You are on page 1of 15

EDU 3107 BIMBINGAN KAUNSELING KANAK-KANAK

INVENTORI MINAT KERJAYA


Self Directed Search (John Holland) Inventori Personaliti Warna (Sidek Noah) Inventori Personaliti (Sidek Noah)

1. Self Directed Search (John Holland)


Dikemukakan oleh Dr.John Holland pada tahun 1971 berdasarkan kajian terhadap pembentukan personaliti manusia terhadap persekitaran tempat kerja. Teori ini dibentuk bertujuan membantu golongan dewasa mencari peluang pekerjaan, pembelajaran dan pengurusan kerjaya. 6 Komponen Holland ataupun bidang minat adalah Realistic (R), Investigate (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

Cara penilaian SDS

Jumlah markah tertinggi dalam komponen RIASEC akan mewakili tiga kod Holland. Kod ini secara amnya menyatakan minat dan kecenderungan individu tersebut. Contoh : markah diperoleh ialah R=21, I=22, A=21, S=39, E=46 dan C=31. Maka kod Holland adalah ESC, iaitu minat individu ini tertumpu kepada komponen Enterprising, Sosial dan Conventional.

Model Hexagon Holland

Tafsiran Inventori Self Directed Search

Realistik
Seseorang yang mempunyai kemahiran meknikal. Suka bekerja dengan peralatan, binatang, tumbuhan dan objek. Melihat diri sebagai seorang yang praktikal, mekanikal dan realistik. Mereka ini juga gemar bekerja di luar pejabat.
CONTOH PEKERJAAN Pegawai Polis, Juruterbang, Jurutera, Pegawai Perhutanan, Mekanik dan Juruelektrik.

Investigative
Seseorang yang suka menyiasat, memerhati, menganalisadan menyelesaikan masalah. Suka kepada perkara-perkara berkaitan dengan matematik dan kaedah saintifik.Melihat diri sebagai seorang yang tepat, saintifik dan bijak.
CONTOH PEKERJAAN Ahli Matematik, Ahli Kimia, Doktor Gigi, Jurukur, Ahli Kajibumi, dan Ahli Kajicuaca.

Artistik
Seseorang yang mempunyai kemahiran seni, kreatif dan inovatif. Menggemari aktivitiaktiviti seperti drama, seni, kerjatangan, tarian, muzik dan penulisan kreatif. Tidak menggemari aktiviti-aktiviti yang terlalu tersusun atau yang berulang-ulang. Melihat diri sebagai seorang yang bebas dan tidak bergantung dengan orang lain. CONTOH PEKERJAAN Penari, Pereka bentuk pakaian, Ahli Muzik, Pelawak, Pencipta Lagu, Pereka bentuk Grafik dan Pelukis.

Sosial
Seseorang yang suka kepada pergaulan yang luas dan berkerja dengan orang ramai. Mereka ini gemar membuat kerja-kerja yang membantu orang lain seperti mengajar, merawat, memberi maklumat tetapi tidak suka kepada penggunaan mesin, peralatan atau binatang . Melihat diri sebagai seorang yang suka menolong, peramah dan boleh dipercayai.

CONTOH PEKERJAAN
Kaunselor, Guru, Jururawat, Pekerja Sosial, Pustakawan, Pegawai Kebajikan, Pegawai Perhubungan Awam dan Jurulatih Sukan.

Enterprising
Seseorang yang aktif berinteraksi dengan orang ramai. Mereka ini gemar memimpin, mempengaruhi dan mengurus orang lain. Melihat diri sebagai seorang yang bertenaga, bercita-cita dan boleh bergaul dengan ramai orang. CONTOH PEKERJAAN

Pengurus Jualan, Peguam, Pengurus Hotel, Pengurus Acara, Ahli Politik dan Pembaca Berita.

Konvensional
Jenis individu yang suka bekerja dengan nombor dan data tetapi tidak gemar suasana yang tidak tersusun dan mengelirukan. Melihat diri sebagai seorang yang teratur, berhati-hati, teliti dan mengikut arahan.
CONTOH PEKERJAAN

Akuantan, Setiausaha, Kerani Bank, Penyimpan Kira-kira, Kerani Mahkamah, Pemeriksa Peraturan dan Pakar Cukai.

2. Inventori Personaliti Warna (Sidek Noah)


Cara Penilaian

Inventori ini mempunyai 100 item dan masa diperuntukkan adalah 30 minit. Pilihan jawapan adalah ya atau tidak. Di akhir ujian, item dengan jawapan ya di dalam ruangan warna personaliti akan dikira. Bilangan ya yang terbanyak adalah jenis personaliti individu.

Tafsiran Inventori Personaliti Warna

3. Inventori Personaliti (Sidek Noah)


Cara Penilaian
IPS digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau trait-trait personaliti individu. Ujian ini mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Terdapat 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.

Tafsiran Inventori Personaliti Sidek

15 Trait Personaliti :

Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran.

You might also like