You are on page 1of 3

PENDAHULUAN

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan dan sikap yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh pegawai-pegawai awam atau institusi akan menjamin mereka bertindak mengikut norma, etika sosial dan budaya masyarakat demi menjamin segala aktiviti kehidupan dan pengurusan organisasi dapat dijalankan dengan sistematik serta berkesan tanpa sebarang kesilapan dan penyelewengan . Di samping, dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti khidmat awam.

Penjawat awam yang memberikan perkhidmatan awam digalakan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjalankan tugasan harianya. Di Malaysia, seseorang penjawat awam perlulah mempunyai dan mangamalkan

nilai-nilai peribadi asas yang akan membentuknya untuk memberikan perkhidmatan yang cekap. Menurut ahli-ahli falsafah, nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilainilai utama masyarakat. (Intan1993:20). Ini membawa maksud bahawa, nilai- nilai yang perlu diamalkan telah diajar dan dipraktiskan sejak zaman dahulu untuk mencapai sesuatu cita-cita.

Selain itu, Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikirabaik seperti kasih sayang, baikhati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran,

kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Selain itu, garis panduan ini juga akan membawa seseorang kepada aras yang tinggi dari segi tingkah laku dan keperibadian yang mulia.

Mengikut Redfield (1953), nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Hutcheon (1972), seorang ahli antropologi mempunyai beberapa pengertian lain untuk mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma, idealisme budaya, kepercayaan, barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang baik dan sikap.Clyde Kluckhohn (1951) menjelaskan bahawa konsep nilai kadang kala dikelirukan dengan sikap, tindaktanduk, objek, kuantiti yang boleh diukur, adat istiadat atau tradisi. Menurut beliau lagi, nilai ialah satu konsepsi yang diingini sama ada yang tersurat atau tersirat yang mencirikan individu atau kumpulan yang mempengaruhi cara, maksud dan matlamat tindakan yang dilakukan.

Melalui definisi-definisi yang diulaskan oleh ilmuan-ilmuan di seluruh dunia, kita dapat lihat bahawa amalan nilai murni akan membawa seseorang untuk mempunyai kepribadian yang unggul lagi tinggi. Jadi sebagai seorang penjawat awam yang sedia untuk memberikan perkhidmatan awam, wajib mengamalkan nilainilai peribadi yang asas supaya tanggungjawabnya dapat dilaksanakan dengan rasa rela hati disamping meningkatkan peribadian yang mulia.

PENUTUP

Penjawat awam adalah golongan kakitangan yang menjalankan misi kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negara. Disebabkan golongan penjawat ini bersemuka dengan masyarakat secara langsung, mereka haruslah memahami dan menghayati nilai dalam melaksanakan tugasan sehariannya. Ini kerana, sikap dan tingkahlaku mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem pentadbiran sesuatu kerajaan. Bagi seorang pegawai kerajaan, menghayati nilai, etika dan integriti perkhidmatan awam merupakan suatu unsur yang penting sepanjang perkhidmatannya. Kepentingan ini terserlah apabila ia menjadi titik tolak kepada pengukuran prestasi dan keberkesanan tugas seseorang.

Kesimpulanya, seseorang pegawai yang memberikan perkhidmatan awam perlu mengamalkan nilai-nilai yang disenaraikan di atas supaya perkhidmatan yang diberikan memberikan kepuasan kepada masyarakat dan ini akan meningkatkan produktiviti Negara. Selain itu, amalan nilai-nilai asas keperibadian oleh seseorang pegawai perkhidmatan awam akan menjadi dorongan kepada masyarakat untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan dalam pembangunan negaran.

Penghayatan

nilai

dan

etika

merupakan

teras

ke

arah

mencapai

kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Adalah menjadi kewajiban bagi setiap penjawat awam menghayati kesemua nilai dalam usaha memperkuatkan tahap kecekapan diri sendiri selaras dengan saranan pihak kerajaan.

You might also like