You are on page 1of 7

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JABATAN MATEMATIK SAINS & KOMPUTER BIL 3/2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

17 APRIL 2012 RABU 2.30 PETANG BILIK MESYUARAT JMSK

Kehadiran : Seperti di lampiran. MINIT: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Makluman 1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan maklumat daripada mesyuarat pengurusan seperti di lampiran. Tindakan : Makluman 1.3 Tuan Pengerusi memaklumkan maklumat daripada mesyuarat kecemerlangan akademik iaitu : 1.3.1 Penyelaras ULPL setiap jabatan mesti membuat laporan kursus yang telah dihadiri oleh setiap staf dijabatan. Tindakan : Penyelaras ULPL 1.3.2 Surat amaran akhir telah dimansuhkan. Tindakan : Semua Pensyarah

1.3.3 Dua minggu selepas peperiksaan akhir , diharap semua pensyarah JMSK dapat menyiapkan clorr untuk kegunaan semester depan. Tindakan : Semua Pensyarah 1.3.4 Jadual induk sahaja yang akan dibukukan. Tindakan : Makluman

1.3.5 Pelantikkan AJK garispanduan Kawalan Plagiat Pentaksiran kepada pensyarah berikut : a) En. Ahmad Zumali Bin Mohammad (Ketua) b) En. Ade Azman Bin Ahmad (Penolong Ketua) c) Pn. Ayuzi Binti Taib d) Pn. Umiey Syahida Binti Fauzi Tindakan : Pensyarah Berkaitan
2

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 Minit Mesyuarat bil. 2/2012 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nasrah Binti Said dan disokong oleh En. Fauzi Bin Sulaiman. Tindakan : Makluman 4.0 Perkara-perkara Berbangkit 4.1 Makmal Matematik / Bilik Kuliah Serbaguna ( para 5.1 ) 4.1.1 Pengerusi memaklumkan perkara ini akan ditangguhkan dan akan dibangkitkan apabila peruntukan bajet ada. Tindakan : En. Fauzi Bin Sulaiman & Pn. Suriaty Binti Abdullah 4.2 Kemaskini Pendawaian ( para 5.2 ) 4.2.1 Pengerusi memaklumkan perkara ini akan ditangguhkan dan akan dibangkitkan apabila peruntukan bajet ada. Tindakan : Pn. Nor Juliha Binti Said 5.0 Laporan Unit Matematik 5.1 KKM mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat bagi Bengkel Celik Kalkulator. Tindakan : Makluman 6.0 Laporan Unit Sains 6.1 KKS memaklumkan pemantauan terhadap staf yang mengajar sains amat berjaya dan penilaiannya melebihi 85%. Tindakan : Makluman 6.2 KKS juga memaklumkan bahawa semua soalan penilaian yang dilaksanakan mestilah mendapatkan pengesahan daripada KK ataupun KJ terlebih dahulu. Tindakan : Makluman 6.3 KKS memaklumkan bahawa aircond di makmal sains bawah tidak dapat dibaiki lagi kerana tiada bajet. Tindakan : Makluman

7.0 Laporan Unit Komputer 7.1 KKK memaklumkan beliau telah menghantar nama pelajar seramai 46 orang ke unit peperiksaan untuk ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir. Tindakan : Makluman 7.2 KKK memaklumkan kursus photoshop untuk pelajar semester akhir yang dirancang pada 23 & 24 Mac 2012 telah ditunda ke akhir bulan Julai 2012. Tindakan : Makluman 7.3 KKK memaklumkan Program 3P akan bermula pada 7 Jun 2012 dan berharap semua penyelaras makmal dapat memantau penggunaan makmal tersebut. Tindakan : Penyelaras Makmal 8.0 Laporan Kualiti 8.1 PK mengingatkan semua pensyarah JMSK perkara-perkara berikut : a) Rekod PB/PKK hendaklah dihantar kepada KJ pada 15/4/2012 sehingga 19/4/2012 dan hantar pada ke Unit Peperiksaan pada 24/4/2012. Tindakan : Semua Pensyarah b) Semua pensyarah hendaklah menghantar FRP untuk semakkan kedua pada 2226/4/2012 kepada KK masing-masing ataupun KJ. Tindakan : Semua Pensyarah 9.0 Laporan Unit Peperiksaan 9.1 PPJ memaklumkan perkara-perkara berikut : 9.1.1 Peperiksaan akhir bermula pada 22 April 2012 sehingga 3 Mei 2012. Semua kursus JMSK berlangsung pada minggu pertama, dan diharap semua pensyarah JMSK dapat menyiapkan awal penandaan kertas jawapan pelajar. Tindakan : Semua Pensyarah 9.1.2 Semua pensyarah diingatkan supaya mengisi borang analisis mengikut soalan. Tindakan : Semua Pensyarah

9.1.3 Semua pensyarah yang hendak mengambil kertas jawapan kelas masing-masing, diharap dapat mengambilnya selepas sesi peperiksaan tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Tindakan : Semua Pensyarah 9.1.4 Semua pensyarah yang hendak key in markah, sila pastikan ada PPJ JMSK yang bertugas semasa waktu tersebut. Tindakan : Semua Pensyarah 9.1.5 Semua pegawas simpanan hendaklah mendaftar diri awal di unit peperiksaan untuk dibuat undian. Tindakan : Semua Pensyarah 9.1.6 Semua pegawas peperiksaan yang ingin bertukar suka sama suka diharp dalat mengisi borang yang telah diemailkan kepada semua staf. Tindakan : Semua Pensyarah 9.1.6 Kursus kod baru akan ada penyemak kedua. Tindakan : Semua Pensyarah 10.0 Laporan Jadual Waktu 10.1 Pn. Rohanizah binti Rahmat maklumkan bagi semester pendek 2012, kursus yang ditawarkan ialah B5001 dan B3001 sahaja. Hanya beberapa orang pensyarah berkenaan sahaja yang terlibat. Pendaftaran semester pendek 2012 ialah pada 3 Mei 2012. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 11.0 Laporan Unit Latihan Pendidikan Lanjutan - Tiada laporan 12.0 Laporan Kebajikan 12.1 Penyelaras Kebajikan memaklumkan masih ada yang belum membayar yuran kebajikan jabatan dan diharap dapat menjelaskannya secepat yang mungkin. Tindakan : Semua staf
5

12.2 Penyelaras Kebajikan memaklumkan beliau akan membeli sijil kosong untuk memudahkan dalam penyediaan sijil kepada pelajar yang terlibat dengan kursus anjuran JMSK. Tindakan : Semua staf 13.0 Laporan 5S & Keceriaan 13.1 Pn. Marina binti Majid memaklumkan bahawa satu gotong royong akan diadakan pada 1 Mac 2012. Tindakan : Makluman 14.0 Hal-Hal Lain 14.1 Diegest JMSK 14.1.1 En. Nik Muhd Tasnim bin Nik Ibrahim ( juga selaku ketua design) memaklumkan Diegest JMSK akan diterbitkan pad sesi Jun 2012. Tindakan : Makluman 14.2 Masalah di JMSK Sila lihat lampiran. 15.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Disediakan Oleh :

( ROSAMALINA BINTI MOHD @ MOHD NOOR ) Pencatat Minit Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disemak Oleh :

( WAN KAMISAH BINTI WAN MUHAMMAD KHALID ) Pengerusi Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
6

You might also like