You are on page 1of 2

Bismillah.

Terima kasih Pengerusi Majlis Barisan Panel Hakim Yang adil lagi bijaksana Hakim masa yang penuh setia Guru-guru yang berdedikasi dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia

Insan berilmu Bangsa Berjaya Itulah tajuk Pidato saya Pembuka kata perasmi bicara Salam kasih salam mesra

Hadirin yang dihormati, Sebelum terlanjur bicara,izinkan saya mendefinisikan makna tajuk pidato saya. Mengikut kamus dewan edisi ke empat, Insan berilmu bermaksud manusia atau seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara. Manakala Bangsa Berjaya pula bermaksud sekumpulan masyarakat yang mencapai tahap yang impikan oleh mereka. Ilmu itu amat penting untuk kita semua. Dengan ilmu kita akan hidup secara bermaruah. Orang akan pandang tinggi pada kita. Mengikut hadis nabi s.a.w, mafhumnya barang siapa yang hendakkan dunia, hendaklah dia berilmu, Barang siapa yang hendakkan akhirat, hendaklah dia berilmu, dan barang siapa yang hendakkan kedua-duanya hendaklah dia berilmu. Mengikut hadis nabi s.a.w lagi, mafhumnya : Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad Di sini jelaslah kepada kita bahawa agama Islam amat menitikberatkan penguasaan ilmu dan ilmu itu adalah penentu kepada kejayaan sesuatu bangsa. Hadirin yang budiman, Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting.Ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, Ilmu pelita hidup. Jadi, para pelajar harus dididik menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin.

Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan negara yang tercinta ini. Hadirin yang dikasihi, Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Jadi, sebuah bangsa akan dikira berjaya sekiranya boleh mencipta pelbagai inovasi untuk kegunaan manusia. Lebih bernilai lagi jika ilmu dan kepakaran yang kita miliki ini dapat di ajar dan diperkembangkan kepada generasi seterusnya atau orang lain. Para Penonton yang budiman, Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Contohnya, seseorang pemimpin yang berilmu dia akan dapat memajukan bangsanya.serta mampu membawa perubahan yang positif kepada rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang.Jadi, insan yang bergelar pemimpin haruslah seorang yang berilmu. Para penonton yang saya hormati, Akhir sekali, jelaslah bahawa insan berilmu adalah penentu kejayaan bangsa. Oleh itu, kita perlu tanamkan minat menuntut ilmu melalui amalan membaca. Amalan membaca akan dapat membekalkan ilmu untuk membangunkan sebuah bangsa yang maju. Semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin berjayalah bangsanya. Sebelum mengakhiri bicara, terimalah serangkap pantun daripada saya, Usah termenung usah berfoya, Agar minda terus terpelihara Insan berilmu bangsa berjaya, Negara makmur aman sejahtera Sekian. Assalamulaikum w.b.t

You might also like