You are on page 1of 13

Bil. Perkara: 1.

Pengenalan

M/S 1-2

2.

Isi Dasar & Falsafah Pendidikan 2-8

i Laporan Razak (1956)

3-4

ii Laporan Rahman Talib (1960)

iii Akta Pendidikan 1961

6-7

iv Laporan Hussein Onn (1971)

v Laporan Mahathir (1974)

4.

Cadangan dalam memperbaiki dan 8 - 10 mempertingkatkan pelaksanaan dasar pendidikan negara

3.

Kesimpulan

10 - 11

4.

Apendiks

12

1. Pengenalan
1

Salah satu keunikan negara kita, Malaysia, berbanding dengan negara-negara lain ialah kita mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum, etnik, adat dan agama. Kepelbagaian ini mempunyai sejarah yang panjang, yang boleh dikaitkan dengan pembentukan Melaka semasa bermulanya tamadun di Semenanjung Malaysia oleh pengasas terawal Melaka iaitu Parameswara dan juga kesan daripada penjajahan dari kuasa asing pada ketika itu yang telah membawa masuk pendatang asing untuk dijadikan buruh. Pihak British yang pernah menjajah Tanah Melayu pada masa itu telah mengasingkan pendatang ini dalam beberapa industri masing-masing iaitu dasar pecah dan perintah. India dibawa masuk sebagai buruh murah untuk ladang getah dan Cina pula, menguasai lombong bijih timah, kilang dan pelabuhan, manakala penduduk Melayu bekerja sebagai nelayan atau petani. Ini menyebabkan bilangan pendatang Cina dan India meningkat. 1 Dengan secara langsung ini menempatkan Malaysia sebagai salah satu negara yang berbilang kaum yang dapat hidup bersama dengan harmoni. Malaysia merupakan tanah air kepada kirakiranya 80 kaum etnik, yang terdiri daripada; Melayu iaitu 53.3%, Cina dengan 26%, India sebanyak 7.7% dan kaum peribumi yang lain antaranya termasuklah Kadazandusun, Melanau, Penan, Bidayuh dan Iban yang merangkumi 11.8% daripada peratusan penduduk di Malaysia yang telah menetap di tanah ini selama 5 abad. 2 Selebihnya iaitu sebanyak 1.2% pula, terdiri daripada bangsa-bangsa yang datang dari negara-negara lain untuk berkerja ataupun belajar. Orang Melayu serta penduduk peribumi yang tinggal di Sabah dan Sarawak merupakan penduduk terawal di Malaysia, ataupun pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu dan Pulau Borneo. Atas sebab pendatang-pendatang yang datang dari negara yang berbeza, mereka membawa bersama adat dan budaya, bahasa dan juga agama mereka masing-masing. Agama mempengaruhi adat, kepercayaan dan nilai-nilai tradisional. Contohnya melalui perkembangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu dan kemudian munculnya kerajaan Melayu HinduBuddha telah berlaku proses resapan budaya. Proses resapan budaya ini mempercepatkan lagi perubahan dan pembangunan budaya Melayu. Perubahan yang berlaku itu merupakan penerimaan dan penyesuaian unsur-unsur budaya yang dibawa dari peradaban asing itu. Dengan
1
2

http://en.wikipedia.org/wiki/British_intervention_British_in_Malaya http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php?option=com_content&view=article&id=786&Itemid=136

wujudnya masyarakat yang berbilang kaum, negara kita juga mempunyai pelbagai budaya dan warisan unik yang tersendiri. Kita dapat lihat kewujudan kepelbagaian budaya dan warisan dengan adanya variasi pakaian tradisional yang pelbagai, alat-alat mainan dan musik tradisional, kepelbagaian jenis makanan, dan juga bahasa. 2. Dasar Pendidikan & Falsafah Pendidikan Beralih pula kepada sejarah sistem pendidikan di Malaysia. Pada zaman penjajahan pihak British, satu sistem pendidikan vernakular telah diwujudkan untuk menjaga hak kepentingan suatu etnik tertentu. British memberi peluang kepada kumpulan etnik untuk dididik dalam bahasa dan budaya mereka sendiri. Sekolah-sekolah di Tanah Melayu dibahagikan kepada empat aliran, iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantaraannya tersendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Pendidikan Melayu tradisional mempelajari al-Quran, Bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan yang dijalankan di peringkat rendah sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya. Sekolah Tamil pula disediakan oleh British di bandar, manakala di kawasan ladang pula dibiayai oleh pengusaha ladang. Ia berorientasikan pendidikan di negara India, di mana sukatan, buku, guru, semuanya dari Negara India dan bahasa Tamil juga digunakan. Manakala bagi Sekolah Cina pula, ia dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal dan menggunakan dialek cina masingmasing. Sistem pendidikan pada masa itu telah dikenal pasti sebagai zaman pengasingan kerana telah wujudnya sekolah yang mempunyai pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada pendidikan penduduk tempatan kerana jika dilihat dari aspek sosial masyarakat majmuk di Malaysia pada ketika itu susah untuk dipupuk. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh menyatukan semua masyarakat masa itu. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami antara satu sama lain. Keadaan ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri di mana orang Malayu dengan Bahasa Melayu, orang Cina dengan Bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu,
3

Hindi dan sebagainya. Untuk memupuk perpaduan kaum, satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa untuk digunakan sabagai alat pengantaraan. 2.i Laporan Razak (1956) Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang lebih terapi. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan pada masa itu dan dalampada itu telah wujudnya laporan-laporan seperti Laporan Barnes (1951) yang menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu; Laporan Fenn-Wu (1951) yang menyemak pendidikan kaum Cina; Ordinan Pelajaran (1952) yang mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Sehingga hari ini, penduduk negara kita kebanyakannya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.3 Laporan-laporan penting yang ada khasnya untuk mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat melalui pendidikan diantaranya ialah Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 atau dikenali juga sebagai Laporan Mahathir (1976). Laporan Razak 1956 dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula pendidikan di negara ini. Jawatankuasa kajian ini telah ditubuhkan pada bulan September, 1956 dan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan yang pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak Hussein. Matlamatnya adalah untuk memperbaharui sistem pendidikan di Malaysia dan memperbaiki Laporan Barnes yang memihak lebih kepada orang Melayu dan Laporan Fenn-Wu yang lebih memihak kepada orang Cina dan India. Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Razak telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Malaya. Perkara yang penting dalam laporan ini ialah untuk merealisasikan cadangan utama iaitu pertubuhan Sekolah Rendah (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan untuk (SRK).

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia.Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Laporan tersebut telah dimasukkan ke dalam Seksyen 3 Ordinan Pelajaran 1957 dan menjadi asas pendidikan bagi Malaya yang merdeka dan akhirnya Malaysia. Tun Abdul Razak juga mencadangkan satu sistem Pendidikan Menengah yang juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tujuan utama Laporan Razak adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan Melayu, Cina dan India, membangunkan sistem pendidikan untuk mengurangkan jurang diantara kaum, menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif dan yang paling penting, untuk memenuhi syarat untuk mencapai kemerdekaan. 4 Namun demikian, laporan tersebut telah gagal untuk memuaskan harapan penduduk negara ini. Ia tidak mendapat sokongan yang cukup untuk menghalang berlakunya konflik perkauman yang berlaku dalam tahun tersebut. Mengikut Laporan Razak, dalam sistem persekolahan wujud dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Umum yang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan Sekolah Jenis Umum yang terdiri daripada sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan sekolah Tamil. Semua sekolah mewajibkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh kerana perbezaan itu tertumpu kepada peranan dan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain dalam sistem pendidikan, secara tidak langsung bahasa terus menjadi punca masalah pendidikan di Tanah Melayu ketika itu. Satu lagi kelemahan Laporan Razak ialah dalam konteks pembinaan negara, iaitu pengekalan sekolah pelbagai aliran yang bebas menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan hal ini tidak selaras dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai medium untuk perpaduan rakyat. Rasa tidak puas hati orang-orang Melayu pada asasnya menyebabkan kerajaan Malaysia ketika itu, membentuk Jawatankuasa Penyemak Pelajaran pada tahun 1960 untuk meneliti kekurangan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. 2.ii Laporan Rahman Talib (1960) Dengan itu, wujudlah Laporan Rahman Talib 1960 yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1960 yang bertujuan untuk
4

http://www.scribd.com

menyatukan sistem pendidikan negara. Usul-usul Laporan Rahman Talib diperundangkan melalui Akta Pendidikan 1961 yang menjadi kerangka rujukan bagi pelaksanaan sistem pendidikan negara sehingga digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Ia memberi penekanan terhadap pendidikan yang berasaskan 3M iaitu Membaca, Mengarang dan Mengira. Jawatankuasa kajian mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Razak untuk memperbaiki lagi sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Semua sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda akan dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan kebangsaan. Ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam negara. Implikasi tersebut semata-mata untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah, selain bagi pelajar prasyarat yang bakal memasuki sekolah menengah dan Maktab Perguruan. Insentif juga diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Antara usulnya yang berkaitan dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara termasuklah; menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu, peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja, iaitu bahasa Melayu, Setiap calon diwajibkan lulus dalam Bahasa Kebangsaan bagi peperiksaan untuk masuk sekolah menengah, kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962, langkah-langkah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah menengah kebangsaan dan guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan dan pembukaan sekolah menengah kebangsaan dipesatkan di seluruh negara. Beberapa cadangan lain termasuklah; menawarkan pendidikan sekolah rendah dengan percuma, pemindahan automik ke tingkatan 3, memperkenalkan peperiksaan penilaian darjah 5, penekanan terhadap Pendidikan Moral, peningkatan pendidikan vokasional dan teknikal, penekanan terhadap Pendidikan Islam, pemantauan sekolah rendah oleh inspektorat sekolah untuk memastikan kualiti pengajaran dan akhir sekali penekanan kepada program latihan guru. 2.iii Akta Pendidikan 1961 Beralih pula kepada Akta Pendidikan 1961. Pada tahun 1961, Parlimen meluluskan Akta Pendidikan berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Selepas Akta Pendidikan
6

telah diluluskan, Sistem Pendidikan Kebangsaan terus dilaksanakan. Dasar pendidikan persekutuan ini bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggalakkan budaya, ekonomi, kemajuan politik negara ini, selain menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai Akta Pendidikan; Pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah diwajibkan di semua sekolah rendah bantuan kerajaan dan juga sekolah menengah. Manakala pada tahun 1958, kelas bahasa Melayu diperkenalkan kepada sekolah-sekolah terpilih menengah Inggeris. Sekolah menengah pertama yang menggunakan Bahasa Melayu secara meluas dan menyeluruh ialah SMK Alam Shah pada tahun 1963. Pada tahun 1968, lahirlah pelajar kumpulan Bahasa Melayu yang pertama yang telah menamatkan pengajian sebagai siswazah di University Malaya. Kelas bahasa Melayu di sekolah menengah telah diperkenalkan pada tahun 1968 dan penukaran daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran untuk Darjah 1 hingga 3 dalam sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris. Pada tahun 1973, semua mata pelajaran Aliran Sastera, Tingkatan 1, dan di sekolahsekolah menengah jenis kebangsaan diajar dalam bahasa Melayu dan pada tahun 1957, program penukaran dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dalam semua sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris telah siap diimplementasikan. Pada tahun 1980, di Universiti, pengajaran kursus Sastera tahun pertama telah dijalankan dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1982, program penukaran dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Inggeris menengah jenis kebangsaan telah berjaya diimplemenkan dan pada tahun 1983, semua kursus univesiti dalam seni, sains, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya, telah diajar dalam bahasa Melayu dan pada tahun 1989, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diperkenalkan.5 Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia mengatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu, supaya dapat menghasilkan individu yang mempunyai intelektual, rohani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmonik, dan juga berdasarkan kepercayaan dalam ketaatan dan kepada Tuhan. Usaha seperti itu adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu dan cekap, yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan yang bertanggungjawab dan
5

Kamarudin Kachar, (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbit Teks Publishing Sdn. Bhd

mampu mencapai tahap kesejahteraan yang tinggi dalam diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kebaikan keluarga, masyarakat dan negara pada umumnya.6 Walaupun tujuan Akta Pendidikan adalah untuk menyatukan semua kaum di Malaysia, tetapi secara praktikal adalah susah untuk dipraktikan sebab terdapat banyak halangan kerana rakyat mempunyai pola penempatan yang berasingan. Orang Melayu tinggal di kampung, orang-orang Cina tinggal di kawasan perlombongan, dan kaum India pula di estet getah dan perladangan. Oleh itu, laporan seperti Laporan Hussein Onn 1971 dan Laporan Mahathir 1976 telah diwujudkan untuk mengkaji semula Asas Pendidikan Negara yang berdasarkan Laporan Razak dan Rahman Talib. 2.iv Laporan Hussein Onn (1971) Laporan Hussein Onn (1971) itu diketuai oleh Hussein Onn, untuk menyediakan pendidikan asas untuk semua kanak-kanak yang berada dalam umur persekolahan. Pada masa ini, bahasa pengantar adalah bahasa Melayu dan Inggeris. Menurut Laporan Hussein Onn (1971); sistem pendidikan kebangsaan direka untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Bermula dari tahun 1968, bahasa Melayu secara berperingkat akan menggantikan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam semua sekolah Inggeris. Walaupun jawatankuasa itu mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pengajaran, status bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua masih dikekalkan oleh rasionalis. Hussein Onn menyatakan bahawa jawatankuasa amatlah menyedari kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bagaimana penguasaan ia boleh menggalakkan kemajuan negara. Bahasa Inggeris adalah wajib di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pengajian tinggi serta dalam hal ehwal antarabangsa. Oleh itu, sasaran antarabangsa mereka adalah untuk penguasaan bahasa Inggeris dengan tahap yang tinggi. Laporan itu juga mencadangkan bahawa peruntukan masa untuk pengajaran bahasa Inggeris dipertingkatkan dan guru-guru diberi latihan yang terapi dan secukupnya untuk menghasilkan keputusan yang baik. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris masih kekal sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah.

Sufean Hussin, (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

2.v Laporan Mahathir (1974) Manakala pada bulan September 1974, jawatankuasa Laporan Mahathir (1976) itu telah dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamed juga Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Objektif laporan ini adalah untuk mengkaji semula matlamat dan keberkesanan pendidikan ini bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini, untuk jangka masa pendek dan juga panjang. Selain itu, juga memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan mahir. Tujuannya adalah serupa dengan Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Hussein 1971, iaitu untuk menggalakkan perpaduan nasional. Oleh itu, pendidikan penting untuk menggalakkan perpaduan dan bahasalah yang dapat membawa kepada perpaduan itu.

3. Cadangan dalam memperbaiki & mempertingkatkan pelaksanaan dasar pendidikan negara. Cadangan yang lain termasuklah memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira, pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, penekanan kepada pendidikan kerohanian yang mantap, pendidikan menengah dibahagikan kepada dua sistem, iaitu akademik dan vokasional, lanjutan Membuka peluang pendidikan dari 9 hingga 11 tahun, penekanan kepada kurikulum ala Malaysia dan kajian yang lebih terperinci untuk bahasa Melayu dalam kursus perkhidmatan.7 Melihat kepada kelemahan system pendidikan di Malaysia, beberapa cadangan yang boleh dipraktikan untuk meningkatkan dan memperbaiki pelaksanaan dasar pendidikan. Pertama sekali, mulakan zaman persekolahan dengan lebih awal. Di kebanyakan negara di dunia, Amerika Syarikat, UK, Australia, New Zealand, India, Hong Kong dan lain-lain telah memulakan zaman persekolahan mereka seawalnya pada usia 5 dan paling lambat, pada usia 6 tahun. Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara di mana persekolahan formal bermula pada hanya pada usia 7 tahun.

Sufean Hussin, (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain itu, kerajaan boleh mengurangkan peperiksaan peringkat sekolah. Ujian bulanan di sekolah rendah dari darjah 1 hingga 5 haruslah dimansuhkan. Dalam erti kata yang baik Guruguru dapat menjalankan ujian untuk kelas mereka sendiri apabila mereka merasakan pelajarpelajar mereka harus diuji dan dinilai. Ini memberi lebih penekanan terhadap sesuatu pembelajaran lebih daripada menguji murid-murid secara umumnya dan berperingkat. Bukan itu sahaja, guru-guru harus diberi kebebasan agar mampu mengajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan kebebasan untuk menggunakan alat bantu pembelajaran dari luar atau mengajar apa yang berada di luar sukatan pelajaran iaitu "thinking and teaching outside the box". Ini dapat memupuk minat pelajar untuk belajar dengan guru tertentu yang mempunyai individualitinya yang tersendiri. Disamping itu, pendidikan Vokasional dan Teknik harus diperluaskan. Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik dan vokasional ini dapat dilihat melalui penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil termasuklah; menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Kajian psikologi telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur 5 sehingga 9 tahun adalah dalam lingkungan umur yang sedang berkembang dari segi perwatakan dan pemikiran. Jadi, guru-guru harus menggunakan peluang ini untuk membentuk secara positif watak, perlakuan dan prinsip moral kanak-kanak tersebut, dan tidak hanya tertumpu dengan penggunaa buku teks dan peperiksaan formal. sebagai contoh, mengajar mereka betapa pentingnya perpaduan kaum dalam sesebuah negara dan menerapkan nilai saling bantu-membantu. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang peka terhadap sensitiviti kaum ataupun agama yang lain. Seterusnya, kerajaan harus hendaklah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan
10

pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah. Langkah ini diambil supaya setiap masyarakat di negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Bukan itu sahaja, kerajaan perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik teknologi maklumat, berkemahiran dan berakhlak mulia. Kerajaan juga harus meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru.

4. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Hala tuju dan falsafah pendidikan telah mengalami perubahan demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai pemangkin ke arah pembangunan Negara dan perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain di dunia harus menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua citacita tersebut. Strategi dan perancangan ini harus disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini boleh dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan. Pada pendapat saya, sistem pendidikan kita tidaklah lemah berbanding dengan negara-negara lain. Secara jujur, ia semuanya berkait rapat dengan perspektif masing-masing. Sudah tentu sistem pendidikan kita mempunyai kelemahan, tetapi ia masih mampu untuk melahirkan individu-indicidu yang mampu untuk berjaya dimata dunia dan secara global. Ia hanya perlu
11

diperbaiki

dari

segi

pengurusan

dan

memantapkan

lagi

langkah-langkah

untuk

mengimplementasikan dasar-dasar pendidikan tersebut.

5. Apendiks Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa, (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Selangor, Penerbit Fajar Bakti. Kamarudin Kachar, (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbit Teks Publishing sdn. Bhd Sufean Hussin, (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia.Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
12

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php? option=com_content&view=article&id=786&Itemid=136 http://en.wikipedia.org/wiki/British_intervention_British_in_Malaya http://www.scribd.com

13

You might also like