You are on page 1of 4

SEJARAH PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Sejarah awal kaunseling bermula selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959 dimana pihak Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu telah mengeluarkan satu buku bertajuk A Guide to Career in Malaya for parent. Buku ine tersebar luas dan profesion kaunseling berkembangan pada ketika itu. Kaunseling merupakan satu profession yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan pembangunan, kebajikan dan membantu orang ramai. Ini berdasarkan prinsip dan definasi yang berkembang pada awal hingga kini.

Tahun 1960. Kementerian Pelajaran telah mengemukakan surat pekeliling mengenai bimbingan dan kaunseling.

Tahun 1961 Satu buku bertajuk Handbook Facilities in the Federation Of Malaya telah dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Buku ini mengandungi pelbagai panduan pekerjaan dan menerangkan mengenai kerjaya. Jawantankuasa Penyelaras Bimbingan dan

Vokasional telah ditubuhkan dan melantik pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K.Mackenzie untuk membantu kerajaan mengembangkan kaunseling di Malaysia.

Tahun 1966 Hasil dari kerjasama Russel K.Mackenzie yang telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan dari negeri-negeri yang berkenaan, satu buah buku yang bertajuk, Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah telah diterbitkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kepada Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua gutu besar memberikan kemudan tempat bagi aktiviti bimbingan dan kaunseling ini.

Tahun 1969 Seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh UNICEF bagi member pendedahan mengenai bimbingan selam enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas. Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan untuk memudahkan dan member kesan yang baik kepada tugas.

Tahun 1973 Satu persatuan telah ditubuhkan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) dan telah dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik. Tugas persatuan ini ialah membantu pelajar serta mencari bidang perkejaan yang sesuai bagi mereka.

Tahun 1979 Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan. Berpusat di Institut Teknologi Mara, Shah Alam. Selain itu Maktab Perguruan Ilmu Khas telah mengendali kursus sijil selama setaun untuk kaunselor sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UPM) telah menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia pula menyediakan kursus diperingkat ijazah.

Pekembangan semasa Perkhidmatan dan Bimbingan di Sekolah. Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatanBimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan.Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Prosesurbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanianbertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabarandalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakankeperluan dan kemestian kepada negara.Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untukmembimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran, pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini. Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor. Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia. Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002. Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya .

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya

masa maka perkhidmatan berikut dapat dilaksanakan.Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dankemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya. Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-usahabimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangka masa pendek dan panjang. Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengantujuan memelihara kebajikan pelajar.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan dalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang.

You might also like