You are on page 1of 31

Garis PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (AT401)

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

1.0

PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar di wajibkan menulis satu Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh PKT. Garis panduan ini perlu di patuhi sepenuhnya dan LLI akan di tolak jika di dapati tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan. Oleh itu setiap pelajar mestilah betul-betul memahami garis panduan ini sebelum memulakan penulisan. Hasil tulisan mestilah asli dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana: mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan; menjadi bukti kepada latihan yang telah di ikuti; laporan yang baik dan bermutu boleh di gunakan sebagai dokumen sokongan dalam temuduga. 1.1 TARIKH PENYERAHAN LAPORAN

Satu salinan laporan hendaklah di serahkan kepada Pegawai Penyelaras UPLI jabatan masing-masing. Tarikh penyerahan laporan akan di umumkan 4 minggu terakhir pelajar sebelum melaporkan diri untuk mengikuti pengajian semester berikutnya. Notis mengenainya akan di paparkan di laman sesawan. Urusan menjilid buku laporan adalah urusan pelajar sendiri. 1.2 KANDUNGAN KESELURUHAN

Setiap laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian hadapan, Bahagian Laporan dan Bahagian Belakang. Setiap bahagian mestilah mengikuti ciri-ciri tertentu. Secara amnya kandungan keseluruhan laporan adalah seperti berikut: Kulit Laporan Judul Perakuan Dedikasi Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran
1

BAHAGIAN HADAPAN Menggunakan nombor Roman (i, ii, iii, iv )

BAB I: BAB II: BAB III: BAB IV: BAB V: BAB VI:

PENGENALAN LATAR BELAKANG SYARIKAT RINGKASAN MINGGUAN LAPORAN TEKNIKAL LAPORAN TEKNIKAL LAPORAN TEKNIKAL
Sekurangkurangnya 3 BAB Teknikal BAHAGIAN LAPORAN Menggunakan nombor Arab (1, 2, 3, )

BAB VII: DAPATAN DAN CADANGAN BAB VIII: KESIMPULAN Rujukan Lampiran

BAHAGIAN BELAKANG

Halaman dedikasi dan penghargaan merupakan perkaraperkara tambahan sahaja (optional) tetapi semua yang lain adalah wajib. Kandungan laporan mestilah mengandungi semua perkara di atas dan mengikut susunan tersebut. Bahagian Laporan hendaklah bermula dengan PENGENALAN (BAB I) dan di ikuti dengan bab-bab berikutnya hinggalah KESIMPULAN. Rujukan dan Lampiran tidak di kira sebagai bab. 1.3 KULIT LAPORAN Kulit laporan hendaklah dari jenis buckram dan bertulisan emas. Warna kulit hendaklah mengikut warna jabatan. Untuk mengetahui warna tersebut, sila rujuk Papan Kenyataan UPLI.

1.4

FORMAT KULIT Format catatan untuk kulit depan laporan di nyatakan dalam LAMPIRAN B. Contoh Format tulang belakang kulit laporan ialah seperti dalam LAMPIRAN C. Format ini tidak boleh di ubah atau di pinda. Saiz kulit ialah yang bersesuaian untuk kertas saiz A4.

1.5

HALAMAN JUDUL Halaman ini mengandungi perkara-perkara berikut: Judul Laporan Nama Penuh Penulis Nombor Pendaftaran Kenyataan Laporan Contoh halaman judul di tunjukkan dalam LAMPIRAN D

1.6

HALAMAN PERAKUAN Halaman ini memuatkan perakuan pelajar mengenai keaslian laporan ini. Halaman ini mestilah juga di sah dan di tandatangani oleh pegawai atau penyelia Latihan Industri pelajar berkenaan. Contoh halaman perakuan ialah seperti di LAMPIRAN E.

1.7

HALAMAN DEDIKASI Halaman ini boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Halaman ini tidak boleh melebihi 5 baris dan tidak mengandungi rajah, jadual, gambar dan sepertinya. (Rujuk LAMPIRAN F)

1.8

HALAMAN PENGHARGAAN Halaman ini juga boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Ia tidak boleh melebihi satu muka surat. (Rujuk LAMPIRAN G)

1.9

HALAMAN KANDUNGAN Halaman ini menyenaraikan seluruh isi kandungan laporan. Muka surat bagi setiap bahagian laporan mestilah di nyatakan dengan tepat supaya memudahkan rujukan bahagian laporan. (Rujuk LAMPIRAN H)

1.10

SENARAI JADUAL Semua jadual yang terdapat dalam laporan mestilah di senaraikan mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor jadual, tajuk jadual dan muka surat. Senarai jadual yang di kehendaki di tunjukkan dalam LAMPIRAN I.

1.11

SENARAI RAJAH Rajah adalah merupakan lukisan, gambar foto, graf, peta, sketsa dan carta. Semua rajah mestilah di senaraikan mengikut urutan dan mengandungi nombor rajah, tajuk rajah dan muka surat. (Rujuk LAMPIRAN J)

1.12

SENARAI LAMPIRAN Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: i) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data kajian, jadual, contoh soal-selidik, peta, gambar, program komputer dan seabagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran; dan ii) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.
4

Jika hendak menyertakan pelan, pastikan pelan di kecilkan terlebih dahulu. Jika tidak, pelan mestilah di jilidkan dalam keadaan yang kemas. (Rujuk Lampiran K) 1.13 TEKS Teks dalam laporan hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan judul kecil bab mestilah dinomborkan. Teks ditulis perenggan demi perenggan. Seberapa boleh elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. 1.14 PENGENALAN (BAB I) Kandungan yang di syorkan ialah: Objektif Latihan Industri; Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar; Skop Latihan Industri; Objektif laporan; Cara laporan di susun untuk mencapai objektif laporan (Pengenalan mestilah menjelaskan apa yang hendak di sampaikan dalam laporan). Contoh Penulisan Bab 1 seperti berikut BAB 1: Pengenalan 1.1 Pendahaluan 2.2 Objektif Latihan Industri 2.3 Objektif Laporan 2.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

1.15

LATAR BELAKANG SYARIKAT (BAB II) Latar belakang menceritakan tentang sejarah penubuhan firma; hakmilik; pemegang saham; sistem pentadbiran; carta organisasi; pelanggan, pesaing utama, keluaran (produk); dan lain-lain yang berkaitan. (Pelajar di nasihatkan merujuk atau berbincang dengan pegawai firma untuk memastikan ianya bukan maklumat rahsia firma). Contoh Penulisan Bab 2 seperti berikut BAB 2: Sistem Penjanaan Elektrik 2.1 Pengenalan Organisasi 2.2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat 2.3 Alhi Lembaga Pengarah 2.4 Aktiviti Organisasi 3.5 Halatuju Organisasi (Misi & Visi) 3.6 Carta Organisasi

1.16

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (BAB III) Ringkasan aktiviti latihan industri hendaklah ditulis dalam bentuk mingguan bermula dari tarikh lapor diri hingga tamat latihan industri. Minggu 1 2 20 Aktiviti

1.17

KANDUNGAN TEKNIKAL (BAB IV dan seterusnya) Kandungan teknikal mengandungi BAB-BAB yang memuatkan maklumat-maklumat teknikal yang di perolehi di sepanjang latihan. Bab-bab ini mengandungi penerangan, gambar foto, carta dan
6

sebagainya. Sekurangnya 3 BAB teknikal di ceritakan dalam bab ini. Contoh Penulisan bab teknikal seperti berikut BAB 3: Sistem Penjanaan Elektrik 3.1 Pengenalan 3.2 Spesifikasi/Jenis peralatan yang digunakan 3.3 Cara pengendalian Peralatan Semasa Latihan 3.4 Proses Kerja yang dilakukan 3.5 Komen dan Cadangan 3.6 Cadangan (Penerangan hendaklah berkaitan dengan topic berkenaan sahaja) 1.18 DAPATAN DAN CADANGAN Hasil pembelajaran daripada kursus latihan Industri hendaklah di nyatakan oleh pelajar dan pelajar juga adalah bebas untuk membuat cadangan atau saranan bagi mengatasi masalah yang di hadapi berkait dengan Latihan Industri. Ini merupakan peluang terbaik pelajar memberi input kepada UPLI tentang kelemahankelemahan yang ada. 1.19 KESIMPULAN Kesimpulan ialah mengenai perkara-perkara yang di perhatikan sahaja dan tidak boleh di kaitkan dengan teori atau idea yang tidak berkenaan. Ia tidak perlu panjang, paling panjang dalam 2 atau 3 muka surat sahaja. Sebaik-baiknya kesimpulan di sampaikan dalam bentuk ringkas (point-form). 1.20 RUJUKAN Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan
7

menyatakan sumber rujukan sama ada dalam format American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari web di bawah http://www.apastyle.org http://www.mla.org Semua sumber rujukan mestilah di senaraikan dalam penyediaan laporan bagi memudahkan pembaca membuat rujukan. Rujukan hendaklah di senaraikan mengikut susunan yang betul. Sumber dari buku di catat mengikut nama pengarang, tahun terbitan, tajuk buku, penerbit dan muka surat rujukan. Contoh: Nama pengarang (Tahun). Judul Buku. Maklumat penerbitan. Jilid. m.s. Felder, R.M. (1987). Elementary Fluid Flow. John Wiley & S ons. 1987. 122 - 125 Jika mahu memasukkan nama seseorang individu yang telah membantu, ia hendaklah di tulis mengikut susunan nama, firma atau agensi, bentuk pertolongan ( temubual atau perbincangan), tarikh. Contoh: Smith, A.D., ABC Consultant, Temubual, 5 Jun 94. Jika rujukan di buat dari brosur, tuliskan tajuk, firma, tarikh, nombor buletin dan lain-lain perkara yang berkaitan.

2 2.1

PERKARA BERKAITAN DENGAN LAPORAN JADUAL

Setiap jadual yang disertakan perlu mengikut 5 peraturan yang penting seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) Mempunyai nombor jadual; Mempunyai tajuk jadual; Jadual diletakkan di bawah daripada nombor dan tajuk; Setiap jadual disenaraikan di awal laporan (Bab 6.9); Perlu ada penerangan/pernyataan mengenai jadual sebelumnya.

Contoh: Penerangan mengenai jadual yang akan disertakan

Keputusan yang diperolehi bahawa.... Nom bor B ab

(Jadual

3.4)

menunjukkan

Bi la nga n j ad ual y ang ter d apat da la m b ab T aju k

JADUAL 3.4: Data Ujian Beban Ke Atas Besi

Sertakan Jadual Di Sini

Sumber: (jika di ambil dari buku, majalah dan sebagainya) Sumber bagi setiap jadual yang diambil dari buku, majalah dan jurnal mestilah dinyatakan.
9

2.2

RAJAH

Prinsip yang digunakan untuk memasukkan rajah adalah sama seperti untuk jadual tetapi rajah diletakkan di bahagian atas daripada nombor dan tajuknya. Contoh: Peralatan yang digunakan dalam ujikaji ialah Turbidimeter (Rajah 6.1), bikar dan pengacau. Sebagai

Rajah disertakan di sini

Rajah 6.1: Turbidimeter Su mber (n yat aka n ji ka di a mbi l d ari bu ku, ma ja lah da n s eba gai ny a) Nom bor B ab Bi la nga n Raj ah da lam Bab Taju k

Sertakan rajah yang perlu dan dapat membantu dalam penerangan sahaja. Jangan disertakan rajah yang tidak berkaitan atau dalam keadaan berulang-ulang. 2.3 BAHASA

Bahasa yang digunakan dalam laporan teknikal adalah ringkas, jelas dan tepat (straight to the point). Sebagai contoh, perhatikan 2 ayat dibawah ini. i) Daripada graf yang diplotkan di bawah, dapat diperhatikan bahawa beban adalah berkadar terus dengan pemanjangan. (Tidak Tepat) Rajah 3.1 menunjukkan bahawa beban berkadar terus dengan pemanjangan. (Tepat)

ii)

Secara amnya, prinsip penggunaan bahasa adalah mengikut urutan:


10

Subjek (siapa yang melakukan), perbuatan, dan objek (apa yang telah dicapai). Dalam contoh 2 : Subjek = Rajah 3.1 Perbuatan = menunjukkan Objek = beban berkadar terus dengan pemanjangan. Contoh-contoh lain, 3. Mesyuarat telah bersetuju melantik Abdullah sebagai ketua projek yang baru. Bukannya; Perlantikan Abdullah sebagai ketua projek yang baru telah dipersetujui oleh mesyuarat yang telah diadakan. 4. Pesaing utama firma ABC Consultant ialah XYZ Bina. Bukannya, Firma XYZ Bina adalah di antara beberapa syarikat yang menjadi pesaing utama kepada firma ABC Consultant. 5. Syarikat ACF ditubuhkan dalam tahun 1986. Bukannya, Tahun penubuhan Syarikat ialah dalam tahun 1986. Tips: Bina ayat mengikut urutan subjek, perbuatan dan objek.

11

FORMAT UMUM 3.1 KERTAS Laporan hendaklah ditulis menggunakan kertas putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) sahaja. Gunakan kertas berat 80 gram atau lebih yang bermutu tinggi. Laporan hendaklah ditulis pada sebelah mukasurat sahaja. Nombor Bab dan tajuk hanya boleh ditulis bagi memisahkan bab dengan bab yang lain, 3.2 JIDAR Jidar ialah ruang untuk menulis dalam sesuatu muka surat. Jidar yang dikehendaki ialah 4 cm di sebelah kiri, 2.5 cm di sebelah kanan, atas dan bawah.

3.3 SISTEM PENOMBORAN MUKA SURAT Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut: i) Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Arab(1, 2, 3 dsb). ii) Halaman pertama laporan ialah halaman judul, dianggap sebagai muka surat i tetapi tidak ditaip. iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman 1 tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor muka suratnya tetapi diambilkira bagi menomborkan muka surat berikutnya.

12

iv)

Jika laporan terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran muka surat.

3.4 PENOMBORAN BAB DAN SUB-JUDUL DALAM BAB Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan angka besar Roman iaitu BAB I, BAB II, BAB III dsb dan sub-judul dalam bab menggunakan angka Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab tidak diensot tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut: BAB II 2.1 2.1.1 2.1.1.1 Tahap pertama (Judul Bab) Tahap kedua (sub-judul) Tahap ketiga (sub-sub-judul) Tahap keempat (sub-sub-sub-judul)

Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu baris, maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks. 3.5 PENAIPAN Penaipan laporan hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa (tidak dibenarkan huruf yang berbungabunga). Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis huruf yang tetap dan standard sahaja pada keseluruhan laporan (kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). Saiz (tinggi) huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15 cm bagi huruf kecul. Jika anda menggunakan perisian Words, sila gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12. Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja.
13

Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimukakan di atas muka surat yang baru. Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap dalam sub-judul hendaklah huruf besar. Contoh halaman permulaan Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN L. Contoh halaman sub-bab (bahagian dalam bab) ditunjukkan dalam LAMPIRAN M.

3.6 JARAK DAN FORMAT Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks : i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 5 cm; ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris; iii) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris; iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris; v) Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri; vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27 cm (0.5 inci) dari jidar kiri; viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah muka surat; ix) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama, oleh itu format justified tidak dibenarkan. x) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua (2) baris. 3.7 DAKWAT Dalam semua keadaan, gunakan dakwat hitam sahaja.
14

3.8 HAD MAKSIMA MUKA SURAT LAPORAN Had maksima panjang laporan ialah 150 muka surat tidak termasuk lampiran serta bahan hadapan laporan. Had ini hanyalah untuk teks ( Pengenalan hingga Rujukan ) sahaja.

SENARAI RUJUKAN 1. Feinberg, S. (1998). Components of Technical Writing. Holt Reinhart, Winston. 2. Long, R.L. et al. (1989). Guide to Writing and Problem Solving for Chemical Engineers. Kinkos Publishing Group. 3. Nota Taklimat Latihan Industri, PKT. 4. Sandman, P.M. (1985). Scientific and Technical Writing, Holt Reinhart Winston. 5. Universiti Kebangsaan Malaysia (1992). Panduan Menulis Tesis Gaya UKM. Edisi 2. 1992. 6. Universiti Teknologi Malaysia (1992) Panduan Menulis Tesis Untuk Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

15

LAMPIRAN A Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan

Kepala Surat Syarikat

Ruj. Kami: Tarikh:

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan Dengan ini di sahkan bahawa En./Cik . No. K/P . telah menjalani Latihan Industri dengan jayanya di syarikat kami. Sepanjang beliau bersama syarikat ini, kami mendapati bahawa En./Cik .. adalah seorang yang tekun, inivatif dan mampu melakukan semua kerja-kerja yang di amanahkan. Kami yakin sekiranya di beri peluang melaksanakan tugas yang berkaitan dengan latihan ini, beliau akan dapat melaksanakannya dengan baik dan kemas. Sekian terima kasih

t.t. & jawatan ** Nota: Ayat-ayat di atas adalah sebagai contoh sahaja;

16

LAMPIRAN B Format Kulit Depan Laporan

Birai kulit laporan

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD

ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 0041 DEP 2012

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2012

Birai kulit laporan


17

LAMPIRAN C FORMAT TULANG BELAKANG LAPORAN

ABDUL RAZAK OTHMAN DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIS2012

20mm dari tepi

20mm dari tepi

18

LAMPIRAN D FORMAT HALAMAN JUDUL (Halaman Wajib)

Jidar muka surat

5 cm

XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD (JUN 2012 DIS 2012) X

ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 0041 DEP 2012


4 cm

2.5 cm

Laporan Di kemukakan Kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuala Terengganu Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan 2012

5 cm

Jidar muka surat


19

LAMPIRAN E CONTOH PERAKUAN (Halaman wajib)

2.5 cm Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian bahagian yagn dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan.

.
(ABDUL RAZAK BIN OTHMAN) TARIKH : 4 cm 2.5 cm

Disahkan Oleh :

(Nama Penyelia/ Jurutera) COP FIRMA TARIKH :

2.5 cm

20

LAMPIRAN F CONTOH DEDIKASI (Halaman Pilihan)

2.5 cm

Untuk Ayah dan Bonda tersayang 4 cm 2.5 cm

2.5 cm

21

LAMPIRAN G CONTOH HALAMAN PENGHARGAAN ( Halaman Pilihan)

5 cm

PENGHARGAAN
1.27 cm (0.5 inci)

3 baris Setinggi-tinggi penghargaan di berikan kepada Jurutera Kanan En. Abdul Aziz Hamzah dari XYZ Consultant yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara peribadi di sepanjang tempoh Latihan Industri. 4 cm Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKT yang telah membantu dalam penulisan laporan ini. Tidak lupa juga teman-teman khasnya Nazri, yang banyak membantu dengan komen-komen amat bernilai. Terima kasih.

2.5 cm

22

2.5 cm

LAMPIRAN H CONTOH HALAMAN KANDUNGAN

5 cm

KANDUNGAN

3 baris

BAB

PERKARA Judul Perakuan Dedikasi Penghargaan Senarai Jadual

MUKASURAT i ii iii iv v 1 1 2 3 3 4

4 cm

2.5 cm

BAB I PENGENALAN 1.1 Latar belakang firma 1.2 Sistem pentadbiran 1.3 Carta Organisasi 1.3.1 Pengurus 1.3.2 Bahagian Kewangan

2.5 cm

23

LAMPIRAN I CONTOH SENARAI JADUAL (Halaman Wajib)

5 cm

SENARAI JADUAL

3 baris NO. JADUAL 1.1 4.1 5.1 6.1 TAJUK MUKASURAT 16 19 25 30 2.5 cm

4 cm

Analisa bagi kedudukan o dan w Perhubungan antara halaju dan jejari Perhubungan antara anjakan dan voltan Perubahan ketinggian aliran yang Mengalir melalui sistem paip secara graviti

2.5 cm
24

LAMPIRAN J CONTOH SENARAI RAJAH (Halaman Wajib)

5 cm

SENARAI RAJAH

3 baris NO. RAJAH 1.1 1.2 4.1 4 cm 5.1 5.2 5.3 TAJUK MUKASURAT 4 7 9 10 15 20 2.5 cm

Pengawalan ke atas sistem pengaliran Pengawalan imbangan Rajah bongkah kawalan aliran (litar tutup) Analisa Daya Analisa Kestabilan Sistem paip

2.5 cm

25

LAMPIRAN K CONTOH SENARAI LAMPIRAN

5 cm

SENARAI LAMPIRAN

3 baris LAMPIRAN A B C D 4 cm TAJUK MUKASURAT 5 10 12 30 2.5 cm

Contoh surat pengesahan syarikat Contoh halaman judul Contoh halaman pengakuan Contoh halaman penghargaan

2.5 cm

26

LAMPIRAN L CONTOH HALAMAN PERMULAAN BAB

5 cm

BAB I

3 baris

JUDUL BAB

3 baris
1.27 cm (0.5 inci)

4 cm

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar 2.5 cm kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing) 2 baris

2.1

Sub-Judul 1 baris

Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing). 2.5 cm
27

LAMPIRAN M CONTOH HALAMAN SAMBUNGAN MUKA SURAT

2.5 cm Teks dari muka surat sebelum ini disambung di sini. 2 baris 2.5 Sub-Judul 1 baris Teks di bawah bermula di sini . dan bersambung di sini. 2 baris

2.5.1 4 cm

Sub-sub Judul 1 baris 2.5 cm

Teks di bawah bermula di sini . Dan bersambung di sini. 2 baris 2.5.1.1 Sub-sub-sub Judul 1 baris Teks bermula di sini Dan disambung di sini.

28

2.5 cm

DISEDIAKAN OLEH

1. MOHD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2. AIEZZATUL AKMALIYAH BINTI ABDULLAH PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

29

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Politeknik Kuala Terengganu Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman 09 620 4100 Fax 09 620 4102 www.pkkt.edu.my upli@pkkt.edu.my

30

You might also like