You are on page 1of 1

NOVEL KONSERTO TERAKHIR: WATAK DAN PERWATAKAN

HELMI

Seorang pemuda yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Seorang yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah iaitu hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Seorang yang rajin iaitu Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah iaitu Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Seorang yang bercita-cita tinggi. Ini dibuktikan apabila bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Seorang yang penyayang. Hal ini demikian kerana Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Seorang yang patuh kepada arahan ibunya iaitu Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Merupakan isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Hal ini demikian kerana Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung. Seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee. Seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah. Seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat kerana di rumahnya terdapat sebuah mini bar. Seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi.

HAYATI

DATIN SALMAH

DATUK JOHARI

You might also like