You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL.

3 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Agenda

: 28 Februari 2013 (Khamis) : 8.30 pagi : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), PSMZA : i. Ucapan aluan pengerusi ii. Pengesahan minit mesyuarat lepas iii. Analisa CLO setiap jabatan iv. Laporan ketepatan masa staf bagi bulan Januari 2013 v. Laporan kehadiran pelajar <80% sehingga pertengahan semester vi. Laporan markah PKK <50% sehingga pertengahan semester vii. Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL. 3 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat

: 28 Februari 2013 (Khamis) : 8.30 pagi : Bilik Mesyuarat Utama, PSMZA

Kehadiran : Seperti di Lampiran

1.0

Ucapan Aluan Pengerusi

1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Pengerusi memohon agar semua pelaporan yang hendak dilaporkan perlulah mengikut format PDCA (Rancang, Laksana, Semak, Tindakan). Makluman

2.0

Perkara-Perkara Berbangkit

2.1

KJ telah membuat analisa perbezaan peratusan markah yang diperolehi daripada penyelia dan pelajar serta membuat justifikasi kepada pensyarah yang mempunyai perbezaan markah 7 bagi kedua-dua markah tersebut. Analisa bagi pencapaian pelajar bagi kursus yang dicerap telah dibentangkan dan laporan telah dihantar. Makluman

2.2

Perkara berkaitan tuntutan dan surat lantikan penilai pemantauan proses P&P untuk pensyarah KSS telah selesai. Makluman

2.3

Laporan dan Analisis Panel Luar Terhadap Item Peperiksaan Akhir Politeknik KPT sesi Jun 2012 (Tahap 5 dan Tahap 6) telah dicetak oleh KP yang terlibat dan telah dimasukkan ke dalam senarai lampiran dokumen MQA02. Makluman

2.4

Isu pelajar yang menangguh pengajian pada semester lepas tetapi belum mendaftar pada sesi Disember 2012 telah selesai. *Mesyuarat menetapkan pelajar tidak dibenarkan menangguh pengajian sebulan sebelum peperiksaan akhir. Makluman 1

2.5

Laporan dan analisis time sheet kehadiran pensyarah ke kuliah untuk proses P&P untuk bulan Januari 2013 telah dibentangkan dalam MKA bil. 3. Makluman

2.6

Pemantauan kehadiran pelajar pertengahan semester sehingga 7 Februari 2013 telah selesai. Salinan Surat Peringatan Kehadiran Kuliah/Amali/Aktiviti Ko-kurikulum Kurang 80% Pertengahan Semester dari jabatan induk perlu diserahkan kepada pensyarah kursus jabatan sokongan yang terlibat. Tindakan: KJ Induk

2.7

Senarai nama pensyarah kursus yang mengajar kursus Softskills dan Entrepreneurship dan bilangan kelas yang menawarkan kursus tersebut telah dihantar ke ULPL. Tarikh jangkaan kursus untuk pensyarah kursus Entrepreneurship adalah pada 13 dan 14 Mac 2013. Makluman

2.8

Semua KJ dan KU telah menghantar maklumat kemudahan komputer kepada KUJK. Makluman

3.0

Minit:

3.1

Laporan Jabatan Akademik

3.1.1 Semua KJ atau wakilnya telah melaporkan: Laporan analisa CLO<50% sesi Dis 2011 dan Jun 2012 Laporan ketepatan masa staf bagi bulan Januari 2013 Laporan kehadiran pelajar <80% sehingga pertengahan semester Laporan markah PKK<50% sehingga pertengahan semester Makluman

3.1.2 Laporan adalah seperti dalam Lampiran 1. Makluman

3.1.3 Hasil dari laporan, Pengerusi memohon untuk semua KJ induk menghantar nama pelajar yang tidak hadir ke kuliah dan markah PKK kurang dari 50% untuk satu Program Kaunseling. Tindakan: KJ Induk 2

4.0

Hal-hal lain

4.1

KUPI memaklumkan tarikh baru untuk aktiviti Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Sesi Dis 2012 adalah pada 10 dan 11 April 2013. Makluman

4.2

KUPI melaporkan tiada kelewatan hadir kerja bagi staf UPI untuk bulan Januari 2013. Makluman

4.3

Wakil KUpep memaklumkan Bengkel Panel Penilaian dan Pemurnian Item Siri 3 akan diadakan pada 17 hingga 22 Mac 2013 di Primula Beach Hotel melibatkan pensyarah JKM, pensyarah JPA dan semua KPPJ. Makluman

4.4

Mesyuarat mengambil maklum tarikh akhir untuk menghantar PKK ke Unit Peperiksaan adalah pada 25 April 2013. Makluman

4.5

Draf 1 jadual peperiksaan akhir sesi Dis 2012 telah dimaklumkan kepada pelajar pada bulan Februari 2013 dan draf 2 akan menyusul pada bulan Mac 2013. Makluman

4.6

Pertandingan Kemahiran Malaysia (Polyskills) 2013 akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2013 di PSMZA yang melibatkan bidang Automotif, Kimpalan dan Mekatronik. Penganjuran pertandingan adalah secara bersama dengan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Makluman

4.7

KUPI akan mengeluarkan surat lantikan kepada pensyarah dan senarai kursus yang terlibat dengan Action Research. Tindakan: KUPI

4.8

Wakil KUSKK memaklumkan salah satu topik bagi kursus AR101 iaitu Protokol dan Etiket Sosial yang melibatkan etika di meja makan belum dilaksanakan. *Mesyuarat bersetuju menggunakan kepakaran pensyarah PSMZA untuk melaksanakannya dan tidak melibatkan pihak luar. Makluman 3

4.9

Berikutan isu pelepasan kuliah bagi aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain yang bertembung dengan kelas ganti di luar waktu kuliah, *Mesyuarat bersetuju pihak USKK perlu mengeluarkan surat pelepasan kuliah walaupun aktiviti dijalankan di luar waktu kuliah. Makluman

4.10

Pengerusi JK Audit Akademik dan beberapa orang KP akan membuat lawatan di POLISAS untuk persediaan audit MQA pada 5 dan 6 Mac 2013. Makluman

4.11

Mesyuarat bersetuju AJK Audit Akademik setiap jabatan ditetapkan kepada dua orang AJK sahaja. Makluman

4.12

Pemantauan P&P masih lagi berjalan melibatkan 5 jabatan akademik. Pemantauan P&P bagi JKA telah selesai. Makluman

4.13

Setakat minggu ke 8 Takwim P&P, bagi pemantauan P&P oleh pelajar, terdapat 10 orang pensyarah yang mendapat skor kurang dari 80% (JKE(3), JKM(2) dan JTMK(5)) manakala seorang staf JTMK telah mendapat skor kurang dari 80% dari penilai. Makluman

4.14

KUPLI memaklumkan lawatan pemantauan pelajar LI sesi Dis 2012 berlangsung pada 24 Februari 2013 hingga 14 Mac 2013 dan Garis Panduan LI Pelajar Edisi 2013 telah diedarkan. Makluman

4.15

KUPLI melaporkan terdapat dua orang pelajar yang sedang menjalani LI di sebuah syarikat di Negeri Sembilan telah menyalahgunakan nama syarikat di laman sosial Twitter. *Mesyuarat bersetuju siasatan bagi kedua-dua pihak diperlukan sebelum tindakan tatatertib dikenakan. Tindakan: KUPLI

4.16

Wakil KUJK memaklumkan Student Course Survey Form akan diedarkan kepada pelajar pada minggu ke 15 mengikut Takwim P&P iaitu pada 17 Mac 2013. Borang yang akan digunapakai akan menggantikan Entrance and Exit Survey Form. Makluman 4

4.17

Mesyuarat bersetuju Student Course Survey Form yang dicadangkan akan digunapakai mulai sesi Dis 2012 dengan sedikit pemurnian. Makluman

4.18

Pengerusi memohon agar JK Projek Pengarah (Janakuasa Hidro) diwujudkan. JK dipengerusikan oleh TP(A) dan JKE sebagai Setiausaha. AJK adalah KJ dan seorang pensyarah dari JKA, JKE, JKM. Tindakan: KJKE

5.0

Penutup

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah menjayakan mesyuarat kali ini dengan harapan segala keputusan yang telah dipersetujui bersama dapat dilaksanakan dengan lancar.

5.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

. (NORHIDAYUWATI BINTI ABU HUSIN) Pencatat Minit MKA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 07.03.2013

.. (HJ. HASSAN BIN ISMAIL) Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 07.03.2013

You might also like