You are on page 1of 2

Agama Hindu dikenali: Sanathana Dharmayang bermaksud agama abadi.

Agama Hindu awal yang dirujuk sebagaibudaya Vedik dipercayai telah diamalkansejak tahun 3500 Sebelum Masihi.

Ajaran Hindu dirujuk kepada kitab Veda yangempat iaitu, Rig, Sama, Yajur and Atharva.

Tiga dewa utama: Brahma, Vishnu dan Siva.

Konsep utama: Dharma, Samsara, Karma,Mokhsa. 6 Wani&Dila Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu. Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia mengandungi

nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme. Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati : Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersamasama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru. a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk. c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik. d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula. e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.

You might also like