You are on page 1of 0

1

PENGENALAN
Pembinaan jalan raya adalah bagi menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor
perkembangan pertanian, perladangan, perindustrian, perkilangan, pelancongan dan perusahaan
perkhidmatan terutama sekali di kawasan dan daerah yang terpencil.
Pembinaan jalan-jalan bagi menwujudkan dan melengkapkan sistem rangkaian jalan yang
menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan di dalam sesuatu negeri dan seterusnya dan
negeri-negeri di sebelahnya. Pembinaan atau naik taraf jalan adalah untuk perhubungan dan
bertujuan memberi kemudahan perhubungan yang lebih baik sebagai alternatif kepada jalan-jalan
yang sedia ada atau jalan sungai disamping dapat menghubungkan kampung-
kampung/penempatan (remote settlements) dengan pekan terdekat.

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)
Lembaga Lebuhraya Malaysia terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian tersebut
akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pembangunan jalan raya dapat
berjalan dengan lancar.

Fungsi Bahagian-bahagian Dalam Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek
Bertanggungjawab dalam menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan
pengambilan tanah dan dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk serta lukisan-lukisan
rekabentuk terperinci yang dikemukakan oleh syarikat konsesi atau kontraktor turnkey bagi
projek-projek tertentu yang dikenalpasti oleh Ketua Pengarah LLM atau Timbalan Ketua
Pengarah (Perancangan dan Pembangunan). Skop tanggungjawab termasuk menyelaras,
memantau dan mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang
2

dilaksanakan secara penswastaan atau turnkey (bagi projek-projek yang telah dikenalpasti)
selaras dengan keperluan perjanjian konsesi/dokumen kontrak di tapak bina sehingga siap untuk
dibuka kepada lalu lintas.

Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak
Menguruskan pentadbiran kontrak selaras dengan matlamat dan dasar Kerajaan. Bahagian ini
juga bertanggungjawab memberi nasihat dari aspek kos pembinaan lebuh raya kepada pihak
pengurusan LLM.

Bahagian Perancangan
Bertanggungjawab dalam merancang dan mengkaji jajaran lebuh raya selaras dengan kajian
perancangan pembangunan oleh pihak Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal penswastaan
lebuh raya dengan menganggotai jawatankuasa rundingan Kerajaan, menjalankan rundingan
teknikal dengan syarikat pencadang, menyemak pelan pembekuan koridor lebuh raya dan
menjalankan penilaian terhadap projek penswastaan sebelum dan selepas dilaksanakan bagi
menentukan keberkesanan sesuatu projek terhadap masyarakat dan negara.

Pejabat Pejabat Wilayah
Pejabat - pejabat Wilayah terdiri dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Timur. Bagi projek-
projek penswastaan, Pejabat Wilayah bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan
mengawalselia perlaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya di tapak bina selaras dengan
perjanjian konsesi sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas. Tanggungjawab Pejabat
Wilayah juga termasuk pemantauan dan pengawalseliaan ke atas kerja-kerja penyenggaraan dan
operasi lebuh raya oleh syarikat konsesi dan permohonan paparan iklan serta akses dari pihak
ketiga. Pengarah Wilayah juga bertanggungjawab ke atas penyeliaan pembinaan lebuh raya di
tapak pembinaan selaras dengan keperluan kontrak sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas
bagi projek lebuh raya yang dikenalpasti untuk dilaksanakan secara kontrak turnkey.
3


Bahagian Pengawasan Tol
Bertanggungjawab untuk mengawasi operasi tol syarikat-syarikat konsesi dibawah seliaan LLM
dari aspek kadar dan sistem pungutan tol syarikat-syarikat konsesi seperti yang diperuntukkan di
dalam perjanjian konsesi.

Bahagian Pengurusan Tanah
Menguruskan hal-hal pengambilan tanah bagi pembangunan lebuh raya bertol, menguruskan
kerrja-kerja ukur muktamad, perizaban dan pewartaan lebuh raya mengikut Seksyen 62 Kanun
Tanah Negara, menguruskan permohonan dan pemasangan paparan iklan di rezab lebuh raya dan
pengurusan hartanah seperti aktiviti sewaan/pajakan tanah milik LLM dan rezab lebuh raya.

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan
Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan, penilaian kopetensi dan
perhubungan awam di LLM. Skop dan tanggungjawab juga meliputi kajian berterusan terhadap
pelaksanaan sstem pengurusan kualiti LLM supaya dilaksanakan dengan efisien.

Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Am
Bertanggungjawab ke atas sistem perakaunan pengurusan Kumpulan Wang Lembaga dan
menyelia penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan. Menyediakan penyata akaun tahunan dan
menyelia urusan pelaburan serta memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan. Skop
tanggungjawab juga meliputi aspek pentadbiran am seperti bangunan, kenderaan pejabat dan
sebagainya.



4


Bahagian Undang-Undang
Memberi nasihat perundangan, menyemak dan menyediakan ulasan dari aspek perundangan bagi
dokumen-dokumen seperti Perjanjian Konsesi, akta-akta, warta, dan surat jaminan.

Bahagian Teknologi Maklumat dan Sistem Pengangkutan Pintar
Merancang dan melaksanakan dasar dan polisi sistem teknologi maklumat LLM selaras dengan
agenda kemajuan negara. Membangunkan infrastruktur sistem teknologi maklumat LLM agar
sentiasa selaras dengan kemajuan semasa dan membangunkan sistem maklumat yang bersepadu
antara LLM dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Unit Audit Dalam
Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi
perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan-arahan dan
peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan licin dan berkesan.
Setiap bahagian dan Pejabat Wilayah juga bertanggungjawab memastikan sistem pengurusan
kualiti LLM dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berfungsi sebagai "One Stop Agency" dengan tanggungjawab
yang merangkumi perancangan, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penyelarasan
semua aktiviti keselamatan jalan raya meliputi aspek-aspek pendidikan, penguatkuasaan,
kejuruteraan dan persekitaran. Untuk mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan
kematian ke tahap minima setanding dengan negara-negara maju melalui penyelarasan dan
pengurusan program-program keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaaan dan negeri.
5

Fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ)
Pembinaan laluan motosikal
Pembinaan laluan pejalan kaki; dan
Keredaan trafik (traffic calming) di kawasan sekolah dan kawasan perumahan.

JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Objektif Selenggara Fasiliti Jalan

i. Memastikan semua fasiliti jalan JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan
selesa.

ii. Mengekalkan kefungsian fasiliti jalan JKR bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan
ekonomik untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (optimum life cycle
cost).

iii. Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti jalan JKR yang cemerlang, kos berkesan
dan memenuhi kepuasan pelanggan.


Fungsi Cawangan Fasiliti Jalan

i. Melaksana pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang bersepadu dan
menyeluruh.

ii. Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang
seragam dan sistematik supaya tahap kefungsian dan keselamatan sesuatu aset fasiliti
jalan dapat dipertingkatkan lagi.

6

iii. Merancang dan menyelaras pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan di JKR
Negeri dan Wilayah Persekutuan serta menjalankan audit senggara aset fasiliti jalan
mengikut program yang ditetapkan.

iv. Memberi khidmat nasihat kepada pemegang utama terhadap pengunaan sistem, amalan,
piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti aset
fasiliti jalan yang lebih berkesan dan ekonomik.


PUSAT SETEMPAT (OSC)
Pengenalan
Pusat Setempat diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem
penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan
kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Pusat Setempat
ini akan memproses permohonanpermohonan pembangunan tanah ( Seksyen 124A dan 204D
KTN ), kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak.
Perlaksanaan Pusat Setempat ini adalah sebagai hala cara baru bagi memendekkan tempoh masa
bagi kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan proses kelulusan
tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses
cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT kearah menzahirkan perkhidmatan yang
menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang ramai.




7

Fungsi Pusat Setempat
Fungsi Pusat Setempat adalah seperti berikut :
Menyelaras dan memproses permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan
permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan Seksyen 124A dan 204D KTN;
Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan Kebenaran Merancang dan pelan
bangunan kepada pemohon;
Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah;
Menyediakan laporan status permohonan.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Bagi sesebuah projek yang hendak dilaksanakan, adalah perlu untuk melibatkan pihak-pihak
tertentu di dalam menjayakannya. Pihak-pihak tersebut seharusnya berganding bahu untuk
memastikan bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan sejak pelan
kasar dahulu.
Di dalam konteks peranan pihak berkuasa untuk sesebuah projek, ia terbahagi kepada
beberapa sektor atau jabatan di mana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan memegang
dan memainkan peranan yang terpenting di dalam memastikan piawaian projek mengikut apa
yang sepatutnya.

Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan
Fungsi sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa projek adalah mengikut peraturan yang
telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa projek berjalan serta untuk didiami. Secara
kasarnya, tugas pihak-pihak berkuasa adalah lebih kepada;

8

a ) meluluskan permohonan untuk mendirikan bangunan
b ) meluluskan pelan bangunan terbabit
c ) mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki ( CFO )

Kontraktor akan mengawasi proses pembinaan dan perlu memastikan bahawa projek tersebut
adalah mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan
boleh memeriksa dan boleh mengarahkan kontraktor untuk membetulkan mana-mana bahagian
kerja yang tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
Fungsi Jabatan Alam Sekitar
Fungsi Jabatan Alam Sekitar ialah mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar akibat
daripada pembangunan tanah. Pencadang-pencadang projek perlu melaksanakan langkah-
langkah kawalan yang bersesuaian bagi mengurangkan pencemaran pada awal peringkat
perancangan projek. Jabatan Alam Sekitar Negeri memainkan peranan utama dalam menjalankan
siasatan tapak cadangan projek dan kemudiannya memajukan ulasan, pandangan dan cadangan
kepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

UNIT PERANCANGAN DAN EKONOMI (EPU)
Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk
menyediakan pelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia
berkembang dari Sekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan
Malaysia, ialah untuk memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko
tinggi dan segala bentuk bantuan luar. Pada tahun itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa
9

Pembangunan Perancangan Negara, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai sekretariatnya.
Sementara Kabinet terus mengekalkan tanggungjawab utama bagi perancangan di negara ini,
Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk
merumuskan, melaksana, menilai kemajuan, dan menyemak pelan-pelan pembangunan.
Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidak berubah
meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan polisi
pembangunan.

Fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;
Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;
Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;
Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;
Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;
Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;
Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan
Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras
dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.


LEMBAGA PENASIHAT KHIDMAT KONTRAKTOR (LPKK)

Latar Belakang

Pusat Khidmat Kontraktor ditubuhkan pada 30 Jun 1981 dengan nama Pusat Penyelarasan
Khidmat Kontraktor-kontraktor Bumiputera (PUSAKABUMI) diletakkan di bawah Unit
Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Januari 1987, namanya ditukar
10

kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sesuai dengan pertambahan fungsi dan bidang
kuasanya. Pada 27 Oktober 1990, PKK dipindahkan ke Kementerian Perusahaan Awam dan
seterusnya pada tahun 1995, PKK menjadi sebahagian daripada Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi. Tugas awalnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera.

Fungsi


Tugas dan tanggungjawab PKK seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada 11 April 1984
terbahagi kepada empat iaitu :-
Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor kerja di peringkat persekutuan dan Negeri
dan urusan yang berkaitan.
Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.
Pusat rujukan perihal kontraktor-kontraktor kerja.
Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang
melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai
unit khasnya sendiri untuk memberi bantuan kepada mereka.

Penguatkuasa Undang-undang (POLIS)
Fungsi
1. Memastikan keadaan trafik berjalan lancar.
2. Mendisiplinkan pengguna jalan raya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
3. Mengelakkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.
4. Menjaga sempadan jalan yang menghubungkan antara dua Negara seperti sempadan
Malaysia-Thailand.


11

apakah tanggungjawab perniagaan isu ini?

CYBERJAYA: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah menafikan tuntutan
PKNS bahawa ia adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan jejambat
berhampiran Cyberjaya yang runtuh semalam.

Ia berkata jejambat berhampiran Interchange Selangor Science Park 2 yang telah
dibina oleh PKNS, tidak pernah diserahkan kepada ia akan dikekalkan.

"Ia telah dibina oleh PKNS dan terus berada di bawah skop PKNS sehingga hari
ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata jejambat itu ditutup selepas ia dianggap tidak selamat selepas lawatan
tapak oleh Menteri Kerja Raya pada Dis 7, dan Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM) telah dialihkan trafik pada pertukaran antara plaza tol Putrajaya dan
Putrajaya / Cyberjaya, Putrajaya Lingkaran regangan.

Jejambat itu runtuh pada tengah hari semalam, tetapi tiada siapa yang cedera.
Walau bagaimanapun, paip air besar yang berlari bersama-sama ia telah rosak
mengakibatkan beribu-ribu liter air memancut keluar.

PKNS general manager Othman Omar sebelum ini berkata bahawa projek itu,
yang bermula pada tahun 2007 dan disiapkan dua tahun kemudian, telah
diserahkan kepada PLUS dan LLM pada Mac tahun lepas.

"Apabila kita menyerahkan jejambat Plus, ia adalah masih dalam keadaan baik
tetapi pada bulan November, jalan itu dianggap tidak selamat kerana tanah paya
lembut dan kontraktor telah dilantik untuk mengorek jalan dan memohon lapisan
baru tar di bawah jejambat, "katanya.

12

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shazi-man Abu Mansor, dalam satu kenyataan,
berkata pada Disember, MHA telah menemui beberapa pergerakan pada salah satu
tiang sokongan jejambat itu.

"Saya melawat tapak dan selepas taklimat mengenai projek itu, kami memutuskan
untuk menutup jejambat itu sebagai keselamatan pemandu tidak harus
dikompromi," katanya, sambil menambah bahawa jejambat itu sepatutnya ditutup
sehingga akhir tahun.

Berikutan kejadian semalam, Othman berkata PKNS akan menubuhkan sebuah
jawatankuasa teknikal untuk mengenal pasti punca keruntuhan.

Othman berkata, kerja-kerja pembersihan di tapak akan mengambil masa kira-
kira tiga minggu dan pemulihan sepenuhnya jejambat runtuh boleh mengambil
masa sehingga lapan bulan pada kos antara RM6mil dan RM7mil.

Pengguna lebuh raya ELITE menuju ke arah Putrajaya atau Cyberjaya
dinasihatkan untuk keluar lebuh raya melalui Saujana Putra Interchange sebelum
memasuki lebuhraya SKVE ke Putrajaya / Cyberjaya.

You might also like