You are on page 1of 2

Mengikut Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia

ialah; 1. Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun. 2. Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. 3. Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

http://skpt-ppki.blogspot.com/2011/05/punca-punca-disleksia.html

Punca-Punca Disleksia Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. http://linusppdpendang.blogspot.com/2011/03/disleksia.html

PUNCA DISLEKSIA Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:1. Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan. 2. Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.
http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2012/04/disleksia.html

You might also like