You are on page 1of 8

Manual Kursus Kajian Tindakan

KITARAN KAJIAN TINDAKAN 1. Langkah-langkah Kitaran Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah satu penyelidikan yang sistematik dan reflektif. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan terdiri daripada empat fasa dalam satu kitaran. Kitaran kajian tindakan seperti pada Rajah 1 terdiri daripada: a. Perancangan (Planning) b. Tindakan (Acting) c. Pemerhatian (Observing) d. Refleksi (Reflecting) Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan

MENGENALPASTI MASALAH Apa yang sedang berlaku. Idea umum. Kenalpasti masalah dan Bidang tindakan. Refleksi Merancang Tindakan Pemerhatian

Perbincangan Perundingan Penerokaan peluang Menilai kemungkinan Mengenalpasti kekangan

Menilai semula perancangan

Sumber : Exploring Childrens Preconception about Heat and Temperature Of Standard Five Primary Students, SEAMEO RECSAM, Penang, Malaysia. 1996 : 15

Contoh: Langkah-langkah kajian tindakan mempunyai kaitan dengan sebahagian daripada peranan penyelidik. Peranan Penyelidik Memikirkan dan membincangkan masalahmasalah atau isu-isu Mengkaji dan menganalisis isu sedia ada Mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan Mencari penyelesaian Langkah Kajian Tindakan Mengenal pasti, masalah, situasi Tinjauan dan mengutip data Analisis data Menentukan fokus kajian Merancang langkah tindakan Melaksanakan langkah tindakan Pemantauan dan penilaian Tindakan untuk gelungan kedua dan seterusnya

Manual Kursus Kajian Tindakan

2.

Langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan

Langkah 1: Mengenal pasti isu/masalah/situasi Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik seharusnya mengenal pasti isu dalam persekitaran tempat kerja yang boleh menjejaskan keberkesanan prestasi. Untuk mengenal pasti isu, beberapa prosidur asas yang sistematik perlu diikuti agar kajian dapat dilaksanakan dengan berkesan. Prosedur ini merangkumi proses refleksi, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan menentukan fokus kajian. a. Refleksi Proses refleksi melibatkan penyelidik menyemak, menilai semula, menetapkan keperluan dan memikirkan perkaraperkara yang telah dilaksanakan dalam tugasnya. Berikut adalah isu yang boleh difikirkan. Sebagai contoh: Saya dapati murid saya kurang memahami Saya ingin mendalami ilmu pengetahuan tentang.. Saya ingin membuat perubahan cara kerja saya .. Daripada catatan refleksi, penyelidik akan cuba merumuskan isu yang akan dijadikan fokus kajian dengan cara: Menetapkan keperluan Di peringkat ini kita sebenarnya ingin menetapkan KEPERLUAN. Apakah `keperluan? `Keperluan ialah perbezaan atau kekurangan antara keadaan yang wujud kini dengan keadaan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah organisasi. Mengetahui keadaan yang sepatutnya wujud Sebelum dapat menetapkan keperluan, kita harus menentukan keadaan yang sepatutnya wujud dalam organisasi. Dengan kata lain, kita sebenarnya menyatakan matlamat kita. Menentukan matlamat-matlamat Tujuannya ialah mengenal pasti sejumlah matlamat yang munasabah dan berkaitan. Dalam fasa ini kita ingin mengetahui keadaan yang sepatutnya wujud secara umum. i. Input Punca-punca: Sukatan pelajaran, pengalaman dan pendapat, bahan kursus, pustaka yang berkaitan, piawaian dan lain-lain. ii. Pihak terlibat Guru, pelajar, pihak pentadbir, jawatankuasa dan sebagainya.. Mereka ini boleh dilibatkan dalam Jawatankuasa Kerja Kajian Tindakan. iii. Kaedah: Tubuhkan Jawatankuasa Kerja (JK). Kumpul dan kemukakan segala input, dokumen kepada JK untuk penyemakan. Hasilkan satu senarai matlamat yang munasabah melalui perbincangan atau percambahan fikiran. Mengukur keperluan Tujuannya ialah mengukur perbezaan antara prestasi sebenar (keadaan yang wujud) dengan prestasi yang dihasratkan (keadaan yang sepatutnya wujud) dan mengungkapkannya sebagai pernyataan keperluan. i. ii. b. c. Input Senarai matlamat tersusun menurut kepentingan. Kaedah Ada dua jenis utama tinjauan perbezaan: Tinjauan perbezaan pengamatan Tinjauan perbezaan data Pengumpulan maklumat Membuat analisis/penilaian i. Takrif : Analisis data melibatkan proses menyusun dan menstrukturkan data untuk menghasilkan pengetahuan. Dalam kajian tindakan memadai kita gunakan analisis deskriptif. ii. Fungsi analisis data : untuk menyampaikan dapatan-dapatan penting kepada pihak yang berkenaan. untuk menyakinkan pihak lain bahawa keputusan tinjauan dapat memberi sumbangan terhadap tahap maklumat tentang sesuatu situasi yang memerlukan perubahan. iii. Pendekatan:

Manual Kursus Kajian Tindakan

saiz

Analisis kuantitatif menggunakan min, sisihan piawai dan/atau ujian-t. Data seperti umur, keluarga, bilangan buku dibaca setiap hari dsb.

Analisis kualitatif menggunakan peratusan, ujian khi kuasa dua. Data seperti jawapan kepada soalan `Apakah bahan bacaan kesukaan kamu?, `Mengapakah anda tidak berminat ke pusat sumber. iv. Analisis: Mula dengan memberikan satu perihalan atau idea umum tentang apa yang sedang berlaku. Kemudian beri huraian lebih terperinci dengan menggunakan contoh-contoh yang menyokong hujah. Cuba lihat masalah dan perkaitan dengan mengkategorikan maklumat yang sedang dianalisis. Dalam analisis deskriptif ada dua soalan yang ditanya: i. Apakah pemboleh ubah utama yang terbabit? ii. Bagaimanakah setiap pemboleh ubah tertabur? iii. Dalam kesimpulan, buat satu ringkasan tentang hasil dapatan. d. Menentukan fokus kajian Tujuan menyenaraikan keperluan-keperluan menurut susunan keutamaan untuk tindakan. Input Senarai pernyataan keperluan Kaedah: i. Berikan setiap pernyataan keperluan satu pemeringkatan ii. Peringkatkan keperluan-keperluan mengikut pelbagai kriteria iii. Senaraikan pernyataan keperluan menurut susunan keutamaan. Langkah 1 : Merancang Tindakan Perancangan merupakan proses di mana penyelidik merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti pada sebelum ini. Aktiviti yang hendak dirancang hendaklah berkaitan dengan objektif kajian tindakan yang telah ditentukan. a. Terdapat dua jenis perancangan: Perancangan untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk masalah tertentu yang diperoleh dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan. Perancangan untuk menggantikan cara yang ada dengan cara yang lain. Perkara-perkara yang patut terkandung dalam perancangan: Langkah 2 : a. Matlamat cadangan. Sebab-sebab cadangan itu diambil. Senarai tentang tugas baru, aktiviti-aktivti baru, bahan-bahan baru, struktur organisasi baru, falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu. Pernyataan cara-cara pemantauan yang akan dilaksanakan. Pernyataan penilaian formatif dan sumatif. Pernyataan keperluan yang lain seperti sumber (bahan rujukan, kewangan, tenaga dan sebagainya), kelengkapan dan masa Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina dari amalan sebenar. Perlaksanaan Tindakan

b.

Perkara yang patut diberi perhatian: Bina rancangan langkah-langkah tindakan. Setiap perubahan memang ada risikonya.

Manual Kursus Kajian Tindakan

Pengkaji perlu meneliti dan menganalisis data secara terperinci supaya ia yakin meneruskan kajian. Pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkritik. Kritikan mestilah diberi secara jujur. Pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain. Kegagalan itu dapat dikongsi bagi membina panduan seterusnya.

Langkah 3 :

Pemerhatian

Terdiri daripada pemerhatian dan penilaian. a. Beberapa cara pemantauan: b. Pemantauan kendiri Pemantauan oleh rakan sejawat Pemantauan melibatkan pelajar-pelajar Pemantauan bersama

Jenis penilaian Penilaian formatif : Penilaian dijalankan sepanjang proses kajian tindakan Penilaian sumatif: Penilaian dijalankan pada akhir setiap tahap kajian tindakan.

c.

Instrumen penilaian Instrumen berikut boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dalam proses penilaian: Pemerhatian Temu bual Borang penilaian Ujian Soal selidik Senarai semak Jurnal Reflektif Diari Kepentingan penilaian dalam kajian Mengukur keberkesanan proses kajian. Menunjukkan bahagian yang perlu diperbaiki. Menunjukkan kelemahan dalam arahan. Mengukur pencapaian objektif kajian. Sebagai panduan untuk kitaran kajian seterusnya. Refleksi

d.

Langkah 4 : a.

Melakukan refleksi Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses kerja dengan amalan kerjanya. Semasa mereflek, penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan kerja serta reaksi penyelidik dan pelanggan semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses kerja, penyelidik juga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian. Definisi refleksi Refleksi merupakan satu aktiviti penting bagi seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian.

b.

Manual Kursus Kajian Tindakan

Refleksi dalam konteks kerja adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti intelektual dan afektif, untuk seseorang individu melibatkan diri dalam meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman baru. A central aspect of critical reflection in education is when practitioners reflect critically on their educational practice, their understanding and their contemporary historical circumstances in order to explore the enduring tension between education and schooling, and to discover how to overcome the contradictions between them in reformed practice. (Kemmis, S. 1987)

Satu aspek central bagi refleksi kritis dalam pendidikan bila pendidik mereflek secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi mencari cara mengatasi percanggahan di antaranya dalam bentuk amalan baru. One way to think about the meaning of reflective is in terms of properties of mirrors and prisms. Mirrors and transparent prisms reflect and refract light, they change the direction that light rays travel, sometimes even bending them back on themselves, causing them to move in direction opposite to that in which they originally travelled. A reflective teacher is one, who, all during the day is checking back and saying, Did that work? What could I do to help that child? Its (reflective thinking) an on-going process that you do before you arrive at school, during the school day, and in the evening at home. Its an on-going check of a childs progress. You dont get to the end of the year and find out that one of your students cant read.

c.

Sikap yang perlu ada untuk menjadi seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif Fikiran terbuka (Open-mindedness) Kesungguhan atau sepenuh hati (Whole-heartedness) Tanggung jawab intelek (Intellectual responsibility)

Seseorang yang berfikiran reflektif mempunyai kesediaan melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif dengan sepenuh hati dan bertanggung jawab dari segi kesan jangka pendek dan jangka panjang. d. Tujuan refleksi Tujuan refleksi adalah untuk membolehkan guru penyelidik: Mentafsirkan kemahiran bekerja dan mempertingkatkannya. Menilai kesesuaian sesuatu strategi kerja. Menganalisis nilai-nilai profesionalisme yang menjadi asas amalan bekerja. Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pekerjaan. e. Bila perlu melakukan refleksi? Refleksi berlaku sepanjang kitaran penyelidikan (sebelum, semasa dan selepas), namun tumpuan adalah pada dua peringkat utama, iaitu peringkat sebelum tindakan dan peringkat selepas tindakan. i. Peringkat Sebelum Tindakan Membuat tinjauan atau analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalah kerja. Menentukan isu/bidang keperihatinan. Menentukan fokus kajian/perubahan. Menganalisis kefahaman semasa kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah kerja. ii. Peringkat Selepas Tindakan Mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dalam amalan bekerja. Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru. Menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat. Menentukan atau merancang tindakan susulan selanjutnya.

f.

Fokus refleksi Amalan/tingkahlaku kerja

Manual Kursus Kajian Tindakan

Hasil/akibat/kesan tindakan Kepercayaan/pegangan/andaian penyelidik Kewajaran/kerasionalan tindakan

Situasi berikut boleh dijadikan sebagai titik mula bagi merangsang anda melakukan refleksi. Contohnya: Saya sedih kerana prestasi kerja saya semakin merosot. Adakah kaedah amalan saya dapat meningkatkan prestasi kerja? Saya jemu melakukan kerja rutin sepanjang tahun. Adakah sesuatu idea/teknik baru yang ingin saya cubakan? Saya khuatir pelanggan masih kurang menggunakan perisian-perisian dan bahan-bahan yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan rangkaiannya Saya khuatir pelanggan saya masih tidak dapat mengusai kemahiran asas komputer. Adakah kaedah pengendalian kursus yang diberikan berkesan? g. Hasil refleksi memberikan penyelidik: Kefahaman baru Kesedaran Keinsafan Perubahan persepsi Perubahan amalan Meningkatkan profesionalisme keguruan Refleksi kendiri Pandangan luar Analisis kritikal Mengambil kira implikasi Merancang tindakan seterusnya

Selain itu, hasil penilaian akan memberi jawapan kepada pengkaji sama ada tindakan yang diambil berkesan dalam menangani masalah, atau terdapat isu baru yang timbul h. i. Pengkaji boleh meneruskan Kajian Tindakan dalam kitaran tindakan kedua bagi menangani isu baru. Pengkaji perlu merangka langkah-langkah yang baru atau mengubahsuai langkah yang sedia ada, bergantung pada situasi dan keperluan.

Manual Kursus Kajian Tindakan

RINGKASAN AKTIVITI DALAM KITARAN KAJIAN TINDAKAN 1. MERANCANG i. Mengenal pasti masalah/Isu berkaitan dengan amalan kerja. ii. Menentukan tujuan. iii. Merancang pelaksanaan kajian: Mendapatkan pemuafakatan untuk mewujudkan kerja berpasukan. Mengutip dan menganalisis data untuk memahami masalah dengan terperinci. iv. Membina aktiviti kerja berdasarkan analisis data. 4. MEREFLEK Setelah aktiviti dilaksanakan dan data dianalisis penyelidik membuat rumusan tentang kefahamannya terhadap amalan kerja khususnya yang berkaitan dengan amalannya sendidri. Contoh; Aktiviti yang berkesan boleh dibina untuk menangani sesuatu masalah sekiranya pengamal memahami punca sebenar yang menghalang proses kerja. Apa yang telah dialami ini haruslah digunakan dalam merancang aktiviti/kerja seterusnya. 3. MEMERHATI Pemerhatian secara langsung dilakukan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti diperingkat TINDAKAN. Penyelidik mencatat perlakuan responden, masalah/kekangan dan sebarang perlakuan yang memberi kesan kepada amalan kerja. Responden mencatat/membuat komen/menyatakan perasaan tentang amalan kerja yang menimbulkan masalah, kekeliruan, kebosanan,keseronokan dan lain-lain yang menjejaskan kerja. Rakan sekerja mencatat perlakuan responden dan pengkaji semasa aktiviti/kerja berlangsung dan perkara lain yang mempengaruhi proses kerja. 2. BERTINDAK Menjalankan aktiviti aktiviti-aktiviti yang dirancang: i. Memaklumkan kepada responden tentang program melalui kajian tindakan. ii.Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

1 4 3 2

Nota:

Manual Kursus Kajian Tindakan

Semasa proses pelaksanaan kajian: 1. Tindakan dan pemerhatian berlaku serentak. 2. Refleksi tidak semestinya berlaku apabila hendak membuat laporan tetapi dilakukan setiap kali selepas data dianalisis atau sebelum merancang aktiviti yang seterusnya.

You might also like