You are on page 1of 10

Pengertia n

Terdapat 4 pengertian atau definisi kajian tindakan :

1.Robert Rapoport (1970)

mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.

2. Stephen Kemmis (1983)


mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang: proses dan mutu pengajaran pemahaman dan penguasaan pengajaran situasi dimana proses pengajaran berlaku Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang

3. Dave Ebbutt (1985)

Kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.

4. John Elliott (1991)

memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek

Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan


1.

2.

3.

4.

5.

guru akan lebih bertanggungjawab dan mengawal kerjaya profesional. guru yang melakukan kajian tindakan akan mengembangkan mutu pengajaran dan pembelajaran. guru lebih bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan teknik dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran. menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru. keinginan guru yang tinggi untuk diiktiraf seperti golongan profesional yang lain telah menggalakkan mereka untuk cenderung mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sendiri.

Penyelidikan Tindakan bercirikan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :
mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya; dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan; dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri; meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

Kajian Tindakan Tujuan Untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis Boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar sekolah Penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskriptif dan naratif

Rekabentuk

Subjek

Perkaedahan

Laporan

Menggunakan bahasa yang mudah difahami guru

Rujukan

: http://peoplelearn.homestead.com/penyelidikan2/bab4tindakan1.html

:poop:

You might also like