You are on page 1of 7

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JABATAN MATEMATIK SAINS & KOMPUTER BIL 5/2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

24 JULAI 2012 SELASA 2.00 PETANG BILIK MESYUARAT JMSK

Kehadiran : Seperti di lampiran. MINIT: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Makluman 1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan maklumat daripada mesyuarat pengurusan iaitu Tuan Pengarah telah memaklumkan tentang ETOS Perkhidmatan Awam Malaysia (di lampirkan) yang perlu ditanam dalam diri pekerja perkhidmatan awam. Tindakan : Semua staf 1.3 Tuan Pengerusi memaklumkan maklumat daripada mesyuarat kecemerlangan akademik iaitu : 1.3.1 TPA menekankan berkenaan mesyuarat JPKJ (diketuai oleh ketua kursus) dan KJ dijemput hadir. Mesyuarat ini melibatkan penyelaras kursus dan salinan minit mesyuarat hendaklah dihantar ke TPA dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Tindakan : Pensyarah berkenaan 1.3.2 TPA memaklumkan penetapan dua penyelidikan bagi setiap zon (PSMZA, PHT dan PKT). Tindakan : Semua staf 1.3.3 Bagi staf jabatan sokongan, empat program/aktiviti pelajar boleh disamakan dengan dengan satu projek pelajar untuk validasi. Kejayaan untuk kenaikan pangkat tidak semudah seperti sebelum ini, kali ini dipertimbangkan SKT staf. Tindakan : Semua staf 1.3.4 Semua pensyarah hendaklah mengedarkan SLT bersekali dengan Course Outline kepada pelajar pada awal proses P&P. Tindakan : Semua pensyarah 1.3.5 Semua pensyarah hendaklah memastikan pendaftaran pelajar lancar dan jika
2

ada pelajar yang mendaftar lebih daripada 18 kredit sila rujuk kepada KJ terlebih dahulu. Tindakan : Semua pensyarah 1.3.6 Mesyuarat kecemerlangan akademik yang diadakan satu semester sekali, pencatat minit adalah wakil dari setiap jabatan yang akan dimaklumkan. Tindakan : Semua staf 1.3.7 Kehadiran staf melebihi 8.06 pagi dikira terlewat. Tindakan : Semua staf 1.3.8 Pasukan pembentukan buku kerja untuk rujukan pensyarah dan pelajar JMSK. Staf yang menjadi ketua pasukan tersebut ialah : a) BB101 En. Khairul Faizal bin Abdul Hamid b) BA101 Pn. Wan Eliani binti Wan Hassan c) BC101 Pn. Marina binti Majid Tindakan : Pensyarah berkenaan 1.3.9 Pusat kegiatan pelajar Cafe Mate akan diwujudkan dibelakang makmal sains 2 dan flip chair akan ditempah untuk kegunaan Cafe Mate. Tindakan : KKM 1.3.10 Surat pelantikan pensyarah yang mengajar pada semester ini akan hendaklah dibuat. Tindakan : PJW 1.3.11 PET telah diarah untuk memastikan KJ memantau kehadiran dan cuti staf masing-masing. Tindakan : KJ 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit Mesyuarat bil. 4/2012 dicadang untuk disahkan oleh Cik Nurul Adani binti Haron dan disokong oleh Pn. Nor Juliha binti Said. Tindakan : Makluman

3.0 Laporan Unit Matematik 3.1 KKM memaklumkan hasil perbincangan yang telah diadakan pada 17 Julai 2012 telah diletakkan di pigeon hole masing-masing untuk rujukan. Tindakan : Semua pensyarah 3.2 KKM berharap semua pensyarah yang mengajar BA101 dan BA102 untuk membuat dianogsis test pada awal dan akhir sesi pengajian. Keputusan ujian awal hendaklah dihantar kepada Pn. Masfizaizan binti Manaf sebelum 16 Ogos 2012. Tindakan : Pensyarah berkenaan 3.3 KKM juga memaklumkan pada sesi Jun 2013 akan ada perubahan kurikulum iaitu matematik akan jadi 3 kredit dan hanya ada 3 matematik sahaja iaitu : a) Engineering Mathematics 1 b) Engineering Mathematics 2 c) Engineering Mathematics 3 Tindakan : Semua pensyarah 4.0 Laporan Unit Sains 4.1 KKS memaklumkan pada 25 Jun 2012 telah mengadakan satu mesyuarat dan hasilnya ialah memutuskan bahawa satu kelas BC101 telah dihadkan seramai 40 orang sahaja. Ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang berbanding dengan semester lepas. Tindakan : Makluman 5.0 Laporan Unit Komputer 5.1 KKK memaklumkan telah mengadakan satu perbincangan pada 23 Julai 2012 bertujuan untuk menyelaras dalam proses P&P bagi BC101. Tindakan : Semua pensyarah 5.2 KKK juga memaklumkan akan mengadakan satu kursus untuk semua pensyarah bagi mendedahkan cara untuk edit movie yang akan diadakan pada akhir semester ini. Penceramahnya ialah En. Ab. Aziz Ikhwan bin Wahab. Tindakan : Semua pensyarah

5.3 KKK juga memaklumkan Kursus Photoshop yang sepatutnya diadakan semester lepas dijangka akan diadakan pada 8 September 2012 dan penceramahnya masih lagi En. Ab. Aziz Ikhwan bin Wahab. Tindakan : Semua pensyarah 5.4 KKK juga memaklumkan akan memindahkan dua buah komputer ke bilik pensyarah atas. Satu untuk kegunaan AJK jadual waktu dan peperiksaan, dan satu lagi untuk kegunaan semua pensyarah atas. Diharap penyelia Acad4 dapat mengisi KewPA6. Tindakan : Semua pensyarah 6.0 Laporan Kualiti 6.1 PK memaklumkan kepada semua pensyarah tentang perubahan footnote yang baru. Tindakan : Semua Pensyarah 6.2 PK juga memaklumkan jika ada sebarang perubahan kursus (CQI) sila bagi satu salinan kepada penyelaras kurikulum. Tindakan : Semua Pensyarah 6.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengasingkan salinan 3 markah rendah, 3 markah sederhana dan 3 markah tinggi iaitu diletakkan dalam fail kertas putih bukannya dalam FRP. Tindakan : Semua Pensyarah 7.0 Laporan Unit Peperiksaan 7.1 Pn. Umiey Syahida binti Fauzi memaklumkan pembatalan surat penggubalan soalan BA501 & BA601. Tindakan : Semua Pensyarah 8.0 Laporan Jdual Waktu 8.1 Mesyuarat bersetuju dimana semua pensyarah akur dengan kursus yang diberikan untuk sesi akan datang tapi dengan pengetahuan pensyarah tersebut terlebih dahulu. Tindakan : Semua Pensyarah

8.2 Mesyuarat juga bersetuju supaya diblok masa kelas UK agar semua pelajar Uk dapat mendaftar masuk kelas tersebut. Tindakan : Semua Pensyarah 9.0 Laporan Latihan Pendidikan Lanjutan - Tiada laporan 10.0 Laporan Kebajikan - Tiada laporan 11.0 Laporan 5S & Keceriaan 11.1 Pn. Marina binti Majid memaklumkan makmal sanis dan komputer telah diaudit 5S pada 24 Julai 2012. Tindakan : Makluman 12.0 Laporan Statistik Jabatan 12.1 En. Norazizan bin Ismail menyampaikan rumusan statistik pelajar bagi sesi Jun 2011 dan sesi Disember 2011. Beliau memohon semua JPKJ untuk membuat CQI untuk dihantar ke TPA. Tindakan : JPKJ 13.0 Laporan Ulang Kursus 13.1 Pn. Noor Syahida binti Shamsuddin memaklumkan masih ada pensyarah yang belum menghantar senarai nama pelajar UK masing-masing untuk semester ini. Tindakan : Semua Pensyarah 14.0 Hal-Hal Lain 14.1 Oscar Day 14.1.1 Pengerusi memaklumkan sempena Oscar Day yang akan diadakan pada akhir tahun ini dan dikendalikan oleh Sclub, semua staf JMSK dikehendaki untuk membayar RM100 kepada Pn. Wan Eliani binti Wan Hassan. Tindakan : Semua staf

14.2 OBE 14.2.1 Pengerusi memaklumkan JMSK mengetuai OBE PSMZA. Dan staf JMSK yang terlibat ialah : a) Pn. Rohayu binti Ab. Wahab b) Pn. Marina binti Majid c) Pn. Masfizaizan binti Manaf d) Pn. Nor Juliha binti Said Tindakan : Semua staf 15.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.20 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Disediakan Oleh :

( ROSAMALINA BINTI MOHD @ MOHD NOOR ) Pencatat Minit Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disemak Oleh :

( WAN KAMISAH BINTI WAN MUHAMMAD KHALID ) Pengerusi Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

You might also like