You are on page 1of 22

Sinopsis:

Azfa Hanani telah ditawarkan oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai adiknya Tengku Murni, anak perempuan tunggal Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis kesayangannya telah meninggal dunia.Tengku Mazran yang secara kebetulan melihat gambar Azfa Hanani yang seiras dengan arwah Tengku Murni ketika mengunjungi rumah kawannya di Kampung Merpati.Oleh sebab tidak mahu ibunya mengalami tekanan jiwa, Tengku Mazran telah menawarkan penyamaran itu kepada Azfa Hanani.Tawaran Tengku Mazran telah diterima oleh azfa Hanani setelah memikirkan bahawa dengan tawaran itu dia dapat menyelamatkan dirinya daripada hukuman pihak sekolah akibat kesalahan mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian.Selain itu, Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang lumpuh itu.

Azfa Hanani kemudiannya dibawa balik ke banglo Datin Maziah.Sebelum itu dia diberi tunjuk ajar tentang perwatakan Tengku Murni.Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran.Dia dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman sari tempat Tengku Murni bersekolah dulu.Di bangle Datin Maziah dan disekolah barunya pelbagai peristiwa pahit dan manis dilaluinya.

Azfa Hanani membaca diari Tengku murni untuk memahami perwatakannya.Melalui diari itu juga, Azfa Hanani mengetahui hubungan cinta antara tengku Murni dan Ekran telah terputus disebabkan oleh halangan daripada abang Tengku Murni,iaitu Tengku Muzaffar.Azfa Hanani telah brsemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan.Tengku muzaffar mengakui bahawa dia telah menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga miskin.Azfa Hanani berasa terhina.Dia bertengkar dengan Muzaffar.Pertengkaran itu telah didengari oleh Datin Maziah.Penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar.Dia telah dimarah dan ditampar oleh Datin Maziah kerana menipu.Azfa Hanani kemudiannya telah diusir dari banglo tersebut.

Azfa Hanani kembali ke rumah pak longnya di Kampung Merpati.Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah dating ke kampung untuk memujuk Azfa Hanani supaya kembsli semula ke banglo mereka.Datuk Tengku makmur menjelaskan dialah orang yang bertanggungjwab di atas kematian ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun dahulu.Di

telah memandu kereta dalam keadaan mengantuk hingga menyebbkan teksi yang dinaiki Azfa sekeluarga terjatuh ke dalam gaung.Hanya Azfa hanani yang terselamat.Datin maziah yang kasihan akan azfa telah menyusuinya.Akhirnya,Azfa kembali ke rumah Datin maziah dengan identitinya yang sebenar.Sewaktu ke rumah Ekran,azfa telah mengetahui Ekran sebenarnya bukanlah berasal daripada keluarga yang susah.

Tema:
Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan.Selain itu,tema juga dianggap sebagai perkara atau idea pokok yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan lain yang terdapat pada mana-mana cerita.

Tema dalam novel yang telah saya kaji,iaitu Azfa Hanani ialah tentang penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada mengalami tekanan jiwa kerana kehilangann anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya.

Dalam novel ini,tema ini terbukti apabila Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia.

Persoalan:
Setelah saya kaji novel ini,terdapat beberapa persoalan yang terkandung dalam novel Azfa Hanani.

Antaranya ialah,pengorbanan seorang remaja yatim piatu dalam menempuh kehidupan.Persoalan ini dibuktikan oleh watak Azfa Hanani.Azfa sanggup menerima tawaran abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni.Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan.Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakan dan keluarganya di kampung.Selain itu,dia juga sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datim Maziah.Hal yang demikian kerana Azfa dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur
seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

Berani mengambil risiko juga merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel ini.Persoalan ini ditonjolkan oleh watak Azfa Hanani juga.Sebagai bukti,Azfa Hanani,gadis berusia 17 tahun berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.Azfa juga berani mencuba suasana yang baru,iaitu di rumah baru,sekolah baru dan kawan-kawan baru.

Persoalan yang seterusnya ialah,kegigihan dan sifat tidak mudah putus asa seorang remaja dalam menjalani kehidupan seharian.Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin tetapi gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.Selepas dihalau oleh Datin maziah dan kembali tinggal di kampong,Azfa hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.

Selain itu,sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat juga merupakan persoalan yang terdapat dalam novel ini.Persoalan ini dibuktikan oleh watak Datuk tengku Makmur.Beliau menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia tamakkan harta.Selain itu persoalan ini juga ditonjolkan oleh watak Tengku Muzaffar.Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah.

Akhir sekali,persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah berpegang pada janji.Sebagai contoh Datuk Tengku Makmur.Beliau tetap menunaikan janji untuk membayar upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai anaknya Tengku

Murni.Datuk Tengku Makmur dan isterinya juga berpegang pada janji mereka 16 tahun dahulu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.Selain itu,Tengku Mazran juga menunaikan janjinya untuk membiayai kos rawatan anak pak long Azfa Hanani,Zuraini.

Binaan Plot:
Binaan plot ialah susunan peristiwa yang terdapat dalam sesebuah cerita.Binaan plot bermula dari permulaan cerita ,perkembangan cerita ,perumitan cerita, klimaks cerita, dan perleraian cerita.

Pada peringkat permulaan cerita,pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.Dia kemudian dipanggil ke bilik pengetua.Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni dan diminta Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

Seterusnya,perkembangan cerita bermula apabila Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan, dan bergaul seperti tengku Murni.Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari.

Bahagian perumitan cerita berlaku apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada ekran sempena sanbutan ulangtahun Tengku Murni\Azfa Hanani yang ke-17.azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.Ekran membuat pengskuan bahawa hubungan mereka memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang.

Berikutnya,klimaks cerita ini berlaku apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang perhubungan antara Tengku Murni dan Ekran.Azfa bertindak untuk bersemuka dengan Tengku Muzaffar.Maka berlaku pertengkaran antara mereka berdua.Pertengkaran mereka itu telah didengari oleh Datin Maziah.Beliau begitu marah dan berasa tertipu selama ini.Azfa Hanani sitamparnya dan dihalau dari rumah.

Akhir sekali,perleraian cerita ini menyaksikan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliaulah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani hingga mengakibatkan mereka terbunuh.Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datin Maziah.Kaliiini menjadi dirinya sendiri.Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari telah menjadi johan forum remaja peringkat negeri.Azfa Hanani pula telah terpilih sebagai Pengerusi Terbaik.Azfa Hanani juga mengetahui siapa

sebenarnya Ekran dan Berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

Teknik Plot:
Dalam novel Azfa Hanani,pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog,imbas kembali, pemerian,dan monolog. Teknik dialog: 1) Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita. 2) Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. 3) Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini ialah: Pergi dengan kawan,kak.Tak lama.Kejap saja.Lepas tengok, kalau ada buku-buku yang sesuai untuk dibeli , Nini baliklah.Boleh ya , kak?Jelasku , mengajuk segala ujaran yang kusebut sebentar tadi.(hal.105)

Teknik imbas kembali: 1) Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa,kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. 2) Teknik ini juga mengambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi,kenangan atau ingatan sesuatu watak. 3) Contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini ialah ketika Azfa Hanani mengingati pertemuannya dengan Ekran sebelum ini. Namun aku tidak dapat melupakan keinginan untuk menemui Ekran.Aku teringat,dia pernah membelanja aku makan nasi ayan pada suatu ketika dahulu,pada hari Iskandar menggangguku.Dalam pertemuan itu juga,aku telah berkongsi cerita tentang masalah yangkuhadapi selama tinggal dengan keluarga Murni.Dia pendengar yang baik tetapi malangnya kemesraan kami berlangsung setakat itu sahaja.Setelah terserempak dengan Abang Muzaffar,sikapnya terus berubah.Kenapa?(hal.179)

Teknik pemerian: 1) Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. 2) Contohnya ketika Azfa Hanani menceritakan tentang kejadian selepas dia diganggu olah Iskandar. Di pintu pagar Institut Lingua Franca itu,dua orang gadis menahanku.Mereka bertanya ,apakah perkara yang diperkatakan anak muda itu dan aku tidak berasa segan untuk menvceritakan apa yang terjadi.(hal.96)

Teknik Monolog: 1) Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak,samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. 2) Contoh: Anak hartawan naik bas mini!KakFinaz pernah memberitahu,ibu mertuanya itu selalu mengarahkan Murni menaiki teksi kalau mahu pergi ke mana-mana.Aku?Ah,pedulikan!Asalku daripada sebuah keluarga yang daif dan setakat berdiri di dalam bas yang memecut laju seperti ini bukanlah pengalaman yang janggal.Selama-lamanya aku tetap sedar siapa diriku yang sebenar.(hal.79)

Novel Azfa Hanani telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan cerita menarik dan berkesan.Antara gaya bahasa yang terdapat dalam novel ini ialah:

1)Diksi: Pemilihan kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat pelajar yang terdapat dalam cerita. Contoh;sekelas , buku rujukan , pengetua , dan pejabat sekolah. Pengarang menggunakan bahasa remaja dan bahasa inggeris untuk menggambarkan pelajar yang bersekolah di Bandar. Contoh;glamour , backdrop ,dan disket. Bahasa Arab digunakan sesuai dengan latar belakang masyarakat Melayu yang beragama Islam. Contoh;Jumaat , Quran , Allah Taala dan Insya-Allah. Bahasa Inggeris digunakan bagi menunjukkan pertuturan di Bandar. Contoh;problem , special boyfriend dan you look like Murnis twin, but shes very good in English. Menggunakan bahasa Daerah Perak. Contoh;libang libu.

2)Peribahasa: Peribahasa yang lazimnya digunakan dalam sesebuah novel lazimnya perumpamaan , simpulan bahasa , pepatah dan bandingan. Contoh;ringan mulut , kelabu mata , bagaikan aur dengan tebing , sambil menyelam minum air , hujan emas di negeri orang, dan hujan batu di negeri sendiri,baik di negeri sendiri.

3)Ayat: Pengarang menggunakan ayat pendek , sederhana , dan panjang. Contoh; a)Kenapa takutDia bertanya.(hal.22) b)Err... Cukup tak? Cukup.Ah,mengapa pula jawapan itu yang meletus?(hal.68)

Contoh ayat panjang; Desakan demi desakan yang menjolok hati sejak sekian lama terpaksa kuturut.Aku mahu menemuinya,ingin berbual-bual dan lebih mengenali dirinya.Kali pertama melihat dia berniaga di situ,kami tidak sempat bercakap panjang kerana aku yang kehilangan kata-kata.Pada hari itu pun,aku perlu mengambil teksi untuk pulang segera ke rumah takut kalau-kalau Datim Maziah bimbang dan berusul periksa kelewatanku.(hal.97)

3)Simile: Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai , bak , laksana , umpama , macam , dan ibarat. Contoh; a)Seiras , cikgu.Mereka bagaikan kembar.Cetusan lelaki itu menyebabkan aku tergamam.(hal.18) b)...Kenyataan yang kuhadapi kini bagaikan sebuah mimpi,yang hadirnya tidak pernah diundang.(hal.20) c)Ah,nampaknya seperti ada suatu rahsia yang terbendung!(hal.120)

4)Personifikasi: Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya. Contoh; a)...Namun,sebaik sahaja kelopak mata terbuka,ingatan terhadap peristiwa semalam yang masih belum berkesudahan mendadak menerpa.(hal.24) b)Asalku daripada sebuah keluarga yang daif dan setakat berdiri di dalam bas yang memecut laju seperti ini bukanlah pengalaman yang janggal.(hal.79) c)Ah,kata-kata itu terlalu pedas dan memedihkan!Aku terasa isi jantungku direntap...(hal.41)

Watak:
Watak Utama: Memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita. Muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah cerita. Watak utama dalam novel ini ialah Azfa Hanani.

Watak Sampingan: Mennyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita. Muncul tidak sekerap watak utama. Watak sampingan dalam novel ini ialah: >Tengku Mazran >Kak Syafinaz >Datin Maziah >Datuk Tengku Makmur >Tengku Ellina >Tengku Muzaffar >Ekran

Watak dan perwatakan:


Azfa Hanani:
Berusia 17 tahun. Secara fizikalnya Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang cantik,wajahnya lembut. Dia kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih lagi bayi. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Seri Dian dalam tingkatan 5 Kenanga dalam aliran sains setelah mendapat keputusan baik dalam peperiksaan SRP,kecuali subjek bahasa Inggeris. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan. Azfa juga gigih dalam menuntut ilmu.Buktinya,setiap hari dia berulang-alik dari sekolah ke rumah sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bas sekolah. Dia juga taat kepada mak long dan pak longnya.Buktinya,dia meminta keizinannya mak long dan pak longnya lebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur. Azfa juga merupakan seorang yang penyayang.Sebagai bukti,dia amat menyayangi anak-anak pak longnya. Selain itu,dia juga seorang pelajar yang bertanggungjawab.Buktinya,dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Alquran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.

Azfa Hanani juga bijak bergaul.Buktinya,dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah barunya,iaitu Sekolah Menengah Taman Sari. Cekal hati juga merupakan salah satu perwatakan Azfa Hanani.Buktinya,dia berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baru. Azfa juga merupakan seorang yang pemaaf.Buktinya,dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Teguh jati diri.Sebagai bukti,dia masih mahu mengekalkan identity diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.

Tengku Murni:
Anak perempuan tunggal dalam keluarga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Wajahnya seiras dengan wajah Azfa Hanani. Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya. Dia gemar berpakaian rugged.Buktinya,diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album Tengku Murni. Murni jugaa merupakan seorang anak yang manja.Buktinya,Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar kemana-mana. Peramah.Buktinya Tengku Ellina memberitahu Azfa bahawa Tengku Murni baik dengan hampir dengan semua pelajar Sekolah Menengah Taman Sari. Tidak mudah mengalah.Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dengan Azfa Hanani,Murni dikatakan tidak mahu mengalah apabila bergaduh dengan abang-abangnya. Tidak memandang rendah terhadap orang lain.Buktinya,Syafikah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendah-rendahkan orang lain.

Datin Maziah:
Isteri Datuk Tengku Makmur. Ibu kepada Tengku Murshadad , Tengku Mirzan , Tengku Mazran , Tengku Muzaffar dan akhir sekali Tengku Murni. Hidup bermadu setelah Datuk Tengku Makmur bernikah dengan seorang gadis muda. Ibu yang penyayang.Buktinya,dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni. Mengalami tekanan perasaan.Buktinya,Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredekan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu.

Tengku Mazran:
Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Isterinya bernama Syafinaz. Anak yang bertabggungjawab.Buktinya,dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawarnya iaitu meninta Azfa Hanani meyamar sebagai adiknya Tengku Murni. Penyayang.Buktinya,atas dasar kasih kepada ibu,dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya. Mengambil berat.Buktinya,dia senantiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani. Berpegang teguh pada janji.Buktinya setiap janji dengan Azfa Hanani akan cuba ditunaikan. Berpendirian terbuka.Buktinya,dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berasal daripada golongan elit.

Syafinaz:
Isteri Tengku Mazran. Kakak ipar yang baik hati.Buktinya,dia banyak membantu Azfa Hanani sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin Maziah. Sanggup berkorban.Buktinya,dia berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah koma dan sakit. Bijak mengurus diri.Buktinya,setelah Azfa Hanani dapat menyesuaikan dirinya,Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai arkitek semula.

Ekran:
Ayah dan ibunya merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikut kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di sekolahnya. Ingin menjadi akauntan.Buktinya,perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di dalam kelas. Cekap.Buktinya,projek Hari Sumbangsih telah Berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi. Merendah diri.Buktinya,dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sesungguhpun dia berasal dari keluarga yang berada. Mempunyai hubungan istimewa dengan tengku Murni.Buktinya,diari Tengku Murni yang dibaca oleh Azfa mengisahkan hubungan mereka.

Datuk Tengku Makmur:


Isterinya Datin Maziah.

Bapa kepada Tengku Murshadad , Tengku Mirzan , Tengku Marzan , Tengku Muzaffar dan akhir sekali Tengku Murni. Mempunyai dua orang Isteri. Angkuh.Buktinya,dia menilai pertolongan yang diberikan oleh Azfa Hanani berdasarkan pertimbangan wang ringgit semata-mata. Berpegang teguh pada janji.Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari Azfa Hanani namun tidak berjumpa.Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara Azfa Hanani.

Watak-watak lain:
Falina ,Kamilah ,Aini ,Nordin dan Rozlan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Pak long dan mak long yang membela Azfa Hanani sejak dia kematian ayah dan ibu. Zuraini merupakan anak pak long yang disahkan lumpuh akibat terjatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah. Haji Arshad merupakan bapa Nordin dan jiran yang banyak membantu keluarga pak long. Tengku Ellina ialah rakan sekolah yang banyak membantu Azfa Hanani di Sekolah barunya. Laili,Syafikah dan Fuziana merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang menggelarkan diri mereka budak glamor. Laili pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang seringg berkonflik dengan arwah tengku Murni dan kini dengan Azfa Hanani.

Nilai:
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Pengorbanan Kegigihan Kasih sayang Kerajinan Kesyukuran Berdikari Berpegang pada janji

Pengajaran:
1) 2) 3) 4) 5) Kita Kita Kita Kita Kita perlulah gigih dan tidak mudah putus asa dalam berusaha. hendaklah sentiasa bersedia membantu orang dalam kesusahan. hendaklah memilih sahabat berdasarkan akhlak dan keperibadiaanya. perlulah berpegang pada janji. mestilah bersabar dalam menempuh dugaan tuhan.

Folio Novel Tingkatan Empat Azfa Hanani

Nama: Nur Atiifah binti Nazib Tingkatan: 4 Siti Aisyah No.kad pengenalan:940522-02-5396 Guru:Pn. Siti Saudah binti Haron

You might also like