You are on page 1of 22

Tajuk

Permainan hoki Kejurulatihan

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN PERALATAN SUKAN CARA BERMAIN PENGADILAN KEMAHIRAN ASAS

PENGENALAN

1. Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. 2. Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. 3 . Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yangdiadakan di Amsterdam. 4. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan. 5. Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu.

BUKTI

Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesiryang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.

6. Di Scotland, hoki dikenali sebaga ishinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebaga ibanty.
7. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. 8. Pada pertengahan tahun1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon(1883) dan Blacheath (1861). 9. Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getahyang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis.

10. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875.
11.Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya.

12. . Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.

13. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. 14. Pada tahun 1894,perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara- negara lain.
15. Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. 16. Di negara Asia,HOKI permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

17. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura.

18. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.
19. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. 20. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

PERALATAN SUKAN
PADANG HOKI KAYU HOKI

BOLA

PINTU GOL

JARING

KASUT

TIANG BENDERA

ALAT PENJAGA GOL

PADANG HOKI
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dangarisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan diatas garisan belakang.
t

PINTU GOL
Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar).Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

TIANG BENDERA
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

ALATAN PENJAGA GOL

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kakidari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untukmembantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga goldiperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah

JARING

Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyaimesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

BOLA
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.

KAYU HOKI
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

GAMBAR ALATAN PENJAGA GOL

KASUT

Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yangmempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain diatas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyaitempat berpijak yang baik.

CARA BERMAIN PERMAINAN HOKI 1. Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting, bukan sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. 2. Permainan inidimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasukseorang penjaga gol. 3. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan. 4. Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. 5. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. 6. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dansemua undangundang dan peraturan permainan di bawah kuasa LembagaPeraturan Hoki (HRB).

PENGADILAN
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki.

You might also like