You are on page 1of 12

KURSUS: KKD2063-PEMBANGUNAN SAHSIAH GROUP: EL-C07

PENSYARAH: PN ROSLINDA BT MUSTHAPA SOALAN: 5 TAJUK TUGASAN: Huraikan lima ( 5 ) aspek cirri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara

NAMA: NIK ANUAR BIN NIK HASSAN NO. MATRIK: D20102045133

TUGASAN 2 Huraikan lima ( 5 ) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. Bitara mengikut Kamus Dewan membawa maksud tiada taranya, hanya satusatunya.Berdasarkan pada itu bolehlah dikatakan bahawa Bitara membawa erti unik,unggul dan tiada tolok bandingnya dengan mana-mana unsur yang lain. Terdapat enam nilai bitara yang perlu ada pada diri seseorang guru. Antaranya adalah berintergriti, profesional, semangat berpasukan, berorentasikan pelanggan, perihatin kebajikan anggota dan kreatif serta inovatif. Terdapat beberapa ciri-ciri guru yang berkesan bagi menjamin setiap murid mencapai kualiti pengajaran yang berjaya, antaranya ialah : Bersikap profesional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya ilmu Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja Bermoral teguh Sentiasa beruasaha meningkatkan kualiti pengajaran Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu )

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah

BERINTEGRITI Berintergriti membawa maksud suatu kualiti yang perlu dimiliki leh seseorang guru secara konsisten bagi menyokong dan mendokong prinsip moral tinggi atau tahap prfesionaslima keguruan. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak bleh diasingkan mahupun dipisahkan, iaitu sesuatu yang sempurna dan tidak bleh dirosakkan mahupun diubah mengikut kehendak. Secara ringkasnya, intergriti bolehlah ditakrifkan sebagai suatu pemilikan kualiti konsiten. Sebagai contohnya, amalan menuntut ilmu adalah sebahagian daripada ibadah yang dituntut oleh semua umat Islam di mana sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat di dalam hati. Segala perbuatan ataupun perlakuan mahupun pemikiran kita juga adalah ibadah sekiranya ianya dilakukan kerana Allah S.W.T. Ianya juga terkandung dalam Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebagai ahli akademik khususnya guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk memastikan masa depan anak-anak murid yang cemerlang. Dalam membentuk personaliti diri Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat dimensinya iaitu; adil, amanah, akuantabiliti serta telus. Saya akan perjelaskan setiap dimensi yang terdapat dalam unsure integriti ini.

Petunjuk Adil :

Adil bererti sesuatu yang berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak sewenang-wenangnya serta tidak melebihi atau kurang daripada yang sewajarnya atau sepatutnya. Sebagai guru, nilai adil ini amat penting terutama dalam menjalankan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, guru memulakan dan menamatkan kelasnya mengikut jadual waktu yang telah diberikan tepat pada masanya dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Contohnya, sekiranya kelas guru bermula jam 7.45 pagi, Guru semestinya sudah berada di dalam kelas seawal pukul 7.40. Guru juga tidak boleh menggunakan masa yang sepatutnya berada di dalam kelas dengan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajaran seperti berbual-bual kosong dengan guru lain atau pun menghantar pesanan SMS atau membuat panggilan telepon walaupun bukan urusan rasmi. Ini akan menyebabkan murid akan mula hilang hormat pada guru tersebut yang dianggapnya suka membuang masa mereka. Selain itu, guru tidak seharusnye memilih kasih dalam pengajaran seperti hanya menyoal pelajar-pelajar yang cerdik dan pandai sahaya.Murid yang kurang pandai juga harus di beri keutamaan juga.

Petunjuk Amanah : Amanah iaitu kata pinjaman dari Bahasa Arab yang membawa erti sesuatu yang dipercayakan oleh seseorang ataupun kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang guru. Amanah juga boleh ditafsirkan sebagai kepercayaan, boleh dipercayai serta jujur. Bersikap amanah adalah sesuatu yang dituntut oleh setiap agama di dunia ini. Bersikap amanah tentunya dalam menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan benar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh membuat syok sendiridalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Ini kerana sekiranya tindak an tersebut dilaksanakan ianya boleh menyebabkan murid tidak mendapat input atau maklumat yang tepat. Sebagai contohnya, Guru sukan atau Pendidikan Jasmani membertahu tentang peraturan dalam sukan bola sepak tanpa merujuk manamana buku peraturan atau pegawai teknik dan menyampaikan maklumat tersebut kepada murid. Itu adalah suatu tindakan yang tidak amanah kerana menyampaikan maklumat yang kurang tepat kepada murid. Hal ini kerana, apa sahaja input yang diberikan oleh guru kepada murid, akan dianggap betul dan benar oleh murid. Guru

juga boleh menjalankan kelas berasingan kepada murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Di samping itu guru yang amanah akan sentiasa mengajar di dalam kelas mengikut masa yang di jadualkan.Amanah yang di berikan oleh kementerian pengajaran haruslah di jalankan secara ikhlas.

Petunjuk Telus Guru seharusnya telus menyampaikan ilmu kepada muridnya. Guru tidak boleh menyampaikan sesuatu ilmu itu secara ringkas dengan mengharapkan murid mendapatkan sendiri isi pelajaran yang di ajar. Sebagai contohnya, ada guru yang mengesyorkan murid ke kelas tuisyen yang dikelolakannya sekiranya ingin mendapatkan isi pelajaran dengan lebih tepat. Ini suatu tindakan yang tidak betul. Guru seharusnya menyampaikan ilmunya itu kepada semua murid dengan jelas dan tidak menyembunyikannya. Guru yang menyampikan ilmunya dengan telus dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan akan mencapai kepuasan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Guru sebegini akan lebih disanjung dan dihormati oleh anak muridnya.Antara caranya ialah dengan membuat kelas tambahan jika pelajar masih belum menguasai kemahiran yang di ajar oleh guru.

Petunjuk Akauntabiliti Guru sewajarnya mempunyai sifat akuantabiliti ini. Ianya adalah sifat yang amat diperlukan dalam membentuk jati diri guru yang baik. Sikap akauntabiliti ini boleh ditunjukkan secara ringkasnya apabila guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya seperti yang ditetapkan. Sifat akauntabiliti ini berkait rapat dengan sifat amanah. Guru juga seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab atas ilmu yang diajarkan kepada setiap muridnya.

PROFESIONAL Profesional merujuk kepada tahap kemampuan dan kemahiran seseorang itu di dalam bidang prodesion yang diceburinya. Profesion keguruan juga mempunyai sifat profesionalnya sendiri. Nilai profesional ini merujuk kepada kemahiran dan kecekapan seseorang itu di dalam profesionnya. Guru seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam mempelajari sesuatu yang baru untuk meningkatkan tahap profesional profesionnya. Sekiranya seseorang guru itu menganggap keguruan adalah sebagai proseionnya, maka dia hendaklah sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan serta kecekapannya dalam menjadikan keguruan itu satu profesion yang tinggi nilainya. Nilai profesional mempunyai empat elemen itu; beretika, iltizam, cinta ilmu serta kompeten.

Elemen beretika : Etika bererti prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Secara ringkasnya bolehlah ditafsirkan bahawa etika ini merujuk kepada nilai-nilai yang menjadi pegangan para guru berdasarkan etika keguruan. Guru mestilah mengutamakan organisasinya iaitu sekolah. Maruah guru serta pelajar juga hendaklah dijaga agar mereka tidak berasa malu ataupun menghadapi masalah. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengumumkan markah yang tertinggi dan yang terendah di dalam satu-satu ujian.Jangan buat perbandingan di antara murid pandai dengan murid lemah. Ini kerana, tindak an tersebut boleh mendatangkan perasaan malu pada murid yang lemah. Kita juga tidak boleh menceritakan kelemahan rakan sejawat kepada rakan yang lain mahupun murid. Sekiranya ini berlaku, murid akan hilang hormat terhadap guru tersebut. Elemen Iltizam : Bersikap iltizam serta komited dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran adalah nilai profesion keguruan. Tugasan ini memerlukan perancangan yang teliti dan dilaksanakan juga dengan teliti agar semua murid mencapai objektif pelajaran tersebut. Guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan

seikhlas hati serta tidak mengharapkan ganjaran. Sebagai contoh, guru janganlah mengharapkan ganjaran atau upah jika bekerja lebihan masa seperti membuat kelas tambahan dan di suruh menghantar murid ke sukan daerah atau negeri. Ianya adalah sebahagian daripada tugasan guru menyampaikan ilmu kepada semua murid. Kita juga perlu memastikan diri kita mampu dijadikan contoh ataupun role model kepada murid serta rakan sejawat yang lain. Elemen Cinta Ilmu : Guru seharusnya mempunyai rasa kecintaan terhadap ilmu.Guru pada hari ini hendaklah sentiasa mencari ilmu pengetahuan yang baru untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada pendapat saya dengan banyak membaca dan mencari sumber-sumber maklumat di internet,ia akan menanbahkan lagi ilmu pengetahuan guru.Ilmu pada hari ini bukan sekadar di dalam buku tetapi melalui internet serta media masa yang lain seperti majalah, makalah, surat khabar dan lain-lain. Guru pada zaman ini juga digalakkan menjalankan penyelidikan dalam tugasan mereka. Ini bagi memastikan bahawa ilmu yang diperolehi mempunyai fakta yang betul dan sohih. Guru juga hendaklah menerapkan budaya belajar sepanjang hayat kepada murid dan juga rakan sejawat. Guru juga harus menganggap tempat mengajar adalah tempat yang terbaik untuk mencari ilmu pengetahuan. Elemen Kompeten : mempunyai sikap kompeten adalah dengan melaksanakan tugas yang diberikan dengan berkualiti dan efisen dalam jangka waktu yang telah diitetapkan. Sebagai contoh, guru hendaklah memastikan bahawa ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada murid-murid mampu diaplikasikan oleh mereka di dalam kehidupan seharian. Guru juga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru dengan rakan sekerja serta murid. Bagi memastikan pembelajaran bersifat kotemporari, guru hendaklah memperkemaskan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini. Sebagai contoh, guru pada hari ini haruslah mahir menggunakan komputer serta melayari internet untuk mendapatkan bahan bagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

SEMANGAT BERPASUKAN

Semagat berpasukan adalah sekelompok modal insane guru yang sentiasa bekerjasama serta tolong-menolong di bawah satu kepimpinan bertujuan mencapai matalamat yang disasarkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan dengan menggunakan kaedah tertentu. Setiap guru mestilah bekerjasama, saling hormatmenghormati dan perlu mengelak daripada berprasangka buruk antara satu sama lain. Setiap guru hendaklah menganggap guru yang lain sebagai sebahagian daripada anggota keluarga. Terdapat empat dimensi untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-menghormati dan juga bangga sekolah. Ianya bolehlah digambarkan seperti berikut:

Dimensi Muafakat : Setiap guru hendaklah mengamalkan sifat sentiasa bermuafakat dalam menjalankan tanggungjawabnya. Salah faham serta berprasangka buruk terhadap rakan sejawat akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran guru akan terjejas. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan sifat tersebut. Sebagai contoh, guru yang sentiasa mencari salah terhadap rakan sejawatnya akan mengalami tekanan yang akhirnya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajarannnya. Guru sebegini akan mendapat kutukan secara tidak langsung dari murid dan rakan sejawatnya.Di sekolah semangat kerja berpasukan adalah yang di tuntut oleh semua guru besar.Ini akan member kesan yang baik untuk murid dan sekolah.

Dimensi Fokus Matlamat : Setiap guru hendaklah fokus kepada matlamat asal menjadi seorang guru. Ini bertujuan untuk menaikkan reputasi sekolah tersebut. Visi dan misi sekolah haruslah sentiasa dijadikan panduan oleh guru dalam memastikan fokus utamanya.

Dimensi Hormat-Menghormati : Sikap saling hormat-menghormati perlu ada dalam diri setiap guru. Ini bertujuan untuk memupuk sikap saling mempercayai dalam kalangan guru. Berikan penghargaan kepada rakan sejawat mahupun murid-murid tanpa mengira umur, bangsa mahupun jantinanya.

Dimensi Bangga Sekolah : Setiap guru haruslah menunjukkan sifat bangga akan sekolahnya. Ini kerana, sekiranya guru menunjukkan sikap sedemikian, maka muridmurid juga akan bersama-sama berusaha menaikkan imej sekolah.Perasaan bangga terhadap sekolah akan menanamkan semangat dalam diri untuk memajukan imej kendiri guru dan mengharumkan nama sekolah agar menjadi lebih terkenal.

BERORIENTASIKAN PELANGGAN ( MURID ) Sebagai guru kita harus tahu bahawa pelanggan kita adalah murid. Guru seharusnya bijak dalam memastikan murid mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Sebagai contoh, sekira kita pergi ke sesebuah kedai runcit, kita akan memastikan untuk mendapatkan barangan yang baik dan berkualiti. Begitu jugalah dengan murid. Mereka ini berhak untuk mendapat ilmu pengetahuan daripada guru. Teradpat empat elemen dalam nilai ini iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Ini dapat diperjelaskan dalam rajah berikut :

RESPONSIF BERORIENTASIKAN PELANGGAN ( MURID )

PROAKTIF

MESRA

BERKUALITI

Elemen Responsif : Respon yakni bertindak dengan segera. Guru yang baik haruslah sentiasa bertindak ddngan pantas. Murid yang responsif adalah murid yang cepat memberikan maklum balas terhadap maklumat ataupun soalan yang dikemukan oleh guru. Guru yang respoinsif ini akan sentiasa memberikan jawapan yang tepat dan betul apabila ditanya oleh murid. Elemen Proaktif : Sikap proaktif perlu ada dalam setiap orang. Ini kerana guru yang proaktif akan sentiasa merancang dengan teliti isi pelajarannya. Guru yang proaktif juga akan mempunyai jadualnya tersendiri bagi memastikan matlamat pelajarannya tercapai. Guru proaktif biasanya akan mudah didampingi oleh murid.

Elemen Mesra : Guru yang mesra dengan pelanggannya ( murid ) akan sentiasa didampingi oleh muridnya. Ini adalah antara cirri-ciri guru yang berkesan. Guru yang mesra akan mudah menjalankan isi pengajaran dan pembelajarannya kerana murid akan sentiasa memberikan tumpuan dan menunjukkan minat terhadap cara mengajar guru tersebut. Kita seharusnya mempunyai sikap mesra ini dengan murid. Sekiranya seseorang guru itu sentiasa menampilkan dirinya sebagai seorang yang garang, maka murid akan mula menjauhinya. Elemen Berkualiti : Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti amat ditagih oleh murid dalam mendapatkan kepuasan dalam belajar. Kerja atau tugasan guru itu dianggap berkualiti andai ianya menepati kehendak murid disamping tidak tersasar daripada matlamat pelajaran.

KREATIF DAN INOVATIF

Guru yang kreatif bukan sahaja pandai menghasilkan bahan bantu mengajar tetapi juga mahir dalam mengembangkan bakat dan minat murid dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Untuk maju, manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan,manakala untuk kekal di hadapan, manusia perlu menerajui perubahan,sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru, akan menyebabkan gejala jumud dan membeku budaya. Kreatif dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu berdaya cipta, penambaikan berterusan, rebut peluang dan juga tambah nilai. Ianya seperti rajah di bawah :

KREATIF & INOVATIF BERDAYA CIPTA TAMBAH NILAI

PENAMBAIKAN BERTERUSAN

REBUT PELUANG

Elemen Berdaya Cipta : Sebagai seoarang guru, kita haruslah mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif. Kita tidak boleh berterusan mengajar menggunakan kaedah dan bahan yang sama. Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak dan kreatif unutk meneroka ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini dan mantap kepada murid-murid kita. Guru yang berdaya cipta ini akan sentiasa menjadi panduan kepada murid serta rakan sejawat dalam mendapatkan makumat yang terkini.

Elemen Penambaikan Berterusan : Sudah semestinya kita berasa jemu dan bosan dengan melakukan aktiviti yang sama setiap hari. Oleh itu, kita haruslah melakukan penambaikkan secara berterusan. Sebagai guru, penambaikan berterusan ini meliputi cara mengajar, pendekatan mengajar, campuran pelbagai teknik mengajar, latihan dan

sebagainya. Jika seseorang guru itu sentiasa melakukan penambahbaikan, guru tersebut akan mengetahui perkembangan sesuatu bidang itu dari masa ke semasa.

Elemen Rebut Peluang : Guru yang baik seharusnya sentiasa merebut peluang yang diberikan. Guru harus bijak merebut peluang yang ada terutamanya yang melibatkan cara mendapat atau menyebarkan sesuatu ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, sekiranya guru ditawarkan berkursus, ambillah peluang tersebut dan jangan anggap ianya sebagai satu bebanan. Ini kerana, peluang kadangkala hanya datang sekali sahaja. Apabila guru mendapat peluang, maka kualiti pengajaran dan pembelajarannya juga akan sekaligus meningkat kerana telah mendapat ilmu yang baru dan terkini.

Elemen Nilai Tambah : Guru yang baik akan menggunakan segala kemudahan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, guru menyebarkan sesuatu ilmu yang baru diperolehinya daripada internet kepada murid-murid dan juga akan sejawat. Guru yang sentiasa mencari nilai tambah ini kebiasaannya akan berfikiran luar dari kotak fikirannya . Guru sebegini akan sentiasa dipandang tinggi oleh murid dan juga rakan sejawatnya atas kepelbagaian ilmu baru yang dimilikinya.

You might also like