You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL.

4 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Agenda

: 13 Mac 2013 (Rabu) : 9.00 pagi : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), PSMZA : i. Ucapan aluan pengerusi ii. Pengesahan minit mesyuarat lepas iii. Laporan persediaan 27 perkara MQA iv. Laporan setiap jabatan/unit v. Hal-hal lain

Agenda Tambahan : i. ii. iii.

Laporan pemantauan P&P bagi minggu ke 10 Kehadiran pensyarah ke kuliah bagi bulan Feb 2013 Prestasi staf jabatan/unit hadir kursus mengikut sukuan I

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL. 4 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat

: 13 Mac 2013 (Rabu) : 9.00 pagi : Bilik Mesyuarat Utama, PSMZA

Kehadiran : Seperti di Lampiran

1.0

Ucapan Aluan Pengerusi

1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Pengerusi memohon agar semua ahli mesyuarat membaca AlFatihah untuk bonda kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En Mohd Nasir Bin Omar yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 3.00 pagi pada 12 Mac 2013 tadi kerana sakit tua dah juga kepada wira-wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Makluman

1.2

Berkaitan dengan cuti rehat pensyarah, Pengerusi memohon agar jadual waktu penggantian kelas teori perlu dikemukakan semasa memohon cuti rehat. Jadual tersebut mestilah mendapat sokongan dan tandatangan dari KJ. Bagi permohonan cuti yang melibatkan pensyarah bersama (sesi amali), surat sokongan daripada pensyarah utama dan tandatangan dari KJ perlu dilampirkan semasa memohon cuti. Makluman

1.3

Pengerusi memohon agar KJ dan KP tidak keluar untuk urusan rasmi pada masa dan hari yang sama terutamanya yang melibatkan lawatan pemantauan pelajar LI. Pengerusi mencadangkan agar jadual penggiliran diwujudkan untuk urusan rasmi di luar bagi melancarkan lagi pengurusan jabatan. Makluman

1.4

Pengerusi memaklumkan pelajar PSMZA dilarang berkempen di dalam kampus dan dilarang menggunakan nama politeknik sekiranya berkempen atau terlibat dengan PRU 13 di luar kampus. KJ diminta untuk menghebahkan larangan tersebut kepada pelajar masing-masing. Makluman

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1

Minit Mesyuarat Kecemerlangan Akademik Bil. 3/2013 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Wan Kamisah Binti Wan Khalid dan disokong oleh Pn. Norliza Binti Kassim. Makluman

3.0

Perkara-Perkara Berbangkit

3.1

Salinan Surat Peringatan Kehadiran Kuliah/Amali/Aktiviti Ko-kurikulum Kurang 80% Pertengahan Semester dari beberapa jabatan induk masih belum diserahkan kepada pensyarah kursus jabatan sokongan. Tindakan: KJ Induk

3.2

Semua KJ induk telah menghantar nama pelajar yang tidak hadir ke kuliah dan markah PKK kurang dari 50% untuk satu Program Kaunseling. Makluman

3.3

KUPI telah mengeluarkan surat lantikan kepada pensyarah JMSK dan JKM yang terlibat dengan Action Research. Mana-mana KJ yang belum menghantar nama hendaklah berbuat sedemikian secepat mungkin. Tindakan: KJKA, KJKE, KJTMK, KJPA

3.4

Susulan kes dua orang pelajar yang sedang menjalani LI di sebuah syarikat di Negeri Sembilan yang telah menyalahgunakan nama syarikat di laman sosial Twitter, siasatan telah dijalankan dan pelajar tersebut akan diberikan surat tunjuk sebab serta akan dikenakan tindakan tatatertib. Pihak syarikat telah menghantar semua laporan berkaitan kepada pensyarah pemantau. Makluman

3.5

Pengerusi memohon agar JK Projek Pengarah (Janakuasa Hidro) diwujudkan. JK dipengerusikan oleh TP(A) dan JKE sebagai Setiausaha. AJK adalah KJKA, KJKE, KJKM, KJPA dan beberapa pensyarah dari JKA, JKE, JKM. KJ yang terlibat hendaklah menghantar cadangan nama pensyarah kepada KJKE selewat-lewatnya 21 Mac 2013. Tindakan: KJKA, KJKM dan KJKE

4.0

Minit:

4.1

Laporan Persediaan 27 Perkara MQA

4.1.1

Pengerusi memaklumkan PSMZA tidak terlibat dengan audit MQA untuk kumpulan yang pertama yang mana hanya melibatkan 14 politeknik. Makluman

4.1.2

KJKE memaklumkan MQA dijangka akan hadir untuk sesi audit program DEP pada bulan Julai 2013. Pelajar program DEP kohort pertama yang akan ditemubual adalah terdiri dari pelajar lanjut pengajian. Makluman

4.2

Laporan pemantauan P&P bagi minggu ke 10

4.2.1

Laporan pemantauan P&P bagi minggu ke 10 untuk setiap jabatan adalah seperti berikut:

Jabatan TP(A) JKA

Bilangan Staf 9 52

Telah

Belum

dipantau dipantau 9 47 5 -

Catatan

4 staf di bawah USKK Seorang staf baru masuk kerja dari

JKE

71

68

cuti bersalin 2 staf cuti bersalin Seorang telah dipantau pada 10.03.2012 Seorang akan dipantau pada 20.03.2013 Seorang akan dipantau 2 minggu lagi Seorang tidak dapat dikesan (MIA)

JKM

133

129

JTMK JPA JMSK

38 30 32

38 30 32

Makluman

4.2.2

Seorang staf (JTMK) telah mendapat skor kurang dari 50% untuk domain 1 (FRP) dan 4 orang staf mendapat skor kurang 50% untuk domain 5 (PSMTI). Makluman

4.2.3

Dua orang staf JTMK telah mendapat skor kurang dari 80% dari penyelia. Pemantauan kali kedua oleh KJTMK diadakan pada 13.03.2013 (Rabu) dan 19.03.2013 (Selasa). Makluman

4.3

Kehadiran pensyarah ke kuliah bagi bulan Feb 2013

4.3.1

Berikut adalah bilangan pensyarah yang lewat hadir ke kuliah bagi bulan Feb 2013 mengikut jabatan: JABATAN Bilangan pensyarah yang lewat hadir ke kuliah JKA 2 JKE 1 JKM 7 JMSK 3 JPA 0 JTMK 0 Makluman

4.3.2

Terdapat isu wakil kelas lewat menghantar time sheet kepada penyelaras. Makluman

4.4

Prestasi staf jabatan/unit hadir kursus mengikut sukuan I 4.4.1 Berikut adalah bilangan hari berkursus staf mengikut jabatan/unit dalam sukuan I: JABATAN Bilangan staf yang berkursus < 3 hari JKA JKE 18 1 JKM 26 JMSK 2 JPA 0 JTMK Upep UPLI UJK 0 0 0 0 UPI 0

Makluman

4.4.2 Pengerusi memohon KJ untuk membuat pelaporan bagi staf yang berkursus kurang dari 3 hari. Laporan mestilah mengandungi alasan/sebab dan perancangan yang akan dilaksanakan untuk staf tersebut. Tindakan: Semua KJ

5.0

Laporan setiap Jabatan/Unit

5.1

Unit Jaminan Kualiti

5.1.1

KUJK memaklumkan Student Course Survey Form yang dicadangkan adalah untuk memenuhi keperluan standard program sebagai platform maklumbalas pelajar mengikut kursus. Makluman

5.1.2

Mesyuarat bersetuju Student Course Survey Form dan Carta Alir Proses CQI Berdasarkan Analisis Student Course Survey digunapakai mulai sesi ini dengan sedikit pemurnian. Makluman

5.1.3

Student Course Survey Form akan dilaksanakan pada minggu ke 15 mengikut Takwim P&P (7 hingga 11 April 2013). Makluman

5.1.4

KUJK memaklumkan Pensyarah Pelawat dari Industri (PPI) yang melibatkan IPT tidak dikira mulai tahun 2013. KJ dikehendaki untuk merancang semula pelan tindakan PPI yang melibatkan pihak industri sahaja. Tindakan: Semua KJ

5.2

JK Audit Akademik

5.2.1

Laporan pemantauan P&P akan dikemaskini dan direkodkan. Makluman

5.2.2

Bagi persediaan Audit MQA, satu bengkel penyelarasan audit MQA akan diadakan pada 26 Mac 2013 melibatkan semua Ketua Program. Bengkel bertujuan untuk penyelarasan 27 perkara senarai semak. Makluman

5.3

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

5.3.1

KUPLI memaklumkan Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) akan dipasang pada 26 Mac 2013 dan data akan dipindahmasuk ke sistem tersebut pada 27 Mac 2013. Kursus Penggunaan SPMP kepada pensyarah akan diadakan pada 28 Mac 2013. Makluman

5.4

Pengurusan Penasihatan Akademik

5.4.1

KPPA memaklumkan ada jabatan yang belum menghantar Borang Rekod Pertemuan Penasihatan Akademik. Makluman

5.4.2

Taklimat dan Bengkel Inspirasi Transformasi Diri ( ITD) 2013 telah diadakan pada 10 dan 11 Mac 2013 melibatkan semua PA semester 1 dan 2. Makluman

5.5

Unit Peperiksaan

5.5.1

Peperiksaan Akhir Sesi Dis 2012 akan berlangsung pada 21 April 2013 hingga 2 Mei 2013. **Mesyuarat menetapkan, mana-mana pensyarah yang telibat dengan urusan

peperiksaan pada 2 Mei 2013 tidak dibenarkan untuk cuti rehat. Makluman

5.5.2

Bengkel Panel Penilaian dan Pemurnian Item Siri 3 akan diadakan pada 18 hingga 22 Mac 2013 di Primula Beach Hotel melibatkan pensyarah JKM, pensyarah JPA dan semua KPPJ. Makluman

5.5.3

Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Dis 2012 telah dimuatnaik di laman web PSMZA untuk makluman pelajar. Makluman

5.5.4

Bagi proses moderasi pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan akhir sesi Dis 2012, mesyuarat menetapkan bilangan skrip jawapan yang perlu disemak semula adalah 15 skrip iaitu lima skrip jawapan yang mempunyai markah kategori tinggi, lima skrip jawapan yang mempunyai markah kategori sederhana dan lima skrip jawapan kategori rendah. Bagi kursus yang mempunyai bilangan pelajar kurang dari 15, semakan semula perlu dibuat untuk semua skrip jawapan. Makluman

5.6

Unit Penyelidikan dan Inovasi

5.6.1

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Inovasi 2013 dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013. Makluman

6.0

Hal-Hal Lain

6.1

KJPA memaklumkan proses P&P di JPA berjalan lancar. Penilaian kerja kursus yang sedang dilaksanakan adalah Kuiz 2 dan Pembentangan. Makluman

6.2

Terdapat beberapa aktiviti pengayaan pensyarah dan pelajar yang akan dijalankan oleh JPA sepanjang bulan Mac 2013. Antaranya Seminar Pengurusan Zakat dan Ar-Rahnu, Bengkel Asas Seni Khat Jawi, Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita) dan Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Antara Jabatan (pelajar). Makluman

6.3

Pengerusi memohon agar semua KJ ambil maklum mengenai laporan aktiviti/mingguan/bulanan 2013 mengikut jabatan masing-masing. Laporan aktiviti tersebut akan dihantar ke JPP dan akan dipantau oleh KP JPP. Makluman

6.4

Pengerusi memohon agar semua KJ peka dengan emel yang diterima dan respon sekiranya perlu. Makluman

6.5

KUpep memaklumkan Garis Panduan Perpindahan Kredit dan Pengecualian Kursus yang baharu telah dikeluarkan. Makluman

7.0

Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah menjayakan mesyuarat kali ini dengan harapan segala keputusan yang telah dipersetujui bersama dapat dilaksanakan dengan lancar.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 petang.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

. (NORHIDAYUWATI BINTI ABU HUSIN) Pencatat Minit MKA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 18.03.2013

.. (HJ. HASSAN BIN ISMAIL) Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 18.03.2013

You might also like