You are on page 1of 1

ini, terdapat beberapa tugas yang perlu saya lakukan.

Yang paling utama ialah dengan membantu ahli jawatankuasa makanan kerana mereka mengalami kesulitan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Contohnya saya menyediakan minuman tambahan iaitu air mineral untuk diagihkan kepada paserta yang terlibat dalam program ini. Kepentingan utama air mineral adalah sebagai pembekal tenaga kepada Unit Pendidikan Seni Visual semester 5 ambilan Januari 2011 sebelum memulakan atau semasa melakukan aktiviti ini mahupun mana-mana aktiviti sekalipun. Seterusnya, saya membantu ahli jawatankuasa hadiah dan cenderahati untuk mengambil alatan di koperasi Institut Pendidikan Guru kampus Dato Razali Ismail iaitu beg kertas yang tertera logo IPG. Ini bagi melambangkan keformalan sesuatu aktiviti serta menunjukkan sifat keseriusan kami untuk menuntut ilmu di Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sekali lagi, sebelum berlangsungnya lawatan ini, saya berurusan dengan pihak ahli jawatankuasa makanan iaitu ????? bagi menetapkan dan mengesahkan jumlah dan bilangan waktu makan untuk pelajar dan pensyarah. Manakala semasa lawatan ke Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berjalan pula, saya akan memastikan bahawa setiap peserta mendapat makanan yang mencukupi sepanjang lawatan ini diadakan agar setiap orang boleh memberikan respon yang baik setiap aktiviti yang dilaksanakan. Yang terakhir, sebelum berangkat pulang, saya akan memeriksa setiap urusan pembayaran berjalan dengan lancar agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

You might also like