You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TENIK

KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, 71760 BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS http://www.ipteknik.edu.my TEL: 06-7979600 FAX: 06-7979699

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami : MPT/144/100/2/17/Jld. 12(19 ) Tarikh : 17 April 2013

GRADUAN: 1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2009 2. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan November 2008

Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2013 SECARA BERPUSAT Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Konvokesyen bagi graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2009 akan diadakan pada 26 hingga 29 Mei 2013 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PISMP-PGSR) pada 4 hingga 7 Jun 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 3. Sehubungan itu tuan/puan yang telah lulus peperiksaan akhir kursus dijemput ke Majlis Konvokesyen tersebut pada tarikh dan masa seperti jadual yang dilampirkan. 4. Pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik mengucapkan tahniah di atas kejayaan tuan/puan. Sila layari portal e-konvo di http://lmsipda.net/konvo2013 untuk membuat pengesahan kehadiran dan maklumat lanjut berkaitan dengan majlis tersebut. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut peintah,

(Dr. MUHAMMAD BIN AB RAHMAN) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Komples Pendidikan Nilai Bandar Enstek

You might also like