You are on page 1of 14

FAKTOR UTAMA DAN PENGALAMAN SAINS

FAKTOR UTAMA YANG MEMBERI KESAN TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

PERSEKITARAN MOTIVASI STRATEGI P&P

MINAT

FAKTOR UTAMA

PENGALAMAN DAN KESEDIAAN PELAJAR

PENGALAMAN SAINS YANG DIKENALPASTI OLEH GURU TERSEBUT

PENGALAMAN SAINS

GUNAKAN BAHAN MAUJUD

AKTIVITI DI DALAM KELAS

INTERAKSI ANTARA GURU DENGAN MURID

GURU MERUPAKAN PENOLONG, PEMUDAHCARA DAN PERANCANG

PENERAPAN NILAI KOPERATIF DAN KOLABORATIF DI DALAM DIRI MURIDMURID

PENINGKATAN PENGUASAAN TEKNIK LISAN DAN BUKAN LISAN DALAM DIRI MURID-MURID

LAPORAN

1. Tuliskan laporan secara individu bagi faktor utama dan jenis pengalaman yang

dikenalpasti bagi menjawab persoalan asas.

Laporan Faktor Utama Dan Jenis Pengalaman Yang Dikenalpasti Tentang Bagaimana Cara Kanak-Kanak Belajar Sains

Bagi memastikan objektif tugasan ini memenuhi kriteria yang dikehendaki, saya telah menemubual seorang guru Sains bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai faktor-faktor yang beliau percayai mempengaruhi keberkesanan pembelajaran Sains kanak-kanak dan jenis pengalaman Sains yang patut berlaku di dalam bilik darjah. Sedikit latar belakang mengenai beliau, nama guru Sains tersebut ialah Mohamad Sapian Bin Ahmad dan berasal dari negeri Terengganu. Beliau dilahirkan pada 28 Julai 1966. Mendapat pendidikan tinggi di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia). Beliau berkecimpung dalam profesyen keguruan selama enam tahun di sekolah rendah dan dua tahun di sekolah menengah sebagai guru Sains. Sekarang beliau mengajar di Sekolah Menengah Tapah di Tapah Perak Darul Ridzuan.

Saya mengajukankan soalan pertama kepada beliau iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Sains kanak-kanak. Menurut beliau, faktor pengaruh sangat banyak akan tetapi beliau hanya menegaskan kepada lima perkara iaitu minat, motivasi, persekitaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengalaman dan kesediaan pelajar . Pertama minat, menurut beliau, guru perlu mempelbagaikan pendekatan dan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid untuk belajar Sains. Contohnya, mempelajari Sains melalui tontonan video tentang kejadian manusia dan peredaran bumi dan matahari secara tidak langsung murid mendapat gambaran yang lebih jelas kerana teori yang mereka pelajari mereka dapat pelajari dengan pancaindera mereka.

Faktor seterusnya menurut beliau ialah motivasi, guru perlu pandai mengambil hati murid untuk fokus dan berminat ketika pembelajaran sains berlaku di dalam kelas. Guru boleh menerangkan kesan, faedah dan kepentingan mempelajari Sains. Contohnya guru menerangkan topik berkenaan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Secara tidak langsung murid dapat menerapkan nilai dan amalan menjaga, memulihara dan memulihara alam sekitar dan membantu usahasama dalam menjayakan mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar seperti tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana boleh mengakibatkan pemanasan global yang boleh memberi kesan terhadap ekosistem alam dan hidupan di bumi.

Selain itu, faktor persekitaran turut mempengaruhi pembelajaran Sains kanak-kanak kata beliau. Guru perlu menyediakan ruang untuk murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara hand-on dan mind-on. Suasana pembelajaran seharusnya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji ,menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar. Hal ini secara tidak langsung akan menghasilkan persekitaran yang kondusif dan aktif ketika sesi pembelajaran berlaku di dalam kelas. Selain itu juga, faktor persekitaran yang kondusif boleh mempengaruhi kesan terhadap pembelajaran Sains. Suasana pembelajaran bilik darjah seharusnya menyediakan ruang untuk murid-murid menganalisis, menghipotesis menguji, dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar. Pembelajaran dalam Sains dapat dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari penerangan mengenainya. Ia menggunakan pengetahuan saintifik dan idea untuk menyelesaikan masalah atau menerangkan pemerhatian (Bell & Pearson, 1991). Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka. Contohnya guru menggunakan pendekatan seperti latih tubi, simulasi, lakonan dan tunjuk cara. Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman dan pengetahuan baru. Pendekatan pembelajaran dimana murid-murid membina pengalaman dengan pengetahuan mereka dipanggil konstruktivisme.

Di samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah mengambilkira aspek perbezaan individu kata beliau. Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology For Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya). Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Ujar beliau lagi, guru boleh menangaini masalah perbezaan individu dengan menetapkan objektif pengajaran dan

pembelajaran. Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza dalam kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.

Selain itu, beliau turut menegaskan guru perlu mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru/chalk & talk kepada berpusatkan murid dan bahan. Sediakan aktiviti pembelajaran yang boleh membantu perkembangan daya

intelek murid-murid supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. . Guru-guru juga perlu menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya idea baru yang mereka perolehi. Guru-guru juga seharusnya menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka. Suasana pembelajaran yang kondusif membantu keberkesanan sesuatu sukatan

pelajaran. Guru perlu memberikan ruang dan waktu kepada murid untuk memahami

sesuatu pembelajaran Sains. Bagi menguji kefahaman murid, aktiviti seperti kuiz dan ujian mingguan boleh dilakukan bagi memastikan dapatan perbelajaran berhasil dan tiada murid yang keciciran di dalam sesuatu topik pelajaran

Seterusnya ialah, beliau menegaskan, sesuatu proses pembelajaran haruslah mengambilkira pengalaman dan kesediaan pelajar kerana ia adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru perlu mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid tersebut. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Guru juga boleh membuat ringkasan topik atau rumusan keseluruhan bab supaya murid dapt membina pengetahuan asas serta memahami serba sedikit akan topik yang dipeajari daripada umum kepada khusus. Hal ini kerana, kepelbagaian latar belakang murid mempengaruhi pengetahuan asas mereka sama ada isu-isu semasa mahup perkembangan sains dan teknologi. Contohnya pembelajaran topik alam semesta yang merangkumi jumlah planet dan nama bintang-bintang di angkasa serta galaksi yang terdapat di alam semesta. Mungkin bagi murid yang pernah mengunjungi Pusat Sains Negara atau PETROSAINS, mereka pernah melihat gambaran atau model yang dipamerkan beserta gambar yang diambil daripada satelit berbanding murid-murid yang belajar di kampung yang hanya memperoleh sumber maklumat daripa televisyen semata-mata.

Selepas berbincang mengenai faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran Sains kanak-kanak. Saya beralih kepada soalan seterusnya iaitu jenis pengalaman Sains yang patut berlaku di dalam bilik darjah. Semasa soalan pertama tadi diajukan banyak input dan perkara baru yang saya perolehi di samping pengalaman beliau menangani masalah perbezaan individu dalam kalangan murid-murid kerana setiap manusia ada potensi diri masing-masing dan sebagai guru katanya, kita perlu membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh seiring dengan matlamat falsafah pendidikan negara iaitu " pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Kata Encik Mohamad Sapian, jenis pengalaman Sains yang patut berlaku dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada beberapa aspek antaranya ialah penggunaan bahan maujud ketika proses pengajaran dan pembelajaran,pelbagaikan aktiviti di dalam kelas., interaksi antara guru dengan murid, guru berperanan sebagai penolong, pemudahcara dan perancang, penerapan nilai koperatif dan kolaboratif di dalam diri murid-murid oleh guru berkenaan dan peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid

Pengalaman pertama yang ditegaskan oleh beliau ialah penggunaan bahan maujud ketika proses pengajran dan pembelajaran Sains dijalankan. Gunakan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran baru. Bahan konkrit haruslah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian murid-murid. Penggunaan bahanbahan yang ada di persekitaran murid-murid juga boleh membantu muri-murid mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada contohnya menggunakan model 3D seperti haiwan, mainan dan tumbuhan untuk mewakili objek yang baru mereka pelajari. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan. Di sini peranan guru sangat penting untuk memberikan pengalaman Sains yang berkesan iaitu mempelbagaikan aktiviti ketika pembelajaran Sains. Ini

menunjukkan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan kepada membina kemahiran dan kegunaannya. Di sini, kita dapat lihat dengan jelas apakah jenis pengalaman Sains yang diperlukan bagi memantapkan cara kanak-kanak belajar sains. Untuk merealisasikan kenyataan di atas, peranan guru dinyatakan dengan jelas

iaitu pada keseluruhannya adalah tanggungjawab guru untuk memberi berbagai pengalaman kepada murid di dalam satu suasana yang kaya dengan beraneka jenis bahan-bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran haruslah maujud dan mampu merangsang minat murid-murid untuk mempelajari Sains guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya. Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar agar suasana pembelajaran yang menarik,bermakna dan seronok dapat dihasilkan.

Seterusnya, beliau menyatakan guru perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran Sains dilaksanakan. Murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Guru perlu menggunakan pendekatan yang menarik seperti pembelajaran yang berpusatkan murid dan bahan. Secara tidak langsung murid dapat merasai pengalaman sendiri bukan hanya mempelajari teori semata-mata secara tidak langsung pemahaman murid terhadap sesuatu topik pembelajaran Sains lebih kukuh dan mendalam guru boleh menggunakan pelbagai kaedah serta pendekatan seperti penceritaaan, lakonan, sumbangsaran, simulasi, dan nyanyian. Contohnya guru bercerita tentang sesuatu topik dan meminta murid menceritakan pengalaman mereka sendiri. Guru juga boleh menterjemahkan fakta sains melalui lagu dan pantun contohnya menjadikan tabiat makanan haiwan menggunakan melodi lagu kanak-kanak seperti can malican. Guru juga boleh menggarapkan topik/fakta Sains dengan

menggunakan pantun. Guru boleh juga memberikan formula yang mudah bagi mereka untuk mengingat kerana hal ini secara tidak langsung mampu membantu mereka untuk mengingat untuk jangka masa yang panjang dan mengukuhkan pemahaman mereka. Guru mengadakan perbincangan berkumpulan sesama pelajar. Hal ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk bertukar-tukar idea sesama mereka.

Pengalaman seterusnya ialah interaksi antara guru dengan murid. Guru perlu memberikan pendedahan asas sebelum memulakan kelas dan guru membantu murid dalam kemahiran belajar contohnya menulis nota tentang topik Sains yang biasa keluar di dalam peperiksaan. Hal ini dapat membantu mereka memahirkan diri dalam menulis nota contohnya menulis nota dengan menggunakan peta minda dan peta konsep. Murid perlu mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid perlu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan ideaidea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahanbahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan mereka .

Di samping itu, beliau menegaskan beberapa kali peranan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu sebagai penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan

menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Guru sewajarnya memberi peluang kepada murid menerangkan kepada rakan-rakan di dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung membantu mereka mengingat dan memahami sesuatu topik yang mereka pelajari. . Guru haruslah mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea

tersebut. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk pelajar-pelajar dan mempunyai kefahaman bagaimana pelajar-pelajar mesti bergerak ke arah mencapainya. Guru boleh mengaitkan sesuatu pelajaran tentang apa yang berlaku dalam kehidupan manusia atau menanyakan objek-objek yang terlibat semasa pembelajaran sains. Sebagai contoh, guru ingin mengajarkan topik hidupan mamalia dan reptilia. Guru boleh menanyakan kepada murid-murid adakah mereka pernah mengunjungi zoo dan meminta mereka menyebut hidupan yang mereka temui di sana. Secara tidak langsung, pemahaman murid lebih jelas kerana apa yang mereka bakal pelajari mereka pernah lalui dan alaminya sendiri selain dapat membantu mereka mengenalpasti dengan lebih jelas tentang sesuatu sukatan pelajaran

Seterusnya beliau turut menyatakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan untuk menerapkan nilai koperatif dan kolaboratif di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut resnick (1983), makna adalah dibina oleh alatalat kognitif pelajar. Oleh itu, ianya bukan dihubungkan oleh guru kepada murid. Dengan kata lain, makna adalah diwujudkan dalam minda pelajar sebagai hasil ineteraksi pancaindera mereka dengan dunianya. Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik perlu berorientasikan kepada pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka mepunyai ciri-ciri

tertentu. Guru boleh mengajarkan sesuatu topik pelajaran melalui aktiviti berkumpulan. Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan jalankan aktiviti kuiz atau sumbang saran secara tidak langsung nilai koperatif dan kolaboratif dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

Pengalaman terakhir yang beliau nyatakan sebelum saya mengakhiri sesi temubual dengan beliau ialah guru perlu meningkatkan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka di samping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. Sebagai contoh guru memberi tugasan menyenaraikan haiwan karnivor.

Saya mengakhiri sesi temubual dengan guru berkenaan dan membuat huraian serta rujukan mengenai teori konstruktivisme bagi menghubungkait isi temubual dengan teori konstruktivisme bagi menjawab persoalan asas tentang bagaimana cara kanak-kanak mempelajari Sains. kesimpulannya, konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan yang sangat berhubungkait dengan cara seseorang individu membina pengetahuan. Konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siapsedia (ready-mate) tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam sekeliling. Justeru, guru perlu melakukan anjakan paradigma dengan mengubah

strategi pengajaran dan pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid dan bahan kerana ia mampu melahirkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan sekaligus dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk

membangunkan potensi individu secara menyeluruh dalam pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek serta spiritual dalam mencapai Wawasan 2020 untuk maenjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara maju dan berdaya saing.

You might also like