You are on page 1of 2

UNIT 19 : KEMAPANAN ALAM SEKITAR

DEFINISI : Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. 1. Kita mesti mematuhi segala undang-undang yang melindungi alam sekitar

2. Tujuan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) dipinda kepada AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1988 (AKAS 1988) Suatu akta berhubung mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan mumulih alam sekeliling diwujudkan. Menyelaraskan segala aktiviti berhubung dengan pelepasan bahan buangan bagi mencegah atau mengawal pencemaran. Mengelaskan kawasan yang perlu dilindungi dan dibaikpulih. Menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan tentang sebab-sebab, jenis-jenis, dan takat pencemaran berlaku. Memberikan lesen kepada aktiviti yang tidak merosakkan alam sekeliling. Mengenakan peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling berhubung isu-isu alam sekitar dari semasa ke semasa. Mengenakan denda dan hukuman bagi kesalahan merosakkan alam sekeliling.

3. Kita mesti mengetahui peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling dan tujuannya :-

PeraturanPeraturan Minyak Kelapa Sawit Mentah Udara Bersih

Tahun Dikuatku asa 1977 1978

Tujuan Mengawal kegiatan pelupusan efluen dari kilang memproses kelapa sawit - Mengawal aktiviti pembakaran - Memastikan jarak antara kawasan industri dan perumahan lebih daripada 1km Mengawal kegiatan pelupusan efluen dari pemprosesan getah mentah Menetapkan penyediaan sistem kumbahan berpusat bagi semua kilang, premis perniagaan, dan kawasan perumahan

Getah Asli Mentah Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian

1978 1979

Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor Kawalan Pelupusan daripada Enjin Diesel dan Enjin Petrol Pembakaran Terbuka

1985

Menentukan takat kandungan plumbum dalam petrol yang digunakan dalam motor untuk menjaga kualiti udara bebas Mengawal kadar dan kepekatan gas terbakar yang dibebaskan ke udara

1996

2000

Menetapkan syarat-syarat pembakaran terbuka dan aktiviti yang dibenarkan untuk pembakaran terbuka

4. Tindakan yang diambil terhadap pihak yang melanggar AKAS 1988 : Menggantung lesen operasi bagi kilang atau industri Hukuman denda, atau wang tunai, atau kedua-duanya Hukuman penjara Menanggung kos pembersihan dan pembaik pulih kawasan yang dicemari

You might also like