You are on page 1of 21

1.

SUMBER KEWANGAN SEKOLAH Peruntukan bagi membiayai segala perbelanjaan berhubung dengan aktiviti di sekolah rendah adalah datangnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara bantuan persekolahan yang diperolehi dinyatakan seperti berikut. 1.1 Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ) Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Peruntukan ini digunakan untuk membeli peralatan, inventori, dan harta modal. Pembelian hendaklah dibincang dan dipersetujui bersama Ketua Panitia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Sekolah. Pembelian peralatan ICT dan penyaman udara tidak dibenarkan. Semua peralatan, inventori dan harta modal yang dibeli hendaklah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia. Tuntutan PCG hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. Pengurus sekolah wajib memaklumkan kepada Ketua Panitia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun ( JPKA ) Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Panitia dan peruntukan diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya. PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: a) b) PCG Mata Pelajaran Teras, Wajib, Tambahan dan Bahasa Asing dan Elektif. PCG Bukan Mata Pelajaran Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling Bagi PCG Mata Pelajaran Teras, agihan peruntukan adalah seperti berikut:

a) 60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras 1.2 Yuran Khas Sekolah (YKS) Mulai tahun memansuhkan 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk bayaran Yuran Khas Sekolah ( YKS ) yang dikenakan

ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi ujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah meliputi aktiviti: a) b) c) d) e) f) 1.3 Sukan/Permainan Pendidikan Jasmani Lukisan/Kerja Tangan Pendidikan Seni Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah

Bantuan Kokurikulum Prasekolah ( BKKP ) Bantuan Kokurikulum Prasekolah ( BKKP ) diberi dalam kadar belanja yang tetap bagi memudahkan pengurusan dan perbelanjaan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan a) b) c) d) Sukan/sukaneka Karnival Pendidikan PraSekolah Konvokesyen Lawatan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti:

Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti seperti urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan, penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna dan pembelian serta

penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan prasekolah. 1.4 Bantuan Kokurikulum Sekolah ( BKK ) BKK merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disedikan bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehingga tahun 2010, kadar BKK bagi sekolah rendah secara puratanya ialah RM10.00 seorang murid setahun. Perbelanjaan yang dibenarkan a) b) c) 1.5 menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti: Pasukan Pakaian Seragam/Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Aktiviti perkhemahan, seminar, kolokium, dan kursus kepimpinan

Bantuan Sukan Sekolah ( BSS ) Bantuan Sukan Sekolah ( BSS ) telah diwujudkan bagi membiayai aktiviti sukan dan permainan sekolah. Peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK bag aktiviti sukan dan permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS. menambah peruntukan sebanyak Selain itu, kerajaan turut RM2.00 seorang bagi

memperkukuhkan pelaksanaan Dasr 1 Murid 1 Sukan. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti: a) b) c) d) Kejohanan olahraga tahunan sekolah Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa Karnival permainan antara rumah kelas dan sebagainya Program-program lain sukan di sekolah sepanjang tahun dan

Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti adalah seperti pengendalian pengurusan kelab-kelab sukan permainan, makan penyediaan kursus bahan minum, penginapan, sewaan dan pendedahan permainan kepada murid, urusan pengangkutan murid, cetak, bahan habis guna dan pembelian serta

penyelenggaraan peralatan.

1.6

Bantuan Makanan Prasekolah ( BMP ) BMP merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi membiayai perbelanjaan penyediaan makanan murid di Kelas Prasekolah KPM. Kadar BMP ialah RM1.80 sehariuntuk seorang murid selama 200 hari. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan ini adalah bagi tujuan berikut: a) b) c) d) Perolehan bahan mentah memasak Gas/bahan api memasak Makanan tambahan Lain-lain perkara yang melibatkan penyediaan/pemberian makanan berkhasiat kepada murid prasekolah.

2.0

PERANCANGAN KEWANGAN SEKOLAH Pada tahun 2012 ini, sekolah saya telah menerima peruntukan sejumlah RM32,990 dari Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ). Peruntukan ini bagi menjalankan projek pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran yang diajar di sekolah. Peruntukan mata pelajaran ini di bahagikan kepada dua kumpulan, iaitu untuk Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Wajib. Perbelanjaan bagi Mata Pelajaran Teras ini pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu Perbelanjaan Terhad dan Perbelanjaan Tidak Terhad. Butiran lanjut mengenai perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut :a) Perbelanjaan Mata Pelajaran Teras i) Perbelanjaan Terhad Bahasa Inggeris Matematik Sains

ii) Perbelanjaan Tidak Terhad

Sejumlah

Bahas Malaysia Agama Isalm Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni RM 32,990 diagihkan mengikut keutamaan bagi

b) Perbelanjaan Mata Pelajaran Wajib

menjalankan aktiviti berkaitan mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib. Oleh itu sebanyak 60% dari peruntukan yang diterima iaitu RM19,974 akan diperuntukan kepada aktiviti mata pelajaran teras dan selebihnya pula iaitu RM13,196 diperuntukkan kepada menjalankan aktiviti mata pelajaran wajib . Pengagihan Peruntukan bagi Aktiviti Mata Pelajaran Teras Peruntukan bagi Mata Pelajaran Teras yang diterima adalah sebanyak RM19,974 Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11,984 (60%) diagihkan bagi menampung Perbelanjaan Terhad dan RM7,990 (40%) lagi Bahasa kepada Inggeris Perbelanjaan senanyak Sains Tidak Terhad. Pengagihan sebanyak Manakala peruntukanPerbelanjaan Terhad ini pula mengikut mata pelajaran iaitu RM3,595(30%), sebanyak Matematik RM3,595(30%) dan RM4,793(40%).

peruntukan Perbelanjan Tidak Terhad yang diterima akan diagihkan sama rata kepada ketiga-tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam dan Kajian Tempatan dimana masing-masing akan menerima sebanyak RM2,665.30 setiap mata pelajaran..

Pengagihan Peruntukan bagi Aktiviti Mata Pelajaran Wajib Sejumlah RM13,196 yang merupakan 40% daipada peruntukan yang diterima akan diagihkan untuk membiayai perbelanjaan Mata Pelajaran Wajib. Jumlah peruntukan ini dibahagi sama rata kepada ke semua Mata Pelajaran Wajib yang terdiri dari Kemahiran Hidup, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni dimana setiap perbelanjaan mata pelajaran tersebut akan diperuntukkan sebanyak RM3,299.

Butiran Perbelanjaan Butiran Peruntukan diterima dari PCG Pengagihan Peruntukan : i) Matapelajaran Teras / Khas (60%x RM32,990) ii) Matapelajaran Wajib (40%x RM32,990) Jumlah Besar Pengagihan Butiran Pengagihan Peruntukan Matapelajaran Teras RM19,974 i) Perbelanjaan Terhad (60%x RM19,974) = RM11,984 a) BI (30% x RM11,984) b) MT (30% x RM11,984) c) SN (40% x RM11,984) ii) Perbelanjaan Tidak Terhad ( 40% x RM19,974) = RM7,990 a) BM ( RM7,990/3) b) AG ( RM7,990/3) c) KT ( RM7,990/3) Jumlah besar peruntukan Mata Pelajaran Teras Peruntukan Mata Pelajaran Wajib RM13,196 Perbelanjaan yang terlibat : a) KH (RM13,196/4) b) MZ (RM13,196/4) c) PJ (RM13,196/4) 3,595 3,595 4,793 (RM) (RM) 19,974 13,196 32,990 (RM) 32,990

19,974

11,984

2,663 2,663 2,664

7,990 19,974 13,196

3,299 3,299 3,299

d) PS (RM13,196/4) Jumlah Besar Peruntukan Mata Pelajaran Wajib . 2.1. Perancangan Perbelanjaan

3,299

13,196 13,196

Anggaran perbelanjaan Sekolah dibuat sebelum akhir tahun. Pihak pengurusan seharusnya mengenalpasti enrolmen pelajar pada tahun semasa membuat perancangan perbelanjaan Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut: Pembelian bahan Pembelian alatan Penyelenggaraan Alat Bantuan Mengajar ( ABM ) Perkembangan mata pelajaran Buku Rujukan Kursus Perkembangan Staf

Semua guru akan berbincang tentang pembelian dan menyerahkannya kepada ketua panitia. Ketua panitia berbincang tentang anggaran perbelanjaan dengan guru besar. Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah seperti berikut: 2.2 Memperoleh sebu tharga Memilih pembekal Membuat pesanan Menerima bahan / alatan dan nota hantaran dalam keadaan yang baik dan mencukupi Menerima invois Merekod ke dalam stok /inventori / kad-kad stok Menyerah invois kepada kerani kewangan.

Format Membuat Anggaran Perbelanjaan 7

Guru merangka dan menguruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan belanjawan yang dirancangkan. Manakala format borang-borang boleh digunakan untuk menjelaskan spesifikasi perbelanjaan yang berkaitan. Walau bagaimanapun pendekatan secara format ini boleh diubahsuai mengikut keperluan. 3.0 PEMATUHAN PROSEDUR PEROLEHAN Daripada pemerhatian saya, didapati pihak sekolah telah mematuhi prosedur perolehan yang telah ditetapkan. Ini boleh diperhatikan dengan pengagihan peruntukan dilakukan dengan betul dan sistematik. Ianya juga dibelanjakan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Perolehan-perolehan yang dilakukan secara berhemah dimana terdapatnya proses sebut harga bagi memilih pembekal yang boleh memberikan harga yang barangan dan perkhidmatan yang berpatutan. Barang-barang yang dibeli telah diuruskan dengan cekap dan berkesan. Terdapatnya buku stok bagi mengawal penerimaan dan pengeluaran barang yang dibeli. Begitu juga terdapatnya dokumem-dokumen sokongan seperti invois belian, pesanan tempatan, resit-resit keluaran barangan, buku tunai dan daftar yang berkaitan telah diselenggarakan dengan kemaskini. Didapati juga pengurusan kewangan dan pentadbiran mempunyai sistem kawalan dalaman yang baik, di mana terdapat pemantauan oleh pihak guru besar dan guru kanan dalam pengurusan perolehan dan juga rekod-rekod kewangan. Ianya dapat dibuktikan dengan terdapatnya semakan dan pengesahan dari pihak guru besar bagi setiap urusniaga yang dibuat. Pegawai kerani telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan. Ini terbukti dengan beliau telah dianugerahkan sebagai pengurus kewangan yang baik daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pihak sekolah juga telah menerima kunjungan dari pihak Audit Dalam Sekolah dan daripada teguran dan nasihat yang membina telah menyumbangkan kepada pengurusan kewangan yang lebih baik.

Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah seperti berikut: i) Mematuhi prosedur perolehan Bekalan/Perkhidmatan Pembelian terus; <RM10,000 mana-mana pembekal RM10,000-RM50,000 - pembekal bumiputera yang berdaftar Sebutharga Tender perolehan>RM200,000 Pengecualian peraturan perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu ii) Memilih pembekal Pemilihan pembekal ini dibuat berdasarkan kepada harga yang paling rendah dan dapat memenuhi spefikasi yang dikehendaki iii) Membuat pesanan menggunakan Nota Minta Membuat pesanan melalui Pesanan Barang sekolah dan disertakan dengan nota minta.dalam Borang Pesanan Sekolah dinyatakan butiran tentang peralatan dan harga di samping penetapan tarikh pembekalan yang perlu dipatuhi oleh pembekal. Guru perlu menyenaraikan barangan yang diperlukan untuk kegunaan pada tahun tersebut. Senarai barangan perlulah diisi dalam borang Nota Minta yang disediakan seperti di ( lampiran) iv) Menerima bahan atau alatan dan nota hantaran dan perlu memperolehi kelulusan terlebih dahulu daripada guru besar diperolehi. Contoh Nota Minta adalah RM50,000-<RM100,000

Barang-barang hantaran,

yang

diterima

dihantar

bersaman-sama

nota

dari pembekal dan juga pesanan tempatan. Adalah

menjadi tanggungjawab guru untuk membuat perakuan mengenai penerimaan barag-barang tersebut serta mengikuti spesikasi dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya. Dalam hal penerimaan barangbarang, pegawai yang menerima barang-barang dari pembekal perlu memastikan barang-barang yang diterima mempunyai kuantiti yang betul dan mengikut spesifikasi, bermutu dan dalam keadaan yang baik. Di antara langkah-langkah penerimaan ialah menyemak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois, menyemak dan menghitung kuantiti yang diterima serta memperakukan di ruangan perakuan mengenai mutu pada Borang Pesanan Sekolah. Tugas penerimaan ini akan dilaksanakan oleh ketua panitia atau pegawai yang yang dilantik oleh guru besar. Beliau juga bertanggungjawab menyenaraikan segala keperluan maklumat dan status barangan samada ianya barangan habis guna, barangan kekal atau barangan harta modal. v) Menerima invois Invios yang diterima daripada pembekal perlu dicop terima dan adalah menjadi kewajipan untuk membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari. vi) Merekod dalam stok / inventori / kad-kad stok Peralatan/barang-barang yang diterima akan disimpan di dalam stor bengkel dan direkodkan dalam daftar yang berkaitan dengan secepat mungkin. Penerimaan barang-barang dibuat dalam 4 borang mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.02/1991. KEW 312, 312A Daftar Harta Modal KEW 313 Daftar Inventori KEW 314 Daftar Stok Bekalan Pejabat

10

KEW 315 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori.

vi) Menyerah invois kepada Pegawai Kerani Kewangan Invois yang diterima daripada pembekal dikemukakan secepat mungkin kepada kerani kewangan untuk proses pembayaran supaya pembayaran dapat dibuat dalam masa 14 hari. Dari pemerhatian saya proses perolehan itu telah dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Rekod-rekod yang berkaitan dengannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemaskini. Melalui pematuhan prosedur perolehan yang teratur dan perancangan yang teliti membolehkan sesebuah organisasi akan memberi impak kepada berkesan. berfungsi dengan sempurna dan pengajaran dan pembelajaran yang

4.0

PERANCANGAN PIHAK SEKOLAH DALAM PENGURUSAN PERALATAN, BAHAN DAN BENGKEL Untuk memastikan perjalanan pengurusan bengkel berjalan dengan lancar, pihak sekolah telah mewujudkan ahli jawatankuasa di ketuai oleh ketua panitia dan.guru besar sebagai penasihat. Guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup sebagai pelaksana. Jawatanuasa ini bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam pengurusan bengkel. 4.1 Pengurusan Kewangan yang berkesan Guru berperanan sebagai pengurus kewangan untuk memastikan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan kepada semua pelajar. Guru perlu mengetahui prinsip asas pengurusan kewangan. Guru perlu bekerjasama dengan pihak

11

pengurusan sekolah kewangan sekolah supaya segala wang yang dikeluarkan akan memberi manfaat kepada semua. Panitia Kemahiran Hidup merupakan panitia yang mendapat peruntukan yang besar. Peruntukan yang besar ini ialah untuk membeli alatan-alatan keperluan dan bahan-bahan projek Kemahiran Hidup. Panitia akan membuat perancangan dan perbelanjaan. Peruntukan ini akan diberikan mengikut jumlah yang akan belajar mata pelajaran ini iaitu murid-murid tahap dua. Semua peruntukan itu perlu dibelanjakan. Ketua panitia akan berbincang dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini untuk membuat perancangan dan perbelanjaan untuk sesuatu tahun. Pembelian hanya boleh dibuat apabila peruntukan telah diterima, biasanya pada bulan Februari. Kecekapan dalam menguruskan kewangan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup menjadi lebih lancar dan teratur. Guru perlu bijak menyediakan sesuatau keperluan atau bahan lebih awal. Persediaan awal ini adalah bagi mengelak masalah ketiadaan alat/bahan untuk pengajaran berlaku. Masalah biasa yang dialami ialah ketiadaan bahan atau alat untuk mengajar murid-murid. Justeru, guru haruslah merancang dari awal iaitu dengan melihat silibus pengajaran dan mencatat segala keperluan dari segala alatan atau bahan yang diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. Pada awal tahun ketua panitia haruslah bersedia sedari awal untuk mengedarkan borang kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Semua guru yang mengajar pula perlu merujuk kepada sukatan pelajaran tentang topik apa yang akan diajar dan bahan apa yang diperlukan untuk mengajar matapelajaran ini. Jadi semua guru KH harus mencatatkan keperluan yang akan digunakan untuk mengajar matapelajaran ini nanti.

12

Borang ini akan dianalisa semula oleh ketua panitia untuk memperolehi maklumat tentang bahan atau alatan yang diperlukan oleh murid-murid untuk pembelajaran sepanjang tahun. Barangbarang keperluan yang diperlukan akan ditambah setiap tahun untuk menampung kekurangan. Alatan yang mencukupi akan menjadikan pengajaran amali dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Murid akan seronok belajar kerana semua alatan dan bahan mencukupi untuk membuat amali dan guru pula tentu akan berpuas hati kerana semua murid akan mendapat manfaat daripada perancangan guru yang baik. Di samping itu semua murid akan dapat melibatkan diri dengan sempurna dalan pengajaran dan pembelajaran. Guru panitia juga merancang pembelian berdasarkan kepada permintaan guru. Rancangan perolehan ini menjurus kepada keperluan yang utama dan berdasarkan kepada peruntukan yang ada. Jadi proses perolehan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan dan sedaya upaya memoptimumkan sebaik mungkin peruntukan yang diterima. Segala bahan / alatan atau aset yang diterima hendaklah disahkan ketepatan dari segi spesifikasi dan mutu sebelum diperakukan untuk pembayaran. Bahan/alatan perlu direkodkan dalam buku stok sedangkan aset-aset perlu direkodkan dalam daftar aset. Untuk keberkesanan pengurusan peralatan dan bahan, satu kad kawalan stok dan kad petak diwujudkan. Kad petak disediakan bertujuan untuk merekod setiap item stok dengan mengikut nombor kad yang berturutan dan kad petak ini perlu dikemaskini pada setiap kali tranksaksi penerimaan dan pengeluaran dibuat. Catatan penerimaan dan pengeluaran bahan dan alatan perlu dibezakan dan direkodkan dengan kemaskini. Sebagai contoh setiap penerimaan perlu direkodkan dengan pen dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam. 13

4.2

Organisasi dan Pengurusan Bengkel Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengurusan bengkel yang sistematik. Untuk mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang tersusun kemas, komitmen guru diperlukan. Pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu diambil perhatian kerana cara pengurusan dapat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran murid. Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerjakerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tanggungjawab guru KH bukan setakat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi bertanggungjawab juga dalam pengendalian bengkel. Dari pemerhatian yang dibuat, didapati sekolah saya telah menjalankan pengurusan bengkel yang cekap dan sistematik bagi membantu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat diperhatikan dengan penyimpanan alat-alat / bahan yang berharga di tempat yang selamat. Keadaan dalam bengkel juga disusun dengan teratur dimana bengkel tidak dijadikan sebagai stor. Alatalat juga disimpan di tempat yang selamat seperti di dalam almari yang berkunci. Kakitangan juga didapati meminjam alatan sekolah melalui guru Kemahiran Hidup. Pihak pengurusan bengkel juga menyediakan buku log untuk mencatat kemalangan yang berlaku. Kit pertolongan cemas dan alat pemadam api disediakan untuk mencegah kebakaran yang mungkin terjadi di dalam bengkel. Didapati juga penyelengaraan stok yang sistematik. Alat-alat dan bahan di bengkel disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan selamat. Peminjam juga telah merekod pinjaman dalam Buku Pinjaman Khas. Guru-guru yang meminjam alatan/bahan/ABM juga

14

dikehendaki memulangkannya alat pembelajaran tersebut sebaik saja tamat proses. Pengurusan bengkel di sekolah saya juga didapati mengamalkan sistem 5S. Perabot disusun dengan teratur dalam ruang kerja. Kedudukan stor juga sesuai dan selesa. Kaedah penyusunan dan penyimpanan alat juga baik dan ada kawalan alatan. Pengurusan dan pentadbiran bengkel juga didapati sistematik dan bengkel terurus dan diselenggarakan dengan baik. Untuk mendapatkan suasana dalam bengkel yang tersusun rapi masa yang panjang diperlukan untuk mengemas, menyusun agar nampak menarik dan kondusif. Ini menampakkan komitmen guru yang tinggi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam memastikan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dijalankan dengan baik dan menepati keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia, Carta Pengurusan Organisasi Kemahiran Hidup dan Carta organisasi di kalangan murid perlu diwujudkan . Diantara perkara atau elemen-elemen penting yang perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan adalah:Jadual tugasan, Carta Bengkel dan Jadual Bertugas Merancang jadual waktu masuk ke bengkel, jadual tugas, pelan struktur serta peraturan perlulah diletakkan ditempat yang sesuai iaitu tempat yang mudah dilihat oleh murid. Di antara jadual yang disediakan ialah jadual bengkel bagi memastikan murid tidak bertembung untuk masuk, jadual organisasi kerja dan jadual tugasan murid iaitu menyediakan jadual tugasan di kalangan murid untuk bertugas secara bergilir-gilir dalam bengkel. Di samping itu guru juga perlu menyediakan garis panduan atau peraturan dan keselamatan semasa masuk ke dalam bengkel. Ini perlu dibuat dan dipaparkan dalam bengkel dan pastikan dipatuhi oleh semua murid.

15

Mesyuarat Panitia Mesyuarat Panitia mestilah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Ia perlulah diminitkan oleh setiausaha dan disimpan di dalam fail panitia, fail induk dan fail Guru Penolong Kanan Kurikulum Program Tahunan Program Tahunan perlulah dirancang bagi mengisi aktiviti panitia Kemahran Hidup. Program ini berpandukan kepada keperluan semasa. Program Tahunan adalah tunggak kepada perjalanan Panitia Kemahiran Hidup. Pembahagian tugas perlu disediakan untuk diambil tindakan. Laporan aktiviti ini akan dilaporkan oleh setiausaha untuk difailkan . Laporan Tahunan Laporan aktiviti akan dibuat pada hujung tahun oleh setiausaha. Semua aktiviti yang telah dijalankan dan yang tidak dapat perlu dilaporkan untuk makluman. Ia dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang. Perekodan dan Jenis-jenis Rekod Serta Sistem Pemfailan Contoh susunan fail bagi panitia Kemahiran Hidup 06/03/011 06/03/011A 06/03/011B 06/03/011C 06/03/011D 06/03/011E Kemahiran Hidup Fail Induk Sukatan Pelajaran Mesyuarat Panitia Program Kecemerlangan Keputusan Ujian dan Peperiksaan

16

06/03/011F 06/03/011G 06/03/011H 06/03/011I 06/03/011J

Penyeliaan Pemeriksaan Buku Latihan Aktiviti Koko Akademil Bank Soalan Maklumat Guru Mata Pelajaran

Penyediaan Rekod-rekod Penggunaan Bengkel Pihak Pengurusan Bengkel wajiblah menyediakan Rekod-rekod Penggunaan Bengkel untuk melicinkan perjalanan pengurusan bengkel. Diantara rekod-rekod tersebut ialah Rekod Pinjaman / Penggunaan alatan, Rekod Kemalangan dan Rekod Penyelenggaraan. Rekod-rekod ini berfungsi sebagai pengawasan ketua panitia. Rekod ini disediakan dalam bentuk buku. Guru juga perlu menyediakan maklumat bahan di bengkel. Di antaranya ialah panel alatan, rekod-rekod, peralatan keselamatan, jadual bengkel dan bahan bantu mengajar.. Pihak Panitia juga hendaklah menyediakan carta organisasi jawatankuasa induk Kemahiran Hidup. Contoh carta organisasi Panitia Kemahiran Hidup SKSSU boleh dilihat dilampiran. Guru juga perlu membuat penyelenggaraan kepada alatan dan bahagian bangunan. Bentuk pengujian juga perlu diselaraskan untuk setiap aliran. Penulisan buku rekod mengajar juga perlu diselaraskan.

Perekodan Stok Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan: a) b) Mengetahui kedudukan stok simpanan Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan 17

c)

Mengawal paras stok

Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan oleh pegawai stor dengan mematuhi penggunaan rekod seperti berikut: a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu: i) Kad Kawalan Stok KEW.PS-3 di Stor Pusat dan Stor Utama ii) Kad Petak KEW.PS-4 di Stor Pusat, Stor Utama dan Stor b) Kad Kawalan Stok dan Kad Petak boleh dicetak sendiri oleh Kementerian/Jabatan dengan menggunakan format yang sama. c) Penggunaan warna kad seperti berikut i) Kad Kawalan Stok berwarna putih ii) Kad Petak berwarna hijau iii) kad Petak berwarna merah jambu untuk stok bertarikh luput 4.3 Pengurusan Bengkel yang Berkesan Bengkel adalah satu tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan tempat murid membuat latihan praktis. Makmal perlu diurus dengan cekap bagi mencapai tujuan berikut: i) ii) iii) iv) v) membantu pengajaran dan pembelajaran Mengelakkan kemalangan Memudahkan aktiviti/projek dijalankan Mengemaskinikan bekalan bahan Menentukan alatan dan bahan yang dibeli adalah sesuai dan mengikut spesifikasinya Pengurusan bengkel yang cekap dan sistematik membantu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Di antara cara- cara untuk menguruskan bengkel ialah: i)Menentukan penyimpanan alat-alat / bahan berharga di bengkel dengan selamat. ii) Memastikan ruang bengkel lapang seperti tidak menggunakan bengkel sebagai stor

18

iii) iv) v) vi) vii) viii)

Memastikan bengkel seboleh-bolehnya tidak dijadikan kelas terapung. Memastikan pinjaman latan oleh kakitangan sekolah melalui guru Kemahiran Hidup. Peminjam alatan hendaklah menggantikan alatan yang rosak dalam jagaan mereka. Sediakan buku log untuk mencatat kemalangan yang berlaku. Melengkapkan kit pertolongan cemas dan menyediakan alat pemadam api Hapus kira alatan/bahan/perkakas yang tidak selamat dan rosak mengikut peraturan sedia ada.

Penyelenggaraan stok yang cekap dan sistematik juga membantu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat dan bahan di bengkel mestilah disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan selamat. Peraturan Meminjam Alatan Dari Bengkel i) ii) iii) iv) v) Pinjaman alatan KH selain daripada pengajaran dan pembelajaran tidak digalakkan. Sebarang pinjaman alatan hendaklah melalui ketua panitia atau guru kanan KH. Penggunaan alatan adalah tertakluk di dalam kawasan sekolah sahaja. Peminjam akan merekod dalam Buku Pinjaman Khas ( lihat lampiran 2 ) Peminjam mestilah bertanggungjawab meulangkan alatan/bahan /ABM sebaik sahaja tamat proses pengajaran danpembelajaran. Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab sipeminjam. Prinsip-prinsip Dalam Pengendalian Bengkel 19

Pengurusan bengkel bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup mestilah dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran ini. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas sepert berikuti: penyusunan ruang untuk peralatan utama penyusunan perabot di dalam ruang kerja kedudukan stor laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan kaedah penyusunan dan penyimpanan alat dan kawalan alatan Pengurusan dan pentadbiran bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan bengkel terurus dan diselenggarakan dengan baik. Ini juga untuk memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang tersusun rapi masa dan komitmen guru diperlukan. Sebagai kesimpulannya didapati bahawa perancangan pihak sekolah dalam pengurusan bengkel amat penting dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak panitia Kemahiran Hidup bertanggungjawab dalam proses ini untuk memastikan semua guru dan murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat.

20

21

You might also like