You are on page 1of 27

BMM3104 INTERAKSI 3

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KAEDAH
Pengajaran

dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk

KAEDAH
Pengajaran

Bahasa Melayu secara umumnya melibatkan pelbagai kaedah yang boleh digunakan di bilik darjah. Kaedah yang lazim digunakan terdiri daripada tujuh jenis, iaitu kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audiolingual dan kaedah komunikatif. Untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya kaedah yang bertepatan sahaja boleh digunakan dan Siti Hajar (1999) misalnya, mencadangkan kaedah situasi. Didapati bahawa daripada tujuh kaedah yang dikemukakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, hanya lima kaedah sahaja yang sesuai digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur. Kelima-lima kaedah tersebut ialah kaedah terus,

KAEDAH TERUS
Kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan

pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, kemahiran mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah terus ini, perkataan konkrit misalnya, cawan diajarkan dengan menunjukkan objek cawan. Perkataan abstrak misalnya, cinta pula diterangkan dengan

KAEDAH TERUS
Pengajaran sesuatu topik baharu adalah berdasarkan

sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya misalnya, ayat Saya minum menjadi Saya minum susu. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang popular terutamanya untuk kemahiran mendengar dan bertutur (pengajaran lisan) kerana murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa terjemahan. Kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-

KAEDAH FONETIK/LINGUISTIK
Kaedah

ini juga amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayatayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya, [m?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus tatabahasa itu diajarkan.

KAEDAH EKLEKTIK
Kaedah ini didapati mengambil ciri-ciri yang baik

daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah yang digabungkan misalnya, ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut situasi dalam pengajaran. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Kaedah ini juga bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya berdasarkan keperluan murid-murid. Aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur (lisan),

KAEDAH AUDIO-LINGUAL
Kaedah

ini menggabungkan dua kemahiran, iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual) dan mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya, suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, berita, sajak, pantun, syair dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar sebagai contohnya, rakaman sajak daripada pita rakaman. Murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi dan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Ingatan murid-murid dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan

KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah

komunikatif terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif (Hymes 1971), manakala teori pembelajarannya pula adalah berlandaskan teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih muridmurid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna.

TEKNIK
Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara

yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik ini dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran dan setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik pengajaran yang sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu secara umumnya terdiri daripada lapan jenis yang berbeza, iaitu teknik soal

TEKNIK SOAL JAWAB


Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan

paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan isi pelajaran dan muridmurid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Tindak balas murid-murid memerlukan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur yang baik kerana murid-murid perlu berfikir sebelum mengemukakan jawapan yang tepat. Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab, iaitu untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid; untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis; dan untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau

masalah atau peristiwa yang dianggap penting dan muridmurid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Teknik main peranan ini ialah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip, manakala murid-murid yang berlakon dalam teknik ini pula cuba menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu situasi kepada murid-murid lain. Murid-murid yang lain ini pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik main peranan biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai misalnya, amalan berbudi bahasa dan masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, memperdengarkan rakaman dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat dan didengar, muridmurid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut, manakala murid-murid lain

TEKNIK LAKONAN/DRAMA
Teknik lakonan/drama sering digunakan dalam kaedah

komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif, iaitu kaedah terus, eklektik dan audiolingual. Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih muridmurid menggunakan kemahiran bahasa khususnya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan. Teknik ini berbeza daripada teknik main peranan kerana murid-murid berlakon berdasarkan skrip yang disediakan oleh mereka misalnya, murid-murid berlakon untuk drama yang bertemakan penagihan dadah dalam kalangan remaja. Murid-murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu melalui teknik ini. Drama/lakonan berperanan sebagai ragam pembelajaran, iaitu sebagai salah satu alat bantu

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Teknik

ini paling menyeronokkan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan dan penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid-murid memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik).. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya, iaitu merangsang kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur) murid-murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak iaitu merangsang kemahiran lisan murid-murid,

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN MENYAMPAIKAN PESANAN
Murid-murid diminta duduk dalam bulatan. Guru atau murid menyampaikan pesanan atau

mesej kepada murid pertama misalnya A. A pula akan menyampaikan pesanan itu kepada B, seterusnya kepada C dan seterusnya kepada murid-murid lain sehinggalah pesanan itu tiba kepada guru atau murid yang mula-mula menyampaikannya. Guru perlu mempastikan murid yang akhir menyampaikan pesanan yang sama seperti pesanan yang diterima oleh murid yang pertama.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN TEKALAH SAYA
Permainan ini bertujuan membiasakan murid-murid

memupuk kemahiran mendengar dan bertutur dengan membina ayat tanya. Permainan ini dijalankan secara kumpulan dengan seorang murid menjadi ketua. Ketua akan memberi panduan tentang rupa bentuk atau sifat-sifat benda yang dijadikan tumpuan pertanyaan atau tekaan itu. Misalnya, barang yang ditanya ialah pen maka ketua tadi boleh memberi petunjuk, digunakan untuk menulis. Pertanyaan yang boleh dikemukakan pula adalah seperti berikut: Adakah ia diperbuat daripada kayu? Jawapan: Tidak Adakah ia mempunyai dakwat? Jawapan: Ya Benda itu ialah pen. Jawapan: Betul

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN TEKALAH SAYA
Permainan ini juga boleh dijalankan dengan cara lain,

iaitu murid-murid diminta memikirkan sesuatu kemudian menyebutkan sifat-sifatnya. Murid-murid yang lain pula perlu meneka apakah benda itu misalnya: Saya hidup di darat. Saya sangat comel. Saya disayangi oleh manusia. Saya suka menangkap tikus. Jawapan: Kamu ialah kucing.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN MEMERHATI DAN MENGINGAT
Guru menunjukkan beberapa benda, gambar atau

kad-kad perkataan kepada murid-murid. Benda, gambar atau kad-kad itu kemudiannya ditutup dan murid-murid diminta mengingat dan menyebutnya semula. Permainan ini secara tidak langsung dapat memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN BERPASANGAN
Guru menyediakan kad-kad kecil yang dituliskan

perkataan-perkataan berlawan, berganda, sama erti dan sebagainya. Kad-kad itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak. Murid-murid diminta mengambil satu daripada kad tersebut tanpa melihatnya kemudian menyebutkan perkataan yang ditulis pada kad itu. Murid-murid kemudiannya diminta mencari pasangan masing-masing sesuai dengan perkataan yang ada pada mereka.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


@PERMAINAN SLIP UNDIAN
Melalui permainan ini, murid-murid diminta menulis sesuatu aktiviti seperti menyanyi, berlakon, mendeklamasi puisi, berpidato dan sebagainya di atas sekeping kertas. Kertas itu kemudiannya digulung atau dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak. Kotak itu kemudiannya digoncang-goncangkan. Guru meminta pula seorang demi seorang murid mengambil salah satu daripada slip kertas itu dan melakonkan apa yang tercatat di kertas tersebut. Semua aktiviti yang tercatat di atas kertas tersebut dapat memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid.

TEKNIK HAFAZAN
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi

informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 1:2, iaitu satu bahagian demonstrasi dan dua bahagian latih tubi. Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi pula dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta

yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik latih tubi ini adalah berasaskan kaedah pengajaran

bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dengan perkataan lain, kemahiran mendengar dan bertutur amat dititikberatkan dalam teknik ini. Sehubungan itu, teknik ini didapati memberi penekanan terhadap lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu: (i) Sebutan (Accent) Menyebut perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. (ii) Tatabahasa (Grammar) Penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. (iii) Perbendaharaan Kata (Vocabulary) Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu. (iv) Kefasihan (Fluency) Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya.

TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik

ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbincangan antara murid-murid secara bekerjasama untuk menyatakan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik melalui mesyuarat, forum, seminar, bengkel dan

TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik ini melatih kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan

murid-murid berdasarkan langkah-langkah berikut: (i) Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. (ii) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua untuk mempastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. (iii) Guru kemudian memberi tugas kepada setiap kumpulan untuk mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain, menegaskan perkara- perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul. (iv) Setelah tamat perbincangan guru meminta laporan daripada setiap

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Teknik penyelesaian masalah merupakan aktiviti

yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, teka silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka khususnya, kemahiran mendengar dan bertutur

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik

penyelesaian masalah dengan berkesan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut: (i) Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperoehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan. (ii) Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka. (iii) Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. (iv) Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. (v ) Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang

You might also like