diambil sempena nama anak-anak pemilik hotel tu? Diamond EYE. Tadi kau cakap nama anak dia Erema dengan Yusrizal. Maknanya, Erema dan Yusrizal mewakili E dan Y. Habis, E yang lagi satu tu siapa pulak? tanya Wani tiba-tiba bila teringatkan hal itu. Kirana terdiam seketika. Haahlah betul jugak tu, gumamnya. Dia tidak sempat berfikir dengan lebih panjang bila dengan tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dari arah bilik. Bergegas dia bangun dan berlari menuju ke bilik. Kira tu tolak tuah, kan? Aku tak taulah orang yang macam mana lagi yang dia nak, rungut Wani dengan bibir memuncung. Kan? Aku pun rasa macam tu. Tapi kalau dah dia tak nak, nak buat macam mana? balas Ja tenang. Kedua-dua mereka kembali fokus merenung kaca TV sebelum dikejutkan dengan suara Kirana dari arah bilik. Kirana muncul semula dengan senyuman lebar di bibir. Excited aje nampak. Ada orang masuk meminang ke? gurau Wani lantas tergelak-gelak. Kirana menolak bahu Wani sebelum kembali duduk di atas sofa yang ditinggalkan tadi. Aku baru dapat call daripada wartawan majalah Wanita. Dia nak aku pergi set minggu depan. Ada photoshoot, beritahu Kirana dengan suara ceria. Teruja. Ya? Ja terkejut.

25

Status Hati: Dia Milikku

Wah makin popularlah kau lepas ni! Nanti aku suruh Encik Syahril beli majalah tu, okey? Wani tersengih sambil mengenyitkan sebelah matanya. Abang Azri pun nanti mesti beli jugak. Tokok Ja tidak mahu kalah. Senyuman yang tadinya bermain di bibir Kirana perlahan-lahan pudar. Sementara Wani dan Ja sudah terkekeh-kekeh.

26

Ayumi Syafiqah

Bab 3
IRANA menyarung kasut tumit tinggi miliknya. Setelah memastikan pintu rumah dikunci, dia berjalan menuju ke arah lif untuk turun ke tingkat bawah. Sampai di tingkat bawah, Kirana melangkah ke arah keretanya diparkir. Namun, langkahnya terhenti di depan kereta ketika tersedar ada seseorang sedang berdiri di sisi pintu keretanya. Kirana mengeluh. Sudahlah dia mahu cepat kerana ada sesi fotografi dengan pihak majalah Wanita, sekarang tersangkut pula dengan pemandu teksi itu. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia mendekat juga. Azri yang perasan kehadiran Kirana, terus tersenyum lebar. Hai, Kira nak pergi mana ni? tegurnya berbasa-basi. Kirana mengukir senyuman hambar. Ada kerja sikit. Kenapa? Ikutkan hati, mahu saja dia meredah masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Tetapi kesian pula pada lelaki itu.

27

Status Hati: Dia Milikku

Abang datang ni nak jumpa Kira. Errr Azri menghulurkan sejambak bunga ros merah di tangannya ke arah Kirana. Ni untuk Kira, ujarnya dengan senyuman manis. Kirana hanya memandang jambangan bunga itu sekilas. Abang Azri, saya tak berapa minatlah dengan bunga-bunga ni semua. Abang Azri simpan ajelah ya? Tak pun, bagi kat siapa-siapa aje yang nak. Emak Abang Azri ke? Kirana tersenyum kelat. Kalaulah yang memberi bunga itu tadi adalah lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya, pasti awal-awal lagi sudah disambar. Tetapi situasi sekarang, sangat tidak mengizinkan. Azri? Hmmm.... Riak wajah Azri jelas hampa. Tapi abang beli bunga ni khas untuk Kira. Kira ambiklah. Dia tetap berusaha menarik hati Kirana. Kirana menggaru kepala yang dilitupi selendang. Serba salah dibuatnya. Okeylah, saya ambik bunga ni. Tapi lain kali Abang Azri tak payahlah nak beli bunga atau apa-apa pun hadiah untuk saya. Emmm saya pergi dululah. Dah lambat. Tanpa bertangguh, Kirana terus meluru masuk ke dalam kereta. Errr jumpa lagi, Kira! Ucap Azri sebelum pintu kereta Kirana tertutup rapat. Dia hanya merenung kereta Kirana hingga hilang daripada pandangan.

TUMPUAN Wani terhadap kerja-kerjanya terganggu apabila terasa ada seseorang sedang berdiri di hadapan mejanya. Dia mendongak.

28

Ayumi Syafiqah

Eh, Encik Syahril! Lekas-lekas dia bangkit berdiri sebagai tanda hormat. Syahril tersenyum. Saya mengganggu ke? Tak adalah. Tak ada kerja banyak mana pun, jawab Wani tersenyum-senyum. Matanya menjeling sejambak ros merah di tangan bosnya itu. Syahril menghulurkan jambangan bunga di tangan kepada Wani. Boleh tolong bagi pada Kirana? Wani menyambut jambangan bunga itu dengan senyuman lebar. Boleh, boleh sangat. Balik nanti saya bagi pada dia, ujarnya seakan berjanji. Terima kasih, ucap Syahril sambil mengangguk. Wani turut sama mengangguk membalas anggukan majikannya. Hmmm agak-agak bila Kirana free? Saya ingat nak ajak dia keluarlah, soal Syahril. Wajah rakan baik Kirana, gadis yang sangat diminati itu direnung. Sudah lama dia menunggu peluang untuk membawa Kirana keluar makan bersama. Tetapi, gadis itu tidak pernah menunjukkan minat padanya. Saya tak pastilah, bos. Nantilah, saya cuba tanya dia, jawab Wani tidak berani berjanji. Okey tapi boleh tak kalau awak bagi aje nombor telefon dia kat saya? Kan senang macam tu? pinta Syahril sedikit berkias. Sudah berkali-kali dia meminta, tetapi Wani tidak pernah memberi. Wani tersenyum hambar. Sorrylah, bos bukan saya tak nak bagi, tapi Kira yang tak bagi. Kalau saya bagi jugak nanti tak pasal-pasal kita

29

Status Hati: Dia Milikku

orang perang satu rumah, jawabnya siap dengan alasan. Kata orang, menolak biarlah dengan cara yang baik. Takkanlah sampai macam tu? Syahril tidak mahu percaya. Betul, bos. Bos bukan tak tau, Kira tukan ramai peminat. Jadi, saya tak bolehlah nak bagi nombor telefon dia semudah tu. Kalau bos nak cakap dengan dia, bos telefon aje nombor rumah kita orang. Manalah tau kalau masa bos telefon tu, tiba-tiba aje Kira yang angkat. Boleh jugak bos cakap dengan dia. Atau kalau bos nak jumpa dia, datang aje rumah kita orang. Kalau pun tak boleh masuk, jumpa kat bawah tu aje pun dah cukup. Wani tersengih memberi cadangan. Dia sebenarnya suka kalau Kirana berpasangan dengan Syahril. Cuma, gadis itu sendiri yang tidak mahu. Bila ditanya kenapa, Kirana tetap dengan alasan Syahril itu kaki perempuan, walaupun hakikatnya dia hampir melengkapi ciri-ciri lelaki idaman Kirana. Syahril mengangguk faham. Nevermind. Oh, ya jangan lupa bagi bunga tu pada dia. Kirimkan salam saya pada dia. Pesannya bersama senyuman yang sudah bertukar kelat. Wani pantas mengangguk. Syahril meminta diri lalu menghilang ke dalam bilik pejabatnya.

KIRANA menutup pintu kereta. Setelah mengunci pintu itu, dia segera melintas jalan, menuju masuk ke dalam sebuah restoran. Hajatnya, dia mahu membeli makanan untuk makan malam. Kalau nak masak, sampai minggu depan pun

30

Ayumi Syafiqah

belum tentu dapat makan. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, dia mengambil tempat di salah satu meja. Kirana melilaukan mata ke sekitar restoran yang boleh tahan ramai pengunjungnya ketika itu. Namun dalam ramai-ramai itu, matanya hanya terpaku pada satu wajah. Kalau tidak silap, itulah Yusrizal, lelaki yang ditemui di Hotel Diamond EYE tempoh hari. Lelaki yang sempat menegurnya dan mahu mengajaknya keluar, tetapi tidak sempat kerana tiba-tiba saja sang kekasih sudah memanggil. Dalam masa yang sama, lelaki itu berpaling padanya. Mata bertentang mata. Kirana dengan wajah selamba, sementara Yusrizal sudah tersenyum lebar. Yusrizal merasakan bagai bulan jatuh ke riba melihat Kirana ada di restoran itu. Dia menoleh pada Julia. Sayang, I rasa eye shadow you tu macam dah pudarlah. Apa kata kalau you pergi touch up balik? Lembut suaranya menegur. Julia panik tiba-tiba. Ya ke? Spontan tangannya meraba-raba mata sendiri. Bedak kompak di dalam beg tangan dikeluarkan. Melalui cermin kecil bedak itu, dia menilik-nilik wajah sendiri. Tak pun. I tengok okey aje. Betul, I tengok warna pink tu dah nak jadi warna jernih, ujar Yusrizal lagi cuba meyakinkan Julia walau hakikatnya tiada cacat cela pun dengan penampilan gadis itu. Ya ke? Muka Julia berkerut-kerut tidak puas hati. Yusrizal mengangguk sungguh-sungguh. Pergilah touch up balik. I tunggu kat sini, suruhnya lagi. Okeylah. Julia bangun juga akhirnya. Tunggu tau? Beg tangan disangkut ke bahu sebelum terus berlalu ke arah tandas.

31

Status Hati: Dia Milikku

Sebaik sahaja kelibat gadis itu menghilang, Yusrizal terus memulakan langkah. Kerusi di depan Kirana ditarik dan dengan selambanya dia melabuhkan duduk di depan gadis itu. Sorang aje? Dari mana ni? soal Yusrizal. Senyuman manis bermain di bibir. Ada kerja sikit tadi, jawab Kirana acuh tak acuh. Kalau tempoh hari dia cuma mengagakkan Yusrizal punya ramai kekasih hanya melalui satu panggilan telefon, tetapi hari ini semuanya sudah terbukti. Lelaki itu masih mahu menegurnya walaupun ketika dating dengan gadis lain. Orang macam awak ni mesti sibukkan? Yalah orang popular. Mesti banyak permintaan. Yusrizal cuba mengajak Kirana berbual dengannya. Kirana tersenyum. Tak adalah. Saya bukan artis pun. Setakat pengacara, apalah sangat yang orang nak pandang, balasnya merendah diri. Walhal itu cuma satu cara untuk menyedarkan Yusrizal yang dia tidak berminat dengan perbualan yang sedang dibuka. Eh, ada pulak macam tu. Jadi pengacaralah orang nak pandang. Awak tahu tak, saya suka dengan cara awak mengacarakan rancangan rancangan Yusrizal terkialkial seketika. Rancangan apa ya? Alamak! Lupa pulak. Rancangan rancangan yang jalan-jalan tu... Ayatnya terhenti di situ. Kelat sedikit wajahnya apabila menyedari ada senyuman yang tersembunyi di bibir Kirana. Aduhai spoil betul! Kirana menahan senyuman. Awak tegur saya ni, girlfriend tak marah ke? soalnya mengalih topik. Girlfriend? Yusrizal pura-pura mengerutkan muka. Kemudian dia ketawa kecil. Maksud awak, yang tadi tu? Itu bukan girlfriend sayalah. Kawan aje tu.

32

Ayumi Syafiqah

Kirana terangguk-angguk. Okeylah, sebelum kawan awak tu datang serang saya, ada baiknya saya minta diri dulu. Dia bangun, menyambut huluran bungkusan makanan daripada soalan pelayan. Setelah membayar harga makanan itu, dia segera membuka langkah. Tetapi Yusrizal cepat-cepat menyekat laluannya. Nantilah kejap. Hmmm boleh tak bagi nombor telefon? Atau apa-apa aje yang boleh untuk saya contact awak? Dengan gaya selambanya, Yusrizal meminta. Hmmm Kirana berfikir-fikir. Nombor tiang api rumah nak? Yusrizal terkebil-kebil. Nombor tiang api rumah? Kirana tersenyum. Excuse me, saya kena balik sekarang. Hmmm by the way, saya mengacarakan program Jejak Santai. Ujarnya, tersenyum lagi kemudian terus berlalu ke keretanya. Terasa merah muka Yusrizal mendengar kata-kata Kirana itu. Melepas lagi!

PULANG ke rumah, Kirana dihidangkan dengan sejambak bunga ros merah. Kalau pagi tadi daripada Azri, kali ini daripada Syahril pula. Dia mengeluh bosan. Kau ambik ajelah bunga ni, Wani. Simpan dalam bilik, buat hiasan, ujarnya selamba sambil melangkah ke arah ruang tamu. Wani yang sedang mengunyah mi goreng di meja makan terus membulatkan mata.

33

Status Hati: Dia Milikku

Isy kau ni, Kira orang dah bagi bunga elok-elok, cantik, mahal pulak tu boleh pulak kau tolak? bebelnya tidak puas hati. Aku tak mintak pun, kan? balas Kirana acuh tidak acuh. Memanglah kau tak mintak. Tapi at least, cubalah hargai sikit. Kau ingat bunga tu murah ke? Kesian Encik Syahril tau? Wani menarik muncung panjang. Geram kerana Kirana langsung tidak menghargai apa yang dihadiahkan orang untuknya. Kalau aku tak hargai, bunga tu dah lama masuk tong sampah tau? Tapi sekarang, aku bagi kau bunga tu. Kira hargailah tu, kan? Ada saja modal Kirana untuk membalas setiap kata-kata Wani. Tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu. Teruklah kau ni. Aku ni dah kira baik tau sebab tak bagi nombor telefon kau kat dia. Tapi kau langsung tak cuba nak faham dia tu. Cuba kau buka hati kau tu, bagi peluang pada dia. Manalah tahu kalau dia tu yang terbaik untuk kau. Kau tak rasa macam tu ke? Wani membebel tiada henti. Seleranya seakan terbantut tiba-tiba. Dahlah, aku dah bosanlah cakap pasal hal sama aje hari-hari. Muak tau tak? tekan Kirana sedikit marah. Wani menjeling. Memang patut pun mak kau paksa kau kahwin. Memilih sangat! marahnya. Kirana pekakkan telinga. Matanya fokus pada kaca TV yang sedang menyiarkan drama Indonesia. Bosan dengan cerita yang ditayangkan, TV itu dimatikan semula. Ja mana? Tak balik lagi ke? Dia bangun menghampiri Wani dan duduk di sisi rakannya itu. Sekejap sahaja sudah kembali berbaik.

34

Ayumi Syafiqah

Keluar dengan Remy dia kut, jawab Wani dengan suara mendatar. Mi goreng yang masih tinggal separuh kembali disuap ke dalam mulut. Eh, dah berbaik ke? Kirana terkejut mendengar kenyataan wani. Wani tersenyum lucu. Kan aku dah cakap. Ja tu marah kejap aje. Bila Remy dah pujuk, memang cairlah minah tu! Kirana mengangguk-angguk. Lembut betul hati dia Memang hati dia lembut. Tak macam kau. Hati batu! Wani mendapat idea untuk mengutuk Kirana. Hubungan persahabatan mereka bertiga memang sentiasa disertai dengan kutukan sebegitu, tetapi kerana masingmasing sudah masak dengan undang-undang itu, maka tidak pernah berlaku pergaduhan besar. Sebatu-batu hati aku pun, muka aku cantik. Aku ada ramai peminat. Kau ada? balas Kirana dengan lagak angkuh. Wani spontan mencebik. Perasan! Bahu Kirana ditolak kasar. Kirana tergelak kuat. Dahlah, melayan kau sampai ke esok tak sudah. Pergi solat asar lagi baik! Dia bangun mencapai beg tangan dan melenggang menuju ke arah biliknya. Baguslah. Doa banyak-banyak supaya kau ditemukan dengan jodoh yang baik-baik, ujar Wani yang sudah kembali berselera menghabiskan mi gorengnya. Aku doakan kau sekali nak tak? Mana tau, kita

35

Status Hati: Dia Milikku

boleh naik pelamin sama-sama. Gurau Kirana. Matanya dikerdipkan penuh erti. Wani menjelir. Kirana ketawa lagi.

36

Ayumi Syafiqah

Bab 4
IRA mana? Ja yang sudah bersiap sedia untuk keluar joging pagi hari minggu itu berpaling ke arah Wani yang sedang menyarung kasut. Entah minah tu. Tengah pilih kasut kut, jawab Wani. Kira! Cepatlah! Kau buat apa lagi kat dalam tu? jeritnya memanggil Kirana. Kejap! Terdengar Kirana menyahut. Sebentar kemudian, dia keluar dari bilik dengan sepasang kasut Adidas di tangannya. Kasut ni bukan ke kau beli bulan lepas? Apesal tak pakai yang kau baru beli tu? tanya Ja hairan. Itulah satusatunya hobi Kirana yang tidak difahaminya. Gadis itu suka sangat mengumpul kasut. Entah apa yang menarik, dia sendiri tidak faham. Kirana tersengih. Aku suka pakai yang ni. Selesa, jawabnya lantas menyarungkan kasut itu. Setelah siap, topi

37

Status Hati: Dia Milikku

dan tuala kecil miliknya dicapai lalu melangkah keluar dari rumah. Wani mengunci pintu rumah. Kemudian dia berpaling ke arah Ja dan Kirana. Jom! Kirana dan Ja mengangguk. Jom! Mereka bertiga beriringan menuju ke arah taman yang terletak berdekatan dengan kawasan rumah. Tidak perlu menaiki kereta, cukup dengan hanya menggunakan dua pasang kaki masing-masing. Agak ramai juga yang datang berjoging di taman pagi itu. Setelah penat membuat larian untuk tiga pusingan, Kirana, Ja dan Wani berhenti rehat di sebuah bangku. Aduh, penatnya macam manalah kau boleh tahan joging macam ni tiap-tiap minggu, Kira? Wani mengeluh. Semput nafasnya seketika. Itu sebab stamina aku kuat. Nak jadi cantik, kenalah rajin exercise. Barulah orang pandang. Kirana tersenyum mengada. Wani dan Ja saling berpandangan sebelum masingmasing mencebik. Kirana tergelak. Suka sangat buat statement yang menggelikan anak tekak rakan-rakannya itu. Namun gelaknya mati bila tiba-tiba matanya terpandangkan seorang lelaki yang sedang melangkah ke arahnya dengan gaya yang penuh kasual. Serta-merta, keluhan terlepas dari mulutnya. Senyuman yang tadi menghiasi bibir sudah pun pudar. Hai, Kira! tegur Nizam bersama senyuman manis. Kirana sekadar tersenyum hambar. Hai, Nizam! balas Wani dan Ja serentak. Nizam, antara salah seorang peminat Kirana yang

38

Ayumi Syafiqah

tidak jemu-jemu menagih perhatian gadis itu. Setiap kali keluar berjoging, pasti mereka akan berjumpa. Dan seperti yang lainnya juga, Kirana tidak pernah melayan. Nizam tersenyum pada Wani dan Ja sebelum beralih semula pada Kirana. Tak ada pergi mana-mana ke minggu ni? tanya dia ingin tahu. Dia memang selalu mengikuti perjalanan rancangan Jejak Santai yang dikendalikan oleh Kirana. Atau dalam erti kata lain, dia suka melihat Kirana mengacarakan rancangan itu dan bukan menyaksikan apa yang dipaparkan dalam rancangan itu. Tak. Shooting sekitar KL aje, jawab Kirana. Walaupun tidak berminat dengan Nizam yang terangterangan menunjukkan minat untuk berdampingan dengannya, dia tetap menjawab setiap soalan yang diajukan kerana tidak mahu dicop sebagai sombong. Oh jadinya freelah hari ni? Kalau I ajak keluar lunch, you sudi tak? tanya Nizam. Sekadar mencuba nasib. Manalah tahu kalau-kalau kali ini Kirana sudi keluar makan dengannya. Ja, jom sambung joging! ajak Wani tiba-tiba. Tanpa menunggu jawapan Ja, tangan rakannya itu segera ditarik untuk mengikut langkahnya. Kirana mengetap bibir memandang langkah keduadua rakannya yang kian menjauh. Maaflah, I ingat nak rehat aje kat rumah hari ni. Yalahkan bukan selalu dapat peluang habiskan masa kat rumah macam ni, jawab Kirana, berlapik dan separuh berbohong. Nizam menelan rasa kecewa dalam diam.

39

Status Hati: Dia Milikku

Hari lain, you free tak? Bila-bila ajelah, I tak kisah. Dia bertanya lagi. Takkanlah mahu berputus asa begitu saja? Kirana menghela nafas. I tak pasti lagi. Nantilah I beritahu you, tengok dulu macam mana ek. Kirana mencari jalan untuk mengelak. Baru selangkah dia bergerak, Nizam sudah menghalang laluannya. Dia menahan geram di dalam hati. Apa kata kalau you bagi I nombor telefon you? Ada apa-apa nanti senang I nak call you, umpan Nizam lagi. Kirana tercari-cari alasan untuk terus mengelak. Tak payahlah. Nanti kalau I free, I call you. Dia cuba lagi melangkah tetapi sekali lagi Nizam menyekat laluannya. Dia merengus. Mula rimas diasak begitu. I tahu, kalau I tunggu you call I, sampai ke tua pun you takkan call I. Apa salahnya kalau you bagi I nombor telefon you? I bukan nak buat apa pun. I cuma nak berkawan dengan you. Nizam tetap cuba memujuk. Paras mulus Kirana direnung dalam-dalam. Kirana memaksa bibir mengukir senyuman. You call rumah ajelah ya? Sorry, I busy. Nak kena balik sekarang, dalihnya. Tapi Nizam masih cuba menghalang, tetapi Kirana sudah bergerak tanpa mempedulikan panggilannya lagi. Wani! Ja! Jom balik! Ajak Kirana. Tanpa bertangguh, langkah diatur pantas untuk pulang ke rumah.

SELESAI mandi, telefon bimbit Kirana berdering. Setelah

40

Ayumi Syafiqah

membaca nama di skrin, lekas-lekas dia menjawab panggilan itu. Helo, mak. Assalamualaikum, ucap Kirana sambil menilik wajahnya di cermin. Waalaikumussalam. Mak mengganggu ke? tanya Kamariah di hujung talian. Tak adalah. Sya baru balik joging. Ada apa, mak? Kirana mencapai sikat di atas meja solek. Rambut panjangnya disisir lembut. Ada apa, ada apa! Setiap kali mak telefon, mesti tanya ada apa. Takkan mak nak telefon anak mak ni pun tak boleh? Kamariah mula membebel. Kelat wajah Kirana mendengar bebelan emaknya itu. Bukan macam tu, mak. Mak ni suka sangat salah faham dengan Sya. Sya tak ada maksud pun macam tu, balasnya membela diri. Mulutnya memuncung ke depan. Kamariah merengus. Bulan depan sepupu kamu kahwin. Balik tak? Dia terus menuju ke tujuan utama dia menghubungi Kirana. Bulan depan? Tak tau lagi, mak. Nanti Sya tengok jadual dulu, jawab Kirana tidak boleh berjanji. Jadual, jadual sibuk sangatlah tu? Sepupu kamu yang sebaya dengan kamu dah nak kahwin. Kamu tu bila pulak lagi, Sya oi? Seperti biasa, topik kahwin tidak pernah lari dari bibir Kamariah. Kirana menggaru-garu kepalanya. Dia dah mula dah Mak, mak masak apa hari ni? Lia ada balik tak minggu ni? Kirana pantas mengubah topik. Teringat pula

41

Status Hati: Dia Milikku

pada adik perempuannya yang belajar di UiTM Kuala Terengganu. Kebiasaannya hujung minggu pasti Kamalia akan pulang ke rumah. Al-maklumlah, dekat saja. Hah! Nak tukar topiklah tu. Jawab dulu soalan mak ni. Kamu dah ada calon ke belum, Sya? tekan Kamariah lagi. Kirana mengeluh. Taktiknya tidak nampaknya. Dia melabuhkan duduk di birai katil. menjadi

Mak, Sya muda lagilah. Umur Sya baru dua puluh enam tahun, bukannya tua sangat pun. Ada tu dah masuk tiga puluh tahun pun tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang. Mak ni gelojoh sangatlah, rungutnya tak puas hati. Umur dua puluh enam tu dah layak kahwinlah! Mak ni bukan apa, Sya mak nak tengoklah anak mak ni kahwin sebelum mak tutup mata. Sya tak kesiankan mak ni ke? Suara Kamariah berubah sayu. Kirana terdiam. Bila emak sudah bercakap soal kematian, tiada apa lagi yang mampu dikatakan selain menadah telinga sahaja. Dia sedar, emak terlalu ingin melihat dia berkahwin. Tetapi masalahnya, dia belum temui lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya. Sebenarnya, dia bukanlah terlalu memilih. Kalau boleh, dia mahukan seorang lelaki yang mempunyai sifat dan sikap seperti arwah ayahnya. Memang selama ini dia sering menegaskan tentang ciri-ciri lelaki idamannya, tetapi hakikatnya dia cuma mahukan seorang lelaki seperti ayahnya. Kalau pun tidak serupa sepenuhnya, cukuplah kalau ada sedikit persamaan. Kirana mengeluh lagi. Senang-senangkan, mak mak ajelah yang cari jodoh untuk Sya. Habis cerita, balasnya tenang. Seakan mengalah dengan kehendak emak. Sekuat

42

Ayumi Syafiqah

mana pun dia menentang, dia tahu emak tetap tidak akan berganjak daripada kemahuannya. Selagi dia belum berkahwin, selagi itulah emak akan terus mengasaknya . Kata-kata Kirana itu bagaikan memberi satu rahmat pada Kamariah. Sya nak mak carikan jodoh untuk Sya? Betul ni? Bersinar-sinar matanya dengan senyuman melebar. Hmmm... balas Kirana sepi. Kalau itu sahaja cara yang ada, apa lagi alasannya untuk menolak? Betul ni? Tak menyesal? tekan Kamariah lagi seakan tidak percaya. Ya, mak. Tapi pastikan bakal suami Sya tu menepati ciri-ciri lelaki idaman Sya. Kalau pun tak sepenuhnya, orang tu mestilah romantik dan setia, macam arwah ayah. Wajib, tambah Kirana, tetap juga meletakkan syarat. Alah kalau yang tu tak ada masalah. Nanti mak carikan jodoh yang sesuai untuk Sya. Mak! Kirana terkejut mendengar panggilan yang sayupsayup dari corong telefon. Itu suara Khalif, adik bongsunya yang berumur tujuh belas tahun. Sya, mak nak kena masak ni. Adik kamu tu dah merungut-rungut lapar. Lain kali mak telefon lagi. Assalamualaikum. Kamariah mematikan talian. Waalaikumussalam.... Kirana merenung telefon bimbitnya dengan mata terkebil-kebil. Tidak percaya dengan apa yang baru dikatakannya tadi. Lebih tidak percaya bila mengingatkan permintaannya tadi. Aku suruh mak carikan jodoh untuk aku? Biar betul!

43

Status Hati: Dia Milikku

Kirana menepuk dahi. Apa aku dah buat ni?!

44

Ayumi Syafiqah

Bab 5
ETELAH selesai semua kerja di dapur, Kamariah keluar ke ruang tamu. Anak keduanya, Kamalia dilihat sedang asyik menghadap komputer riba. Sesekali anak gadisnya itu tersenyum-senyum dan tergelak-gelak sendiri. Dia pantas mendekat. Lia, Lia main Facebook, kan? Kamariah bertanya sambil melabuhkan duduk di sebelah anaknya itu. Kamalia berpaling pada emaknya. Haah kenapa, mak? Mak nak main jugak ke? guraunya sambil ketawa. Kamariah memukul perlahan bahu Kamalia. Ni mak nak mintak tolong Lia ni. Tolong apa? Mata Kamalia kembali fokus pada skrin komputer ribanya. Tolong cari kawan lama mak kat Facebook ni, jelas Kamariah. Itu sebagai salah satu usaha untuk mencari jodoh untuk Kirana. Manalah tahu, ada antara rakan-rakan lamanya yang juga sedang mencari jodoh untuk anak bujang mereka.

45

Status Hati: Dia Milikku

Kawan lama mak? Mak nak buat apa pulak cari kawan lama ni? Kamalia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak pernah-pernah emak meminta mencari kawan lamanya di Facebook. Kenapa hari ini tiba-tiba saja? Jangan banyak tanyalah. Cari aje, suruh Kamariah lagi. Tidak sabar-sabar jadinya. Yalah, yalah. Kamalia menurut. Nama apa kawan mak tu? Hmmm Lia cari yang nama Zaimah, suruh Kamariah bila teringatkan salah seorang rakan baiknya itu. Kamalia menaip nama yang disebutkan itu di ruangan pencarian. Sekejap saja, sudah keluar beberapa senarai akaun yang menggunakan nama Zaimah. Yang mana satu, mak? Kamalia membuka satu per satu profil yang keluar, tetapi tiada satu pun yang betul. Lia cari Raihan, arah Kamariah lagi. Sama seperti tadi, tiada satu pun profil yang betul seperti yang dimahukan. Semua kawan-kawan mak dah tualah. Mana ada main Facebook lagi, kata Kamalia selamba. Amboi, sedapnya mulut! Kamariah memukul bahu Kamalia. Adoi! Kamalia menggosok-gosok bahunya dengan bibir memuncung. Cepat cari yang lain pulak! arah Kamariah tegas. Yalah nama apa? tanya Kamalia tidak mahu bertekak. Hmmm nama hah! Dahlia, ujar Kamariah dengan suara teruja.

46

Ayumi Syafiqah

Kamalia menurut tanpa banyak songeh. Tidak banyak akaun yang menggunakan nama Dahlia. Dia membuka satu daripada akaun itu. Ha betullah ni! Nilah kawan mak yang nama Dahlia tu. Kamariah tersenyum gembira. Walaupun sudah lama tidak menemui rakannya itu, dia masih dapat mengecam wajahnya. Mak yakin ke ni? Cam lagi muka dia? Kamalia seakan ragu. Betul, mak yakin. Lia addlah dia jadi kawan Lia. Nanti kalau dia terima, Lia bagi tahu mak. Mak ada hal sikit nak cakap dengan dia. Bersungguh Kamariah mengarah. Hebat juga mak aku ni. Tahu pasal add-add ni semua, kata hati Kamalia. Tanpa bertangguh, dia terus menghantar permintaan menjadi rakan kepada Dahlia, kawan lama emak.

OKEY, nanti saya cuba ajak dia, janji Wani sebelum terus memutuskan talian. Dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kirana dan Ja dilihatnya sedang bergolek di atas lantai sambil menonton TV. Dia turut menyertai kedua-dua rakannya itu. Kira, Ja, malam esok ada majlis hari jadi kat rumah kawan aku. Korang nak ikut tak? tanya Wani sekadar mengikut apa yang diminta oleh Syahril, bosnya itu. Malam esok aku dah janji nak keluar dengan Remy. Sorry, tak boleh ikut, jawab Ja sambil tersengih. Kau, Kira? Wani beralih memandang Kirana. Malaslah. Nak rehat aje kat rumah, balas Kirana

47

Status Hati: Dia Milikku

terus terang. Memang dia malas mahu keluar malam esok. Sebolehnya dia mahu berehat-rehat di rumah. Melepas lelah bekerja. Alah kau ni asyik malas aje. Jomlah ikut aku. Manalah tahu kat majlis tu nanti kau akan jumpa dengan lelaki idaman kau ke? Wani mengumpan. Kirana diam. Tidak berminat lagi dengan soal itu. Fikirannya penuh dengan permintaannya pada emak beberapa hari lepas. Jomlah, Kira kau tak kesiankan aku ke? Aku seganlah nak pergi sorang majlis tu. Nanti kang orang lain semua ada partner, aku aje yang terkial-kial sorang diri. Wani menayang wajah menagih simpati. Benar-benar berharap agar Kirana sudi mengikutnya ke majlis itu nanti. Dia tahu, sekeras-keras hati Kirana, pasti tidak sampai hati untuk menghampakan setiap permintaan rakannya. Kirana mengeluh. Yalah, yalah aku ikut. Pukul berapa esok? Akhirnya dia memberi persetujuan. Wani tersenyum lebar. Lepas isyak. Kira jadilah ni eh? Kirana diam sebelum akhirnya mengangguk. Yeay! Sayang kau, Kira! Ucap Wani penuh rasa gembira.

MEMANDANGKAN hari ini Kirana tiada apa-apa kerja, dia mengambil keputusan untuk keluar berjoging seorang diri tanpa ditemani oleh rakan serumahnya Wani dan Ja. Sambil berjoging, dapat juga dia membuat senaman ringan. Namun

48

Ayumi Syafiqah

keasyikannya terganggu apabila tiba-tiba sahaja Nizam datang menegur. You sorang aje hari ni? Mana yang lain? tanya Nizam masih mencuba untuk mencipta kemesraan antara dia dengan Kirana. Kerja. You tak kerja ke? tanya Kirana sekadar berbasa-basi. Pelik juga melihat lelaki itu ada di situ. Malam ni I kena pergi JB. So, hari ni I ambik cuti, jawab Nizam jujur. Walaupun dalam keadaan berpeluh, Kirana tetap nampak cantik di matanya. Jantung manalah yang tidak gugur bila memandang? Oh.... Kirana mengangguk. Tanpa mempedulikan Nizam, dia meneruskan larian. Tetapi lelaki itu pula berlari beriringan dengannya. Walaupun tidak suka, tiada apa yang boleh dia lakukan. I rasa tentu you free hari nikan? Kalau I ajak you keluar, you sudi tak? Nizam tidak jemu-jemu mengajak Kirana keluar berdua dengannya. Petang ni I ada hal. Sibuk sikit. Sorry, balas Kirana. Dia tidak berbohong. Memang petang ini dia ada tugas yang perlu dilakukan. Nizam tiba-tiba berhenti di depan Kirana. Nasib baiklah gadis itu sempat memberhentikan lariannya. Kalau tidak, pasti dia sudah terlanggar batang tubuh Nizam. I tak tau kenapa susah sangat untuk you keluar dengan I. I taulah you popular, ada ramai peminat... tapi takkanlah you tak sudi nak keluar dengan I langsung? Atau you takut ada orang gosipkan kita berdua? teka Nizam. Sebelah keningnya terjongket merenung Kirana.

49

Status Hati: Dia Milikku

Gosip? Kirana tertawa kecil. Kalau you nak tau, I tak pernah takut dengan gosip, tegasnya. Oh, ya? Habis tu kenapa you tak sudi nak keluar dengan I? desak Nizam lagi. Kirana menghela nafas, menahan sabar sebanyak mungkin. Untuk pengetahuan you, I bukan saja tak sudi nak keluar dengan you, tapi dengan mana-mana lelaki pun selagi lelaki tu tak menepati ciri-ciri lelaki yang I nak, ujar Kirana terus terang. Berharap dengan cara itu, Nizam tidak akan mengganggunya lagi. Maknanya, you nak beritahu I yang I ni tak menepati ciri-ciri lelaki idaman youlah? soal Nizam kecewa. Baguslah kalau you tau. Tekan Kirana. Tanpa mempedulikan lelaki itu lagi, dia meneruskan larian untuk pulang ke rumah. Nizam memandang langkah Kirana dengan keluhan panjang. Hampa. Dugaan Kirana hari itu bertambah apabila dia terpandangkan Azri sedang menyandar di pintu keretanya sebaik sampai di kawasan apartmen. Dia mengeluh keras. Lama-lama, aku boleh jadi gila sebab lelaki-lelaki ni semua! Dia berdengkus. Geram teramat sangat.

SEPERTI yang dijanjikan, Kirana setuju untuk mengikut Wani ke majlis hari jadi rakan sekerja gadis itu. Janji yang telah diikat membuatkan dia tidak dapat menarik balik keputusan yang sudah dibuat sewaktu dia tersedar yang peluang untuk menemui Syahril di majlis itu nanti tersangatlah besar.

50

Ayumi Syafiqah

Tepat seperti yang dijangkakan Kirana, Syahril sudah menantinya di majlis itu. Dan dia, sudah tidak dapat mengelakkan diri selain membalas juga senyuman manis lelaki itu. I ingatkan you tak sudi nak datang majlis ni, kata Syahril dengan senyuman ceria. Gembira kerana dapat bertentang mata dengan Kirana. Kali terakhir dia menemui gadis itu pun sebulan yang lepas ketika gadis itu sedang makan di restoran bersama Wani. Kirana memaksa bibir mengukir senyuman. Matanya melilau ke sekeliling. Sekelip mata sahaja, Wani sudah hilang entah ke mana. Terbit rasa marah di hatinya pada rakannya itu. Kononnya mengajak dia ke sini kerana tidak ada kawan. Sudahnya, dia yang terbiar sendiri bersama Syahril. Tak guna betul! Cemuh Kirana dalam hati. You nak makan? I boleh tolong ambilkan. Syahril menawarkan bantuan. Kirana tidak menjawab. Hanya senyuman nipis menghiasi wajahnya. Syahril beredar menuju ke arah meja yang menempatkan makanan dan minuman sebelum kembali semula ke arah Kirana. Minum? Gelas di tangan dihulurkan pada Kirana. Kirana menyambut lambat-lambat. Apa kata kalau kita duduk kat sana? Syahril menuding jari ke arah dua buah kerusi yang masih kosong. Kirana hanya menurut. Sambil melabuhkan duduk, matanya melilau ke sekeliling rumah yang dipenuhi oleh orang ramai. Rasa geram pada Wani masih belum hilang. Hidup-hidup dia diperdayakan.

51

Status Hati: Dia Milikku

Kirana, I sebenarnya ada tawaran untuk you. Syarikat I ada rancangan untuk terbitkan satu rancangan bercorak kewanitaan. Kalau you sudi, I nak you jadi pengacara untuk rancangan tu nanti. Syahril memulakan perbualan. Sebenarnya, program yang dikatakan itu masih dalam perancangan. Belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan untuk memulakan projek itu. Kirana menoleh pada Syahril. Tawaran yang diajukan itu agak menarik hatinya. Rancangan yang macam mana tu? Rancangan temu bual. Tapi I belum tetapkan lagi konsepnya macam mana. You nak berapa, cakap aje. I sanggup bayar berapa aje yang you nak, umpan Syahril. Itu merupakan salah satu cara untuknya sentiasa berada dekat dengan Kirana. Kirana tersenyum. Dia bagai dapat merasakan ada yang tidak kena dengan tawaran itu. Nantilah I fikirkan dulu, balasnya tidak mahu berjanji. Rugi kalau you tolak. Nama you baru nak naik. Manalah tau nanti, kalau ada peluang, you boleh jadi pelakon pulak. Tak berminat? Syahril berusaha menarik minat Kirana. Kirana tersenyum lagi. I cuma minat mengacara. Berlakon, menyanyi, bukan bidang I, ujarnya dengan raut yang dipaksa tenang, jelas-jelas menolak. Tapi kalau Excuse me, I nak ke tandas sekejap. Tanpa memberi peluang untuk Syahril bersuara lagi, Kirana buruburu bangkit berdiri. Gelas di tangan diletakkan semula di atas meja lalu terus berlalu ke arah bilik air.

52

Ayumi Syafiqah

Dasar lelaki gatal! Mata keranjang! Kau ingat senang-senang aku nak masuk perangkap kau? Boleh jalanlah! Kirana mengetap gigi sambil berpeluk tubuh. Terasa mahu menjerit sekuat hati biar seisi rumah ini mendengar jeritannya. Marah pada Syahril, dan juga geram dengan Wani. Kirana keluar dari bilik air. Langkahnya perlahanlahan menuju ke arah pintu. Setelah yakin tiada sesiapa pun yang menyedari kehadirannya di situ, dia segera menyusup keluar dari rumah. Mujurlah keretanya diparkir di luar kawasan rumah. Tanpa mengendahkan sesiapa saja yang berada di situ, dia terus memandu pulang. Kalau Wani mahu memarahinya sekali pun, biarlah. Dia tidak kisah. Status hati: Masih kosong.

53

Status Hati: Dia Milikku

Bab 6
AMALIA tersenyum menatap wajah Kirana pada muka depan majalah Wanita keluaran bulan ini. Kirana kelihatan sungguh cantik dengan solekan dan juga pakaian yang semestinya ditaja. Apa yang lebih menarik, isu yang dipaparkan berkenaan kakaknya itu. Syarat Cinta Illsya Kirana. Tergelak dia membaca tajuk itu. Dia tahu betapa Kirana terlalu menginginkan lelaki seperti arwah ayah mereka untuk dijadikan suami. Kerana itulah, walaupun ramai lelaki yang meminatinya, satu pun tidak pernah dilayan. Biarpun Kirana sering menegaskan bahawa lelaki yang akan berdampingan dengannya mestilah kacak, kaya, berpelajaran tinggi, bekerjaya, memiliki rumah dan kereta mewah, Kamalia tahu jauh di sudut hati, kakaknya itu sangat mengimpikan seorang lelaki yang romantik dan setia.

54

Ayumi Syafiqah

Mak! Tengok ni, kak long masuk majalah! Kamalia menjerit memanggil emaknya sambil berjalan masuk ke dapur. Kamariah yang ketika itu sedang memotong bawang terus terhenti kerjanya. Dia berpaling pada anaknya, Kamalia. Tengok ni, mak kak long masuk majalah! Kamalia menunjukkan majalah di tangan di depan mata emaknya. Mata Kamariah terbuntang. Dia segera menuju ke singki untuk membasuh tangan. Kemudian majalah di tangan Kamalia diambil. Kamalia emaknya itu. tersenyum-senyum melihat reaksi

Kak long kamu ke ni? Kenapa cantik sangat mak tengok? tanya Kamariah. Terkebil-kebil matanya, antara percaya dengan tidak. Betullah, mak. Dah jelas-jelas tulis kat situ nama Illsya Kirana. Dah sah-sahlah anak sulung mak tu! jawab Kamalia. Kamariah terus merenung wajah Kirana pada kulit majalah itu. Sebentar kemudian dia mencapai telefon bimbit yang ada di atas meja dapur. Mak nak buat apa, mak? Cepat-cepat Kamalia bertanya. Hairan dengan reaksi kalut emak itu. Mak nak telefon Auntie Dahlia kamu. Mak nak suruh dia tengok anak mak ni, cantik ke tak cantik, ujar Kamariah sambil tersenyum. Laju jari-jemarinya menari di papan kekunci telefon bimbit. Kamalia sekadar memandang tingkah emaknya itu.

55

Status Hati: Dia Milikku

Helo, Dahlia? Ni ha saya nak tunjuk sesuatu kat awak. Awak tengok majalah bla bla bla Kepala Kamalia tergeleng-geleng. Nampaknya, emak nekad mahu memperkenalkan kakaknya itu dengan anak Auntie Dahlia. Agaknya, Kirana setuju atau tidak ya?

LANGKAH Yusrizal mati ketika matanya terpandangkan wajah Kirana di kaca TV yang sedang mengacarakan rancangan Jejak Santai. Ya, dia ingat tajuk rancangan itu. Kalau tadi dia mahu menuju ke pintu rumah, kini langkah kakinya sudah terhala ke arah ruang tamu. Erema berpaling apabila bauan yang semerbak yang dipakai Yusrizal menerobos masuk ke rongga hidungnya. Ya Allah kau ni pakai minyak wangi berapa botol? Erema menutup hidung merenung Yusrizal. Yusrizal menjeling. Sebotol aje. Eh, kak tu bukan ke Kirana? Yang datang hotel kita hari tu? tanya dia walaupun sudah tahu jawapannya. Ya, betullah tu, jawab Erema seraya tangannya mencapai majalah yang terdapat di atas meja di ruang tamu itu lalu dihulurkan pada Yusrizal. Nah, ambik ni tengok. Yusrizal mengambil majalah yang dihulurkan. Serta-merta, matanya terbuntang luas. Kak, ni Kirana, kan? Buru-buru dia mengambil tempat di sebelah Erema. Haah popular dia, kan? Dahlah cantik, puji Erema dengan suara yang sengaja dileretkan.

56

Ayumi Syafiqah

Yusrizal tersenyum penuh makna. Melihat senyuman adiknya itu, Erema bagai dapat merasakan sesuatu. Yus jangan nak memandai tackle dia eh? Erema pantas memberi amaran. Isy, akak ni akak tak suka ke dapat adik ipar secantik Kirana tu? Selamba Yusrizal bertanya. Adik ipar konon! Yus tu mana pernah serius dengan mana-mana perempuan. Nak jadikan Kirana adik ipar akak? Huh dalam mimpi bolehlah kut, perli Erema sambil terseringai. Bukan dia tidak kenal perangai adik bongsunya itu. Mata keranjang! Yusrizal tersengih. Helaian majalah itu dibelekbelek. Setiap patah perkataan yang ditulis berkenaan Kirana dibaca dengan penuh minat. Kak, cuba akak baca ni. Semua ciri-ciri lelaki idaman yang dia sebutkan ni, semua Yus ada tau? katanya bangga. Erema mencebik. Ada satu yang Yus tak ada. Apa? Yusrizal mengerutkan dahi. Erema menunjuk ke arah satu perkataan yang ditulis dalam majalah itu sambil menyebut, setia. Terus Yusrizal terdiam. Erema tergelak sambil menggelengkan kepala. Tapi, kak Belum sempat Yusrizal bersuara lagi, telefon bimbitnya sudah berbunyi. Sebaik sahaja membaca nama di skrin, Yusrizal menepuk dahi. Erema tersenyum. Sudah tahu apa yang berlaku.

57

Status Hati: Dia Milikku

Ya, sayang. Kejap lagi I sampai, ujar Yusrizal lantas, dia terburu-buru mematikan talian. Siapa tu? Farah? Aqila? Aini? Satu per satu nama kekasih Yusrizal disebut Erema. Yusrizal menjeling sekilas. Telefon bimbit kembali dimasukkan ke dalam poket seluar. Syakila, jawabnya dengan muka tak bersalah. Eh, yang baru pulak? Tak cerita kat akak pun? Erema buat muka tak puas hati. Nanti-nantilah. Balas Yusrizal acuh tidak acuh. Erema ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya memandang langkah Yusrizal menuju ke arah pintu rumah. Entah bilalah adiknya itu akan berubah, dia sendiri tidak tahu.

AIR Nescafe yang masih panas dihirup perlahan-lahan sambil mata tidak lepas-lepas membaca setiap patah perkataan yang tertulis dalam majalah yang dipegang dengan tangan kirinya itu. Ja di sebelah juga begitu. Bila ditanya soal kahwin, Kirana dengan jujurnya memberitahu dia belum menemui lelaki yang menepati ciriciri lelaki idamannya. Kata Kirana lagi, lelaki yang akan menjadi suaminya haruslah kacak, kaya, berpelajaran tinggi, berkerjaya, mempunyai kereta mewah, rumah yang besar, romantik dan paling penting setia, baca Wani. Terkebilkebil matanya, seakan tidak percaya dengan apa yang baru dibaca. Sekarang satu Malaysia dah tahu pasal ciri-ciri

58

Ayumi Syafiqah

lelaki idaman kau ni, Kira, ulas Ja sambil merenung Kirana yang baru muncul dari dapur sambil membawa sepiring buah mangga yang sudah dipotong. Kecur liurnya tiba-tiba. Kirana tersenyum. Piring di tangan diletakkan di atas meja. Baguslah. Harap lepas ni, tak ada lagi siapa-siapa yang kacau aku. Kalau bolehkan Ja, Wani, kau tunjuklah kat Encik Syahril dengan Abang Azri. Mesti lepas ni dia orang takkan kacau aku lagi. Full stop. Selamba Kirana berkatakata. Wani dan Ja saling berpandangan. Kalau macam tu, sampai ke sudah kau tak kahwin tau? Kau ingat senang ke nak dapat lelaki yang memenuhi selera kau ni? Susah tau tak! Kalau dalam novel, memanglah berlambak, tingkah Wani. Jelas tidak suka dengan pendirian Kirana itu. Tak apalah kalau macam tu. Aku tak kahwin pun tak apa. Buat masa ni, aku cuma nak fokus dengan kerjaya aku. Itu aje, ujar Kirana penuh makna. Dia tersenyum lalu mencapai sepotong buah mangga sebelum menoleh ke arah kaca TV yang sedang menyiarkan rancangan Jejak Santai yang dikendalikan olehnya sendiri. Wani dan Ja berpandangan lagi sebelum masingmasing mengeluh. Suka hati kaulah, Kira! Telefon bimbit yang tiba-tiba berdering mengejutkan Kirana. Dia segera mencapai gajet yang diletakkan di atas meja itu. Nama emak tertera di skrin. Serta-merta ingatan Kirana melayang pada permintaannya tempoh hari. Dia cukup pasti dan yakin emaknya mahu membahaskan soal itu. Dengan hati yang gundah, panggilan itu dijawab juga.

59

Status Hati: Dia Milikku

Helo, mak. Sya, mak dah tengok gambar Sya dalam majalah ni. Cantiknya anak mak ni, puji Kamariah. Intro daripada emak itu membuatkan Kirana tersenyum. Jarang emaknya memuji begitu. Pasti ada apa-apa yang akan diberitahu sebentar lagi. Sya warisi daripada mak jugak, balasnya. Kamariah tertawa kecil. Ni mak nak cakap, mak dah suruh kawan mak tengok gambar Sya dalam majalah ni. Dia kata dia suka, ceritanya teruja. Kawan mak? Siapa? Kirana mengerutkan muka. Kawan lama mak. Lama dah mak tak jumpa dia. Sebab tu la mak telefon ni, mak nak suruh Sya balik sini. Ada benda sikit mak nak cakap. Lagipun majlis kahwin sepupu kamu tu dah tak lama lagi. Balik ya? Ayat Kamariah yang agak berbelit-belit itu membuatkan Kirana hairan. Apa kaitan gambar itu dengan kawan emak? Apa kena-mengenanya kepulangannya dengan kawan emak? Dan, kenapa majlis kahwin sepupunya harus dikaitkan sekali? Sya, dengar tak ni? tanya Kamariah bila Kirana hanya membisu. Dengar, dengar. Errr mak, kebetulan Sya kena buat shooting kat Hotel Tanjong Vista. Hujung minggu ni Sya balik, maklumnya. Hah, elok sangatlah tu. Lagi cepat lagi baik. Kamariah tertawa lagi. Riang sungguh hatinya. Kirana mula rasa tidak sedap hati. Apa kena dengan emak aku ni? Nanti bila Sya dah nak balik, bagi tahu mak awal-

60

Ayumi Syafiqah

awal, pesan Kamariah kepada Kirana sebelum memutuskan talian. Kirana menggigit hujung kuku ibu jarinya. Otaknya ligat berfikir apa yang membuatkan emaknya itu gembira semacam. Apesal, Kira? tanya Wani tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Kirana menoleh pada Wani. Matanya terkebil-kebil. Entah, mak aku tu peliklah. Gembira semacam aje. Nak dapat menantu kut? Teka Ja sambil tergelakgelak. Muka Kirana tegang tiba-tiba. Menantu? Adakah emak sudah menemui calon suami untuk dirinya? Kirana menepuk dahi. Aduh!

61

Status Hati: Dia Milikku

Bab 7
EJURUS keretanya berhenti di halaman rumah, Kirana segera melangkah turun dari kereta. Salam dilaungkan sambil mengeluarkan beg yang agak besar dari pintu belakang kereta. Assalamualaikum, mak Sya dah sampai ni! laung Kirana lagi. Kali ini lebih kuat. Sebentar kemudian, muncul Khalif di muka pintu. Waalaikumussalam. Eh, kak long! Terbit senyuman di bibir memandang kakak sulungnya itu di depan pintu rumah. Kirana tersenyum menyambut salam Khalif. Mak mana? Sedar tak kak long dah sampai ni? tanya Kirana sambil membuka kasut yang dipakainya. Khalif mengambil beg pakaian dari tangan Kirana dan dibawa masuk ke dalam rumah. Mak ada kat dapur. Mak! Kak long dah sampai ni. Keluarlah! jeritnya kuat.

62

Ayumi Syafiqah

Kirana melangkah masuk ke rumah. Kebetulan ketika itu Kamariah sedang berjalan keluar dari dapur. Mak! panggil Kirana. Tangan Kamariah dicapai dan dikucup lembut. Kamariah tersenyum. Macam mana perjalanan tadi? Okey? soal Kamariah dengan wajah rindu. Kirana mengangguk. Sya balik ramai-ramai tadi. Semua kru produksi dah menginap kat Hotel Tanjong Vista tu. Sya dah tengok-tengok dah hotel tu tadi. Pagi esok, Sya kena terus pergi sana. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. Lega rasanya bila sudah tiba di rumah sendiri. Dik, bawak beg tu masuk bilik kak long boleh? pinta Kirana. Khalif menurut tanpa banyak songeh. Kamariah mengambil tempat di depan Kirana. Lia mana, mak? Tak balik minggu ni? tanya Kirana bila teringatkan seorang lagi adiknya itu. Dia kata sibuk sikit minggu ni. Sibuk-sibuk pun, mesti sampai rumah jugak esok, jawab Kamariah yang sudah masak sangat dengan perangai anak keduanya itu. Susah benar nak berjauhan dari rumah. Mujurlah tempat belajarnya dekat saja dengan rumah. Kirana tersenyum. Selesa dia berbaring di atas sofa panjang. Hilang penat setelah hampir seharian memandu. Mak ada benda sikit nak cakap dengan Sya ni. Kamariah memulakan perbualan. Sudah tidak sabar-sabar lagi mahu ke topik utama. Mak, Sya penatlah boleh tak mak cakap malam ni? Kirana pantas menahan. Dia tahu apa yang mahu

63

Status Hati: Dia Milikku

diperkatakan oleh emak. Dia belum bersedia untuk mendengar kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh orang tuanya itu. Kamariah menjeling. Yalah Sya nak makan tak? Lauk tengah hari tadi ada lagi tu. Tak apalah. Malam nanti kalau lapar, Sya makan. Sya ingat nak keluar kejap ni. Dah janji dengan kawan Sya nak jumpa kat pantai. Kirana bangkit dari baringannya. Eh, tadi cakap penat. Ni boleh pulak ke pantai? Kamariah merenung Kirana dengan wajah pelik. Kirana tersengih. Sedar diri sudah tersilap memberi alasan. Tetapi, mana mungkin dia menarik balik kata-katanya tadi. Kejap aje. Lagipun dah janji dengan kawan. Sya pergi dulu ya, mak? Setelah membetulkan selendang di kepala, Kirana menyalami tangan emak sebelum turun dari rumah mendapatkan keretanya.

SAMPAI di Pantai Batu Burok, Kirana meletak kereta di tempat yang telah disediakan. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta, angin petang terus menyapa wajahnya. Nyaman rasa hatinya saat itu. Sudah lama rasanya tidak merasai angin pantai. Dia mengunci pintu kereta dan berjalan menyusuri pasir pantai yang memutih. Kira! Kirana berpaling apabila terdengar satu suara memanggilnya. Dari kejauhan, sudah kelihatan Enun sedang melambai ke arahnya.

64

Ayumi Syafiqah

Kirana yang berlalu ke sana membalas lambaian sahabatnya itu Enun! jerit Kirana teruja. Tubuh rakannya itu ditarik ke dalam pelukan, melepaskan rasa rindu. Enun tergelak. Jom, duduk, ajaknya lalu melabuhkan duduk di atas pasir. Kirana turut sama duduk. Dah popular kau sekarang ek? Dulu masuk TV, sekarang masuk majalah. Jangan nanti masuk panggung sudahlah ya? usik Enun. Kirana tersenyum. Tak adalah. Aku tak minatlah berlakon. Minat aku cuma mengacara. Eh, kau macam mana sekarang? Dah ada pelan nak kahwin ke? Aku kahwin? Enun menghalakan jari telunjuk ke mukanya sebelum tergelak sendiri. Belumlah. Tak ada calon lagi, jawabnya tanpa berselindung. Samalah dengan aku. Mak aku tu, asyik bising aje pasal kahwin. Siap nak cari jodoh untuk aku lagi tau? Kirana membuka cerita. Renungannya jauh ke arah laut yang membiru. Jodoh? Wah bestnya! seru Enun. Nadanya jelas teruja. Muka Kirana berkerut memandang Enun. Apa yang best? Kahwin dengan pilihan keluarga, mestilah best. Macam yang selalu aku baca dalam novel. Enun beranganangan.

65

Status Hati: Dia Milikku

Itu novel, fantasi semata-mata. Sekarang ni dunia realiti aku. Apa yang bestnya? Aku bukan kenal pun mamat tu. Huh! rengus Kirana tidak setuju. Atau kau takut lelaki tu tak menepati ciri-ciri lelaki idaman kau? teka Enun. Dia sudah membaca dengan jelas apa yang tertulis di dalam majalah Wanita tempoh hari. Kirana tersenyum hambar. Mungkin jugak. Ujar Kirana mengakuinya. Enun ketawa.

KIRANA mengutip pinggan dan mangkuk di atas meja lalu dibawa ke singki. Setelah selesai mencuci segala pinggan mangkuk itu, barulah dia keluar ke ruang tamu menyertai emak, Khalif dan Kamalia yang baru sahaja sampai selepas maghrib tadi. Sya, mak nak cakap sikit ni. Kamariah bermukadimah. Malam itu, dia mesti menyuarakan juga apa yang telah dirancangkan sejak dua minggu yang lalu. Kirana yang ralit menonton TV mula mengalih perhatian ke wajah emaknya. Dia tahu, lambat-laun emaknya tetap akan membukakan hal itu juga. Hmmm apa dia? balasnya perlahan. Hari tu, mak ada jumpa kawan lama mak. Kebetulan dia pun sekarang tengah cari jodoh untuk anak lelaki dia. Hah, kira elok sangatlah tu kalau mak nak jodohkan Sya dengan anak lelaki dia tu, ujar Kamariah. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Kirana menelan liur. Errr mana mak jumpa kawan mak tu?

66

Ayumi Syafiqah

Facebook, jawab Kamariah dengan selamba. Hah? Facebook? Kirana melopong. Kamalia tergelak tiba-tiba. Kak long, kalau kak long nak tau, hari tu mak suruh Lia cari kawan dia kat Facebook. Lepas tu, terjumpalah dengan siapa ek nama dia, mak? Auntie Dahlia, kan? tanya Kamalia sambil menoleh memandang emaknya. Haah, Auntie Dahlia tu memang tengah cari jodoh untuk anak bujang dia. Sesuailah tu kalau mak nak jodohkan dengan kamu, Sya, ujar Kamariah lagi. Kirana terdiam. Terkejut sebenarnya. Emak cari kawan di Facebook? Wow! Sya, dengar tak apa mak cakap ni? Asyik mengelamun aje kerja dia, bebel Kamariah geram apabila melihat Kirana diam tanpa reaksi. Errr dengar, mak. Tapi anak kawan mak tu setuju ke? Kirana mencari jalan untuk lari. Anak dia kata, nak tengok sendiri Sya ni macam mana. Hari tu mak dah suruh Auntie Dahlia tu tengok gambar Sya kat majalah. Dia kata dia berkenan, anak mak ni cantik sangat. Dia kata lagi, nak tunjuk kat anak dia gambar tu. Anak dia cakap apa? Tidak semena-mena Kirana terasa debarnya. Anak dia tak cakap apa. Senyap aje. Macam tak suka aje. Hesy, mana kamu tau tak suka? Diamkan tandanya ya? Kalau dia tak suka, mesti dia cakap awal-awal yang dia tak suka. Kamariah membebel-bebel. Dia tahu Kirana sengaja mencari jalan untuk melepaskan diri.

67

Status Hati: Dia Milikku

Kirana menggaru-garu kepalanya. Emak ni nampaknya macam dah nekad. Tak ada peluang dah aku nak bela diri. Salah aku juga, kenapalah aku pergi suruh emak yang cari jodoh untuk aku hari tu? Kirana memarahi diri sendiri dalam hati. Dia tinggal kat KL. Dia ada buka spa, dia ajak mak pergi sana. Nanti bila Sya balik KL, mak nak ikut. Adik kamu pun tengah cuti sekolah sekarang ni. Bolehlah ikut sekali. Kamariah menetapkan rancangan tanpa menunggu persetujuan daripada Kirana. Alif nak ikut! sampuk Khalif yang sedari tadi asyik menonton TV bersama Kamalia. Lia pun nak ikut jugak! celah Kamalia pula. Kamu jangan nak mengada-ada. Nak ponteng kelas pulak? jegil Kamariah pada Kamalia. Kamalia memuncung. Khalif tergelak melihat reaksinya itu. Mak serius ke ni, mak? Nak ikut Sya balik KL? Kirana bertanya lagi mahu kepastian. Ya, mak serius! tekan Kamariah. Kak long macam tak suka aje mak nak pergi rumah kak long, rumus Khalif tiba-tiba. Bukan tak suka cuma Kirana tidak sempat menjawab bila emak sudah memintas. Dah, dah tak ada alasan apa-apa lagi. Sya jugak yang suruh mak carikan jodoh untuk Sya, kan? Tak payah nak banyak songeh lagi. Keputusan Kamariah muktamad. Noktah. Kamalia dan Khalif sama-sama tergelak sementara Kirana menarik muka empat belas.

68

Ayumi Syafiqah

SELESAI sahaja penggambaran di Hotel Tanjong Vista, Kirana segera pulang ke rumah. Dia mahu berehat di rumah sehari dua lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Lagipun esok majlis kahwin sepupunya, Aziah. Jadi dia mahu menggunakan peluang yang ada untuk berehat lebih lama di rumah, meskipun terpaksa menadah telinga mendengar bebelan emak hampir setiap hari. Ketika membuka kasut, telinga Kirana menangkap bunyi suara orang berbual yang datang dari arah dapur. Dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu menuju ke sana. Kira ada balik ke, Yah? tanya Khalidah yang duduk di kerusi meja makan di tengah-tengah ruangan dapur. Ada, dia pergi buat kerja kat Hotel Tanjong Vista tu. Kejap lagi baliklah tu agaknya, jawab Kamariah. Kira dah balik, mak long, ujar Kirana sambil melangkah masuk ke dapur. Suaranya kedengaran ceria sekali. Gembira bertemu emak saudaranya itu. Eh, dah balik rupa-rupanya. Khalidah bangun menyambut huluran salam Kirana. Makin cantik mak long tengok Kira ni. Dah ada yang berpunya ke? usik Khalidah sambil mencuit dagu Kirana. Berpunya apanya, kak? Kalau dah berpunya, takkanlah Yah ni susah-susah nak carikan jodoh untuk dia, jawab Kamariah tanpa sempat Kirana membuka mulut. Kirana memuncung. Kerusi ditarik dan duduk di sebelah mak longnya. Hai takkanlah cantik dan popular macam Kira ni tak ada orang nak? tanya Khalidah seperti tidak percaya.

69

Status Hati: Dia Milikku

Ada tapi dia tu ha jual mahal sangat. Nak yang macam mana pun Yah tak tau. Ni Yah dah pilihkan calon untuk dia. Nak ke tak nak, kena terima jugak, tegas Kamariah, langsung tidak memberi peluang pada Kirana untuk membela diri. Khalidah memandang Kirana. Aziah dah nak nikah esok. Kalau tak silap mak long, dia sebaya dengan Kira aje, kan? Kirana mengangguk. Kalau Aziah dah kahwin, takkan Kira tak nak kahwin lagi? Kirana tersenyum kelat. Bukan tak nak, mak long. Cuma belum jumpa yang sesuai. Yang Yah carikan ni, kak rasanya dah sesuai dah dengan Kirana ni, sampuk Kamariah. Mana mak tau? Mak dah tengok muka dia ke? Kirana mengerutkan muka. Cara emak bercakap macam sudah pasti lelaki itu adalah jodohnya. Belum tengok. Tapi dengar dari mama dia cerita, macam tu la, jawab Kamariah. Kerusi di depan Khalidah ditarik lalu dilabuhkan duduk di situ. Alah, mak mana ada mak yang nak burukburukkan anak sendiri. Mestilah dia cakap yang baik-baik aje pasal anak dia, kata Kirana tidak puas hati. Kamariah menjegilkan mata. Banyak cakap pulak dia ni. Mak taulah macam mana nak bezakan yang mana betul, yang mana tak. Dah, jangan banyak songeh. Kejap lagi pergi hantar Lia balik kampus dia. Manalah budak tu, dah siap ke belum berkemas. Lia! jeritnya, memanggil Kamalia.

70

Ayumi Syafiqah

Kirana ketap bibir. Sememangnya emak punya seribu satu cara untuk mematahkan setiap hujahnya. Apa lagi yang mampu dia lakukan selain menerima saja. Status hati: Pasrah.

71

Status Hati: Dia Milikku

Bab 8
IRANA tidak punya alasan lagi untuk menghalang emak daripada mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur. Apatah lagi, emak mendapat sokongan padu daripada adiknya, Khalif. Kata Khalif, dia teringin menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sementara masih dalam tempoh cuti. Selepas ini, dia perlu kembali fokus dalam pelajaran memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir. Wani dan Ja menyambut kedatangan Kamariah dengan penuh rasa gembira. Kata mereka, untuk tempoh hampir seminggu ini, mereka akan punya tukang masak free. Lebar senyuman kedua-duanya biar pun terpaksa mengangkat beg naik ke tingkat lapan. Apa yang ada kat rumah kamu ni, Sya? Kamariah memulakan operasi memeriksa ruangan dapur. Peti ais dibuka. Hampir kosong. Tak ada apa pun dalam peti ni. Kamu bertiga ni tak masak ke? bebelnya. Kirana mengerling ke arah Wani dan Ja sebagai isyarat menyuruh mereka menjawab persoalan itu.

72

Ayumi Syafiqah

Masak, mak cik. Tapi tak kerap sangatlah. Harihari minggu aje, jawab Ja dengan muka tidak bersalah. Kamariah menggeleng-geleng. Anak dara jenis apalah macam ni. Pengaruh dengan Sya la tu! Eh, Sya pulak yang kena. Apa mak ni? Kirana menarik muka masam. Jelingan tajam diberikan kepada dua orang rakannya yang hanya tersengih-sengih itu. Dah tak betul apa mak cakap? Sya bukannya pandai masak pun. Eloklah berkawan dengan dua orang tu. Lastlast, dapur ni langsung tak berasap! bebel Kamariah semahunya. Kirana menghentakkan kaki ke lantai sementara Wani dan Ja masih lagi tersengih-sengih kelat. Ni yang korang suka sangatkan mak aku datang sini? bisik Kirana rapat di telinga Wani dan Ja. Manalah aku tau dia nak membebel macam ni. Balas Wani dengan riak tidak bersalah. Kirana merengus geram.

KIRANA terjaga daripada tidur apabila terdengar pintu bilik Wani diketuk. Memang malam tadi dia tidur bersama Wani memandangkan bilik tidurnya digunakan oleh emak, manakala Khalif hanya tidur di ruang tamu. Terpisat-pisat Kirana membuka mata. Wani di sebelahnya masih nyenyak. Dia menoleh pada jam di atas meja di sisi katil. Sudah pukul enam lima minit pagi. Sya! Wani! Bangunlah, solat subuh. Karang terbabas pulak. Kedengaran suara Kamariah dari luar bilik diselang-selikan dengan bunyi ketukan di pintu.

73

Status Hati: Dia Milikku

Ya, mak. Sya bangun ni! sahut Kirana masih dalam keadaan mamai. Mahu tidak mahu terpaksalah dia bangun juga sebelum roboh pintu bilik itu dikerjakan emaknya. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu menghampiri pintu bilik. Sebaik sahaja pintu terbuka, wajah emak yang masih dalam telekung putih menyinggah di depan matanya. Spontan dia mengurut dada. Ya Allah, mak terkejut Sya. Ingatkan hantu mana tadi! Apa hantu-hantu? Dah, pergi solat cepat. Kejutkan kawan kamu tu, arah Kamariah sebelum berlalu semula ke bilik Kirana. Kirana menghela nafas sambil tersandar pada daun pintu. Tiga saat begitu, dia kembali semula ke dalam bilik untuk mengejutkan Wani, dan kemudian terus ke bilik mandi untuk berwuduk. Usai solat subuh, Kirana memanjat katil semula tetapi panggilan emak mematikan niatnya. Dia keluar dari bilik lalu berjalan menuju ke arah dapur dengan mata separuh pejam. Ketika melintasi ruang tamu, dilihatnya Khalif masih berselubung dengan kain gebar. Dah mandi ke belum? Pergi mandi dulu. Lepas tu nanti tolong mak masak, suruh Kamariah sebaik sahaja terpandangkan muka mengantuk Kirana. Mak nak masak apa? tanya Kirana sambil menarik sebuah kerusi untuk duduk. Nasi lemak, jawab Kamariah. Buat apa lagi duduk kat sini? Pergilah mandi sana, suruhnya tegas. Sejuklah mak, nak mandi pagi-pagi macam ni. Kejap lagilah Sya mandi. Bukan ada kerja apa-apa pun lepas ni, dalih Kirana. Terkena air ketika mengambil wuduk tadi

74

Ayumi Syafiqah

pun sudah tidak tertahan sejuknya, inikan pula mahu mandi. Memang dia sudah biasa mandi pagi, tetapi jika ada kelapangan, dia lebih suka mandi lewat sedikit. Baguslah kalau tak ada apa-apa. Nanti Sya kena bawak mak pergi spa Auntie Dahlia. Kamariah membuat rancangan tanpa bertanya pada Kirana terlebih dahulu. Dengar saja nama itu, Kirana terus tertelan air liur. Errr bila, mak? Kejap lagilah, lepas makan. Dah, pergi mandi cepat! Arah Kamariah tidak mahu berkompromi. Kirana menggaru-garu kepalanya. Tidak dapat tidak, terbit juga debaran di hatinya.

MENGIKUT alamat yang telah diberikan, akhirnya Kirana, emak dan adiknya sampai juga di Spa Seharum Dahlia. Dengan hati yang berdebar-debar, Kirana mengikut emaknya masuk ke dalam kawasan spa yang sangat cantik dengan hiasan laman bagaikan dalam taman bunga. Terasa damai mata yang memandang. Kamariah! jerit Auntie Dahlia , teruja menyambut kedatangan rakan lamanya itu. Walaupun sudah bertahuntahun tidak bertemu, dia masih dapat mengecam wajah Kamariah. Terus dia meluru mendapatkan wanita yang sebaya umur dengannya itu. Sampai jugak akhirnya awak kat sini, ujar Auntie Dahlia sambil tergelak kecil. Tangannya menepuk perlahan lengan Kamariah. Kamariah tersenyum. Itulah, mujur tak sesat. Awak sihat? Maju betul spa awak ni ya puji Kamariah.

75

Status Hati: Dia Milikku

Kirana melilaukan mata ke sekeliling. Kalau landskap di luar sangat menarik hati, hiasan dalamannya pula sangat memukau mata. Ralit dia memerhati hingga tidak sedar apa yang dibualkan oleh emaknya dan Auntie Dahlia. Ni ke Kirana anak awak tu? tanya Auntie Dahlia sambil menoleh pada Kirana. Mendengar berpaling. namanya disebut, Kirana segera

Haah, anak saya ni Illsya Kirana. Sya, salam auntie, arah Kamariah pada Kirana. Kirana segera tunduk menyalami tangan Auntie Dahlia. Ada senyuman manis di bibirnya. Cantik orangnya. Lebih cantik daripada kat TV dengan majalah hari tu, puji Auntie Dahlia. Wajah Kirana ditilik penuh minat. Tertarik hatinya tiba-tiba. Bukan sahaja wajahnya cantik, penampilannya juga sangat menarik hati. Walaupun bertudung, ia tidak menghalang gadis itu untuk tampil bergaya. Kamariah tersenyum lebar mendengar pujian itu. Tak adalah, auntie. Cantik lagi spa auntie ni, jawab Kirana sekadar berbasa-basi walaupun hati terasa kembang dipuji begitu. Auntie Dahlia tertawa kecil. Lepas ni, Kira bolehlah buat penggambaran kat sini pulak. Auntie tak kisah, suka lagi ada. Ramah sungguh dia berbicara dengan Kirana, seolah-olah sudah terbiasa dengan gadis itu. Walhal, itu kali pertama mereka bertemu. Kirana tersenyum. Sifat ramah Auntie Dahlia itu sedikit sebanyak melegakan hatinya.

76

Ayumi Syafiqah

Insya-Allah Kira pun suka kalau dapat buat penggambaran kat sini, jawabnya. Hati mula berasa seronok kalau hajat itu dapat ditunaikan. Yang ni pulak, anak lelaki saya anak bongsu, Khalif namanya. Yang sorang lagi tak boleh ikut, ujar Kamariah tanda memperkenalkan Khalif yang sedari tadi hanya berdiri di belakangnya. Khalif meniru aksi kakaknya, bersalam dengan Auntie Dahlia. Auntie Dahlia tersenyum senang. Eh, jomlah masuk. Saya nak tunjuk macam-macam lagi kat awak ni. Kalau nak buat rawatan muka, atau apa-apa pun boleh. Hari ni kira free aje. Auntie Dahlia menarik tangan Kamariah untuk meninjau sekeliling spanya. Free? Kirana tersenyum sendiri. Syok juga! Setelah hampir dua jam menghabiskan masa di spa itu, Kamariah meminta diri untuk pulang. Malam esok, awak datanglah rumah saya. Kita makan malam sama-sama. Boleh saya kenalkan dengan anak saya tu. Dia pun mesti dah tak sabar-sabar nak jumpa Kira ni, ajak Auntie Dahlia dengan senyuman gembira. Elok jugak tu. Lagi cepat kita temukan budak berdua tu, lagi elok, jawab Kamariah, juga sama naik gembiranya. Dia dan Dahlia sama-sama ketawa penuh makna. Khalif mengerling ke arah kakaknya yang bisu tibatiba. Dalam diam, terdetik sesuatu di hati Kirana. Betul ke anak Auntie Dahlia dah tak sabar-sabar nak jumpa aku? Macam tak percaya aje! Hatinya berdetik kurang senang.

77

Status Hati: Dia Milikku

MAK nak makan kat mana? tanya Kirana yang tenang memandu. Kat warung biasa dahlah. Tak reti mak nak makan kat restoran mahal-mahal, jawab Kamariah mudah. Warung biasa aje? Kirana mengerutkan muka seakan tidak setuju. Kenapa? Takut orang mengata? sindir Kamariah. Faham dengan situasi anak sulungnya itu. Tak payah nak takut-takut. Biarlah orang nak kata apa pun. Manusia sama aje. Sya bukannya artis terkenal pun nak malu dengan peminat, bebelnya sebelum sempat Kirana mempertahankan diri. Kirana mencemik. Habis modal untuk berlawan kata dengan emak. Sudahnya, dia memberhentikan kereta di sebuah warung. Kamariah dan Khalif kelihatan begitu berselera menjamah makanan. Sementara Kirana hanya makan sedikit sahaja. Kotak fikirannya penuh dengan kata-kata emak dan Auntie Dahlia sebentar tadi. Malam esok, dia akan dipertemukan dengan anak Auntie Dahlia. Entah bagaimanalah penerimaan lelaki itu ya? Isy, kenapalah aku susah-susah nak fikir pasal tu semua? Bukan penting pun! Gerutunya dalam hati. Tiba-tiba, fokus matanya terpaku pada wajah seseorang yang sedang duduk seorang diri. Tiada makanan, yang ada cuma segelas teh tarik di atas meja. Eh, tu bukan ke Yusrizal? Tapi kenapa lain aje aku tengok? Yusrizal kan selalu kemas, kacak dan tampan? Tetapi lelaki tu nampak selekeh aje. Cuma T-shirt biasa dengan jean yang dah hampir lusuh. Ya ke Yusrizal tu?

78

Ayumi Syafiqah

Kirana ralit memerhati tanpa menghiraukan apa yang sedang dibualkan oleh emak dan adiknya. Perasan yang dirinya sedang diperhati, lelaki itu berpaling ke arah Kirana. Kirana gugup tiba-tiba. Dia cuba untuk senyum, tetapi terasa pelik tiba-tiba. Apatah lagi bila lelaki itu hanya beriak dengan wajah tanpa perasaan. Sekilas saja memandangnya, lelaki itu sudah berpaling ke arah lain. Muka Kirana berkerut. Kali terakhir menemui Yusrizal, lelaki itu bukan main lagi flirt dengannya. Tapi kali ini kenapa dingin aje? Kirana jelas tidak puas hati. Dia membetulkan selendang yang terlilit di kepala supaya kelihatan lebih kemas. Kaki kanan diletakkan di atas kaki kiri dengan tangan berpeluk tubuh. Sengaja mahu menarik perhatian lelaki itu. Namun, hampa bila lelaki itu langsung tidak memberi reaksi. Usahkan terpikat, pandang pun tidak. Kirana mengetap gigi. Geram. Kamu ni kenapa, Sya? Tak nak makan ke? tegur Kamariah tiba-tiba. Pelik sungguh melihat aksi anaknya itu. Errr Kirana tersengih kelat. Mak dengan adik makanlah dulu. Sya kenyang lagi. Dalihnya. Ketika berpaling semula, kelibat lelaki itu sudah tiada. Aik? Cepatnya hilang! Kirana memalingkan pandangan ke sekeliling warung, namun bayang lelaki itu tetap tidak kelihatan. Spontan keluhan terlepas keluar dari mulutnya.

79

Status Hati: Dia Milikku

Bab 9
IRANA hanya memilih untuk mengenakan baju kurung ungu yang biasa dipakai dengan selendang berwarna hitam. Setelah mengenakan solekan tipis pada wajah, dia mencapai beg tangan dan melangkah keluar dari bilik. Sya, kenapa tak pakai baju kurung moden yang mak beli tu? tanya Kamariah apabila melihat Kirana muncul di ruang tamu. Alah, mak baju ni aje dah cukuplah. Malaslah nak salin balik. Nak kena gosok lagi. Kirana memberi alasan. Padahal sebenarnya dia tiada mood hendak berlawa-lawa. Risau sangat dengan penerimaan anak Auntie Dahlia nanti. Kamariah bangun dari sofa lalu mendekati Kirana. Apa pulak malas? Nak jumpa bakal suami, kenalah pakai lawa-lawa. Dah, pergi tukar baju. Kalau malas nak gosok, biar mak yang gosok. Kirana memuncung. Entah kau ni, Kira pakailah lawa-lawa sikit.

80

Ayumi Syafiqah

Barulah bakal suami kau jatuh hati bila tengok! usik Wani sebelum disambut dengan gelak Ja. Khalif pula sekadar tersenyum-senyum. Kirana menjeling. Terpaksa juga dia menurut bila emak sudah menarik tangannya untuk masuk semula ke dalam bilik. Kamariah mengeluarkan baju kurung moden berwarna merah jambu, dipadankan dengan selendang hitam berbunga kecil warna merah jambu di tepinya. Nampak sungguh cantik bila Kirana mengenakannya ke tubuh. Hah! Kan cantik tu. Mak berani jamin mesti bakal menantu mak tu tak tidur malam ni, puji Kamariah melambung tinggi. Baju yang sudah tersarung kemas di tubuh Kirana dibelek-belek. Yalah tu. Entah-entah, dia langsung tak tertarik tengok Sya ni, mak jawab Kirana sepi. Wajahnya masam tanpa senyuman. Ada pulak macam tu? jegil Kamariah. Tidak suka mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kirana. Dia tahu Kirana sedang mencari jalan untuk lari daripada rancangan yang sudah diaturkan, jadi kerana itulah dia tidak mahu memberi muka. Apa pun, malam ini Kirana tetap akan berjumpa dengan anak lelaki Dahlia. Bertambah masam wajah Kirana jadinya. Dah, jom pergi. Dah lambat ni. Ajak Kamariah lantas tanpa bertangguh terus keluar dari bilik diikuti Kirana.

JANTUNG Kirana bagai mahu gugur ketika menjejakkan kaki ke dalam rumah Auntie Dahlia. Dia tidak tahu kenapa dia

81

Status Hati: Dia Milikku

mesti berdebar sampai begitu sekali. Yang pasti rasa debar itu tidak dapat diatasi. Namun, senyuman Auntie Dahlia yang menyambut kedatangannya melegakan sedikit hatinya. Kirana tunduk menyalami tangan Uncle Mahadi ketika diperkenalkan. Sama seperti reaksi Auntie Dahlia kelmarin, orang tua itu turut tertarik memandang Kirana. Duduklah, pelawa Auntie Dahlia ramah. Ema, Yus, ni mama kenalkan anak kawan mama, Kirana. Kenal, kan? Dia pernah datang hotel kita dulu. Auntie Dahlia beralih memandang kedua-dua anaknya itu silih berganti. Erema dan Yusrizal serentak terbangun dari duduk. Masing-masing jelas terkejut. Kira! Ingat akak lagi? Tak sangka Kira ruparupanya anak kawan mama yang mama duk cerita sangat tu, kata Erema teruja. Hampir-hampir dia terjerit tadi. Laju langkahnya mendekati Kirana. Tangan dihulurkan untuk bersalam lalu melaga-lagakan pipinya dengan gadis itu. Kirana yang tergamam, hanya diam mengikut rentak Erema. Erema? Bukankah gadis cantik ini merupakan salah seorang anak kepada pemilik Hotel Diamond EYE? Errr Hotel Diamond EYE? Anak mata Kirana kini beralih ke arah Yusrizal pula. Adakah lelaki itu bakal suami yang dimaksudkan emak? Oh, tidak! Yusrizal turut sama mendekati Kirana. Hai, Kirana! tegurnya dengan senyuman penuh makna di bibir. Sungguh dia tidak menyangka bakal dipertemukan dengan gadis itu lagi dalam situasi sebegini. Kemudian dia tunduk menyalami tangan Kamariah, diikuti Erema.

82

Ayumi Syafiqah

Errr Kirana paksa bibir untuk tersenyum. Sya dah kenal ke dengan anak Auntie Dahlia ni? tanya Kamariah hairan. Eh, apa pulak tak kenal, mak cik. Hari tu Kirana ada buat shooting kat hotel papa. Dah jumpa dah hari tu, jawab Erema tanpa diminta. Teruja sungguh dia saat itu. Dia menjeling Yusrizal di sebelah. Adiknya itu masih tidak berhenti tersenyum. Baguslah kalau semua dah kenal. Jemputlah duduk semua, sampuk Uncle Mahadi dalam keriuhan itu. Kamariah dan Kirana segera mengambil tempat masing-masing. Erema dan Yusrizal duduk di sofa paling hujung, manakala kedua-dua orang tua mereka duduk di depan Kirana dan Kamariah. Ema, pergi panggil adik kamu yang sorang lagi tu. Mama dah pesan tadi lepas solat terus turun. Tapi tak nampak batang hidung pun lagi. Pergi cepat! arah Auntie Dahlia. Erema akur tanpa banyak soal sementara Yusrizal terus memandang Kirana tanpa jemu. Kirana berasa kekok tiba-tiba. Hatinya jadi tidak tenang. Benarkah Yusrizal itu yang dimaksudkan oleh emak? Anak Auntie Dahlia yang akan dinikahkan dengannya? Sedang hatinya berbolak-balik sendiri, terdengar suara Erema dari arah tangga. Kirana segera menoleh. Buat seketika, dia terpegun tanpa kata. Yah, nilah anak saya, Edryzal yang saya ceritakan tu. Edry, ni kawan mama, yang tu pulak anak dia. Auntie Dahlia tersenyum meleret memperkenalkan Edryzal kepada Kamariah dan Kirana.

83

Status Hati: Dia Milikku

Edryzal tunduk menyalami tangan Kamariah. Wajahnya tenang tanpa segaris senyuman. Kemudian, pandangannya beralih pada Kirana yang sedang merenungnya hampir tersembul biji mata. Sekilas saja, dia berpaling lalu mengambil tempat di sebelah Erema. Hensem orangnya ya? Ni kembar ke apa ni? tanya Kamariah ramah. Wajah Yusrizal dan Edryzal diperhati silih berganti. Haah, kembar. Edry abang, Yus tu pulak adik. Nampak aje muka sama, tapi perangai macam langit dengan bumi, cerita Auntie Dahlia tanpa berselindung. Erema tersenyum memandang adik-adiknya yang duduk di kiri dan kanannya. Yusrizal kekal dengan senyuman, sementara Edryzal hanya diam dengan wajah tidak berperasaan. Kirana menelan liur. Adakah itu bermakna, lelaki yang ditemui di warung ketika makan bersama emak dan Khalif tempoh hari itu Edryzal? Sukar sungguh dia mahu mempercayai semua itu. Tiga-tiga ni kerja dekat hotel ke? tanya Kamariah lagi. Kalau Kirana tidak mahu bercakap, biarlah dia bertanya. Sekurang-kurangnya, jawapan yang diterima akan jadi maklumat yang berguna untuk Kirana. Tiga-tiga kerja kat hotel. Senang, tak payah cari kerja kat lain. Uruskan aje hotel tu. Saya pun dah jarang pergi kerja. Memang nak serahkan hotel tu pada anak-anak saya ni. Giliran Uncle Mahadi pula yang menjawab. Oh Kamariah mengangguk-angguk. Kerja kat hotel? Tapi kenapa aku tak nampak pun Edryzal kat hotel hari tu? Hati Kirana bermonolog sendiri.

84

Ayumi Syafiqah

Eh, jomlah makan. Nasi semua dah siap hidang. Nanti sejuk, tak sedap pulak. Auntie Dahlia bangun dari sofa sambil mempelawa tetamunya untuk ke ruang makan. Kamariah dan Kirana hanya menurut. Mahadi dan Yusrizal pula mengikut di belakang. Hanya tinggal Erema dan Edryzal di ruang tamu. Erema mencuit bahu Edryzal. Suka tak? Cantik tu bisiknya perlahan tidak mahu ada yang mendengar. Edryzal menoleh pada kakaknya. Kemudian dia menghela nafas. Okeylah. Hanya itu balasannya. Wajahnya tetap biasa tanpa segaris senyuman. Erema senyum. Okeylah tu. Pilihan mama memang yang terbaik, ujarnya sekadar mahu menyedapkan hati Edryzal. Dah, jom pergi makan. Akak dah lapar ni. Dia mengajak lantas bangun. Edryzal akur. Suasana di meja makan menjadi riuh dengan suara Uncle Mahadi, Auntie Dahlia dan Kamariah yang tidak hentihenti berbual. Kirana sekadar menjadi pendengar yang setia. Sesekali dia mengerling ke arah Edryzal yang hanya tunduk merenung nasi di pinggan. Yusrizal pula masih tidak henti tersenyum sementara Erema di sebelahnya ada juga menyampuk perbualan itu sesekali. Ema ni dah tunang. Tak lama lagi kahwinlah dia tu, cerita Auntie Dahlia sambil memandang sekilas pada anak sulungnya itu.

85

Status Hati: Dia Milikku

Erema tersenyum bila dirinya dijadikan topik perbualan. Oh nak dapat menantulah tak lama lagi, ulas Kamariah. Haah, menantu lelaki. Tak lama lagi menantu perempuan pulak. Sambut Mahadi dan mereka sama-sama ketawa lagi. Kirana sudah tidak senang duduk. Kalaulah Edryzal hanya senyap tanpa kata begitu, bagaimana mereka mahu berkahwin? Usahkan kahwin, tunang pun belum tentu. Nak Masuk meminang? Lagilah rasa macam tak logik. Dalam mimpi bolehlah kut, detik hati Kirana sendiri dalam kegelisahan yang hanya dia sendiri yang mengerti.

SELESAI makan, Edryzal terus menuju ke luar rumah. Aktiviti biasa setiap malam. Kalau tidak termenung di dalam bilik, dia akan menghabiskan masa di luar rumah. Kirana hanya memandang langkah lelaki itu keluar dari rumah dengan mata terkebil-kebil. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Jari-jemarinya diramas-ramas sesama sendiri. Edry mana, Ema? tanya Auntie Dahlia yang tidak perasan Edryzal keluar dari rumah tadi. Kat luar. Biasalah dia tu, tengok bulan, jawab Erema sambil membantu mamanya mengemaskan meja makan. Kira, pergilah keluar. Borak-borak dengan Edry tu, suruh Auntie Dahlia dengan senyuman penuh makna di bibir. Erema turut tersenyum.

86

Ayumi Syafiqah

Pergilah, Kira. Edry tu nampak aje diam macam tu. Tapi kalau kena gayanya, nak jugak dia buka mulut, sokongnya pula. Keningnya diangkat dengan gaya penuh makna. Kirana serba salah. Dia menoleh pada Kamariah. Emaknya jelas membenarkan. Dengan penuh debaran, dia bangun lalu melangkah lambat-lambat keluar dari rumah. Kelihatan Edryzal sedang duduk di bangku sambil termenung jauh. Renungannya jauh ke langit kelam yang hanya ditemani oleh bulan dan taburan bintang. Kirana menghampiri. Langkah kaki Kirana termati di tepi bangku yang menjadi tempat duduk Edryzal ketika itu. Serba tak kena saja rasanya. Nak tegur ke tak ya? Takkanlah aku pula yang kena mulakan perbualan dulu? Aduh susah betullah macam ni. Pendiam kut mamat ni. Puas berdolak-dalik dengan hati sendiri, Kirana bersuara juga akhirnya. Errr awak buat apa kat sini? Soalan tipikal. Kirana sudah tidak tahu apa yang harus ditanyakan. Sejujurnya, ini kali pertama seorang lelaki sedingin itu dengannya. Edryzal menoleh sekilas pada Kirana sebelum kembali merenung langit kelam. Ambik angin, jawabnya perlahan. Tak sejuk ke? tanya Kirana lagi. Cuba mencari ruang antara mereka untuk terus berbual walaupun kekok dan janggalnya sangatlah terasa. Dah biasa, jawab Edryzal pula. Oh.... Kirana mengangguk-angguk. Seakan habis

87

Status Hati: Dia Milikku

modal mahu bertanya lagi. Kebiasaannya, lelaki yang berebut mahu bercakap dengannya. Tetapi lain pula yang jadinya dengan lelaki bernama Edryzal itu. Suasana bisu beberapa ketika sehingga Kirana berasa lenguh berdiri begitu sahaja. Mahu duduk, Edryzal pula duduk di tengah-tengah bangku, menyebabkan tiada ruang untuknya duduk di situ. Edryzal yang perasan kegelisahan Kirana, segera mengalih tempat duduk supaya ada ruang untuk gadis itu duduk. Kirana yang mengerti, segera mengambil tempat di sisi Edryzal. Beberapa minit diam begitu, Kirana bersuara semula. Awak kalau saya tanya sikit, awak marah tak? Cukup berhati-hati Kirana mengatur ayat. Wajahnya kelat semacam. Apa dia? balas Edryzal dingin. Renungannya masih jauh ke langit kelam. Entah apa yang direnung, dia sendiri tidak tahu. Errr awak setuju tak dengan rancangan orang tua kita? Maksud saya, apa kata awak bila mama awak cakap pada awak pasal saya? Kirana merasakan bagai mahu mengetuk kepalanya sendiri. Apa yang aku tanya ni? Entah, jawab Edryzal selamba. Entah? Kening Kirana terjongket. Terbit rasa kurang senang di hatinya dengan jawapan itu. Apa maksud awak entah? Edryzal berpaling merenung Kirana. Serentak itu, Kirana bagaikan terpaku. Renungan lelaki itu bagai menusuk kalbunya. Lebih-lebih lagi, sepasang mata Edryzal yang bagai

88

Ayumi Syafiqah

mengandungi seribu erti. Susah untuk dia gambarkan perasaannya saat itu. Yang pasti, sepasang mata Edryzal yang dalam itu merusuhkan hatinya. Nampak tajam, tetapi penuh kelembutan. Sesuatu yang dia tidak nampak pada Yusrizal. Terpulanglah pada kau macam mana nak nilai. Aku cuma ikut apa kata mama. Edryzal bangun lalu melangkah perlahan masuk ke rumah. Kirana mengelipkan matanya beberapa kali. Apa yang telah merasuknya tadi sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa untuk membalas balik jawapan Edryzal tadi? Dia memejam mata sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tak mungkin dia sudah jatuh cinta hanya dengan satu renungan. Mustahil! Hati Kirana pantas menafikan.

YUSRIZAL mengetuk pintu bilik Edryzal. Bila tiada sahutan, dia menolak daun pintu yang tidak berkunci itu dan menapak masuk. Edry! Kau kat atas ke? panggilnya sambil melangkah ke arah balkoni bilik. Ya! Kedengaran suara Edryzal menyahut. Yusrizal memanjat tangga yang telah tersedia di situ untuk naik ke bumbung balkoni bilik kembarnya itu. Edryzal dilihatnya sedang termenung dengan gitar di tangan. Dia menghampiri dan duduk di sisi Edryzal. Macam mana tadi pilihan mama? Okey tak? tanya Yusrizal. Mahu juga tahu bagaimana jawapan daripada sudut pandangan Edryzal sendiri. Edryzal menghela nafas. Dia sendiri sebenarnya tiada jawapan untuk soalan itu. Yang dia tahu, dia cuma

89

Status Hati: Dia Milikku

mengikut apa sahaja kata mama. Kalau mama suka, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Janganlah ikut cakap mama aje. Ini hidup kau. Kau yang berhak tentukan sendiri, nasihat Yusrizal. Dia sebenarnya tidak kisah kalau Kirana dijodohkan dengan Edryzal. Memanglah dia pernah memasang niat mahu memikat Kirana, tetapi itu sekadar suka-suka. Dia tertarik dengan wajah dan penampilan Kirana yang cantik. Bukan betul-betul serius mahukan gadis itu. Kau rasa Kirana tu sesuai ke dengan aku? tanya Edryzal sambil menoleh merenung Yusrizal. Wajahnya kosong. Yusrizal tersenyum. Kemudian mengangguk. Dia tu cantik, baik pun baik. Tapi tu la pemilih sikit. Kalau tak silap aku, hari tu dia cakap dalam majalah tu, dia nakkan seorang lelaki yang hensem, kaya, berpelajaran tinggi, berkerjaya, ada kereta besar, apa entah lagi. Aku rasa, kau dah cukup syarat dah untuk kahwin dengan dia. Dia tergelak mengingatkan apa yang tertulis di dalam majalah tempoh hari. Mendengar cerita Yusrizal itu, Edryzal mengerutkan dahi. Majalah? La kau tak tau ke? Kirana tukan pengacara TV, boleh tahan popular jugak tau? beritahu Yusrizal. Edryzal diam. Baru teringat tentang majalah yang mama tunjukkan padanya tempoh hari. Mulanya dia sangka mama hanya bergurau. Tetapi bila mama sungguh-sungguh meyakinkannya, akhirnya dia percaya juga. Itu pun dia hanya memandang sekilas gambar yang ditunjukkan tanpa berminat langsung untuk ambil tahu lebih lanjut tentang gadis itu. Sememangnya dia langsung tidak pernah peduli dengan apa

90

Ayumi Syafiqah

yang terjadi di sekeliling. Jadi tidak hairanlah kalau dia tidak kenal siapa Illsya Kirana itu. Tetapi apabila mama sudah beria-ia mahu memperkenalkan dia dengan Kirana, dia hanya diam dan mengangguk setuju. Aku sebenarnya dah jumpa dia hari tu masa dia buat penggambaran kat hotel kita. Adalah jugak aku cuba tegur dia, tapi dia tak layan pun. Sekali lagi aku jumpa dia masa aku tengah makan dengan... Yusrizal terkial-kial mengingati gerangan gadis yang makan bersamanya ketika itu. Lupa sudah. Tak ingatlah pulak. Tapi tak kisahlah pasal tu. Yang aku nak cerita ni, Kirana tu tak layan pun bila aku usha-usha sikit. Buat penat aje, keluhnya. Habis kau tak kisah ke kalau mama nak jodohkan aku dengan dia? tanya Edryzal berminat dengan cerita yang dibuka Yusrizal itu. Yusrizal tersenyum. Tak kisah pun. Aku saja aje cuba nasib hari tu. Dah tak dapat, nak buat macam mana. Kau cubalah berbaik dengan dia. Manalah tau, dia memang dah ditakdirkan untuk jadi isteri kau, ujarnya penuh makna. Edryzal diam. Dia mendongak dan merenung dada langit. Yusrizal menepuk bahu Edryzal. Lupakanlah kenangan lama tu. Tak payah nak ingat lagi. Sekarang ni, Kirana yang ada depan mata kau. Cuba hargai dia, pesannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Ni nombor telefon Kirana. Mama suruh aku bagi kat kau. Cebisan kertas di tangan diberikan pada Edryzal.

91

Status Hati: Dia Milikku

Kemudian dia bangkit dan turun ke balkoni, meninggalkan Edryzal sendirian di atas bumbung biliknya itu. Edryzal merenung kertas di tangan dengan perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Dia mendongak sayu ke langit. Lama dia begitu sebelum tunduk merenung gitar miliknya. Perlahan-lahan, jarinya memetik tali gitar dan mengalunkan irama yang sangat merdu dan syahdu.

SEBAIK sahaja Kirana dan Kamariah menapak masuk ke dalam rumah, suasana terus kecoh. Wani dan Ja tidak sabarsabar mahu mendengar cerita Kirana tentang apa yang telah terjadi di rumah Auntie Dahlia sebentar tadi. Macam mana bakal suami kau? Hensem? Kaya? Ada kereta besar tak? tanya Wani tidak sabar-sabar. Dia penuhi ciri-ciri lelaki idaman kau tak? tanya Ja pula, sama naik dengan Wani. Kirana merebahkan badan di atas sofa. Memandang sekilas ke arah Khalif di sebelahnya sebelum memandang Wani dan Ja pula. Entah, jawabnya sepatah. Entah? Wani dan Ja bersuara serentak. Masingmasing jelas tak puas hati dengan jawapan itu. Sya tak tahu nak cakap apa. Setujulah tu. Kan mak dah cakap, anak Auntie Dahlia tu memang sesuai dengan Sya, jawab Kamariah dengan muka selamba. Dia mengambil tempat di sebelah Wani dan Ja. Maknanya, tak lama lagi Alif boleh dapat abang iparlah? sampuk Khalif yang diam sedari tadi. Dia tersengih saat empat pasang mata menoleh ke arahnya.

92

Ayumi Syafiqah

Korang ingat tak aku pernah cerita pasal anak pemilik Hotel Diamond EYE tu? Kalau korang nak tahu, dia tu salah seorang daripada anak pemilik hotel tu jugak. Edryzal! Kirana membuka cerita. Wani dan Ja melopong dengan mata terbuntang. Kejap, kejap! Wani mengangkat tangan tiba-tiba. Erema, Yusrizal, Edryzal. Hah! Memang padanlah dengan nama hotel tu, katanya dengan riak muka kagum. Kirana diam. Habis kau setuju ke, Kira? Dia tu menepati ciriciri lelaki idaman kau ke? Ja turut sama menyibuk. Entah. Aku pun tak tau. Aku... Kirana tidak tahu apa yang harus dia katakan. Seraut wajah Edryzal seakan bermain-main di matanya. Ah! Semua ni memang kerja gila. Kamariah senyum meleret. Mak nak masuk tidur dulu, ujarnya lantas bangun dan menghilang ke dalam bilik. Kirana menyandarkan kepalanya Perasaannya berbolak-balik sesama sendiri. di sofa.

Ja, aku rasa kawan kita ni dah jatuh cintalah, Kan? usik Wani sambil menyenggol lengan Ja. Keningnya terangkat-angkat sendiri. Ja mengangguk-angguk. Aku pun rasa macam tu. Hmmm gumamnya tersengih-sengih. Kirana memekakkan telinga sementara hati terus menafikan perasaan itu.

93

Status Hati: Dia Milikku

SETELAH beberapa hari menghabiskan masa di Kuala Lumpur, Kamariah pulang juga ke Kuala Terengganu. Kirana yang menghantarnya ke Hentian Putra pagi Khamis itu. Sya, ambil ni Kamariah mencapai tangan Kirana. Secebis kertas diletakkan di atas tapak tangan anak gadisnya itu. Apa ni? Muka Kirana berkerut tidak faham. Nombor telefon Edry. Ada masa, Sya telefonlah dia. Kenal diri masing-masing dulu. Lepas dah kawan lama nanti, dah faham hati budi masing-masing, baru kita fikir langkah seterusnya, jelas Kamariah tenang. Dia bukannya kejam sangat mahu memaksa Kirana menurut apa katanya. Dia tidak mahu Kirana rasa terpaksa mengahwini Edryzal. Kirana terdiam. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Namun cebisan kertas itu tetap diambilnya. Mak pergi dulu. Bas dah sampai tu, ujar Kamariah. Kirana mengangguk. Tangan emaknya dicapai dan dikucup lembut. Kemudian giliran Khalif pula menyalami tangannya. Kirim salam kat Lia, pesannya. Yalah. Kamu tu hati-hati. Ingat pesan mak ni, kawan-kawanlah dulu dengan Edry tu. Mak suka dia. Baik budaknya tu. Faham tak ni? pesan Kamariah pula entah untuk kali ke berapa. Kirana sekadar mengangguk. Cebisan kertas yang masih dalam genggaman tangannya direnung dengan helaan nafas panjang. Apa nak jadi lepas ni? Tunggu dan lihat sajalah. Status hati: Kabur.

94

Ayumi Syafiqah

Bab 10
IBA-TIBA sahaja, terdetik di hati Kirana untuk mengunjungi spa Auntie Dahlia. Sambil otak masih sibuk berfikir tujuan dia mahu ke sana, keretanya sudah pun berhenti di depan kawasan spa itu. Kirana menghembus nafas panjang, menenangkan hati sendiri sebelum turun dari kereta. Dengan langkah yang teratur, dia berjalan masuk ke dalam. Cecah saja kaki di dalam spa itu, matanya sudah pun menangkap kelibat Auntie Dahlia yang sedang berbual dengan dua orang pekerjanya. Assalamualaikum, ucap Kirana sopan. Waalaikumussalam. Auntie Dahlia berpaling. Serta-merta, lebar senyuman di bibirnya tatkala melihat Kirana di situ. Eh, Kira! Auntie Dahlia menghampiri Kirana. Gadis itu tunduk menyalami tangannya. Sorang aje ke? Kirana mengangguk. Kira ingat nak buat massage sikit. Boleh tak? Laju ayat-ayat itu meluncur keluar dari bibirnya.

95

Status Hati: Dia Milikku

Eh, tentulah boleh. Untuk Kira apa aje boleh. Auntie Dahlia berpaling dan mengarahkan seorang pekerjanya untuk melayan Kirana dengan sebaik mungkin. Kalau Kira nak apa-apa, bagi tahu aje auntie. Auntie bagi harga special untuk Kira, ujar Auntie Dahlia lagi. Gembira sungguh dia menerima kunjungan anak rakan baiknya itu. Atau lebih tepat lagi dia katakan, bakal menantunya tidak lama lagi. Insya-Allah. Kirana sekadar mengangguk. Lega dengan layanan mesra Auntie Dahlia. Sekurang-kurangnya, jika dia berkahwin dengan Edryzal, wanita itu akan menjadi seorang mentua yang baik untuknya. Kahwin? Kirana menelan liur yang tiba-tiba rasa pahit. Entah bagaimanalah satu patah perkataan itu boleh melintas di fikirannya? Cepat-cepat dia menggeleng, menafikan semuanya. Usai mendapatkan khidmat urutan di situ, Kirana meminta diri untuk pulang. Ada masa Kira datanglah lagi ya? Pintu spa auntie ni sentiasa terbuka untuk Kira, ujar Auntie Dahlia mesra. Lengan gadis itu dipegangnya. Kirana tersenyum. Insya-Allah, ada masa Kira datang lagi Ma, Ema balik hotel dulu, sampuk satu suara tibatiba. Kirana dan Auntie Dahlia sama-sama berpaling. Muncul Erema di situ. Erema yang melihat Kirana, terus tersenyum lebar. Eh, Kira buat apa kat sini? Kira pun dah jadi

96

Ayumi Syafiqah

pelanggan mama ke? tanya Erema sambil menghampiri mereka. Wajah cantik gadis itu menjadi santapan matanya. Kirana menghulurkan tangan untuk bersalam. Haah, kak. First time datang sini jadi pelanggan, jawabnya sambil tersenyum manis. Dah nak balik ke ni? soal Erema lagi. Dia mengerling ke arah mamanya sekilas. Senyuman mamanya itu lebih manis daripada biasa. Kirana sekadar mengangguk. Alang-alang dah jumpa nikan, apa kata kalau Kira ikut akak pergi hotel? Kita lunch kat sana? Nak? ajak Erema. Inilah peluangnya untuk merapatkan hubungan Kirana dengan adiknya. Bukan Yusrizal, tapi Edryzal. Errr tak menyusahkan akak ke? Kirana teragakagak. Menyusahkan apa pulak? Orang dah ajak tu, pergi ajelah. Auntie Dahlia jelas-jelas menyokong. Kirana tiada pilihan lagi selain bersetuju sahaja.

SAMPAI di hotel, Erema membawa Kirana menuju ke arah kafe. Kira tunggu sini kejap, akak nak naik atas, ada hal sikit, ujar Erema sebelum menghilang ke pejabat pengurusan di tingkat paling atas, iaitu tingkat 13. Kirana akur lalu mengambil tempat di salah satu meja. Matanya melilau ke sekeliling restoran. Tiada kelibat Edryzal di mana-mana. Lelaki itu tidak turun makan tengah hari ke?

97

Status Hati: Dia Milikku

Beberapa minit menanti, Erema akhirnya muncul. Kirana terbangun dari duduknya sebaik sahaja terpandangkan Edryzal di belakang Erema. Tidak perlu bertanya, dia yakin itu Edryzal. Melihat daripada reaksi muka dan riak wajah lelaki itu, dia yakin itu Edryzal. Apatah lagi dengan renungan lelaki itu yang menusuk kalbu. Mata Edryzal memang unik. Itu yang dia dapat rumuskan. Sejenak terpandangkan Edryzal dengan baju kemeja lengan panjang yang sudah dilipat hingga ke siku bersama tali leher itu, Kirana terpegun. Kira, akak ada janji dengan tunang akak. Nak makan kat luar. Kira makan dengan Edrylah ya? ujar Erema dengan senyuman penuh makna. Kirana tersedar. Terus dia mengerutkan dahi. Bukankah tadi Erema yang beria-ia mengajaknya ke sini untuk makan bersama? Kenapa tiba-tiba ada temu janji dengan tunangnya pula? Erema berpaling ke arah Edryzal yang hanya diam. Edry makan dengan Kira ya? Akak nak keluar dengan Abang Johan. Lepas lunch nanti akak masuk kerja balik. Bye! Erema menepuk bahu adiknya. Sebelah matanya dikenyit sebelum terus berlalu. Kirana menggigit bibir bawahnya. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Gugup pula rasanya bila berdepan dengan Edryzal pada waktu itu. Entah kenapa, dia merasakan lelaki yang sedang tercegat di depannya itu terlalu kacak. Dengan raut wajahnya yang tenang tanpa segaris senyuman, makin membuatkan jantung Kirana berdebar-debar. Stop it, Kira! Jangan over sangat! Sempat hatinya mengingatkan.

98

Ayumi Syafiqah

Duduklah, ujar Edryzal sambil melabuhkan duduk di depan Kirana. Kirana akur. Edryzal menggamit seorang pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Nak makan apa? tanya Edryzal sambil merenung wajah Kirana. Anak mata Edryzal yang bagaikan berkaca itu membuat Kirana tidak keruan untuk seketika. Errr boleh tak awak tolong pilihkan untuk saya? Entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia memberi jawapan sebegitu. Edryzal berpaling pada pelayan yang berdiri di sisi meja. Sementara Kirana hanya mendengar Edryzal membuat pesanan. Kenapa dia tidak pernah berasa segugup itu bila berhadapan dengan lelaki lain? Kenapa bila ada Edryzal, dia jadi bisu begitu? Edryzal menyandar tenang di kerusi setelah pelayan tadi berlalu. Kirana tercari-cari idea untuk memulakan perbualan dengan Edryzal. Sungguh dia tidak betah dengan suasana bisu begitu. Hmmm kenapa hari tu masa saya datang sini saya tak nampak pun awak? soalnya penuh hati-hati. Bila kau datang sini? tanya Edryzal sambil mengangkat kepala memandang Kirana. Kirana tercengang seketika. Errr hari tu saya ada datang buat penggambaran kat sini, jawabnya. Cuba berlagak tenang walaupun hatinya sedikit terusik mendengar bahasa yang Edryzal gunakan. Kau? Macam kasar, kan?

99

Status Hati: Dia Milikku

Serta-merta ingatan Edryzal melayang pada cerita Yusrizal tempoh hari. Oh aku ada kat atas, tak turun pun masa tu, jawabnya terus terang. Kirana menggigit bibir bawahnya. Tidak tahu apa yang harus dibualkan. Jujurnya, dia tidak pernah berdepan dengan lelaki sependiam Edryzal. Entah dari manalah datangnya mamat ni. Awek cun ada kat depan mata pun buat tak nampak aje, bebel hati Kirana sebal. Matanya melilau ke sekitar kafe. Di hujung kafe, kelihatan beberapa orang pekerja wanita tertoleh-tertoleh ke arah mereka. Ada yang memerhati penuh minat, ada yang memandang bersama cebikan. Adakah mereka peminat Edryzal? Seorang pelayan datang menghantar pesanan makanan. Encik Edry nak pesan apa-apa lagi? tanya pelayan itu sambil memandang wajah Edryzal. Senyuman manis bermain di bibirnya. Melihat caranya itu, Kirana tahu gadis itu merupakan salah seorang peminat Edryzal. Edryzal sekadar menggeleng. Pelayan itu segera berlalu setelah mengukirkan senyuman buat Kirana. Kirana mencapai sudu. Sesuap dua suap tiga suap namun lelaki itu tetap tidak mengeluarkan suara. Dia lebih banyak termenung daripada makan. Hanya tangan memegang sudu, sedangkan fikiran melayang entah ke mana. Kirana menarik nafas. Bersedia untuk memulakan perbualan sekali lagi. Mak saya bagi saya nombor telefon awak, ujarnya sambil merenung wajah Edryzal, menanti balasan. Edryzal hanya diam dengan wajah tunduk. Kirana mengetap bibir.

100

Ayumi Syafiqah

Mak saya nak kita kawan. Dan saya tengok mama awak pun sama, ujarnya lagi. Tetap cuba menarik minat Edryzal untuk berinteraksi dengannya. Selama dia hidup, itulah kali pertama seorang lelaki buat tidak endah dengannya. Manalah hati tak bengkak? Jadi? Edryzal mengangkat kepala merenung Kirana. Kirana terdiam dipanah renungan menikam Edryzal. Mata itu entah bagaimana dia mahu menggambarkan sepasang mata milik lelaki itu. Mata yang bagaikan menangis, tetapi hakikatnya lelaki itu tidak menangis. Saya cuma nak tau sama ada awak setuju atau tak? Cara awak ni, langsung tak menggambarkan yang awak setuju nak kawan dengan saya, tekannya, geram dengan reaksi selamba Edryzal. Kawan macam mana yang kau maksudkan ni? Edryzal merenung dalam-dalam anak mata Kirana. Kirana mengalih anak matanya ke arah lain. Tidak selesa direnung begitu. Kawan.... Dia sendiri sebenarnya tidak pasti dengan maksud kawan itu. Kawan dalam erti kata sebenar, ataupun ada maksud yang tersirat? Mak saya cakap dia suka awak. Kirana mengubah ayatnya tadi. Habis, mak kau nak kahwin dengan aku? tanya Edryzal lagi. Sengaja menempah bala dengan pertanyaan bodohnya itu. Mata Kirana membulat. Nampaknya, Edryzal sengaja mahu mencari pasal dengannya. Bukanlah macam

101

Status Hati: Dia Milikku

tu. Awak taukan kenapa mak saya dengan mama awak nak kita berkawan? Sebab dia orang nak aku kahwin dengan kau, jawab Edryzal dengan muka tidak bersalah. Hah! Tahu pun. Kirana merengus. Masam wajahnya ketika itu. Kalau peminat-peminatnya tengok, mesti lari. Dah tu kau nak suruh aku buat apa? tanya Edryzal masih dengan riak tenang. Kirana bengang. Awak ni memang tak faham, atau saja buat-buat tak faham? Edryzal menyandar di kerusi. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya. Kalau awak tak setuju dengan rancangan orang tua kita, lebih baik awak tarik diri sekarang. Awak ingat saya hadap sangat ke dengan lelaki macam awak ni? Sekali saya petik jari, sepuluh yang datang tau? Dengan angkuhnya Kirana bersuara. Dia bukanlah memaksudkannya. Cuma sikap Edryzal yang menyakitkan hati itu memaksanya untuk berkata begitu. Edryzal merenung Kirana. Kan aku dah cakap, aku cuma ikut apa yang mama aku nak, tekannya. Jadi? Awak setujulah kalau mama awak nak awak kahwin dengan saya? tanya Kirana. Wajahnya serius. Edryzal tidak menjawab. Anak matanya meliar ke arah lain. Kirana mengetap gigi. Sungguh sakit hati dengan reaksi Edryzal itu. Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak!

102

Ayumi Syafiqah

Dia mengeraskan suara. Biarlah sekiranya ada yang mendengar. Yang penting sekarang rasa tidak puas hatinya dapat disuarakan. Kalau aku cakap nak? Edryzal bagaikan bermain tarik tali. Kirana cuba menahan sabar. Tapi cara awak tak menggambarkan yang awak nak! Habis kau nak suruh aku buat apa? Belai kau, tatang kau macam tu? Tajam mata Edryzal merenung Kirana. Kirana terdiam. Mulutnya terkunci tiba-tiba. Errr aku yang salah cakap ke? Memang mama aku nak aku kahwin dengan kau. Dan bila aku cakap aku setuju, maknanya aku setuju. Apa lagi yang kau nak aku buat? Jadi, awak nak kahwin dengan saya semata-mata sebab mama awak yang suruh? tanya Kirana benar-benar mahu jawapan yang pasti. Edryzal diam. Cukuplah dia menyatakannya sekali. Awak ingat hal kahwin ni semudah tu ke? Kahwin, lepas tu settle? Habis, macam mana dengan kehidupan kita lepas kahwin nanti? Awak tak terfikir ke semua tu? Bertalutalu soalan yang diajukan oleh Kirana. Jawapan yang diberikan Edryzal sangat longgar dan langsung tidak masuk akal. Edryzal tetap diam. Kirana merengus geram. Jangan ingat saya ni barang yang awak boleh buat main! Beg tangan dicapai lantas terus bangun. Sekeping not RM50 dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.

103

Status Hati: Dia Milikku

Terima kasih banyak-banyak! Kemudian dia berpaling dan terus berlalu dengan hati yang bengkak. Sempat dia menangkap jelingan beberapa orang pekerja kafe. Argh, lantak kaulah!

GERAM! Geram! Kirana menjerit-jerit sekuat hati. Wani dan Ja saling berpandangan. Kau ni kenapa, Kira? Geram kat siapa? Wani bertindak mengajukan pertanyaan. Kirana berpaling dengan wajah yang bengis. Seumur hidup aku, ini kali pertama seorang lelaki langsung tak ambik kisah pasal aku. Kali pertama seorang lelaki tolak aku! Kali pertama seorang lelaki buat aku macam barang mainan! tempiknya lagi. Sakit betul hatinya bila mengingatkan pertemuan dengan Edryzal siang tadi. Dasar lelaki tak guna! cemuh hatinya bengang. Kau cakap pasal siapa ni? Ja bingung. Edry gila tu la! jerit Kirana. Puas hatinya dapat memberi gelaran gila pada lelaki itu. Terbayang-bayang di matanya wajah selamba lelaki itu tadi. Ikutkan hatinya sekarang, mahu sahaja dihadiahkan penumbuk sulung di muka lelaki itu. Biar cacat mukanya yang kacak itu. Huh! Menyesal puji dia kacak tadi! Wani dan Ja saling berpandangan. Bakal suami kau tu ke? Bakal suami? Mata Kirana terjegil. Wani dan Ja tertelan liur. Gerun melihat Kirana berang begitu.

104

Ayumi Syafiqah

Lelaki macam tu tak layak jadi suami aku! Aku boleh dapat sepuluh lelaki lagi hebat daripada dialah! hambur Kirana lagi. Apa yang keluar dari mulutnya hanyalah berdasarkan hati yang panas tanpa diiringi kewarasan akal fikiran. Orang tengah marah, apa pun boleh keluar. Tapi, mak kau nak dia. Suara Wani meleret. Itu, sebab mak aku tak tau lagi perangai sebenar dia! marah Kirana. Dia bercekak pinggang. Tak apa, kau nak sangat main-main dengan aku, kan? Kau belum kenal lagi siapa Illsya Kirana! Errr Kira, kau nak buat apa? Wani kecut tibatiba. Takut juga kalau-kalau Kirana bertindak di luar batasan. Kirana berpaling pada Wani dan Ja. Kalau sebelum ni, aku boleh buat ramai lelaki jatuh hati pada aku, tak mustahil Si Edry gila tu pun boleh cair dengan aku! Wani dan Ja tercengang-cengang. Apa maksud Kirana? Edry tu memang tak kena langsung dengan taste aku. Tapi tak apa, disebabkan mak aku suka sangat dengan dia aku akan ubah dia jadi macam mana yang aku nak! Tekad Kirana penuh keazaman. Dia yakin, Edryzal tetap akan jatuh cinta padanya suatu hari nanti. Tengok ajelah! Wani dan Ja berpandangan lagi. Masing-masing bagaikan takut. Jangan Si Kira ni bomohkan Edry tu sudahlah. Status hati: Benci!

105

No. ISBN:- 978-967-0448-29-9 Jumlah muka surat:- 616 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20 Sinopsis:Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah. Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik

perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya. Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana. Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka. Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal? Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan STATUS HATI: DIA MILIKKU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

You might also like