You are on page 1of 2

Jurnal Mingguan (1/4/2013 - 5/4/2013) Nama : Muhammad Hanif Zol Hamidy

Pada tarikh 1 April 2013, saya dan seorang lagi rakan saya iaitu Ahmad Yasir bin Mustafa Bakri pergi melapor diri ke sekolah yang telah di berikan oleh unit praktikum IPG Kampus Pulau Pinang kepada kami. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Perasaan saya pada pagi itu sebelum bertolak bercampur baur, ada perasaan gementar, ada perasaan gembira. Memandangkan hari ini adalah hari pertama kami di sekolah, kami bertolak seawal 6.30 pagi. Setibanya kami di sekolah, kami di minta oleh Puan Pengetua, iaitu Puan Hajjah Rohani untuk menghadiri perhimpunan mingguan sekolah terlebih dahulu. Pada perhimpunan tersebut, kami di minta untuk memperkenalkan diri kepada para pelajar yang hadir. Saya berasa agak kagum kerana semua pelajar memberikan tumpuan yang penuh ketika saya bercakap. Di dalam hati saya, saya berasa gembira kerana jika para pelajar memberi tumpuan di perhimpunan, sudah tentulah mereka juga akan memberi tumpuan ketika mereka belajar di dalam kelas kelak. Setelah tamatnya perhimpunan, kami ke pejabat semula untuk berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Eshamuddin. Beliau menerangkan tentang tugas-tugas kami, dan juga sedikit sebanyak cerita tentang sekolah ini. Beliau juga menerangkan tentang peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh semua guru-guru dan pelajar di sekolah. Kami masih tidak di beri jadual mengajar kerana jadual mengajar kami masih dalam proses pembikinan. Pada hari pertama ini, segalanya bergerak dengan lancar. Cuma perasaan sedikit gementar kerana melihatkan keadaan disiplin pelajar di sekolah tersebut yang mendukacitakan. Para pelajar kelihatannya tidak berminat untuk belajar dan ingin keluar daripada kelas selalu sekiranya mendapat peluang. Pada hari pertama lagi saya sudah melihat guru disiplin sekolah iaitu Cikgu Johari, merotan pelajarpelajar yang tidak masuk ke kelas. Menurut Cikgu Johari, pelajar-pelajar di sekolah ini agak corot dari segi akademik mahupun disiplin. Jadi mereka perlukan bimbingan dan didikan yang lebih dari para guru di sini.

Saya dan Ahmad Yasir hanya berbual-bual dengan guru-guru pada hari ini untuk mengumpul maklumat tentang sekolah. Pada akhir sesi sekolah, kami di berikan jadual mengajar. Saya di berikan amanah untuk mengajar subjek Matematik untuk kelas 1 Tekun, Matematik Moden untuk kelas 4 MPV, dan Matematik Tambahan untuk kelas 4 SN. Pada hari seterusnya, saya masih tidak dapat mengajar kerana para pelajar sibuk dengan aktiviti kawad, pantun dan juga bicara berirama. Sekolah ini menjadi tuan rumah untuk Pesta Pantun Peringkat Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah, sekolah ini telah mendapat Naib Johan untuk pesta tersebut. Aktiviti kawad kaki pula akan di adakan pada hari Sabtu nanti. Secara keseluruhan, pada minggu ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran agak terganggu kerana aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terlampau banyak. Beberapa rancangan pengajaran saya terpaksa di tunda dan di bawa ke sesi seterusnya kerana ramai pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Saya berharap agar minggu depan apabila semua aktiviti ini telah tamat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dapat bergerak lancar dan sempurna.

You might also like