Professional Documents
Culture Documents
Panduan - Perkhidmatan
Panduan - Perkhidmatan
PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Panduan ini disediakan bertujuan untuk menerangkan skop dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling di: Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tarikh Kuatkuasa: Januari 2011
PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN KATA ALUAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan kerana berjaya menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejajar dengan usaha kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, pengujudan perkhidmatan psikologi dan kaunseling amatlah bertepatan. Ini kerana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, modal insan yang sejahtera dari aspek kerohanian, pemikiran, emosi, dan sikap amatlah penting. Saya berpendapat bahawa perkhidmatan psikologi dan kaunseling mempunyai sumbangan tersendiri yang dapat dikongsi bersama dengan disiplin perkhidmatan yang lain. Penerbitan panduan ini adalah inisiatif yang murni dalam menyampaikan informasi mengenai perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling kepada semua pusat tanggungjawab Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, para pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di semua hospital serta klinik-klinik di Negeri Sembilan Darul Khusus dan juga kepada agensi-agensi lain. Panduan ini patut dimanfaatkan oleh pelanggan dalaman serta pelanggan luaran untuk mendapatkan informasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar lebih ramai dapat memanfaatkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera yang mampu menjadi pemangkin dan penggerak kepada agenda dan misi negara dalam menggapai Wawasan 2020. Sekian, terima kasih.
DATO DR. HJH. ZAILAN BINTI DATO HJ. ADNAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN SEKAPUR SIREH TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana berjaya menghasilkan buat pertama kalinya buku Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di bawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Sepertimana sedia maklum, isu berkaitan psikologi dan kaunseling ini semakin mendapat perhatian oleh pihak kerajaan dan juga di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat semakin berpengetahuan terhadap peranan psikologi dan kaunseling dalam menangani isu kesihatan mental. Adalah menjadi aspirasi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk memainkan peranan yang aktif serta efektif dalam membantu negara mewujudkan masyarakat yang sejahtera dari aspek fizikal dan mental dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing. Sewajarnya, dengan terbitnya panduan ini, semua pihak tanpa mengira disiplin perkhidmatan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dapat memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling. Semoga perkhidmatan psikologi dan kaunseling ini dapat membantu membentuk anggota perkhidmatan awam yang mengamalkan budaya kerja profesionalisme, penyayang, dan kerja berpasukan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sejahtera fizikal serta mentalnya. Sekian, terima kasih.
NANTHAKUMARAN A/L MANICKAM TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PENGURUSAN) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Penulis ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan Mempertingkatkan kesihatan mental Islam Malaysia (IKIM) Oleh: Khairul Azhar Idris Kerangka dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh 2011-2015. Antara beberapa dasar yang paling menarik adalah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup sempurna di kalangan rakyat. Setiap individu berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti di bandar mahupun luar bandar. Suasana persekitaran yang kondusif itu pula perlu wujud bukan setakat di rumah mereka, tetapi juga di sekolah, tempat kerja, jalan raya dan di mana jua. Persekitaran yang kondusif ini penting bagi mempertingkatkan kualiti hidup dan dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi di kalangan mereka. Di samping itu, persekitaran yang kondusif dan jaminan tahap keselamatan yang tinggi juga akan seterusnya mempertingkatkan lagi kualiti kesejahteraan sosial, fizikal dan mental mereka. Suasana yang ceria, segar dan nyaman serta selamat sudah pasti lebih baik dan lebih menyihatkan seseorang berbanding dengan suasana yang kotor, tidak selesa dan tidak tenteram. Kesihatan yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar ketiadaan penyakit semata-mata. Justeru, faktor persekitaran yang kondusif perlu turut dilihat daripada perspektif bagaimana ia dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dari aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, keagamaan serta kepelbagaian etnik dan ideologi. Walaupun matlamat itu terlalu ideal, tetapi ia bukan mustahil untuk dicapai kerana dasar dan garis panduan telah diwujudkan. Apa yang perlu adalah memastikan tindakan untuk menggerakkan agensi pelaksanaan bagi menjamin ia tercapai. 6
10
iii
PENGGUNAAN PAKAI Garis panduan ini diguna pakai oleh Pegawai Psikologi KKM yang berkhidmat di Negeri Sembilan Darul Khusus. DEFINISI Definisi perkataan merujuk kepada perkataan-perkataan yang diguna pakai dalam aktiviti yang melibatkan tugasan Pegawai Psikologi. Definisi dilakukan dengan merujuk kepada Kamus Dewan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan Awam. i. Pegawai Psikologi Pegawai yang memenuhi syarat lantikan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2007. ii. Aplikasi Psikologi Aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi personel,pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. iii. Instrumen Peralatan atau kaedah yang digunakan untuk mengukur, merekod, menguji faktor-faktor seperti sikap, minat dan tingkah laku. iv. Program Pengupayaan Kendiri Program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai termasuk mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah. v. Psikologi Cabang ilmu sains yang mengkaji tingkah laku, tindakan, pemikiran, 11 penilaian
iii.
berterusan
kepada
VISI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Perkhidmatan psikologi dan kaunseling sebagai penggerak modal insan sejahtera. MISI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Membangun modal insan melalui aplikasi psikologi dan kaunseling. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien. 14
c.Melaksanakan triage semasa intake interview untuk mendapatkan pengetahuan asas mengenai pesakit dan membuat klasifikasi; d.Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi masalah fungsi adaptasi dan lainlain fungsi kognitif; e.Mentadbir dan membuat skor bagi ujian psikologikal; f.Memastikan keperluan alat-alat pengujian psikologikal adalah mencukupi; g.Menyelaras dan menyimpan statistik kes-kes yang dikendalikan; 15
16
1.Klien sukarela terdiri daripada anggota JKNNS yang merasakan mereka memerlukan khidmat psikologi dan kaunseling bagi meningkatkan kualiti hidup dan secara sukarela datang mendapatkan khidmat tersebut. Rujukan daripada Ketua Jabatan/Unit/Wad tidak diperlukan. 2.Anggota JKNNS yang ingin mendapatkan sesi khidmat runding secara sukarela dipohon untuk mengisi borang sesi khidmat runding seperti di Lampiran B. 3. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Unit Psikologi dan Kaunseling yang berdekatan dengan PTJ masing-masing samaada di: Ibu Pejabat, JKNNS Hospital Tuanku Jaafar Hospital Tuanku Ampuan Najihah 4. Seandainya borang tersebut dihantar ke Ibu Pejabat, JKNNS, Pegawai Psikologi di Ibu Pejabat akan turun ke PTJ yang memohon untuk menjalankan sesi khidmat runding. 5. Sekiranya borang tersebut dihantar kepada Pegawai Psikologi di hospital, anggota yang dirujuk oleh PTJ yang memohon perlu hadir ke sesi khidmat runding di hospital dimana borang tersebut dihantar. 6.Sila hubungi Pegawai Psikologi samaada di: 17
KRITERIA-KRITERIA PEGAWAI YANG BOLEH DIBERIKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, berikut adalah kriteria-kriteria pegawai yang boleh diberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling: i. individu yang normal tetapi mempunyai masalah seharian yang tidak dapat diselesaikan kerana tekanan emosi, kebuntuan fikiran, dan sebagainya; individu yang menghadapi masalah personaliti dan emosi yang sederhana; individu yang tidak dapat membuat keputusan atau tidak mempunyai arah atau matlamat hidup yang jelas; individu yang mempunyai nilai penghargaan kendiri yang rendah ( low self esteem) serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada; individu yang bersedia bekerjasama untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
ii. iii.
iv.
v.
PROSES MENDAPATKAN PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BAGI PESAKIT DI HOSPITAL SERTA KLINIK KESIHATAN UNTUK SESI KHIDMAT RUNDING Di hospital, terdapat dua kategori klien iaitu in-patient dan outpatient. Mana-mana pesakit daripada mana-mana jabatan yang khidmatnya terdapat di hospital yang boleh menjurus kepada masalah psikologi /kesihatan mental seperti konflik, tekanan, trauma, fobia dan lain-lain. Berikut adalah senarai kes-kes yang boleh rujuk ke Unit Psikologi dan Kaunseling: Ibu tanpa nikah Keganasan rumah tangga Kemurungan dan kebimbangan Penderaan kanak-kanak Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) 18
1.Kategori in-patient ialah mana-mana 1.Klien outpatient/discharge merujuk pesakit daripada mana-mana jabatan kepada mana-mana pesakit yang yang khidmatnya terdapat di hospital mendapat rawatan sebagai pesakit luar yang boleh menjurus kepada masalah atau yang telah discharge dari hospitalpsikologi /kesihatan mental seperti hospital atau PTJ (klinik-klinik konflik, tekanan, trauma, fobia dan lainkesihatan). lain. 2. Segala kes rujukan hendaklah 2. Segala kes rujukan hendaklah menggunakan borang khas dan perlu menggunakan borang khas dan perlu dirujuk oleh Pakar atau Pegawai dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan. Perubatan. 3. Sila hubungi mana-mana Pegawai 3.Sila hubungi Pegawai Psikologi di Psikologi yang berdekatan dengan PTJ Unit Psikologi dan Kaunseling, HTJS yang merujuk di Unit Psikologi dan atau Pegawai Psikologi di Unit Kaunseling, HTJS atau Pegawai Psikologi dan Kaunseling HTAN bagi Psikologi di Unit Psikologi dan mendapatkan salinan borang rujukan Kaunseling,HTAN bagi mendapatkan tersebut. salinan borang rujukan tersebut. 4.Hospital serta klinik yang tidak mempunyai perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling boleh merujuk pesakit kepada mana-mana hospital yang mempunyai Unit Psikologi dan Kaunseling. 5.Bagi kes outpatient/discharge, manamana klien yang membawa sendiri borang rujukan akan terus menjalani sesi khidmat runding seandainya Pegawai Psikologi tidak mempunyai urusan rasmi. Jika tidak, klien berkenaan akan diberikan tarikh temujanji yang baru. 19
PENUTUP Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi, KKM yang digunapakai di Negeri Sembilan ini diharapkan dapat memudahkan pihak jabatan mendapatkan perkhidmatan Pegawai Psikologi KKM untuk disalurkan kepada PTJ di bawah seliaan Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
20
LAMPIRAN A
Borang Rujukan Perkhidmatan Khidmat Runding Individu
LAMPIRAN B
Borang Sesi Khidmat Runding
*Borang-borang berkenaan boleh juga dimuat turun dari laman sesawang jknns.moh.gov.my pada link Unit Psikologi dan Kaunseling.
21