You are on page 1of 2

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 2013 NAMA : MUHAMMAD AL-HASYIR BIN HADIMIN OPSYEN : PISMP BM1

SEMESTER 5 NO. K/P : 911102-12-6075 TEMPAT : SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN KENINGAU 2, KENINGAU, SABAH. TARIKH : 6 /3/ 2013 Semua PISMP Semester 5 diberi projek untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 iaitu benchmarking atau penanda aras. Disebabkan terlalu ramai kami telah memilih untuk melakukan program ini dengan kelas PISMP PSV. Kami telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk tutor kumpulan iaitu Puan Norhayati binti Idris. Terdapat beberapa masalah yang timbul seperti IPG kekurangan peruntukan, jadi kami telah mengambil keputusan untuk mengutip wang dari guru pelatih. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang hebat dengan sukan di keningau. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau 2 merupakan sekolah yang hebat dalam sukan dan berprestij. Apabila sampai di sana saya berasa kagum kerana persekitarannya yang indah dan ceria dan beberapa acara sedang berlansung di sekolah tersebut seperti pertandigan pidato dan perlawanan boleh sepak bawah 15 tahun. Kami disambut dengan mesra dan meriah setibanya kami di sana. Selepas itu, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Kaunseling, Cikgu Kawos. Beliau telah menerangkan dan melakukan beberapa aktiviti set induksi kepada kami dan di ganti oleh cikgu Kasimin yang memberi ceramah tentang disiplin sekolah dan selepas itu ceramah oleh cikgu Asriman tentang profesionalisme guru. Ini dapat membayangkan betapa komitednya guru-guru di sekolah tersebut. Kami mendapati murid-murid sekolah tersebut adalah sangat bersopan-santun dan menghormati orang lain. Ini ialah berkat didikan guru-guru di sekolah ini. Untuk mencapai tahap seperti yang telah dicapai oleh

SMK Keningau 2 bukanlah mudah. Ia memerlukan sokongan padu dari semua pihak iaitu murid-murid, sekolah, masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya begitu kagum dengan guru-guru di sekolah itu yang begitu tekun, rajin, bersemangat waja dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan SMK Keningau 2. Pengalaman dan ilmu yang saya timba di SMK Keningau 2 semasa menjalankan Program BIG akan saya gunakan semasa bergelar guru kelak. Di IPG Kampus keninhgau pula, di teruskan lagi degan sesi ceramah oleh En. Firdaus iaitu pensyarah cemerlang mengenai JPN iatu penerangan tentang ketua-ketua sektor dan jabatannya, dan di teruskan dengan sesi forum ringkas yg di kelola oleh pelatih sendiri dan diteruskan degan sesi soal jawab antara pelatih dan pensyarah En. Firdaus. Setelah itu penyampaian hadiah kepada En. Firdaus untuk menghargai jasa beliau sebagai pensyarah cemerlang yang memberikan penambahan ilmu kepada kami pelatih yang serba kekurangan dengan ilmu pengetahuan perguruan untuk di manfaatkan di sekolah nanti ketika bergelar seorang guru. Profesion perguruan yang semakin mencabar akan saya harungi demi mendidik anak-anak bangsa.

You might also like