You are on page 1of 25

Hasyir Momo

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurangkurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: kuat pintar nakal keras lemah sihat bijak cergas jahat

1. 2. 3. 4. 5.

Contoh ayat: Budak nakal selalu kena marah. Dia lemah dalam matematik. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. Anak Pak Kamar bijak sekali. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: jingga perang hitam putih biru kelabu

Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau. 2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. 3. Baju kesukaan saya berwarna kuning. 4. Kereta merah itu kepunyaan abang. 5. Dia memiliki mata berwarna biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: tebal gemuk panjang nipis kurus pendek tinggi rendah kecil

2. 3. 4. 5.

Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca. Anaknya masih kecil lagi. Badannya semakin kurus. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: lurus bulat bujur bengkok leper bundar lonjong buncit tajam

Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui. 2. Bentuk buah kelapa itu lonjong. 3. Mukanya bujur sirih. 4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. 5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kerap awal sering jarang lewat silam baharu dahulu lampau

1. 2. 3. 4.

5.

Contoh ayat: Kedatangannya lewat hari ini. Dia berada di kampus sehari suntuk. Kenangan silam sukar dilupakan. Nenek masih menyimpan barangbarang lama. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: nyaris dekat hampir jauh

Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. 2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. 3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: pantas deras ligat lambat gopoh perlahan laju cermat cepat

1. 2. 3. 4. 5.

Contoh ayat: Kereta itu dipandu dengan laju. Siapa cepat dia dapat. Gasing itu berpusing ligat. Arus sungai itu sangat deras. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kasih takut malu sayang hendak geram cinta rindu marah

1. 2. 3. 4. 5.

Contoh ayat: Dia masih marah kepada saya. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kanak-kanak itu takut akan kucing. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut: Indera sentuh Conto perkataan: lembik kasar licin halus kesat keras

1. 2. 3. 4. 5.

Contoh ayat: Lantai itu licin kerana baru dicuci. Kulit mukanya sangat halus. Kain yang kesat itu ialah kain lap. Buku itu berkulit keras. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

1. 2. 3. 4. 5.

Indera dengar Contoh perkataan: nyaring lembut mersik merdu garau serak Contoh ayat: Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. Alunan musik itu mersik.

1. 2. 3. 4. 5.

Indera pandang Contoh perkataan: comel hodoh molek cantik buruk segak Contoh ayat: Pemuda segak itu guru saya. Kakaknya suka berpakaian cantik. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

1. 2. 3. 4. 5.

Indera bau Contoh perkataan: wangi hanyir harum busuk hancing tengik Contoh ayat: Bunga ros itu harum baunya. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

1. 2. 3. 4. 5.

Indera rasa Contoh perkataan: manis kelat masam payau lazat Contoh ayat: Setiap hari kita minum air tawar. Semua orang suka makanan lazat. Buah limau masam rasanya. Saya tidak suka minum ubat pahit. Kuih tradisional itu terlalu manis.

masin

You might also like