You are on page 1of 5

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

8.1 Rukun Negara 1 Gagasan pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 (ms 210-212). a) Apakah matlamat pengenalan Rukun Negara? Mengukuhkan perpaduan Memelihara corak hidup demokratik Mencipta sebuah masyarakat yang adil Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai Membina masyarakat progresif

b) Pada pendapat anda, mengapakah kepercayaan kepada Tuhan diberi keutamaan dalam prinsip Rukun Negara? Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab melengkapi hidup manusia [Mana-mana jawapan munasabah]

c) Mengapakah kita mesti patuh kepada prinsip Rukun Negara yang keempat? Menuntut rakyat menghormati undang-undang Tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang Rakyat akan dapat hidup aman damai Bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan Undang-undang tidak dicabar oleh mana-mana pihak [Mana-mana jawapan munasabah]

8.2 1

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Garis masa berikut berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan negara yang diwujudkan selepas negara kita merdeka. (ms 212-215) 1956 Penyata Razak 1957 Ordinan Pelajaran 1960 Laporan Rahman Talib 1961 Akta Pelajaran 1974 Jawatankuasa Kabinet 1979 Jawatankuasa Kabinet a) Nyatakan cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan. Satu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk Penubuhan sekolah jenis umum rendah Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah.

b) Nyatakan syor tambahan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960 terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelumnya. Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan. Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk perpaduan. Pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah tanpa mengira agama dan kaum. Sekolah rendah yang guna bahasa Inggeris ditukarkan ke bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai pelajar tidak kurang 15 orang pelajar Islam. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar. Semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa kebangsaan.

c) Senaraikan cadangan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 sebagai memantapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menekankan kemahiran 3M Kenaikan darjah secara automatik. Penekanan terhadap sekolah vokasional. Sukatan pelajaran sekolah swasta. Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan. Penekanan terhadap kokurikukulum. Penekanan terhadap disiplin.

d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Memudahkan hala tuju pendidikan negara. Berusaha melahirkan insan/individu seimbang dan harmonis. Iaitu dari segi intelek, rohani dan jasmani Melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas Memupuk perpaduan. Melahirkan masyarakat berkahlak mulia dan berketerampilan. [Mana-mana jawapan yang munasabah]

e) Pada pandangan anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasar pendidikan? Dalam konteks anda sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Penggunaan bahasa pengantar yang sama. Penggunaan kurikulum yang sama. Interaksi pelajar pelbagai kaum dalam kegiatan kokurikulum. Mewajibkan penglibatan pelbagai kaum dalam seesuatu kokurikulum. Mewujudkan sekolah wawasan/ sekolah bestari. Penyelarasan sistem peperiksaan. [Mana-mana jawapan yang munasabah]

aktiviti

kurikulum/

PERPADUAN KEBANGSAAN 8.3 Akta Bahasa Kebangsaan 8.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 8.5 Sukan Untuk Perpaduan

Jelaskan kedudukan bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (ms 216). Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Terangkan langkah-langkah memajukan/ memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.(ms 216). Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa pada tahun 1960. Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar/ Sekolah Alam Shah/ Sekolah Sri Puteri/ Seklah Sultan Abdul Halim. Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967. Tahun 1970 bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris pada tahun 1982. Bahasa Melayu digunakan di mahkamah pada tahun 1990.

Apakah tujuan penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971? (ms 217) Panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Senaraikan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima. Islam sebagai unsur yang terpenting.

8.6 Wawasan 2020

Wawasan 2020 yang dicetuskan pada tahun 1991 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. (ms 219-222) a) Siapakah yang mencetuskan gagasan tersebut? b) Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad

Senaraikan matlamat Wawasan 2020. Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju Menggunakan acuan sendiri standing negara majuu di dunia Bukan seperti kemajuan di negara Barat/ kemajuan fizikal semata-mata Kemajuan bersepadu

c)

Senaraikan sembilan cabaran Wawasan 2020. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika . Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertoleransi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

d)

Apakah tujuan penggubalan Wawasan 2020? Menyatupadukan perpaduan rakyat Menstabilkan politik Meningkatkan taraf hidup rakyat Mengukuhkan nilai moral dan etika Mengukuhkan sistem kerajaan Memartabatkan Mariah bangsa Memupuk semangat yakin diri bangsanya [Mana-mana 9 cabaran Wawasan 2020]

f)

Senaraikan ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mengatasi Wawasan 2020. Bersatu padu Berjiwa bebas Bersikap terbuka Berkeyakinan diri Bangga dengan pencapaian negara Tabah menghadapi masalah Bermoral dan beretika Patuh kepada agama Berilmu pengetahuan Maju dan berfikiran saintifik Bersifat kreatif dan inovatif Menghormati orang lain [Mana-mana jawapan munasabah]

g) Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab anda dalam merealisasikan Wawasan 2010? Merealisasikan Wawasan 2020 Menyahut Sembilan cabaran W2020 Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi Menguasai kemhiran IT. Berinovasi dan kreatif Berdisiplin Mengamalkan nilai-nilai murni Bersifat penyayang [Mana-mana jawapan munasabah]

You might also like