You are on page 1of 14

1.0 PENGENALAN 1.

1 SEJARAH Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke19.Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

1.2 ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM LONTAR PELURU Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Berat Peluru 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

1.3 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LONTAR PELURU PERDIRIAN PERSEDIAAN Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan. LUNSURAN Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.

KILASAN MEMBALING Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang. BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

Lontar Peluru Pada minggu yang lepas(1 Mac 2011),kami telah belajar tentang permainan lontar peluru.Pada peringkat awal,Encik Poniran mengajar dengan menggunakan sofbal dahulu.Kami telah belajar cara pegangan dan posisi badan untuk melontar bola itu.Selepas itu,kami telah bermain dengan menggunakan bola besi. Berikut adalah maklumat tentang lontar peluru: Sejarah Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.

Berat Peluru 1. 2. 3. DEWASA WANITA REMAJA 7. 265 kg 4. 005 kg 4. 000 kg

Peraturan Asas Lontar Peluru Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan. Peluru mesti mendarat dalam sektor 40. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat. Kemahiran Asas Lontar Peluru 1) Pegangan Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru. 2) Persedian Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu. Lontar Peluru Gaya Berdiri Berdiri sisi. Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran. Bengkokkan badan serendah mungkin. Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang. Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan. Gerakkan siku serta tangan ke atas. Lepaskan peluru. Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan. Lontar Peluru Gaya Parry OBrien

Ada 4 Fasa :1) Fasa persediaan Bengkokkan badan. Bengkokkan kaki kanan. Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan. 2) Fasa Gelongsoran Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan. Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan. Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit. Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap arah lontaran.. 3) Fasa Lontaran Siku kanan diangkat tinggi. Kaki kiri masih menyentuh bulatan. Peluru dilepaskan. 4) Fasa Pemulihan Lompat dan mendarat dengan kaki kanan. Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan. Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut: Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang. Angkat kaki kiri sedikit. Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran. Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran. Tolak peluru keluar sekuat mungkin. Latihan Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru.

LONTAR PELURU Pengenalan Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum. FIZIKAL PELURU Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. KAWASAN LONTARAN Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat

pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini. KAWASAN PENDARATAN Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. PITA PENGUKUR Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan, pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: Pegangan peluru Lakuan sedia Lungsuran Kilasan badan Lontaran Pulihan PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

1) 2) 3) 4) 5) 6)

i.

ii.

TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran b) Gaya melungsur selangkah c) Gaya Parry O Brien a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang. Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini. b Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,

manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkokjangan tegakkan badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan. Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan yang memegang peluru masih menghala ke belakang. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran, kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakangmenolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar. Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. c Gaya Parry O Brien Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini,

kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terusmenerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Lontaran, ikut lajak dan pulihan Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

I. II.

III. IV. V. VI. VII.

I.

d Teknik lontaran sisi Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya. e Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran

II.

Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai. LAKUAN MENGIMBANG SEMULA Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. PRINSIP UMUM LONTAR PELURU Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu : Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya. Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya penglibatannya memberikan keberkesanan. Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen. Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.

1) 2) 3) 4) 5)

You might also like