You are on page 1of 17

PANDUAN PENULISAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

AT 401

Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

1.0

PENDAHULUAN Laporan Akhir Latihan Industri merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT401) di organisasi latihan. Laporan ini perlu dilengkapkan (dengan dijilid) dan dikemukakan semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri dan ianya mewakili 20% daripada keseluruhan markah Latihan Industri (rujuk Appendix 4 Industrial Training Final Report Form)

2.0

PANDUAN PENULISAN 2.1 Panduan Umum a) Laporan ini hendaklah bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan disusun mengikut turutan yang betul. b) Hendaklah menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali bagi mana-mana perkataan yang dipetik secara langsung* c) Bilangan muka surat hendaklah di antara 50 hingga 80 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran) d) Bagi memastikan keseragaman laporan ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah menetapkan spesifikasi bagi tujuan penjilidan (rujuk Lampiran A dan Lampiran B).

2.2

Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat a) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format berikut : 3.5 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 2.5 dari tepi atas kertas 2.5 sm dari tepi bawah kertas b) Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (rujuk Lampiran C) c) Nombor muka surat hendaklah pada bahagian tengah bawah kertas. d) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, dan lain-lain. Manakala nombor bagi muka surat BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa (rujuk Lampiran D).

2.3

Jenis Tulisan dan Sela a) Jenis tulisan (font type) yang ditetapkan adalah dari jenis Arial bersaiz 12. b) Jarak antara garisan (line spacing) atau langkau di antara ayat yang digunakan adalah 2.0 (double spacing) dan tidak perlu ditinggalkan ruang kosong (tidak perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik. c) TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan diletakan di bahagian tengah muka surat (menggunakan Center Text). d) TAJUK KECIL hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan (bold). e) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan adalah Align Text Justify. f) Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Page 2

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

g)

Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (italic) atau ditandakan dengan . Atau diletakan dalam kurungan, (.) bagi membantu pemahaman istilah dalam Bahasa Melayu.

h) Huruf besar hendaklah digunakan bagi setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. i) Penggunaan tandaan bullets tidak benarkan.

3.0

FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 3.1 Format Isi Kandungan Format isi kandungan laporan akhir adalah seperti yang ditunjukan dalam Lampiran E. Contoh pengisian kandungan di Bahagian Permulaan Isi kandungan adalah seperti di Lampiran F, G, H, J dan Lampiran K. Ringkasan Kandungan Bab BAB 1 : PENGENALAN Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri iaitu pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN Bagi maklumat latar belakang organisasi latihan, ianya hendaklah merangkumi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti utama organisasi, misi, visi dan juga halatuju organisasi. (pelajar dinasihatkan berbincang termasuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan organisasi sebelum mengambil dan menulis apa-apa maklumat organisasi supaya ianya tidak bercanggah dengan dasar organisasi berkenaan) BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau pun bidang tugas. Ianya boleh dinyatakan dalam bentuk jadual. BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL Bab ini merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja yang dipertanggung jawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan. Bilangan bab yang diperuntukan adalah SATU (1) SAHAJA. Sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub topik yang berkaitan. Pelaporan hendaklah dibuat secara terperinci bagi setiap topik yang ditulis dengan memuatkan juga jadual, rajah dan sebagainya. BAB 5 : KESIMPULAN Kesimpulan merupakan laporan.

3.2

rumusan

kepada

keseluruhan

BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan dan ditulis secara positif dan ianya hendaklah bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.

Page 3

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN : (Lampiran L) Bahagian ini merujuk kepada penyataan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa penyediaan laporan. Format yang digunakan hendaklah merujuk kepada American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan-bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut: i. ii. http://www.apastyle.org http://www.mla.org

JADUAL/RAJAH (Lampiran M dan N) Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan hendaklah dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut: Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, ..dan seterusnya Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3, ..dan seterusnya Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Lihat contoh di bawah; Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 1, pergerakan tanah adalah. atau Jadual 2 menunjukan jumlah Sebarang jadual/rajah yang diambil dari sumber lain, nota hendaklah ditunjukan pada bahagian bawah jadual/rajah tersebut dengan menyatakan punca jadual/rajah tersebut diambil, atau dipetik atau diubahsuai. LAMPIRAN (jika digunakan) Semua lampiran yang hendak dimasukan mestilah bersaiz A4 atau A3 sahaja. Bagi saiz A3, ianya hendaklah dilipat dengan betul dan mudah dibuka untuk tujuan penilaian dan ianya hendaklah disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu ditunjukan nombor muka surat.

4.0

PENUTUP Panduan penulisan Laporan Akhir Latihan Industri ini akan dapat membantu pelajar menyediakan satu pelaporan yang lengkap dan berformat. Berdasarkan Panduan ini, Pensyarah penilai akan membuat penilaian terhadap Laporan Akhir Latihan Industri dengan menggunakan Appendix 4 Industrial Training Final Report Form.

BILLIOGRAFI/RUJUKAN Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, (2010). Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi. Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012 dari http://www.sciencebuddies.org/science-fair -projects/Project_APA_Format_Examples.html

Page 4

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran A Format Muka Depan Laporan Akhir Latihan Industri

Logo PTSS

JABATAN PERDAGANGAN
3 X enter

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


3 X enter

AZHAR BIN AHMAD (18DPM10F9999)


Jenis/Saiz Tulisan : Arial Bold/16 3 X enter

JABATAN MESRA RAKYAT KOMPLEKS ARAU 02600, ARAU, PERLIS


3 X enter

JUN 2012
2 X enter

Page 5

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran B Tetapan Warna Muka Hadapan Laporan Akhir Latihan Industri

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Perdagangan

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual

Page 6

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran C Kawasan Penulisan Bagi Muka Surat Permulaan Setiap Bab

2.5 sm BAB 4 MEREKOD STOK

3 kali enter dan terus tulis

3.5 sm

4.1

Pengenalan Semua stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan Menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan: a) Mengetahui kedudukan stok simpanan b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat, dan c) Mengawal paras stok. 4.1.1 Jenis-Jenis Rekod
Tidak perlu enter

Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan Seperti berikut: a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu: i. Kad Kawalan Stok, KEW.PS-3 di Stor Pusat dan Stor Utama, dan ii. Kad Petak, KEW.PS-4 di Stor Pusat dan Stor Utama dan Stor Unit.
Penomboran Muka Surat (diletakan di bahagian tengah)
2.5 sm

11

2.5 sm

Page 7

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran D Kawasan Penulisan SELAIN muka surat permulaan bab 2.5 sm

Jaraknya adalah sepertimana 4.1.1

4.1.2 Lokasi dan Letakan Stok Lokasi stok hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan. Tindakan
Permulaan setiap perenggan mestilah sama dengan tajuk/sub tajuk dan perenggan yang berikutnya

berikut perlu diambil. i) Carta lokasi stok perlu disediakan dan dikemaskini dari masa ke semasa. ii) Lokasi stok hendaklah direkodkan di Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. 4.2.1.1 Penyimpanan Stok Ianya perlulah menggunakan ruang simpanan secara yang optimum.
2.5 sm

tidak perlu enter

4.2.1.2 Stok Dalam Bekas Asal Senang dikendali dan memudahkan aliran Kemungkinan peti di lapisan bawah

Barang-barang tersebut mudah terbakar Memudahkan pengiraan, pemeriksaan


Penggunaan bullet TIDAK DIBENARKAN

dan verifikasi.
2.5 sm

12

Page 8

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Isi Kandungan

Lampiran E

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN Judul Pengesahan Pelajar Penghargaan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif Latihan Industri 1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 1.4 Kepentingan Latihan Industri LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 2.1 Pengenalan Organisasi 2.2 Latar Belakang Penubuhan 2.3 Aktiviti Organisasi 2.4 Hala tuju Organisasi 2.5 Carta Organisasi RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri SISTEM PEREKODAN STOK 4.1 Pengenalan 4.2 Penyimpanan Stok 4.3 4.4 4.5 Kesimpulan KESIMPULAN KOMEN DAN CADANGAN BIBLIOGRAFI/RUJUKAN LAMPIRAN iv

MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii

1 1 2 3

BAB 2

4 5 6 10 11

BAB 3

12 13

BAB 4

14 15 17 29 61 73 83

BAB 5 BAB 6

Penomboran Muka Surat (huruf roman) Page 9

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran F Judul

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


Nama dan Nombor Pendaftaran Pelajar

OLEH AZHAR BIN AHMAD (18DPM10F9999)


Nama dan Alamat Organisasi Latihan

DI

JABATAN MESRA RAKYAT KOMPLEKS ARAU 02600, ARAU, PERLIS


Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan Bagi memenuhi sebahagian dari syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan Diploma Pengurusan Perniagaan

Tuliskan nama jabatan dan program masing-masing

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN


Sesi menjalani Latihan Industri

JUN 2012

Penomboran Muka Surat (huruf roman)

Page 10

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran G Pengesahan Pelajar

PENGESAHAN PELAJAR

saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Pelajar No. Pendaftaran Tarikh

: . : AZHAR BIN AHMAD : 18DPM10F9999 : 8 DISEMBER 2012

Penomboran Muka Surat (huruf roman)

ii

Page 11

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran H Penghargaan

PENGHARGAAN Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah JABATAN MESRA RAKYAT, En. Osman bin Arif di atas tunjuk ajar dan curahan ilmu yang diberikan selama saya berada di sini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah banyak membantu saya menyediakan laporan ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak menyumbang idea dan pendapat serta doa dari keluarga

Terima Kasih

Penomboran Muka Surat (huruf roman)

iii

Page 12

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran J Senarai Jadual

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 1 2 3

TAJUK Taburan Projek Kejuruteraan di Perlis Jenis Bahan Binaan Berindustri... Senarai Pembekal ..

MUKA SURAT 9 13 17

Nota: Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi Senarai Rajah DAN hendaklah dibuat pada muka surat berasingan.

Penomboran Muka Surat (huruf roman)

Page 13

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran K Senarai Lampiran

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A B C TAJUK Surat Kebenaran Masuk Tapak Borang-Borang Arahan Penyimpanan Bahan Senarai Semak Peralatan

Nota: Format ini HANYA digunakan untuk Senarai Lampiran sahaja

Penomboran Muka Surat (huruf roman)

vii

Page 14

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran L Bibliografi / Rujukan

Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber BUKU

Allen, T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National Geographic Society. Boorstin, D. (1992). The Creators: A history of the heroes of the imagination. New York: Random House. Nicol, A.M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guide for creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center.
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Encyclopedia/Dictionary

Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new encyclopedia Britannica (Vol.26, pp. 501-508).Chicago: Britannica Encyclopedia Tobias, R. (1991). Thurber, James. Americana Encyclopedia. (p.600).New York Scholastic Library Publishing.
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar

Henry, W .A., III (1990, April 9). Making the grade in todays school. Time, 135, 28-31. Kanfer, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Website/Webpage

Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injures four at music festival. The Why? Files. Retrieved January 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html Nota: Senarai bibliografi/rujukan boleh ditulis secara berturutan seperti contoh di atas

Page 15

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran M Jadual

Jadual 4: Rumusan Bagi Kadar Faedah Mengikut Tahun (Berdasarkan Formula BLR)

BIL.

TAHUN

KADAR

TUKARAN

CATATAN

Nota: Dari Wikipedia, the free encyclopedia

Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian atas jadual

TIADA penomboran diperlukan bagi Jadual dari sumber Website/Webpage

Page 16

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

2012

Lampiran N Rajah

Rajah 4: Continuous Quality Improvement (CQI)

Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah Rajah

TIADA penomboran diperlukan bagi Rajah dari sumber Website/Webpage

Page 17

You might also like