You are on page 1of 12

BM 1/2011

Soalan 1 hingga soalan 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tolong sampaikan kepada __________ bahawa cucunda Raja Putera jatuh___________ tiba-tiba, titah permaisuri kepada pengasuhnya. A. B. C. D. Beta.......beradu Tuanku................gering Baginda...........murka Beliau.......sakit.

2. Syafiq bercita-cita untuk menjadi seorang _________kerana dia berminat untuk mengkaji alam angkasa lepas. A. B. C. D. Sukarelawan Olahragawan Peragawan Angkasawan

3. Kakak menunggu kepulangan suaminya_________ Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. A. B. C. D. Dari Daripada Pada Kepada

4. Alif kaki bangku______________dia sangat bijak di dalam semua mata pelajaran. A. B. C. D. Sambil Tetapi Supaya Akan

5. Banyak remaja di kampung itu yang ____________akan kecantikan Siti Nurbaya. A. B. C. D. Terleka Terpedaya Terpesona Terpukau 1

BM 1/2011

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Ibu sedang________adik dengan sabar dan penuh kasih sayang. A. B. C. D. Dodoian Terdodoi Didodoikan Mendodoikan

7. Pemuda yang _________itu ialah tunang kakak Arni. A. B. C. D. Lawa Comel Molek Tampan

8. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan pinggir pantai itu mulai __________apabila tiba musim tengkujuh. A. B. C. D. Gusar Kacau Kalut Pelik

9. Puan Marlina akan menghantar anaknya yang__________keluar negara untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejururawatan. A. B. C. D. Tiga Ketiga Ketiga-tiga Bertiga

BM 1/2011 10. Cikgu Jaafar mengeluarkan _________kunci daripada begnya sebelum membuka pintu pejabat dan makmal komputer. A. B. C. D. Segugus Setangkai Sebentuk Sekeping

11. Mereka terpaksa menangguhkan perbincangan itu kerana tiada__________daripada semua ahli persatuan. A. B. C. D. Kata hati Kata putus Kata hubung Kata kerja

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Rizal________bahu datuknya kerana bahu datuknya berasa lenguh. A. B. C. D. Menggosok-gosok Mengusap-ngusap Mencubit-cubit Memicit-micit

13. Air mata ibu _______________membasahi pipinya kerana terlalu sedih dengan sikap anaknya yang nakal itu. A. B. C. D. Berjalur-jalur Bertimpa-timpa Berjurai-jurai Berjela-jela

BM 1/2011 Pilih perkataan yang berlawan bagi perkataan yang bergaris. 14. Banyak peniaga dan pengusaha syarikat mendapat laba yang berlipat ganda pada tahun lalu. A. B. C. D. Faedah Untung Rugi Manfaat

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 15. Tengku Alauddin dinobatkan sebagai sultan menggantikan almarhum ayahanda baginda yang mangkat bulan lalu. A. B. C. D. Ditabalkan Dinaikkan Digelarkan Didudukkan

16. Ramu tidak disukai oleh rakan sekelasnya kerana dia___________. A. B. C. D. Gagah berani Tinggi lampai Lemah lembut Panas baran

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Semasa bercuti di Pulau Tioman, Auni dan keluarganya menyewa sebuah ________selama dua hari. A. B. C. D. Rumah rehat Rumah kedai Rumah teres Rumah pangsa 4

BM 1/2011 18. Kepetahan Aiman _________telah menarik perhatian para hakim dan seterusnya dia terpilih sebagai pendebat terbaik. A. B. C. D. Berucap Berkata Berdebat Berbual

19. Kerajaan akan________kawalan di sempadan negara bagi mengawal kemasukan pendatang asing ke negara ini. A. B. C. D. Melupuskan Mengetatkan Mengisytiharkan Mendekatkan

20. Harta karun yang dijumpai di perairan negara jiran itu.__________bernilai jutaan ringgit. A. B. C. D. Dianggarkan Hitungkan Kirakan Diperolehi

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 21. Persatuan Pengakap sekolah kami akan melawat ke Kem Tentera Sungai Petani esok. A. Siapakah ahli-ahli Persatuan Pengakap sekolah kamu yang akan melawat ke kem tentera Sungai Petani? B. Apakah tujuan Perssatuan Pengakap sekolah kamu melawat ke Kem Tentera Sungai Petani? C. Mengapakah Persatuan Pengakap sekolah kamu melawat ke Kem Tentera Sungai Petani? D. Bilakah Persatuan Pengakap sekolah kamu akan melawat ke Kem tentera Sungai Petani.

BM 1/2011 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 22. Mengapakah Cikgu Mary memarahi Sabrina? A. B. C. D. Cikgu Mary baru masuk ke dalam kelas. Sabrina tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Mereka selalu berbalah. Cikgu Mary sakit hati.

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23. Ahmad menulis sebuah catatan_______sekeping kertas dengan tenang. A. B. C. D. Di atas Di sudut Di tepi Di dalam

Pilih penggunaan kata ganda yang betul dan tepat. 24. I II III IV A. B. C. D. Banyak orang mundar-mandir di hadapan sekolah itu pada waktu pagi dan petang. Adik melambai-lambai tangannya ke arah ibu sambil menangis. Seirra meronta-ronta meminta tolong kerana rumahnya dijilat api. Mereka bersalam-salaman ketika sessi suai kenal bermula. I dan II I, II dan III II dan IV I , II , III dan IV

BM 1/2011 Soalan 25 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25. Puan Liza meminta Adibah membuang sampah itu ke dalam bakul. A. B. C. D. Adibah, tolong sapu sampah itu ke dalam bakul, kata Puan Liza. Adibah, jangan sepahkan sampah itu, kata Puan Liza. Adibah, tolong buang sampah itu ke dalam bakul, kata Puan Liza. Adibah, suruh Puan Liza buang sampah itu ke dalam bakul, katanya.

26. Pasangan mempelai itu di arak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh para pengiringnya. A. Para pengiring diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh pasangan mempelai itu. B. Paluan kompang dan bunga manggar memeriahkan majlis perkahwinan pasangan mempelai itu. C. Para pengiring menyambut ketibaan pasangan pengantin baru itu dengan paluan kompang dan bunga manggar. D. Para pengiring mengarak pasangan pengantin baru itu dengan paluan kompang dan bunga manggar. Soalan 27 28. Pilih ayat yang betul. 27. A Kesungguhan mengulang kaji amat mustahak sekali untuk murid-murid. B. Setengah murid gagal menguasai kemahiran mengira. C. Saya tidak diberitahu oleh emak tentang perkara yang telah terjadi. D. Pelbagai barangan runcit di jual di pusat perabot itu. 28. I II III IV A. B. C. D. Badan saya berasa segar-bugar setelah mandi menggunakan air telaga. Cik Mah diperdaya oleh jurujual itu lantaran kebodohannya. Semua anak Pak Sulong berhari raya di kampung sementara anak Yang belajar di seberang laut. Ibu mengadun cili kering itu sehingga lumat menggunakan batu Giling. I dan II sahaja I , dan II sahaja I , II dan IV sahaja I , III dan IV sahaja.

BM 1/2011 Soalan 29 30. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29. I II III IV Tony tidak berani melalui terowong di dalam gua yang agak gelap Itu. Majid yang buta akibat kemalangan jalan raya menempuhi masa depan yang gelap. Raju mulai gelap mata apabila terlalu lama berdiri di tengah panas. Taklimat yang diberikan oleh Cikgu Razif itu agak gelap menyebabkan kami semua tidak faham. A. B. C. D. 30. I II III IV I dan II sahaja I , II dan III sahaja II , III dan IV sahaja I , II dan IV sahaja.

Puan Hamiah amat mengambil berat akan hal ehwal para Pelajarnya. Saya amat berat hari ini kerana malas hendak pergi ke sekolah. Berat hatinya untuk meninggalkan ibunya seorang diri di rumah Usang itu. orang yang mengalami obesiti mempunyai berat badan yang Berlebihan. A. B. C. D. I dan II I , II dan III I , II dan IV I , III dan IV

Soalan 31 hingga 35. Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya berbesar hati kerana berpeluang memperkatakan syarahan yang bertajuk Faktor Masyarakat Hari Ini Kurang Meminati Permainan Tradisional. Hadirin sekalian, 8

BM 1/2011 Tidak dapat dinafikan bahawa permaina tradisional semakin kurang diminati. Antara sebab utamanya ialah wujudnya permainan moden. Permainan ini bukan saja pelbagai jenis malah lebih menatik berbanding dengan permainan tradisional. Selain itu, permainan tradisional dikatakan tiada nilai komersial. Permainan moden pula mampu mengharumkan nama negara.Pendapatannya lebih lumayan. Kurangnya pendedahan tentang permainan tradisional turut menjadi punca permainan ini kurang diminati. Hadirin sekalian, Sikap masyarakat Malaysia yang tidak suka bergaul dan kurang menitik beratkan semangat kejiranan turut menjadi faktor. Hal ini kerana permainan tradisional memerlukan sekumpulan pemain. Demikian faktor-faktor yang dapat saya enal pasti sebagai punca permainan tradisional kurang diminati oleh masyarakat kita. Oleh itu, wajarlah kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Janganlah kita membiarkan warisan nenek moyang ini lupus ditelan zaman. Sekian, terima kasih.

31. Yang manakh tidak tergolong dalam permainan tradisional? A. B. C. D. Wau Gasing Sepak raga Badminton.

32. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa syarahan tersebut dalam situasi pertandingan? A. B. C. D. Adanya penonton Adanya Pengerusi Majlis. Adanya barisan hakim Adanya Guru Besar dan guru-guru. 9

BM 1/2011

33. Pilih pernyataan yang bukan sebab-sebab permainan tradisional kurang diminati. A. B. C. D. Ketinggalan zaman Kurang pendedahan Permainan moden lebih menarik Mempunyai nilai komersial yang tinggi.

34. Harapan penyampaian syarahan ini ialah.... A. Permainan tradisional mampu menyaingi populariti permainan moden. B. Langkah untuk menghidupkan permainan tradisional perlu diambil. C. Maklumat tentang permainan tradisional disebarkan. 35. Rangkai kata nilai komersial bermaksud...... A. B. C. D. Nilai perdagangan Nilai kualiti Nilai yang berharga Nilai bermutu tinggi.

Soalan 36 hingga 40. Teliti graf di bawah di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Graf di bawah menunjukkan jumlah kutipan buah tembikai di Ladang Saidin Enterprise bagi tempoh enam bulan pertama, tahun 2010.

10

BM 1/2011

8000

JUMLAH KUTIPAN BUAH TEMBIKAI DI LADANG 7500 SAIDIN ENTERPRISE 7000


6000

7000

6000 Jumlah kutipan [ kilogram ] 5000 5000 4500

4000

3500

3000

2000

1000

0 Jan Feb Mac Bulan Apr Mei Jun

36. Jumlah kutipan buah tembikai pada bulan Januari ialah.... A. B. C. D. 4500 5000 5500 6000

37. Kutipan terendah buah tembikai pada bulan? A. B. C. D. Jun Februari Mac Januari

11

BM 1/2011 38. Berapakah perbezaan jumlah kutipan buah tembikai antara bulan Januari dan Jun? A. B. C. D. 3000 2000 1000 2500

39. Kutipan buah tembikai paling banyak pada bulan............. A. April B. Mei C. Jun 40. Jumlah kutipan buah tembikai bagi tempoh 3 bulan pertama ialah.. A. B. C. D. 13000 12000 11000 10000 KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like